Jika ditanya kepada sesiapa saja yang beragama Islam dalam masyarakat kita, apa mazhab yang mereka ikut? Sudah tentu jawapannya adalah mazhab Shafi'i.
Tetapi, sejauh manakah kebenaran ini? Adakah Muslim di Malaysia benar2 syumul bermazhabkan fahaman Imam Shafi'i?
Hukum-hakam Islam di Malaysia sebenarnya telah banyak bercampur aduk dengan fahaman feqah dari aliran mazhab2 lain. Diantaranya adalah fiqh muamalat dalam system perbankan Islam, dimana pensyariatannya telah bertaklid kepada mazhab Hanafi dan Maliki.
Manakala para jemaah yang pergi ke Mekah untuk menunaikan kewajipan Haji pula telah bertaklid kepada fahaman feqah mazhab Hanafi dan Hambali. Jika mengikut feqah mazhab Shafi'i, zikir secara jahr (suara kuat) selepas solat fardhu berjemaah di masjid adalah dilarang.
Menyapu tengguk semasa wuduk juga adalah bida'ah jika mengikut pendapat Imam Nawawi, seorang ulama besar mazhab Shafi'i. Amalan tawasul juga adalah suatu larangan dalam mazhab Shafi'i.
Dalam menyebut akad jual beli pula, kita telah bertaklid kepada mazhab Hambali. Bayar wang cengkeram (deposit) semasa buat tempahan, kita bertaklid kepada mazhab Hanafi. Sedekah bacaan Quran kepada orang mati, kita taklid mazhab Hambali.
Kita bayar zakat pun tidak ikut mazhab Syafie, kita telah bertaklid kepada mazhab Hanafi. Pegang mushaf al-Quran tanpa wuduk adalah haram disisi mazhab Shafi'i. Jika nak diperhalusi, banyak perkara yang kita telah keluar dari fahaman feqah mazhab Shafi'i.
Malah, terdapat juga amalan2 lazim dalam masyarakat kita yang telah terkeluar dari pandangan keempat-empat mazhab besar ASWJ. Contohnya:
1) Hukum dengar dan main alat muzik keempat-empat mazhab ASWJ adalah haram kecuali duff (gendang) tetapi kita tetap tengok cerita2 P Ramlee (yang ada muzik dan lagu) dan dengar radio. Dalam hal ini, kita telah ikut pendapat mazhab zahiri dimana Ibn Hazm al-Zahiri kata harus dengar muzik.
2) Keempat-empat mazhab besar ASWJ melarang mengawal harga barang jualan. Hal ini kita ikut pendapat Ibn Taimiah kerana beliau kata harus mengawal harga jika untuk menjaga hak pengguna.
3) Keempat-empat mazhab besar ASWJ berpendapat ia adalah satu kewajipan untuk memilih pemimpin negara dari keturunan Arab Quraisy. Imam Nawawi menukilkan ijma' ulama.
Ibn Khaldun berpendapat tidak menjadi syarat kerana hadis yang menyatakan pemimpin negara mesti dari Quraisy itu sebenarnya kerana Quraisy berpengaruh besar. Maka siapa yang berpengaruh besar layak jadi pemimpin. Hari ini kita ikut pendapat mana?
Oleh yang demikian, masih bolehkah kita digelar Muslim yang bermazhabkan mazhab Shafi'i? Sebenarnya, memilih pendapat-pendapat yang rajih dari para ulama dan mazhab-mazhab yang berlainan adalah dibenarkan dalam Islam dan ini dipanggil talfiq.
Kita boleh ikut pendapat dari mana-mana mazhab ASWJ yang kita pilih kerana tiada perbezaan diantara mazhab Syafii dengan mazhab-mazhab ASWJ yang lain. Jika kita boleh taklid kepada mazhab Syafii, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
Seorang Muslim yang ikut pendapat-pendapat mazhab tanpa tahu dalil digelar sebagai Muqallid. Seorang muttabi'k (asal perkataan ittaba) pula adalah seorang Muslim yang mempunyai asas-asas ilmu syariat Islam yang mengikut pendapat-pendapat mazhab ASWJ dengan pengetahuan hujah dan dalil serta sumbernya. Muqallid dan muttabi'k adalah dibenarkan untuk ikut mana-mana mazhab ASWJ seperti mazhab hanafi, mazhab maliki, mazhab shafie ataupun mazhab hambali.
Ia bukanlah suatu kewajipan untuk hanya ikut satu mazhab yang tertentu sahaja. Memilih pendapat-pendapat yang rajih (kuat) dari mazhab-mazhab yang berlainan adalah dibenarkan dalam Islam dan ia dipanggil talfiq (campur-campur pendapat). Kita boleh ikut mana-mana mazhab ASWJ yang kita pilih kerana ia tiada perbezaan di antara mazhab Syafii dengan mazhab2 ASWJ yang lain.
Jika kita mengambil pendapat mazhab Syafii, ini bermakna kita juga boleh ambil pendapat mazhab-mazhab ASWJ yang lain juga. Tiada dalil yang mengatakan kita hanya kena mengikut satu mazhab sahaja.
Pada zaman sahabat dan tabi’in, tidak ada istilah talfiq dikalangan mereka. Yang ada hanyalah seseorang bertanya kepada ulama yang disukainya dari kalangan sahabat dan tabi’in, lalu dia (yang ditanya) memberi fatwa kepadanya tanpa mewajibkannya berpegang dengan fatwanya, dan juga tanpa melarang orang tersebut dari mengamalkan fatwa selainnya, padahal pemberi fatwa itu mengetahui adanya perbezaan pendapat yang banyak di antara mereka.
Begitu juga di masa para empat imam besar ASWJ dan ulama lain yang sudah masuk kategori ulama mujtahid, tidak ada nukilan dari mereka tentang larangan beramal dengan mazhab selainnya. Bahkan masing-masing saling mengikuti di belakang ulama yang lain, padahal setiap dari mereka mengetahui perbezaan pendapatnya dengan yang lain dalam masalah ijtihadi yang bersifat zanni (tidak pasti).
Maka ini bermaksud orang-orang terdahulu (salafusoleh) adalah dibenarkan mencampur-adukkan (talfiq) pendapat-pendapat di antara mereka. Oleh itu, dalam sesuatu masalah, kita boleh dan dibenarkan untuk ikut pendapat-pendapat dari satu mazhab, kemudian dalam masalah lain, kita boleh pindah dan ikut pendapat mazhab berlainan pula. Talfiq atau memilih pendapat yang paling rajih diantara mazhab adalah dibenarkan dalam Islam.
Contohnya:
Kita mengambil wuduk dan batal wuduk ikut mazhab Hanafi kerana mereka berpendapat hukum menyentuh bukan mahrah atau ajnabi tidak batal wuduk (memudahkan jema'ah semasa ibadah Haji). Kemudian kita solat fardhu pula ikut mazhab Shafii (mula bacaan Surah Al-Fatihah dengan basmalah). Ini dalahlah dibenarkan dalam Islam.
Talfiq yang diharamkan dalam Islam adalah:
1. Haram ikut kepada pendapat seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Haram ikut kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.
3. Dilarang mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah yang akan menghala ke mafsadah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki. Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.
4. Haram bagi pengikut mazhab syafie berkata hanya wajib ikut pendapat mazhab Syafie sahaja dan pengikut mazhab Hanafi pula berkata hanya wajib bertaqlid kepada Imam Abu Hanifah sahaja. Atau pengikut mazhab Maliki dan Hanbali berkata hanya wajib bertaqlid kepada mazhab masing2 sahaja.
Pendapat sebegini yang mengatakan wajib bertaqlid atau ikut hanya kepada Imam atau mazhab tertentu sahaja dan hanya menerima pendapat mazhab masing-masing sahaja dan menolak pendapat yang lain adalah haram di sisi agama Islam.
Ini adalah kerana orang yang berkata hanya wajib bertaqlid kepada mazhab yang tertentu sahaja dan menolak pendapat2 mazhab yang lain seolah-olah mengharamkan pendapat dari mazhab yang lain dan menjadikan Imamnya sebagai 'nabi yang maksum' yang cipta undang-undang Islam.
Ini tidak dibenarkan di dalam Islam. Orang yang mengeluarkan kata-kata sebegini hendaklah bertaubat. Sekiranya dia berterusan begitu, dia telahpun terkeluar dari Islam pada pandangan Ibnu Taimiyyah.
Muslim yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam mujtahid/mufti/fuqaha yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah SWT di dalam firmannya:
"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahlu`dz Dzikri' jika kamu tidak mengetahui." (Surah AI-Anbiya': QS 21:7)
Kata al-Imam Ibn Hajar al-Haitami,al-Imam Alawi al-Saqqaf dan para ulama yang lain:
Harus bagi seseorang untuk berpindah-pindah daripada satu mazhab ke mazhab yang lain (mazhab empat), sama ada berpindah secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula ke mazhab asal).
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah.

Al-Quran dan al-Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini.
Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah ta’ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”. (Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment