Interactive Da'wah Training merupakan sebuah NGO dakwah Islam yang mengenengahkan ilmu mengenai perbandingan agama. Peserta yang mengikuti kursus IDT bakal diketengahkan dengan pelbagai medium dakwah yang mensasarkan golongan bukan islam melalui pembelajaran asas mengenai kepercayaan asas agama-agama yang ada di Malaysia.
Search This Blog
Saturday, March 25, 2017
Memahami maksud bida'ah dalam Islam
Maksud bida'ah adalah suatu hal yang baru, dari segi ucapan ataupun perbuatan dalam kerangkaan agama yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah SAW tetapi dibuat oleh umat setelah kewafatan Baginda SAW.
Bida'ah dalam agama bermaksud sesuatu ucapan atau perbuatan yang direka untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT yang tidak ada contoh dari Nabi SAW. Dalil-dalil hukum bida'ah ini adalah seperti berikut:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." (QS 5:3)
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718)
"Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan” (HR. Muslim no. 867)
“Setiap kesesatan tempatnya di neraka.” (HR. An Nasa’i no. 1578. Hadits ini dikatakan sohih oleh Syaikh Al Albani di Shohih wa Dho’if Sunan An Nasa’i)
Walau bagaimanapun, istilah bida'ah dalam perbahasan ilmiah dalam ilmu feqah tiada kaitan dan tidak sama sekali mempunyai hubungan dengan ungkapan 'bida'ah itu adalah sesat dan segala yang sesat itu neraka tempatnya.
Contohnya seperti amalah zikir secara jahr (suara kuat) selepas solat yang dihukum sebagai bida'ah oleh Imam al-Syafi'i. Begitu juga dengan amalan menyapu tengguk semasa wuduk yang dihukum sebagai bida'ah oleh Imam al-Nawawi. Ini semua adalah perbuatan atau amalan yang sering dilihat dalam masyarakat kita. Adakah tempat mereka telah ditetapkan di neraka?
Dalam ilmu feqah, ramai ulama silam telah menggunakan perkataan bida'ah, contohnya Imam Hanifah pengasas mazhab Hanafi yang mengatakan amalan akikah oleh pengikut mazhab Syafi'i sebagai amalan bida'ah. Adakah maksud Imam Hanifah pengikut mazhab Syafi'i yang mengamalkan amalan akikah itu akan masuk neraka?
Tidak, sudah tentu tidak. Bida'ah jenis ini adalah bida'ah dalam bidang feqah yang bersifat ilmiah yang merupakan istilah lazim dalam perbahasan akademik. Para ulama menggunakan istilah bida'ah dalam perbahasan ilmiah untuk mengambarkan sesuatu amalan baru yang bukan sunnah supaya dapat dibezakan dengan sunnah Nabi SAW agar mereka dapat merapatkan lagi kasih sayang mereka dengan baginda SAW.
Secara umumnya, perbahasan masalah bida'ah hanya wujud dalam kerangka perkara ibadah sahaja. Perbahasan masalah bida'ah tidak wujud dalam kerangkaan perkara muamalat (interaksi manusia sesama manusia). Ini adalah kerana hukum asal perkara muamalat (perkara luar dari ibadah) adalah harus sehingga ada dalil yang melarangnya.
Bid’ah dalam konteks keduniaan atau perkara muamalah yang memberi maslahah (kebaikkan/manfaat) kepada umat manusia yang tidak bercanggah dengan syariat Islam adalah sesuatu yang harus dan dibolehkan. Dalil hukum harus bida'ah perkara muamalah adalah:
"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi..." (QS 2:29)
“Kamu lebih tahu urusan dunia kamu." (HR Muslim, no. 2363)
Hanya Allah SWT sahajalah yang dapat menentukan siapa ke syurga dan siapa ke neraka, bukan kita. Dalam ilmu feqah, ramai ulama silam yang pernah dan telah menggunakan perkataan bida'ah dalam perbahasan ilmiah mereka tetapi ia tiada kena-mengena langsung dengan syurga ataupun neraka.
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment