Search This Blog

Monday, March 13, 2017

Kaedah fiqh, ijtihad dan istinbat hukum dalam Islam



Pada zaman Rasulullah SAW, hukum-hakam diambil terus dari wahyu Allah SWT (al-Quran) yang masih diturunkan dengan penjelasan dan tunjuk ajar dari Baginda SAW (as-Sunnah). Segala permasalahan yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah SAW dan akan dijawab secara terus berdasarkan wahyu Allah SWT.

Namun, terdapat sebahagian sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi SAW kerana berada di tempat yang jauh, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda SAW membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada engkau sesuatu permasalahan? Muaz menjawab “saya akan memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah”

Nabi bertanya lagi, “Sekiranya kamu tidak dapati dalam Kitab Allah?” Jawab Muaz “Saya akan memutuskan berdasarkan sunnah Rasul-Nya”

Tanya Nabi lagi “Sekiranya engkau tidak menemuinya dalam Sunnah?” Muaz menjawab “Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut. Nabi pun menepuk dada sambil bersabda “Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah ke arah sesuatu yang diredhai oleh Rasullullah. (Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat telah menggunakan kaedah Ijtihad untuk menyelesaikan permasalahan kehidupan harian dan juga permasalahan ibadah. Melalui ijtihad, pensyariatan Islam terus berkembang luas, bersesuaian dengan keadaan tempat, masa dan situasi semasa.

Dalam menyelesaikan masalah baru yang timbul selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat telah menggunakan manhaj atau methodologi Ijtihad yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Diantara methodologi yang dipergunakan oleh para sahabat adalah Qiyas dan Ijma'. Tujuan utama mereka ialah menjaga kemashalatan umum berdasarkan pensyariatan Islam.

Contoh hasil ijtihad para sahabat ialah: Umar bin Khattab tidak menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seseorang yang mencuri kerana kelaparan (darurat/terpaksa). Utsman bin Affan pula telah menetapkan azan kedua ketika solat jumaat dan Ali bin Abi Thalib telah menetapkan 80 kali sebatan kepada peminum khamar.

Generasi selepas para sahabat yang digelar tabiin telah memikul tanggungjawab penyebaran syariat Islam. Mereka adalah anak murid para sahabat. Diantara para tabiin yang masyur adalah Hasan al-Bashri dan Abu Hanifah, iaitu pengasas Mazhab Hanafi yang pernah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik dan sahabat yang lain. Abu Hanifah telah menghasilkan beberapa methodologi yang baru seperti teori Istihsan (juristic preference).

Tabi'ut tabi'in pula adalah gelaran kepada pendokong Islam selepas generasi tabiin. Diantara Imam besar era tabi'ut tabi'in adalah Malik bin Anas, iaitu pengasas Mazhab Maliki, Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i, pengasas Mazhab Shafi'i dan Ahmad bin Hanbal, pengasas Mazhab Hambali.

Methodologi Ijtihad keempat-empat Imam besar (termasuk Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi) inilah yang telah menjadi ikutan para muslimin di seluruh dunia untuk menyelesaikan permasalahan baru sehingga ke hari ini.

Setiap mazhab mempunyai manhaj atau methodologinya yang tersendiri untuk berijtihad. Mereka akan menggunakan rumusan teori2 ijtihad seperti ijma, qiyas, istihsan, maslahah, amalan penduduk Medina, ra'i para sahabat, hadis ahad sadd al-dhara'i, uruf dll untuk mengistinbatkan sesuatu hukum atau fatwa bagi sesuatu permasalahan baru yang tidak mempunyai dalil yang Qati dari al-Quran dan hadith sahih.

Istinbat adalah daya usaha para ulama fuquha membuat keputusan hukum syarak berdasarkan dalil-dalil al-Quran atau Sunnah Rasulullah SAW (dari sumber hadits sahih) yang sedia ada.

1) Sumber utama syara' ialah al Quran dan Sunnah Mutawatir (ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/memahami-hukum-syariat-dalam…)

2) Nas syara' dibezakan diantara Muamalat (interaksi sesama manusia) dan Ibadat (ibadah dan amalan khas kepada Allah SWT). Segala urusan Muamalat adalah harus dan selagi tiada dalil yang melarangannya (mengharamkannya) dan segala urusan ibadat adalah haram sehingga terdapat dalil yang membenarkannya.

3) Kategori tahap keyakinan dan ketulenan nas syara' (Qati dan Zanni) dibahagi kepada 4 golongan, iaitu:

A) Qat'i al-tsubut and Qati al Dilalah - Authenticated and Certain in it's meaning

B) Qati al-tsubut and Zanni al- Dilalah - Authenticated but not Certain in it's meaning

C) Zanni al tsubut and Qati al Dilalah - Not Authenticate but Certain in it's meaning

D) Zanni al tsubut and Zanni al Dilalah - Not Authenticate and not Certain in it's meaning

(ruj: Qat'i and Zanni)

4) Memahami tujuan dan objektif syara' (maqasid syariah) dari sudut maslahah yang dibahagi kepada 3, iaitu:

a) Maslahah Dharuriyyah (the basic survival necessities of humanity)

b) Maslahah Hajiyyat (the needs of humanity to alleviate life's hardships and difficulties)

c) Maslahah Tahsiniyyah (human needs that refine and embellish human's lives - by beautification or adding elegance to life)

(ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/part-4-memahami-hukum-syaria…)

5) Memastikan hukum yang diistinbat tercapai maslahah Dharuriyat al-Khamsah (5 keperluan asas manusia) dalam kategori Maslahah Dharuriyyah;

1. Pemeliharaan agama (hifz al-din)

2. Pemeliharaan jiwa (hifz al-nafs)

3. Pemeliharaan akal (hifz al-a’ql)

4. Pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl)

5. Pemeliharaan harta (hifz al-mal)

Jika hukum yang diistinbat tidak capai 5 keperluan asasi ini, maka kehidupan manusia akan susah dan sensara.

(ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/part-4-memahami-hukum-syaria…)

6) Methodology Ijtihad para Ulama Mujtahid untuk istinbat hukum atau fatwa (jawapan untuk masalah agama) ialah;

a) Fiqh - kaedah mengeluarkan hukum dari nas syara'

b) Usul al-Fiqh - methodology yang digunakan untuk kaedah mengeluarkan hukum dari nas syara' oleh para ulama mujtahid (lain mazhab lain methodology)

c) Qawaid al-Fiqhiyyah - kaedah yang telah dipersetujui oleh para ulama untuk selaraskan (standardize) kaedah mengeluarkan hukum dari nas syara'

7) Jenis-jenis Fiqh yang digunakan oleh para ulama;

A) Fiqh al-Nusus - Ilmu feqah nas-nas syara' untuk mengetahui mana satu nas yang tsawabit (tetap - qati') dan mutaghaiyirat (berubah - zanni) bagi menentukan sesuatu maslahah kepada manusia samada segera atau kemudian. (contoh spt ayat muhkam dan ayat mutasyabihat, hukum takrifi dan hukum wadhi dalam nas syara')

B) Fiqh al-Waqi’ - Ilmu feqah realiti atau semasa untuk memahami sesuatu yang menggelisahkan atau menyusahkan umat Islam yang berhubungan erat dengan kepentingan-kepentingan mereka seperti kemaslahatan masyarakat (sosiologi), politik pentadbiran negara, ekonomik, pertahanan negara dari musuh (tentera) dan apa saja yang dapat memberi manfaat kepada umat Islam, serta mendekatkan mereka untuk kembali kepada kehormatan dan kemuliaan mereka sebagai seorang Muslim.

(ruj: https://www.facebook.com/groups/maqasid.syariah/permalink/10154578961442089/)

C) Fiqh Maalat - Ilmu feqah kesan atau akibat dari sesuatu amalan atau perbuatan. Menyedari hakikat tidak mustahil jika wujud perbuatan yang pada awal kelihatan berpandukan syara’ namun untuk jangka masa panjang ia bakal mendatangkan keburukan samada kepada imej islam ataupun muslim itu sendiri. Begitu juga ada perkara yang kelihatan pada awal seperti mengandungi mafsadah (keburukan).

D) Fiqh Aulawiyat - Ilmu feqah keutamaan (priority) untuk mendahulukan kepentingan yang besar dan kekal atas kepentingan yang kecil dan sementara. Mendahulukan yang rajih dari marjuh. Mendahulukan kepentingan jema’ah atas kepentingan pribadi. Mendahulukan perkara yang darurat (daruriyyat) daripada perkara yang diperlukan (hajiyyat), dan mendahulukan perkara yang diperlukan berbanding dengan perkara pelengkap (tahsiniyyat) dll.

E) Fiqh Muwazanat - Ilmu feqah keseimbangan untuk membuat pertimbangan diantara kebaikan (maslahah) dan mafsadah (keburukan). Choose lesser of the two evil.

F) Fiqh Taghyir - Ilmu feqah perubahan untuk penguasaan terhadap situasi yang berubah seperti perubahan zaman, tempat, individu, dan masyarakat setempat (uruf).

G) Fiqh Ikhtilaf - Ilmu feqah memahami perbezaan pendapat para ulama silam dan kontemporari dari sudut:

i) tabi’at agama, adanya ayat-ayat mutasyabihat yang memang menuntut kita untuk berijtihad.

ii) tabi’at bahasa, adanya pemahaman yang berbeda dari makna yang terkandung.

iii) tabi’at manusia dan tabi'at pemikiran. Diantaranya seperti:

a) membanggakan diri dan kagum pendapat sendiri
b) buruk sangka dan mudah menuduh orang tanpa bukti
c) egoisme dan kedengkian mengikuti hawa nafsu
d) fanatik kepada pendapat orang, mazhab atau golongan
e) fanatik kepada negeri, daerah, partai, jama’ah atau pemimpin
f) masalah ilmiah dari aliran yang berlainan

iv) tabi’at alam dan tabi'at kehidupan.

8) Usul al-Fiqh - ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/part-11-memahami-hukum-syari…

9) Qawaid al-Fiqhiyyah - ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/usul-fiqh-qawaid-al-fiqhiyya…

10) Akhir sekali, janganlah bersikap Ghuluw (melampau dalam agama) - (ruj: http://kurauking.blogspot.my/…/janganlah-bersikap-ghuluw.ht…)

Inilah serba sedikit tentang kaedah-2 yang digunakan untuk berijtihad dan langkah-2 bagaimana para ulama silam mengistinbatkan hukum dalam Islam...


Wallahu'alam



No comments:

Post a Comment