Search This Blog

Tuesday, March 28, 2017

Hukum tukar nama kepada 'bin Abdullah' ketika memeluk Islam




Menukar nama kepada bin atau binti’ Abdullah bukanlah daripada ajaran Islam. Hal ini kerana, ia tidak pernah diamalkan pada zaman Rasullullah SAW, para Sahabat dan Tabiin ataupun mana-mana negara Islam selain Malaysia.

Ketika Rasulullah SAW memerdekakan Zaid Ibn Haritsah dan mengambilnya sebagai anak angkat dari isterinya Khadijah ra, para sahabat ra mula memanggil beliau Zaid ibn Muhammad.

Allah SWT telah menurunkan ayat berikut agar mereka tidak menasabkan Zaid ibn Haritsah selain dari nama bapanya.

Disebut dalam Surah Al-Ahzab ayat 33:5: “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.”

Dan juga disebut dalam Sahih Bukhari Bab 8 No.578, Sahih Muslim Bab 1 No.120 dan Daud Bab 4 No.5095.

“Sesiapa yang secara sengaja memanggil bapanya dengan nama yang lain akan terkeluar dari syurga.”

Selain itu, disebut dalam Sahih Bukhari Bab 4 No. 467, Sahih Muslim Bab 1 No.118 dan Daud Bab 3 Ayat 5095.

“Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah melakukan kufur.”

Hikmah di sebalik larangan menukar nama bapa

1) Untuk mengelak dari berlakunya perkahwinan di antara ahli keluarga yang diharamkan berkahwin akibat tidak tahu asal-usul keturunan.

2) Nasab adalah sangat penting dalam Islam. Dan nasab seseorang itu adalah berdasarkan nasab bapanya. Atau kata lainnya, Allah telah mencipta seseorang lelaki itu sebagai punca pertalian nasab keturunan. Disebut dalam surah Al-Furqan 25:54 :

“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya titisan baka dan pertalian keluarga”

3) Bagi menunjukkan bahawa orang yang masuk Islam itu masih mengekalkan perhubungan bapa-anak seperti biasa dan bahawa Islam itu tidak sekali-kali memutuskan pertalian di antara kaum keluarga, malah sebaliknya sangat mengambil berat terhadap perhubungan kekeluargaan.

Rasullullah SAW tidak menukar nama bapa sahabat yang memeluk Islam walaupun ia berunsur syirik. Contoh-nya, Abdullah bin Abdul Asad. Nama bapanya tidak diubah walaupun mempunyai unsur syirik iaitu ‘Hamba Singa’ (Abdul Asad).

Sekiranya wajib bagi seseorang itu menukar nama apabila hendak memeluk agama Islam, sudah pasti Rasullullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengamalkannya.

Sebagai contoh Salman al-Farisy dari Persia dan Bilal ar-Rabah dari Etophia, baginda tidak menyuruh mereka menukar nama kepada nama arab apabila mereka memeluk islam.

Sebarang penetapan syarat atau hukum penukaran nama untuk orang2 yang baru memeluk Islam mestilah didirikan di atas nas dan dalil, jika tidak dibimbangi ia akan termasuk di dalam perbuatan taqawwul ke atas Allah SWT, iaitu sesuatu yang tidak Dia diperintah olehNya. Allah melarang perbuatan ini dengan firman-Nya:

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” (Surah al-Nahl ayat 116)


Wallahu'alam



No comments:

Post a Comment