Search This Blog

Monday, March 6, 2017

Peribahasa Cina - Sepohon pokok tunggal tidak boleh jadi sebuah hutan




Peribahasa Cina; 独木不成林 (dú mù bù chéng lín)


"Sepohon pokok tunggal tidak boleh jadi sebuah hutan..."


"A single tree makes no forest..."


This proverb illustrates the significance of team work. No matter how big you are or how strong you are, a single tree simply is not a forest. Little thing is achieved by 1 person but if we put our hands together, we will make out a great thing.

Many fail in life because they think they don't need the help of others. A single tree cannot make a forest; no matter how strong and nourished it is. Disunity and disharmony are the enemies of progress.

















Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai..." (QS 3:103)

Allah SWT juga berfirman (maksudnya);
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu..."(QS 8:46)


"Dan tolong-menolonglah kalian dalam melaksanakan kebajikan dan takwa, dan jgn tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan." (QS 5:2)

“Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (QS 8:1)

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menegaskan betapa pentingnya perpaduan umat manusia. Malangnya, ramai dikalangan kita yang tidak sedar akan kepentingan ini.

Sebesar atau sekuat manapun seseorang itu dia tidak akan mampu mencapai kejayaan yang besar sebagaimana yang dicapai oleh satu jemaah. Satu orang pasti akan kalah dalam peperangan apabila diserang oleh sekumpulan tentera.

Malangnya, pemimpin dan para ugamawan dalam negara ini giat menyebarkan propaganda perpecahan ummah. Mereka mempraktikkan fahaman 'to divide and conquer' demi kepentingan diri sendiri dan puak mereka untuk terus kekal berkuasa dalam negara kita.

Pada dasarnya Amerika Syarikat juga adalah satu negara yang asobiyah (racist) tetapi mereka sedar bahwa tanpa kesatuan dan perpaduan rakyaknya yang berbilang kaum, mereka tidak akan jadi kuasa yang besar di dunia ini.

Mereka sanggup ketepikan sifat asobiyah (racism) mereka dan berkerjasama dengan rakyatnya yang berbilang kaum demi untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu menjadi kuasa terbesar di dunia.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment