Search This Blog

Wednesday, January 27, 2021

Halal Bak Kwa Daging Salai Dendeng

 




500 gram Bak Kwa - Rm 48.00 only

1 kilogram Bak Kwa - Rm 88.00 only
- Rasa Asli Original - Guna 100% bahan mentah HALAL
- Tiada sebarang bahan pengawet - Mudah dihidang & senang dimakan - Vacuum Pack untuk tahan lebih lama dan sedap * Bak Kwa yang baru dibakar adalah terbaik jika dimakan dalam masa tempoh 7 hari (selepas buka dari vacuum pack).

* Pastikan Bak Kwa disimpan di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Bak Kwa juga boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 30 hari - 45 hari.








Thursday, June 11, 2020

Business Plan - Rancangan Perniagaan



Sebilangan besar pekerja-pekerja di Malaysia bakal dibuang kerja akibat wabak Covid19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP). Oleh itu, apakah yang perlu kita buat jika dibuang kerja?

1. Gunakan masa ini untuk memikirkan apa yang anda betul-betul inginkan dalam hidup anda. Inilah masa yang paling baik untuk merancang masa depan anda, dan juga kerjaya yang akan anda ingin ceburi.

2. Sekiranya anda masih berminat untuk bekerja, maka ambil masa ini untuk pelajari kemahiran baru yang dapat membantu anda dalam kerja baru itu.

3. Sekiranya anda ingin ceburi alam perniagaan, maka gunalah masa ini untuk menghasilkan satu business plan yang merangkumi:


A) Rancang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan dalam perniagaan anda. Nyatakan potensi pembekal-pembekal untuk produk perniagaan anda. Kaji potensi jenis-jenis pelanggan untuk perniagaan anda.

B) Kos yang diperlukan untuk mulakan perniagaan. Sediakan simpanan enam bulan untuk perbelanjaan harian anda sebelum mulakan perniagaan.

Jika dana tidak mencukupi, nyatakan cara-cara untuk mendapatkannya seperti;

b1. Jual asset untuk mulakan perniagaan.

b2. Pemohonan pinjaman dari institusi kewangan untuk perniagaan anda.

b3. Cari subsidi perniagaan kecil dan peluang pembiayaan kerajaan.

b4. Cari pelabur yang berpotensi melabur dalam perniagaan anda.

b5. Tanya rakan dan keluarga anda untuk dana tambahan.


C) Strategi penjualan dan pemasaran. Setiap objektif pemasaran harus mempunyai beberapa tujuan (subset objektif) dan kaedah untuk mencapai tujuan tersebut. Menjalankan penyelidikan pasaran dan kaji permintaan pasaran produk perniagaan anda.

D) Rancang dan tentukan tujuan dan sasaran perniagaan anda. Pastikan rancangan anda dapat diubahsuai bergantung kepada situasi dan permintaan.

E) Kaji peluang untuk kembangkan perniagaan anda. Senaraikan orang-orang yang dapat membantu memajukan perniagaan anda.

F) Kaji perbelanjaan overhead anda. Fahami jenis perbelanjaan untuk perniagaan anda dan elakkan pembaziran.

G) Jenamakan (re-branding) semula diri anda mengikut rancangan perniagaan anda.

H) Pastikan anda membuat persiapan rapi sebelum memulakan perniagaan. Untuk menjayakan perniagaan, anda mesti menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah.

I) Senaraikan masalah-masalah yang bakal anda hadapi. Rancang strategi keluar jika perniagaan ditimpa malapetaka atau lingkup.

><

Saya hanya dapat membantu anda sampai sini sahaja. Fikirlah apa yang perlu ditambah dan dirancang agar dapat membantu perniagaan anda.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada anda untuk mengharungi ujian ini dan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan anda, aamin



Wednesday, June 10, 2020

Debu-Debu Riba



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Apakah akan terjadi jika sistem perbankan Islam TIDAK memberi kemudahan kepada umat Islam seperti pinjaman wang yang patuh syariah untuk pendidikan, perumahan, perniagaan, pembelian, pembiayaan peribadi dan sebagainya?

Ya, umat Islam akan terpaksa mengambil pinjaman dari perbankan konvensional yang mengamalkan pembayaran balik berfaedah (loan with interest). Jika umat Islam tidak ambil pinjaman berfaedah ini, maka kehidupannya akan jadi mundur (mungkin akan jadi gelandangan kerana tidak mampu beli rumah secara tunai) dan tiada daya saingan dalam dunia perniagaan.

Segala pinjaman yang berfaedah (loan with interest) adalah riba, dan riba adalah haram dalam Islam. Oleh itu, mujur wujudnya sistem perbankan Islam yang memberi pinjaman melalui kontrak-kontrak alternatif yang halal seperti Ijarah (SEWA), jual beli, perwakilan (wakalah), perkongsian untung (mudarabah) dan banyak lagi kontrak-kontrak syariah yg dibenarkan kepada umat Islam agar masyarakat Islam dapat hidup lebih selesa dan berjaya dalam dunia perniagaan.

Walaupun begitu, hakikatnya adalah umat Islam pada hari ini sememangnya tidak dapat elak dari 'debu-debu riba' kerana kita hidup dalam dunia yang mengamalkan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi dan sosial yang kumpul kekayaan oleh individu dengan mengaut keuntungan dari pekerjaan, perniagaan, pelaburan dan sebagainya.


Wallahu'alam

Sunday, June 7, 2020

Pendorong Utama Saya Memeluk Agama Islam



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un, allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fuanha allahu...

Teringat lagi masa kat forum memancing MFN dulu, saya post gambar Pakcik Hashim dan sedekahkan al-fatihah kepada beliau dalam posting itu. Saya mendapat kutukan dan kecaman dari ramai Muslim, hanya kerana saya seorang non-muslim ketika itu...

Pakcik Hashim adalah pendorong utama saya memeluk agama Islam. Beliau adalah pemilik Stesen Minyak Esso kat Jalan Kim Chuan, Pandamaran, Klang.

Mula-mula saya buka kedai pancing di Port Klang dahulu, kedai saya kecik sahaja dan barang tak banyak (sewa setengah kedai shj). Pakcik Hashim adalah customer yang selalu datang ke kedai saya tuk beli alat-alat pancing. Masa itu, biasanya beliau akan beli banyak alat pancing dan saya tahu dia tak perlu pun alat-alat pancing itu, tapi dia berdegil nak beli jugak.

Selepas itu, dia akan duduk dalam kedai dan berborak-borak dengan saya. Dia ajar saya cara-cara berniaga. Dia ajar saya cara layan customer dengan bersopan-santun. Dia ajar saya cara-cara jual-beli dengan betul. Hakikatnya adalah, beliau telah ajar saya banyak perkara yang saya tidak ketahui kerana sebelum itu, saya tidak pernah berniaga.

Seminggu dia akan datang 2-3 kali ke kedai pancing aku, dan belaiu akan beli alat-alat pancing dari kedai saya. Kekadang kita akan pergi ke kolam pancing Sealion tuk memancing. Kekadang, kita akan memancing kat pantai Jeti Bagan Hailam, tepi Jabatan Laut, Port Klang. Kekadang dia akan bawa saya pergi tempat makan yang best dan belanja saya makan (masa tu saya miskin).

Padahal, saya hanya seorang budak cina yang sentiasa pakai seluar pendek, t-shirt putih pagoda dan sling bag. Masa itu, saya hanya naik motorbike kapcai sahaja tetapi Pakcik Hashim tidak pernah pandang rendah kat saya. Malah, Pakcik Hashim bawak saya pergi merata-rata tempat dalam kereta mewah dia. Berat sungguh nak taip posting ini, haizzz...

Pada suatu hari, saya diberitahu oleh anaknya bahwa Pakcik Hashim kena stage 4 cancer dan nak berjumpa dengan saya. Lalu anaknya pun bawak saya ke rumah Pakcik Hashim di Shah Alam. Inilah gambar beliau bersama saya di rumahnya di Shah Alam. KIta berborak di rumah dia dan dia berpesan kepada saya satu perkara, "Belajarlah agama Islam..."

Inilah kata-kata terakhir beliau kepada aku. Selang beberapa hari selepas itu, saya diberitahu Pakcik Hashim sudah takde. Ya Allah, hanya Allah sajalah yang tahu betapa sedihnya aku masa itu. Mulai dari hari itulah, niat dan semangat saya nak belajar dan memeluk agama Islam semakin kuat. Dari umur awal 30-an lagi saya telah berniat nak memeluk agama Islam tetapi bekas isteri dan keluarga saya adalah non-muslim. Oleh itu, saya terpaksa akur dengan agama mereka.

Inilah kisah saya dengan Pakcik Hashim. Selepas Pakcik Hashim sudah takda, saya telah post gambar ini kat forum memancing MFN dan sedekahkan al-fatihah kepada beliau dalam posting saya dengan tujuan nak mohon ahli-ahli forum memancing itu berdoa dan sedekah al-fatihah kepada arwah.

Ketika itulah, saya dikutuk dan dikecam beramai-ramai oleh forumers Muslim kerana saya seorang non-muslim yang ingin sedekah al-fatihah kepada orang Islam. Mereka ini tidak tahu betapa rapatnya aku dengan Pakcik Hashim. Saya dimarah, dikutuk dan dihina oleh mereka. Tak nampak langsung akhlak yang diajar dalam Islam.

Syukur alhamdulillah, Allah SWT telah membuka pintuNya kepada saya dan jadikan saya seorang Muslim. Saya sentiasa ingat pesanan Pakcik Hashim suruh saya belajar agama Islam. Maka, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tunaikan permintaan beliau dengan belajar agama Islam seumur hidup. 

Oleh itu, berpandukan ilmu-ilmu yang saya telah pelajari, hari ini saya ingin doakan agar Allah SWT ampunkan dosa perbuatan-perbuatan mereka yang pernah kutuk dan marah saya pada masa itu. Semoga mereka semua diberi hidayah dan jadi orang-orang sentiasa berbakti kepada Islam. 

Dan saya juga doakan semoga Allah SWT tempatkan Pakcik Hashim di tempat yang mulia di sisi-Nya, aamin...

❤️



Saturday, June 6, 2020

Business Capital - Modal Perniagaan



Dalam alam perniagaan, modal bukanlah wang ringgit tetapi umur. Wang kita boleh cari tetapi umur adalah tetap. Apabila kita nak mulakan perniagaan, umur adalah faktor paling penting, bukan wang ringgit.

Ini adalah kerana, ketika kita muda kita boleh ceburi apa-apa jenis perniagaan yang kita suka. Kita boleh ceburi perniagaan yang berisiko tinggi. Kalau berjaya, kita akan perolehi keuntungan yang besar. Kalau perniagaan rugi atau lingkup, kita boleh ceburi perniagaan lain sebab kita ada masa.

Apabila perniagaan kita gagal ketika kita muda, kita senang bangkit kembali dan akan dapat pengalaman. Dari pengalaman ini, kita akan jadi seorang peniaga yang lebih bijak. Kalau kali kedua gagal, pengalaman kita akan berganda. Kalau gagal kali ketiga, kita dah jadi professional.

Dari pengalaman kegagalan-kegagalan inilah kita akan berjaya suatu hari kelak.

Berbeza dengan orang yang mulakan perniagaan ketika dah berumur. Apabila perniagaan rugi, mereka ini dah susah nak bangkit kembali. Mereka tidak akan menang peniaga yang gagal tiga kali tu sebab pengalaman tak sehebat mereka yang pernah gagal.

Oleh itu, mereka tidak akan berani mengambil risiko tinggi. Mereka akan 'playsafe'.

Umur yang paling sesuai untuk mulakan perniagaan adalah ketika dalam awal 30'an. Ini adalah kerana ketika umur belasan sehingga umur 25 tahun, kita perlu fokus kat pelajaran. Apabila tamat pelajaran, kita perlu fokus kat pekerjaan untuk cari dana permulaan perniagaan.

Kita perlu ingat ya, pekerjaan tu hanyalah 'stepping stone' untuk kita kumpul wang untuk mulakan perniagaan. Masa ini, kita perlu tingkatkan displine menyimpan wang. Kita perlu amalkan 'delayed gratification'. No enjoy-enjoy, tiada perbelanjaan yang membazir.

Kita perlu gigih simpan wang. Masa inilah kita perlu sediakan satu business plan. Kita kena tahu perniagaan jenis mana yang kita mahu. Kita perlu tahu berapa kos yang kita perlu untuk mulakan perniagaan. Dengan bersenjatakan business plan dan strategy ini, kita set minda kita agar nekad simpan wang dari gaji pekerjaan kita.

Carilah kerja yang boleh menjana wang yang kita perlu. Jika perlu, kerjalah 2 atau 3 tempat. Kita kena cari dana itu secepat mungkin. Itu pasal orang cakap, 'time is money'. Apabila dah cukup, jangan 'procastinate' (bazir masa), terus mulakan perniagaan kita. Kalau gagal, jangan putus asa. Kita mulakan perniagaan baru.

Apabila perniagaan dah maju, 'diversify' (cabang keluar). Janganlah letakkan semua telur kita dalam satu bakul. Mulakan perniagaan lain jika perlu. Inilah masanya kita belajar pelaburan. Beranikan diri ambil risiko tinggi untuk mengaut keuntungan besar. Belajar cara-cara tuk kembangkan perniagaan kita. Beli asset yang boleh menjana income.

Umur di antara 30 - 40 adalah masa untuk kita berniaga. Umur 40 - 50 adalah masa untuk kita kembangkan perniagaan kita. Umur 50 - 60 adalah masa untuk kita kembangkan perniagaan kita sebesar-besarnya dan latih pelapis. Dan umur 60 ke atas, adalah masa untuk kita bermain dengan anak-cucu kita.

Masa ini, kita sepatutnya sudah 'financially retired' (pencen).
Jika boleh awalkan sikit perancangan ini, itu adalah terbaik.

Dalam semua perancangan ini, ada satu perkara yang teramat-amat penting. Kita perlu cari seorang isteri yang dapat bantu dan sokong kita (paling afdal ketika kita mulakan perniagaan). Untuk menjayakan rancangan ini, kita perlu ada seorang isteri prihatin yang memahami kita. Bukan jenis yang hari-hari gaduh atau jenis yang suka main kayu 3.

Jenis-jenis isteri ini hanya akan gagalkan perancangan kita sahaja. Tanyalah orang-orang yang berjaya, nescaya belakang mereka ada seorang isteri yang hebat. Beginilah sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi dengan anda yang ingin ceburi alam perniagaan.

Bagi yang dah dekat expired macam aku, latihlah anak-anak kita agar JANGAN jadi seorang 'pekerja sokmo hidup' yang mengharapkan gaji. Latihlah anak-anak kita jadilah seorang tokey yang memberi gaji. Dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar memberi kita kekuatan untuk menghadapi segala masalah dan ujian.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusah anda...


Wallahu'alam


Pelaburan di Pasaran Saham



Masa-masa susah ini, ramai yang ingin menceburi pasaran saham. Ini adalah pendapat saya mengenai pelaburan di pasaran saham...

Setiap pelaburan ada risiko. Oleh itu, saya tidak menasihati untuk melabur ke dalam pelaburan saham kecuali anda mempunyai keyakinan 75% ke atas saham itu akan naik (untung).

Ini adalah kerana setiap pelaburan yang mempunyai kadar kebarangkalian 50% untung - 50% rugi itu sebenarnya tidak ada perbezaan dengan perjudian (pertaruhan nasib).

Bagi saya, setiap pelaburan yang mempunyai kadar kebarangkalian 50% untung - 50% rugi itu tiada beza dengan orang yang pergi ke Casino untuk berjudi sebab di sana pun anda mempunyai kadar 50% untuk menang dan 50% kalah.

Maksud pelaburan adalah membeli asset yang boleh menjana income. Adalah terbaik jika kita melabur kat sesuatu yang mempunyai kadar kebarangkalian 100% untung seperti melabur kat benda-benda keperluan harian manusia (electric, air, beras, tol, LRT/MRT dll).

Tetapi pelaburan jenis ini biasanya telah di monopoli oleh puak tertentu...

Oleh itu, kita hanya boleh melabur kat jenis pelaburan yang kedua baik, iaitu melabur kat pelaburan yang mempunyai kadar kebarangkalian bawah 100% untung sehingga 75% untung (limit bagi saya) seperti rumah, logam (emas) koleksi antik, perniagaan dll.

Walaupun benda-benda ini masih mempunyai risiko rugi, tetapi kadar kerugiannya adalah rendah...

Jika kita buta-buta melabur kat pasaran saham, dan tunggu nasib untung dan rugi, itu bukanlah pelaburan tetapi ialah pertaruhan nasib. Biasanya, pakar pelabur saham ada 'insider information' sebelum mereka melabur (kadar kebarangkalian melebihi 50% untung).

Jika kita yang hanya bergantung pada nasib sahaja, baik jangan melabur kat pasaran saham laa. Harap ini dapat membantu mereka yang ingin menceburi pasaran saham...


Wallahu'alam



Monday, June 1, 2020

Perjalanan saya selepas memeluk agama Islam



Ilmu pengetahuan saya tentang Islam adalah kosong ketika saya memeluk agama Islam. Apa yang saya tahu hanyalah kehidupan seorang Muslim yang telah dipamerkan kepada saya oleh sahabat-sahabat Muslim ku.

Saya diberi peluang untuk belajar di kelas-kelas fardhu ain yang disediakan untuk muallaf. Di sana saya belajar Iqra, cara-cara membaca Quran, fardhu ain, dan lain-lain.

Salah satu daripada kelemahan kelas fardhu ain muallaf ini adalah setiap kali ada muallaf baru sertai kita, ustaz akan ulangi pengajian dari permulaan yang telah diajar kepada kita. Setelah 3 tahun mengaji disana, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di lain tempat.

Saya telah diberi peluang untuk sertai satu kursus pendek oleh Masjid Samadiah, Port Klang yang dikendali di Masjid As-Saadah, Bandar Sultan Sulaiman. Di sini saya telah berjumpa dengan Brother Lim Jooi Soon. Ilmu perbandingan agama yang diajar oleh Brother Lim amat menarik hati saya.

Selepas kursus pendek itu, Brother Lim telah menawarkan kepada saya pengajian perbandingan agama di IDT Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dengan itu, saya bersama keluarga saya akan ulang-alik dari Port Klang ke Wangsa Maju 2-3 kali seminggu.

Apa yang menakjubkan saya di IDT Centre adalah ilmu perbandingan agama yang diajar oleh Brother Lim adalah di luar pengetahuan saya walaupun saya beragama Buddha yang berasal dari keluarga yang beragama Kristian. Kita telah diberi peluang untuk belajar dan memahami agama-agama lain yang ada di Malaysia.

Bukan itu sahaja, kita juga telah diberi peluang untuk menziarahi pusat-pusat agama lain di Melaka. Brother Lim membawa kita pergi ke Buddhist Centre, Tokong, Gereja, Gudwara dan sebagainya untuk membuat perbandingan dengan agama lain. Di sinilah saya mula tersedar betapa indahnya agama Islam dan betapa pentingnya ilmu perbandingan agama.

Selain itu, brother Lim juga telah mengajar kita asas-asas dakwah dan cara-cara untuk membimbing muallaf baru. Syukur alhamdulillah, dengan ilmu-ilmu yang diajar oleh Brother Lim, saya telah berjaya mengislamkan beberapa orang (hidayah milik Allah SWT, saya hanya menyampaikan sahaja). Malah, saya diberi peluang untuk mengajar muallaf baru melafaz 2 kalimah syahadah.

Brother Lim juga telah menjemput Sheikh Nurudeen Lemu untuk berceramah di IDT Centre. Ketika inilah saya diperkenalkan dengan ilmu usul-al-fiqh dan maqasid syariah. Inilah kali pertama saya diajar mazhab-mazhab yang ada dalam Islam. Kita juga diberi buku Syariah Intelligence yang dikarang oleh Sheikh Nurudeen Lemu.

Brother Lim telah beri kita banyak buku-buku pengajian Islam seperti Malik and Medina by Umar F. Abdullah, Reasoning with God by Khaled Abou El Fadl, Misquoting Muhammad by Jonathan AC Brown, Buku Usul al-Fiqh dan Ulum al-Quran oleh Dr Ab. Latif Muda, Buku Kaedah Usul al-Fiqh oleh Dr Abdul Karim Zaidan dan lain-lain.

Selain itu, saya juga mendapat tajaan dari Brother Lim untuk melanjutkan Diploma Pengajian Islam yang dikendalikan oleh Akademi IQS dan IDT Centre. Dalam Kursus Diploma ini, kita diajar...

1. Ulum al-Quran oleh Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin,
2. Usul al-Fiqh oleh Ustaz Mohd Khairil Anwar dan Ustaz Mustafar Mohd Suki
3. Ulum al-Hadis oleh Ustaz Abdul Razak Muthalib,
4. Pengajian Ilmu Aqidah oleh Ustaz Abu Mubarak
5. Pengajian Sirah oleh Ustaz Ezry Fahmi Eddy Yusof

Berpandukan ilmu-ilmu yang diajar oleh Brother Lim, Sheikh Nurudeen Lemu, ustaz-ustaz IQS dan buku-buku yang diberi itu, saya telah bermula menulis di Sosmed untuk manfaat bersama-sama dengan anda semua. Inilah cara saya berterima kasih kepada Islam dan juga guru-guru saya.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Brother Lim Jooi Soon dan semua guru-guru saya kerana telah membimbing saya menjadi seorang Muslim yang betul-betul cintakan Islam.

Saya juga mendoakan mereka semua agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT, Aamin...

❤️



Saturday, May 30, 2020

Kenapa Saya Masuk Islam?



Di antara orang-orang yang mempengaruhi saya memeluk agama Islam adalah abang Zaziz dan geng Sungai Aur. Masa tu, Abang Aziz adalah seorang Posmen di Pejabat Pos, Pelabuhan Klang. Dia akan menaiki basikalnya keliling Port Klang untuk hantar surat.

Saya kenal beliau sejak zaman sekolah saya lagi. Dulu masa budak sekolah, saya dan kawan-kawan saya dari Kampung Sungai Aur suka pergi memancing kat Jeti Pelabuhan Klang dan Pengkalan Batu Besi, Sungai Aur, Port Klang. Dulu Kampung Sg Aur ini sungguh meriah tetapi sekarang sudah tiada lagi.

Semua geng mancing saya Melayu, hanya saya seorang je Cina. Di antaranya adalah Hero Salleh Ibrahim, Mat Kelantan, Sahar Jawa, Yusof dan ramai lagi. Selepas sekolah, kita akan lepak kat Pengkalan Batu Besi tuk mancing dan mandi laut. Sungai Aur tu boleh dikira taman mainan kita.

Masa tu, kita biasa berenang ke seberang sungai (200-300 meter) atau berenang kejar tongkang yang sedang gerak kat situ. Kalau setakat terjun lipat somersault dari atas jambatan batu besi tu perkara biasa tuk kita. Kita suka main polis sentri kat situ, mula-mula kita akan jentik air jantan/betina tengok siapa jadi polis, pastu semua selam dan yang jadi polis tu akan berenang kejar kita. Siapa kena tangkap, giliran dia pulak yang jadi polis.

Kita semua pakar korek umpun dan jala udang kat sana. Umpun yang kita korek tu kekadang capai 2 meter panjangnya. Kekadang kita akan naik sampan hero salleh pergi jala udang dan biasanya dia akan bawak kuali kecik dan stove minyak tanah. Apabila dah lapar, kita akan goreng udang fresh jala tu tuk makan. Sedap sungguh udang goreng itu. Selebihnya akan dijadikan umpan untuk memancing.

Sebelah petang, kita akan bawak hasil pancing kita ke rumah abang Aziz tuk di masak dan makan. Masa tu, abang Aziz laa yang mengajar kita memancing, menjala, ikat perambut lipan, perambut kurau dan macam-macam perambut lagi. Beliau dengan sabarnya, akan terangkan kepada kita budak-budak cara-cara memancing.

Tiap-tiap hari, selepas sekolah, kita akan lepak kat pengkalan batu besi, pastu kita akan pergi ke rumah abang Aziz tuk makan malam. Akak (bini abang Aziz) akan masak ikan-ikan tu dan lauk-lauk lain untuk kami. Kita akan makan bersama keluarga Abang Aziz, iaitu dengan Opah, Kak Yah dan anak-anak beliau.

Selepas itu, kita akan pergi mancing kat Jeti Pelabuhan Klang. Kat sinilah saya belajar memancing ikan kurau dari Abang Aziz. Dia ni memang penyabar, tak pernah bersuara tinggi atau marah kita walaupun kekadang kita nakal. Dia ni ibarat bapa kedua kepada saya.

Abang Aziz banyak mengajar saya tentang cara hidup orang Islam. Dari beliaulah saya ternampak akhlak murni seorang Muslim. Masa itu saya tidak kenal lagi apa itu agama Islam, tetapi apabila saya dah dewasa, baru saya faham apa yang beliau tunjuk dan ajar itu sebenarnya adalah dari ajaran Islam.

Oleh itu, maka tertanamlah niat saya nak memeluk agama Islam. Masa tu, saya telah diuji dengan pelbagai ujian dan rintangan, tetapi akhirnya syukur alhamdulillah, Allah SWT telah membuka jalanNya kepada saya untuk memeluk agama Islam.

Hari ini, saya tidak tahu bagaimana nak berterima kasih kepada mereka semua ini yang telah memberangsangkan saya menjadi seorang Muslim. Saya hanya boleh berdoa agar Allah SWT kurniakan segala kebaikan dan kebahagian kepada mereka semua serta melindungi mereka dari gejala wabak covid19 ini, aamin...

❤️



Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.
Taqaballahu Minna Wa Minkum...



Monday, December 30, 2019

Definisi Ijtihad dan Fatwa





Pada zaman Rasulullah SAW, hukum-hakam diambil terus dari wahyu Allah SWT yang masih diturunkan dengan penjelasan dari Baginda SAW. Segala permasalahan yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah SAW dan akan dijawab secara terus berdasarkan wahyu Allah SWT.


Namun, terdapat sebahagian sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi SAW kerana berada di tempat yang jauh, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda SAW membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada engkau sesuatu permasalahan? Muaz menjawab “saya akan memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah”


Nabi bertanya lagi, “Sekiranya kamu tidak dapati dalam Kitab Allah?” Jawab Muaz “Saya akan memutuskan berdasarkan sunnah Rasul-Nya”


Tanya Nabi lagi “Sekiranya engkau tidak menemuinya dalam Sunnah?” Muaz menjawab “Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut. Nabi pun menepuk dada sambil bersabda “Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah ke arah sesuatu yang diredhai oleh Rasullullah. (Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Melalui ilmu usul fiqh, pensyariatan Islam terus berkembang luas, bersesuaian dengan keadaan tempat, suasana dan situasi semasa.


Dalam menyelesaikan masalah baru yang timbul selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat telah menggunakan methodologi ijtihad untuk menghasilkan fatwa yang berlandaskan dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah.


Fatwa bermaksud memberi jawapan bagi sesuatu permasalahan oleh seorang faqih serta penjelasan tentang perkara yang mempunyai kemusykilan dan kesamaran tentang hukum oleh seseorang yang faqih dengan menggunakan kaedah ijtihad.


Fatwa ialah jawapan kepada masalah agama apabila seseorang ulama fuquha mengeluarkan penjelasan dan hukum terhadap perkara yang samar-samar dan fatwanya itu menjadikan sesuatu hukum tersebut lebih jelas, kuat dan kukuh.


Ulama fiqh pula telah mendefinisikan fatwa dengan pelbagai takrif antaranya:


1) Menerangkan hukum sesuatu permasalahan.
2) Menjawab segala kemusykilan baik dari sudut syarak atau undang-undang.
3) Mengkhabarkan hukum syarak tanpa sebarang kemestian untuk diikuti.
4) Memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu permasalahan sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara individu mahupun secara berkumpulan.


Dalam masyarakat Islam, kita akan disajikan dengan pelbagai jenis fatwa dari pelbagai cabang. Ada diantaranya dari ulama-ulama silam dan ada pula dari ulama-ulama kontemporari.


Terdapat juga fatwa-fatwa yang terhasil dari mufti, ustaz-ustaz dan juga dari da'i-da'i moden. Oleh kerana fatwa terhasil dari masalah-masalah zhanniyah (tidak qati'), maka banyak fatwa boleh terhasil dari satu masalah atau satu kemusykilan.


Maka, akan terhasilnya fatwa yang bersifat tarjih (pendapat yg kuat dan kukuh) dan juga marjuh (pendapat yg lemah). Kita disarankan untuk memilih fatwa yang tarjih dan meninggalkan fatwa yang marjuh.


Kita perlu memilih fatwa yang tarjih, yang bersesuaian dengan keadaan dan suasana semasa kita. Memilih fatwa dari seorang pakar usul al-fiqh yang faqih dalam ilmu hadith dan methologi ijtihad serta mengenali uruf setempat adalah paling afdal.


Usul al-Fiqh adalah methodology atau formula yang digunakan untuk mengeluarkan hukum dari nas syara'. Pelajaran Usul al-Fiqh boleh dibahagikan kepada 4 perkara, iaitu:


1) Hukum Syarak (hukum taklifi - wajib, sunat, harus, makruh, haram dan juga hukum wadie - sah, batal)
2) Dalil (4 yg sepakat - Al-Quran, Sunnah, Ijma', Qiyas....dan 8 yang khilaf - istihsan, masalih, uruf, syara man qablana, qaul sahabi, istishab, sad al zaraie, amal ahlu madinah)
3) Taarud tarjih (dalil yg bercanggah dan penyelesaiannya)
4) Ijtihad dan taqlid (pembahasan mujtahid - ijtihad, muttabi'k - ittiba, muqallid - taqlid)


Pelajaran dan kajian usul fiqh merangkumi perbahasan hukum syarak, kajian dan pemeriksaan dalil syarak - (ibadat & muamalat, qati' & zanni, sumber syara spt quran & sunnah), methodologi ijtihad dan formula istinbat hukum (ijma' qiyas, maslahah, istihsan, sadd al dhari'a, qawaid al-fiqhiyyah dll).


Contoh fatwa yang terhasil dari ijtihad para sahabat ialah: Umar bin Khattab tidak menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seseorang yang mencuri kerana kelaparan (darurat/terpaksa).


Contoh lain adalah seperti Utsman bin Affan menetapkan azan kedua ketika solat jumaat dan Ali bin Abi Thalib telah menetapkan 80 kali sebatan kepada peminum khamar.


Generasi selepas para sahabat yang digelar tabiin telah memikul tanggungjawab penyebaran syariat Islam. Mereka adalah anak murid para sahabat.


Diantara para tabiin yang masyur adalah Hasan al-Bashri dan Abu Hanifah, iaitu pengasas Mazhab Hanafi yang pernah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik dan sahabat yang lain. Abu Hanifah telah menghasilkan beberapa methodologi yang baru seperti teori Istihsan (juristic preference).


Tabi'ut tabi'in pula adalah gelaran kepada pendokong Islam selepas generasi tabiin. Diantara Imam besar era tabi'ut tabi'in adalah Malik bin Anas, iaitu pengasas Mazhab Maliki, Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i, pengasas Mazhab Shafi'i dan Ahmad bin Hanbal, pengasas Mazhab Hambali.


Tujuan utama fatwa ialah menjaga kemashalatan umum berdasarkan pensyariatan Islam. Ijtihad dan fatwa keempat-empat Imam besar ASWJ inilah yang telah menjadi ikutan para muslimin di seluruh pelusuk dunia untuk menyelesaikan permasalahan baru sehingga ke hari ini.


Wallahu'alam

Friday, August 16, 2019

Relationship with the non-Muslim



The concept of 'Al-Wala wa Al-Bara' (to love and hate for the sake of Allah SWT) is the creed that guides all the actions and sayings of a Muslim. The Prophet (pbuh) said:

"The strongest bond of Iman is the love for Allah's sake and the hatred for Allah's sake." (Reported by Imam Ahmad)

However, Malaysia has a unique multi-religious society where about 60% of its population are Muslims, 20% Buddhist, 9% Hindus and 5% of other religions including Sikh, Christianity and pagans.

The majority of dwellers are Malays, and 99% of them are Muslims, followed by the Chinese, Indians, Orang Asli, Sabah and Sarawak.

Looking at this diversity, undoubtedly Malaysia is one of the most multi-religious and multicultural society in South East Asia region.

In the world where a religious community is increasing, there is a need to address the challenges in the modern era on how to live together within a religious community.

The Quran says:
"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes, so that you may (affectionately) know one another..." (QS 49:13)

The Quran says:
Allah does not forbid you to deal justly and kindly with those who fought not against you on account of your religion and did not drive you out of your homes. Verily, Allah loves those who deal with equality. (QS 60:08)

The Quran says:
"And do not insult those they invoke other than Allah, lest they insult Allah in enmity without knowledge..." (QS 6:108)

Islam promotes altruistic and cooperative behaviors in a multicultural society to promote social cohesion among humans. This is why Islam is very much against racial discrimination (sifat asabiyyah) in the form of tribalism.

Relationships between human are very crucial in the formation of cohabiting and harmonious society especially with the existence of multiple cultures, religions, and civilizations.

Improper construction of such relationships between inhabitants with different grounds of religion and civilization leads to chaotic and unstable societies.

This indicates that besides the concept of al-wara wa al-bara, justice and kindness is another platform that Islam established for relationships between Muslims and non-Muslims.

The history of Islam demonstrates that this religion is open to diversity, interfaith relations and multiculturalism and teaches its followers to live together with other people with respect and without discrimination against any race, religion or person.


Wallahu'alam

Monday, August 6, 2018

Isu Khilafiyyah




Masalah dan kekeliruan dalam masyarakat kita ini adakalanya bukan disebabkan oleh perbincangan bab khilaf secara akademik. Tetapi ia disebabkan oleh orang yang cuba menutup pintu khilaf sedangkan pintu khilaf dalam sesuatu isu sudah terbuka.

Segelintir orang cuba untuk melarang orang berbincang tentang isu khilafiyyah dengan alasan tidak mahu perpecahan. Sebenarnya perpecahan bukan disebabkan bincang isu khilaf tetapi sebab taksub kerana tidak biasa bincang isu khilaf lalu merasakan mazhab dia sahaja yang betul. Mazhab fiqh lain bukan ASWJ. Itu adalah amat bahaya.

Amatlah buruk untuk mengecam orang yang berbeza pandangan dengan kita dengan gelaran dan label yang jelek. Jika perbahasan pasal isu khilaf pun ditentang dan dikecam, bagaimana mungkin orang awam mahu faham isu semasa yang lebih rumit perinciannya?

Terdapat pula segelintir orang mengatakan "Ini isu khilaf, ulamak silam dulu dah lama selesai, kita jangan bahaskan lagi". Akan tetapi orang yang melaungkan slogan ini mereka sendiri gagal berikan apakah pendapat hasil perbahasan ulamak silam tersebut.

Mereka hanya melaungkan slogan "Ini isu khilaf yang sudah selesai dibahaskan ulamak terdahulu" sahaja tanpa mereka mengkaji apakah kesimpulan dari perbahasan ulamak silam tersebut.

Sebab itulah tidak hairan Mishari Al Afasy dituduh sesat dan wahabi hanya kerana beliau tidak membaca bismillah secara jahr sewaktu membaca surah fatihah ketika solat. Walhal itu pendapat Imam Ahmad seperti terdapat dalam kitab tafsir al quran al azhim jilid pertama karangan Imam Ibn Kathir.

Mazhab fiqh ASWJ ini luas. Tidak terhad hanya kepada mazhab empat sahaja. Jika semua khilaf di luar mazhab empat itu salah dan pemilih pandangan itu dianggap jahil tukkir, bagaimana pula dengan polisi kawalan harga barang?

Empat mazhab melarang perbuatan kawalan harga barangan. Yang benarkannya adalah Ibn Taimiyyah jika dibimbangi berlaku mudarat kepada rakyat. Sesat juga? Kalau sesat jangan berurusan di mana-mana perbankan Islam sebab kadar keuntungan juga dikawal oleh Bank Negara.

Kewujudan ilmuwan Islam yang ramai dalam negara kita akan menyebabkan kemunculan banyak perbezaan pandangan. Ia sepatutnya menjadi medan untuk perbahasan ilmial dan percambahan idea, dan bukannya menjadi medan tuduh-menuduh dan sesat menyesatkan selagi pandangan yang dilontarkan masih dalam kerangka fiqh yang diiktiraf oleh Alhli Sunnah.

Sepatutnya kita perlu berbangga kerana negara kita sudah ramai ilmuwan yang ilmu mereka boleh melengkapkan satu sama lain. Allah SWT telah menetapkan cara hidup, perbezaan fahaman dan pendapat sebagai fitrah manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan." (QS 11:118)

Setiap umat beramal dengan tahap keimanan yang berbeza-beza. Setiap manusia melalui kehidupannya dalam keadaan yang berubah-ubah. Fikiran dan fahaman kita sewaktu muda adalah berbeza dengan waktu kita sudah tua. Amalan seorang muallaf dengan amalan seorang mukalaf adalah tidak sama. Kita tidak boleh samakan fahaman dan amalan kita dengan orang lain.

Oleh itu, apabila kita menolak perbincangan tentang isu khilafiyyah dan hanya taksub dengan pendapat mazhab tertentu sahaja, maka Islam akan menjadi sempit dan beku. Sebenarnya iktilaf dikalangan umat Islam membawa rahmat yang sangat luas. Ia membenarkan kita membuat pilihan lain yang masih tertakluk dalam kerangka syarak sewaktu dalam keadaan yang mendesakkan.

Sebagai seorang Muslim yang benar-benar inginkan keredhaan Allah SWT, berusahalah bersungguh-sungguh untuk memahami dalil nas-nas al-Quran dan hadith sahih serta tafsiran dan takwilan para ulama dan khilaf yang berlaku dalam perbahasan mereka. Kemudian barulah kita memilih pendapat yang paling rajih (benar dan kuat) untuk diapplikasikan dalam kehidupan dan amalan harian kita.

Semoga Allah SWT melindungi kita dari sikap taksub dan menjauhi kita  dan kesesatan, amin...


Wallahu'alam

Monday, November 6, 2017

Qawaid al-Fiqhiyyah - al-Dararu yuzal



Membuka ruang manfaat dan mencegah kemudaratan adalah asas kepada syara' Islam. Syariat Islam adalah dibina di atas asas ini untuk membawa kebaikan dan menolak keburukan. Kebaikan atau maslahah yang dimaksudkan adalah kepentingan awam atau kebaikan umum yang berfaedah kepada manusia sejagat.

Menurut Imam al-Ghazali maslahah boleh ditakrifkan sebagai manfaat yang berlandaskan hukum syara' untuk pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mengikut peringkat.

Oleh yang demikian, para ulama fuquha telah merumuskan kaedah fiqh Al-Dhararu Yuzal (semua kemudaratan mesti dihapuskan) yang berlandaskankan dari dalil-dalil berikut:

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya...: (QS 7:56)

"Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan..." (QS 5:64)

"Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan niat memberi mudarat dengan melakukan kezaliman) terhadap mereka..." (QS 2:231)

"Tiada mudarat dan tidak memudaratkan." (HR Bukhari dan Muslim).

Maksud hadith ini ialah tidak harus seseorang melakukan kemudaratan terhadap saudaranya sama ada memulakan atau membalasnya.

Pecahan atau cabang kepada kaedah al-Dararu yuzal adalah seperti berikut:

1) Darurat menghapuskan yang dilarang. Maksudnya, darurat mengharuskan perkara yang haram. Apabila seseorang berada dalam keadaan darurat, maka perkara-perkara yang dilarang atau haram diharuskan.

Contohnya, demi menjaga maslahah manusia, Islam memberi ruang yang cukup luas kepada umatnya sehingga membenarkan ucapan kalimah kufur ketika nyawanya terancam, asalkan hatinya tetap dalam keimanan (rujuk QS 16:106).

Kaedah ini dikenali dalam ilmu fiqh sebagai hukum rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang diberikan oleh Allah SWT dalam keadaan-keadaan tertentu.

Contoh lain adalah seperti;

- Harus memakan makanan yang haram, sekadar melepaskan keadaannya ketika darurat dan tidak berlebih-lebihan (rujuk QS 2:173 dan QS 5:3).

- Harus minum arak ketika dahaga sekiranya tiada minuman lain untuk diminum demi menyelamatkan diri daripada mati kehausan (QS 22:78).

Islam melarang setiap perbuatan yang melanggari hukum syara'. Tetapi demi menjaga kemaslahatan manusia, segala yang dilarang syara' bertukar menjadi harus apabila berada dalam keadaan darurat. Tetapi hukum keharusan pada perkara haram itu bertempoh dan tidak selama-lamanya. Apabila terkeluar dari keadaan darurat, maka keharusannya terhapus dan ia kembali kepada hukum asalnya, iaitu haram.

Contohnya, keharusan pesakit wanita mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki bukan mahram sekiranya tiada doktor wanita. Setelah pesakit wanita itu sihat, ia akan kembali kepada hukum asal, iaitu haram membuka aurat atau bersentuhan dengan lelaki bukan mahram.

2) Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama berat.

Contohnya, nafkah tidak diwajibkan ke atas suami yang fakir untuk keluarga yang juga fakir. Hal ini kerana menolak kemudaratan daripada fakir pertama itu menimbulkan kemudaratan yang sama dengan keluarganya.

Contoh lain, seseorang itu tidak boleh binasakan kehidupan orang lain demi menyelamatkan kehidupan sendiri.

3) Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan. Apabila terdapat pertentangan di antara dua kemudaratan, maka dihindarkan yang lebih berat dengan mengambil yang lebih ringan (choose lesser of the two evils).

Contohnya, jika seseorang dipaksa minum arak, kalau tidak diminum ia akan dibunuh, maka halal arak itu bagi dirinya itu. Ini adalah kerana ancaman membunuh itu lebih berat mudaratnya daripada mudarat minum arak.

4) Menolak mafsadah lebih utama dari mengambil maslahah. Maksudnya, apabila bertembung mafsadah (keburukan) dengan maslahah (kebaikan), maka perlu menolak mafsadah terlebih dahulu sebelum mengambil maslahah.

Contohnya, harus berdusta (walaupun asalnya dusta adalah keburukan yang diharamkan dalam Islam) apabila perlu kerana ia dapat datangkan kebaikan dan kepentingan yang lebih utama.

Misalnya, seperti berdusta untuk tujuan perdamaian di antara dua orang yang bertelingkah atau berdusta dengan isteri bagi tujuan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.

Contoh lain adalah seperti harus terjemahkan al-quran kepada bahasa bukan Arab memandangkan betapa perlunya manusia mengetahui hukum Islam, kerana bukan semua orang dapat menguasai Bahasa Al-quran dengan baik.

Justeru itu, maka dimaafkan meninggalkan sebahagian yang kewajiban syara' demi masyaqqah (kesulitan) yang akan membawa kepada darurat untuk menjaga atau mencapai maslahah yang lebih besar.

Perbezaan diantara masyaqqah (kesulitan) dan kemudaratan (darurat) adalah:

i) Masyaqqah adalah suatu kesulitan yang menghendaki keperluan (hajat) terhadap sesuatu dan apabila tidak di penuhi tidak akan membahayakan manusia dalam tempoh masa yang pendek.

ii) Darurat ialah kesulitan yang jika tidak diselesaikan akan mengancam agama, jiwa, akal, keturunan atau nasab dan harta serta kehormatan manusia.

iii) Walau bagaimanapun, apabila masyaqqah (kesulitan) dipanjangkan tempoh masanya, kehidupan manusia akan jatuh ke dalam keadaan darurat.

Contohnya, bekalan elektrik terputus buat seketika waktu, ini tidak menjadi masalah tetapi jika bekalan elektrik terputus untuk masa yang panjang, maka ia akan mengganggu kelancaran jalanraya (lampu isyarat) atau mengugat keselamatan pesakit-pesakit di hospital.

iv) Apabila seluruh ummah berada dalam keadaan masyaqqah (kesulitan), maka ini dikira sebagai darurat.

Contohnya, pekerja-pekerja DBKL (pembersihan awam) mogok kerja untuk jangkamasa yang panjang, maka seluruh ummah akan berada dalam keadaan darurat kerana pelbagai jenis wabak dan penyakit akan merebak akibat sampah-sarap yang tidak dibersihkan.

Hajat sekiranya tidak dipenuhi akan menimbulkan kesukaran dan kesulitan, tetapi jika kesukaran dan kesulitan itu berpanjangan, maka ia akan membawa kepada darurat. Sedangkan, darurat kalau tidak dipenuhi boleh membawa kepada kebinasaan.


Wallahu'alam

Saturday, November 4, 2017

Qawaid al Fiqhiyyah - al-Mashaqqat tujlab al-taysir



Islam adalah suatu agama yang boleh diamalkan oleh manusia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Oleh itu, apabila seseorang dalam kesempitan atau kesukaran, maka Islam memberi kelonggaran dan keringganan dalam melaksanakan Perintah Allah SWT.

Kaedah Fiqh ini dimanakan al-Mashaqqat tujlab al-taysir atau setiap kesusahan ataupun kesukaran disertai dengan kemudahan. Apa yang dimaksudkan sebagai masyaqqah adalah kesusahan atau kesukaran yang akan membuka ruang kepada kemudaratan (mafsadah).

Kaedah ini pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sebagaimana hadits riwayat Anas ra yang bermaksud:

"Kami keluar bersama Nabi SAW dari Madinah ke Mekah, dan kami bersolat 2 rakat, 2 rakaat, sehinggalah kami kembali ke Madinah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila bermusafir, maka diharuskan untuk qasarkan solat. Kaedah ini dikenali dalam ilmu fiqh sebagai hukum rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang diberikan oleh Allah SWT dalam keadaan-keadaan tertentu. Apabila kehidupan manusia tidak dapat elak dari masyaqqah atau kesusahan, maka Islam memberi kelonggaran di situ.

Contohnya seperti keharusan memakan makanan yang haram, sekadar melepaskan keadaannya ketika darurat dan tidak berlebih-lebihan. (rujuk QS 2:173 dan QS 5:3). Ini semua merupakan rukhsah (kemudahan/keringanan) yang dikurniakan oleh Allah SWT demi menjaga kemaslahatan umatNya.

Imam asy-Shafi'i berkata, "Apabila ada kesempitan pada sesuatu perkara, maka hendaklah diperluaskan". Contohnya, apabila sakit, maka boleh bertayammum atau meninggalkan puasa, termakan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan. air jalan raya yang terpercik pada kain pada hari hujan dimaafkan dan sebagainya.

Diantara dalil-dalil yang mendokong kaedah al-Mashaqqat tujlab al-taysir adalah seperti berikut:

"Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada disertakan kemudahan" (QS 94:5)

"Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran." (QS 2:185)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (QS 2:286)

"Ia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama..." (QS 22:78)

Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh itu, kerjakanlah dalam kadar semampu-nya dan bergembiralah (dengan pahala Allah) dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebahagian malam” (Hadis Riwayat Bukhari no.39)

Pada dasarnya, Islam ialah agama yang mudah kerana ia diturunkan oleh Allah SWT yang menciptakan manusia dan alam semesta. Oleh itu, Dia tahu apa yang termampu bagi kita dalam menghadapi urusan2 kehidupannya dan tidak akan menzalimi kita dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh manusia.

Berdasarkan penelitian dan kajian para ulama, terdapat 7 sebab mengapa Islam memberi rukhsah kepada manusia, diantaranya adalah:

1) Musafir - rukhsah yang diberikan kepada orang yang musafir ialah seperti solat jamak dan qasar.

2) Sakit - orang yang sakit diharuskan untuk bertayammum apabila badannya tidak boleh terkena air.

3) Terpaksa atau dipaksa - Contohnya, kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan memakan perkara yang diharamkan.

4) Terlupa - makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.

5) Kejahilan - sesiapa yang benar-benar jahil atau tidak mengetahui bahawa sesuatu perbuatan itu haram, maka dia akan terlepas daripada mendapat dosa.

6) Kepayahan yang tidak dapat di-elakkan - contoh seorang nelayan atau penjual ikan tidak boleh elak daripada sisik2 ikan. Oleh itu, sah wuduknya selepas dia berusaha membersihkan dirinya walaupun masih lagi terdapat yg terlekat pada badannya.

7) Kekurangan - contohnya kanak-kanak dan wanita tidak wajib solat jumaat kerana kekurangan sifat-sifat tertentu.

Walau bagaimanapun, menurut para ulama, tuntutan taklif (tanggungjawab/kewajipan seorang mukalaf) tidak dikira sebagai musyaqqah (kesukaran) kerana mengikut adat tidak menjadi bebanan malah ia adalah satu keperluan.


Wallahu'alam

Wednesday, November 1, 2017

Qawaid al Fiqhiyyah - al-Yaqin la yuzalu bish-shakk



Kaedah Fiqh yang kedua adalah al-Yaqin la yuzalu bish-shakk yang bermaksud keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan. Imam as-Suyuthi menyatakan al-Yaqin adalah sesuatu yang tetap dan pasti yang dapat dibuktikan melalui penelitian dan menyertakan bukti-bukti yang mendukungnya.

Dalam syara' Islam, sesuatu perkara yang sudah diyakini tidak boleh ditinggalkan hanya disebabkan dengan keraguan atau syak. Ini bermaksud sesuatu perkara yang sudah diyakini, apabila timbul keraguan selepas itu tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada.

Islam mengajar kita agar mengelakkan diri dari sesuatu yang boleh mendatangkan syak atau was-was. Ini adalah kerana syak boleh menimbulkan kekeliruan dalam banyak keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Oleh itu, para mujtahidin telah merumuskan kaedah Fiqh al-Yaqin la yuzalu bish-shakk ini untuk menyempurnakan pembentukkan hukum-hakam Fiqh.

Terdapat beberapa pecahan di bawah kaedah ini, diantaranya adalah;

1) Sesuatu yang diyakini tidak akan terbatal kecuali dengan keyakinan. Contohnya, sesiapa yang yakin telah berwuduk dan syak berlakunya hadas selepas itu, maka dia dianggap masih lagi dalam keadaan suci. Dan sebaliknya, jika sesiapa yang telah yakin belum berwuduk dan syak telah bersuci, maka dia dianggap belum bersuci.

2) Asalnya seseorang itu adalah terlepas daripada tanggungjawab. Sesuatu perkara adalah kekal dalam keadaannya yang sedia ada pada bila-bila masa sehinggalah terdapat bukti yang membuktikan sebaliknya.

Contohnya, apabila seseorang didakwa telah melakukan kesalahan, maka wajib menampilkan bukti kesalahannya (presumed innocent until proved guilty).

3) Sesuatu perkara yang dihukum ada, asalnya adalah tidak wujud. Contohnya, seseorang yang telah menggunakan harta orang lain mendakwa dia dibenarkan berbuat demikian, tetapi dinafikan oleh Tuan harta tersebut. Maka penafian Tuan harta akan diterima kerana pada asalnya tiada keizinan dan harta orang lain adalah haram.

4) Hukum terhadap sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada keadaannya yang paling hampir dengan situasi yang berlaku. Contohnya, di sisi mazhab Syafi'i jika seseorang yang melihat najis pada pakaiannya sedangkan dia telah solat beberapa waktu dengan kain tersebut dan tidak mengetahui bila kainnya terkena najis mestilah mengulangi solatnya.

5) Hukum asal segala sesuatu adalah harus (kecuali perkara ibadah) sehingga ada dalil yang menunjukkan larangan atau keharamannya. Contohnya;

Hukum asal bagi perkara muamalat (interaksi sesama manusia) adalah harus sehingga ada bukti yang melarangnya. Ini adalah berlandaskan dari dalil-dalil berikut;

"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi..." (QS 2:29)

Dan Dialah yang memudahkan bagi kamu apa yang ada di langit dan bumi kesemuanya (QS 45:13)

“Bahawasanya ada seseorang yang mengadu kepada Rasulullah SAW bahwa dia merasakan seakan-akan telah kentut dalam solatnya. Maka Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah dia batalkan solatnya sampai dia mendengar bunyi atau mencium bau.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jika hukum asal setiap perkara muamalat memerlukan dalil untuk mengharuskannya, maka perkara-perkara baru yang tidak disebut dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW seperti penggunaan tenaga elektrik, menaiki kapal terbang, pembedahan surgical dll akan menjadi haram.

Kaedah Fiqh 'al-Yaqin la yuzalu bish-shakk' ini mempunyai kedudukan yang sangat agung dalam islam. Bahkan sebahagian ulama menyatakan bahawa kaedah ini merangkumi tiga perempat daripada seluruh permasalahan fiqh dalam Islam.

Syak adalah suatu perasaan dalam hati manusia yang terhasil dari hasutan syaitan seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dari kejahatan pembisik penghasut (syaitan) yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya (was-was) ke dalam hati manusia..." (QS 114:4-5)

Kaedah Fiqh ini dapat membantu dan mengajar kita cara-cara mengatasi was-was yang timbul apabila berlaku pertembungan di antara perasaan yakin dan syak. Maka, kita diwajibkan mendahulukan keyakinan yang ada dan abaikan keraguan yang timbul kemudian.


Wallahu'alam

Tuesday, October 31, 2017

Qawaid al-Fiqhiyyah - Al-Umuru Bi Maqasidiha



Qawaid al-Fiqhiyyah atau kaedah Fiqh yang pertama adalah Al-Umuru Bi Maqasidiha yang bermaksud setiap perkara dinilai berdasarkan Niat dan Matlamat (tujuan). Niat adalah syarat utama sesuatu perkara menjadi halal atau haram, sah atau batal.

Contohnya, seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika dia memerah anggur dengan niat membuat arak, haram hukumnya.

Imam asy-Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bahwa hadits berkaitan niat merupakan satu pertiga ilmu. Imam asy-Syafi’i mengatakan hadits berkaitan niat terkandung dalam 70 bab ilmu. Contohnya, bab ibadah, bab bersuci, bab wuduk, bab mandi wajib, bab solat, bab nazar, bab sumpah dan sebagainya.

Niat menjadi asas utama penerimaan sesuatu amalan, sama ada ia diterima atau ditolak oleh Allah. Sekiranya sesuatu amalan itu dilakukan secara betul namun salah dari segi niatnya, maka ia tidak diterima oleh Allah SWT. Fungsi-fungsi niat disyariatkan adalah seperti berikut;

i) Membezakan ibadat dengan adat muamalat. Contohnya, menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan badan. Puasa adalah ibadah, manakala menguruskan badan adalah perkara duniawi.

Contoh lain seperti menyembelih binatang untuk makan atau untuk ibadat korban. Menyembelih binatang untuk makan adalah perkara muamalat, manakala menyembelih binatang untuk korban Hari Raya Haji adalah ibadah.

ii) Membezakan ibadat fardhu dengan ibadat sunat. Contohnya, niat membezakan solat dua rakaat sunat subuh dengan solat dua rakaat fardhu subuh.

Contoh lain seperti memberikan wang sebagai zakat atau sedekah. Memberikan wang sebagai zakat adalah fard (wajib), manakala memberikan wang sebagai sedekah adalah sunat.

iii) Qisas, iaitu untuk membezakan diantara perbuatan membunuh dengan sengaja atau tidak sengaja. Hukuman qisas bagi pembunuh yang membunuh secara sengaja adalah berbeza dengan membunuh dengan tidak sengaja.

iv) Taqarrub atau niat melakukan sesuatu kerana Allah SWT atau mendekatkan diri kepada Allah SWT. Contohnya, belajar atau mengajar kerana Allah SWT atau kerana kepentingan diri?

v) Perbuatan atau amalan yang diniatkan kerana Allah SWT menjadi ibadah yang diberi pahala, manakala perbuatan yang tidak disertakan niat kerana Allah SWT tidak akan memberi kesan.

Sumber dan asas dalil-dalil yang mensyariatkan niat adalah;

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya..." (QS 98:5)

Ayat ini menegaskan bahwa manusia diperintahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dengan ikhlas.

"...barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat..." (QS 3:145)

Ayat ini menegaskan bahwa Allah akan memberikan balasan kepada hambanya berdasarkan niat.

Umar bin Khatab berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas berdasarkan apa yang dia niatkan." (HR Bukhari dan Muslim)

"Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Melalui dalil-dalil ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Oleh itu, para ulama Fiqh telah menjadikan kaedah ini sebagai rumusan utama pembentukan hukum Fiqh. Segala hukum-hakam dalam Islam mestilah diselaraskan dengan prinsip ini.


Wallahu'alam

Saturday, October 28, 2017

Perbezaan diantara illah dan hikmah



Maksud illah dalam bidang ilmu usul fiqh adalah ciri-ciri khusus yang disebut dalam sesuatu hukum. Ciri-ciri yang disebut itu merupakan sebab mengapa hukum itu disyariatkan. Hilangnya sifat maka hilanglah hukum. Contohnya:

"Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu dia berkata: “Binasalah aku, aku telah bersetubuh dengan isteriku pada bulan Ramadan." (Sahih al-Bukhari no 6164)

Seorang arab badwi telah bersetubuh dengan isterinya pada siang hari bulan Ramadhan secara sengaja. Lalu beliau pergi mengkhabarkan hal tersebut kepada Nabi SAW dan baginda memerintahkan kepadanya untuk melakukan kaffarah.

Imam Syafie dan Imam Ahmad berpendapat bahawa illah bagi hukum dalam hadis di atas adalah perbuatan bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan. Hanya para mujtahidin sahaja yang layak menentukannya illah kerana terdapat syarat-syarat tertentu dalam proses 'masalik al-illah' atau jalan-jalan mengenal pasti illah (tanqih al-manath, takhrij al-manath, dan tahqiq al-manath).

Antara syarat-syarat illah adalah seperti berikut:

1) Zahir - sesuatu illah itu mestilah zahir yang mampu dilihat oleh semua manusia dengan pancaindera mereka.

Contohnya, illah babi diharamkan makan kerana ia najis seperti yang disebut di dalam al-Quran (perintah Allah) dan bukannya kerana ia mengandung banyak penyakit, cacing pita, virus dan sebagainya.

2) Maqasid Syariah - maqasid syariah adalah tujuan asal syariat iaitu untuk menjaga kepentingan agama, nyawa, akal, maruah dan harta manusia. Dalam hal ini illah mestilah bertepatan dengan maqasid syariah.

- Contohnya, mabuk adalah illah bagi pengharaman arak, ia bertepatan dengan maqasid syariah demi menjaga akal manusia. Adalah tidak tepat jika kita nyatakan illah pengharaman arak adalah bahan alkohol ataupun jenis buah-buahan yang diproses.

3) Mundhabit (Mampu diukur) - ciri-ciri sesuatu itu mestilah boleh diukur, dan tidak berbeza-beza dikalangan manusia jika diaplikasikan ke atas mereka.

Contohnya, illah bagi membolehkan seseorang itu boleh menqasarkan solatnya adalah jarak musafir dan bukannya kerana kesulitan (musyaqqah) kerana kesulitan setiap orang adalah berbeza-beza.

Hikmah pula merupakan objektif atau tujuan hukum syariat yang bermatlamatkan menjaga kepentingan manusia dan menolak kemudharatan. Hikmah tidak mempunyai ciri-ciri yang khusus dan ia merupakan prinsip umum yang banyak terkandung dalam segala perkara yang dihalal dan diharamkan oleh Allah SWT.

Contohnya, hikmah babi diharamkan kerana ia mengandung banyak penyakit, cacing pita, virus dan sebagainya. Hikmah pembayaran Zakat adalah menjamin kemakmuran dan kebajikan ummah. Hikmah al-Quran diturunkan kerana Rahmat Allah SWT.

Secara ringkas, illah adalah sebab sesuatu itu dinyatakan wajib atau haram yang ada disebut dalam teks. Manakala hikmah adalah prinsip umum (maqasid) dibelakang hukum tersebut yang tidak disebut dalam teks.


Wallahu'alam

Wednesday, October 25, 2017

Qawaid al-Fiqhiyyah





Qawaid al-Fiqhiyyah adalah landasan prinsip-prinsip kulli yang bersifat umum dalam perundangan feqah yang merangkumi hukum-hukum syara’ yang ditemui dalam al-Quran dan as-sunnah.

Prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah umum ini merupakan rujukan dan garis panduan bagi penetapan hukum-hakam fiqh dalam Islam. Tanpa kaedah-kaedah umum fiqh ini, hukum-hakam fiqh boleh menimbulkan pertentangan diantara satu sama lain.

Menyedari hakikat betapa pentingnya penyusunan kaedah-kaedah Fiqh ini, beberapa orang ulama telah tampil untuk membahaskan qawaid al-fiqhiyyah ini melalui kitab karangan mereka. Antara ulama-ulama terulung yang menyusun kitab kaedah-kaedah fiqh ialah:


1) Imam Jalaluddin al-Suyuti - (849-911 AH)


2) Zainal 'Abidin bin Ibrahim bin Nujaym al-Hanafi (Ibnu Nujaym) - (m 970 AH)



Usul fiqh adalah manhaj ilmu yang menghuraikan permasalahan hukum-hakam dengan menggunakan methodology para ulama mujtahid dalam menetapkan hukum syara' dari nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Qawaid al Fiqhiyyah pula adalah kaedah-kaedah yang digunakan dalam Usul Fiqh oleh ulama2 Mujtahid dan ahli fatwa dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah2 yang tidak disebutkan hukumnya dalam dalil-dalil Al Quran dan As Sunnah dalam permasalahan baru.

Qawa'id al-Fiqhiyyah membolehkan seseorang mengetahui ketetapan hukum baru apabila tidak ada keterangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu ini juga dinamakan sebagai ashbah wa al-nada'ir yang diasaskan oleh para ulama fuquha seperti Al-Qadi Abu Muhammad al-Husayn (412 H) dan Abu Tahir Muhammad (548 H)

Al-Qadi Abu Muhammad al-Husayn menyebut bahawa mazhab Shafi'i berkisar pada lima pokok hukum utama:

1) al-Yaqin la yuzalu bish-shakk : kepastian tidak ditolak oleh keraguan.

Sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak atau keraguan. Menurut al-Fadani (1916-1990), kepastian merujuk kepada keyakinan di hati atas suatu realiti yang tidak akan dapat dihilangkan oleh keraguan. Imam al-Nawawi menjelaskan dalam Kitab Daqa-iq al-Minhaj bahwa kepastian tidak dihilangkan oleh keraguan, sama ada 50/50 atau 70/30.

2) al-Mashaqqat tujlab al-taysir : kesusahan menghasilkan kemudahan.

Imam al-Jarhazi dalam Kitab Mawahib menjelaskan kaedah ini terhasil dari dalil, "Tidak ada kesusahan dan kesempitan dalam agama" (QS 22:78) dan: "Allah menghendaki kemudahan bagimu dan bukannya kesulitan" (QS 2:185).

Dalam menjalani hidup, manusia akan mengalami berbagai peristiwa yang menyebabkannya merasa senang, susah, gembira, sedih, aman, tenang dan sebagainya. Islam sebagai agama rahmatan lil alamin tidak akan membebankan umatNya dengan sesuatu yang mereka tidak mampu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya..."(QS 6:152)

"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (QS 23:62)

3) al-Darar muzal : bahaya (mudhorat) mesti dihapuskan.

Tujuan syariat Islam diturunkan adalah untuk menjaga dan menghasilkan maslahah kepada manusia secara menyeluruh di dunia dan di akhirat. Menurut imam al-Ghazali maslahah boleh ditakrifkan sebagai manfaat yang berlandaskan hukum syara' untuk pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Islam adalah agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada semua umat manusia. Demi menjaga kemaslahatan manusia, Islam memberi ruang kemashalatan yang cukup luas kepada umatnya seperti ketika dalam keadaan darurat, Islam mengharuskan perkara-perkara yang haram.

Contoh seperti ucapan kalimah kufur ketika nyawanya terancam (QS 16:106), keharusan memakan makanan yang haram, sekadar melepaskan keadaannya ketika darurat dan tidak berlebih-lebihan. (rujuk QS 2:173 dan QS 5:3).

4) Tahkim al-'Adat wa al-ruju 'ilayha : adat adalah asas penghakiman.

Uruf adalah amalan dan adat-adat kebiasaan dalam sebuah masyarakat. Uruf yang telah diamalkan secara menyeluruh dalam sebuah masyarakat boleh dijadikan sebagai sumber hukum dalam Islam. Contohnya seperti amalan penduduk Medina.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apa saja yang dipandang kaum muslimin merupakan kebaikan maka ia di sisi Allah juga merupakan kebaikan. Dan apa saja yang dipandang kaum muslimin merupakan keburukan maka ia di sisi Allah juga merupakan keburukan” (HR Ahmad dan Thabrani)

5) Al-Umur bi-maqasidiha : setiap perbuatan dinilai oleh niat

Dalam Kitab Idah al-Qawa'id al-Fiqhiyyah, al-Lahji menjelaskan bahawa makna al-umuru bimaqasidiha adalah setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat dan objektif niat adalah untuk membezakan ibadat dari kebiasaan.

Niat membezakan perbuatan yang boleh dilihat sebagai kebiasaan dan perbuatan ibadah seperti mandi biasa dengan mandi wajib. Niat juga mempunyai objektif kedua: iaitu untuk membezakan amalan-amalan ibadah seperti perbezaan waktu solat dan perbezaan solat fardhu dengan solat sunat.

Izz al-Din ibn 'Abd al-Salam (557H - 660H) menyebut bahawa semua perkara fiqh dikembalikan kepada satu syariat yang tunggal: iaitu mencapai manfaat dan mencegah kemudhoratan; Walau bagaimanapun, para ulama lain merasakan bahawa semua urusan fiqh hanya kembali kepada perolehan manfaat sahaja (al-Fawa'id al-Janiyyah 1 / 139-43).

Penulis-penulis kitab qawa'id al-fiqhiyyah banyak menjelaskan isu-isu ini dalam tulisan ilmiah mereka seperti dalam kitab al-Mawahib al-Saniyyah yang dikarang oleh imam al-Suyuti (911H) dan kitab Idah al-Qawa'id al-Fiqhiyyah (al-Lahji).


Diantara kepentingan-kepentingan ilmu qawaid al-fiqhiyyah adalah:


1) Menyatukan permasalahan fiqh Islam kerana banyak persoalan masalah furu’yang biasa dapat dikumpulkan dalam satu kaedah yang selaras dan selari dengan tuntutan Islam.

2) Mempelajari ilmu ini dapat menjaga dan mengikat semua masalah furu' yang sama illat dalam satu kaedah yang sama.

3) Mendidik para peniliti untuk menguasai masalah-masalah fiqh dan menjadikannya mampu menyimpulkan hukum-hukum yang tidak tertulis dalam kitab-kitab fiqh sesuai dengan kaedah mazhab masing-masing.

4) Mempermudahkan para peneliti untuk memahami hukum fiqh yang terhasil dari 5 kaedah yang mudah.

5) Mengikat hukum-hukum yang banyak dengan satu ikatan dengan tujuan menuju kepada kemaslahatan.


(refer: Legal maxims of Islamic jurisprudence)


Wallahu'alam

Syariah Intelligence



Usul al-Fiqh dan Maqasid Syariah 

Pengenalan : Definisi Ijtihad dan Fatwa

Bab 1 - Usul al-Fiqh?

Bab 2 - Ijtihad 




Tools of Ijtihad





Safety Net Tools





Bab 11 - Maqasid Syariah

Bab 12 - Mustolah Hadits




<
>
>





Maqasid Syariah



Maqasid Syariah terdiri daripada dua perkataan, iaitu maqasid dan syariah. Maqasid adalah kata jama’ daripada perkataan maqsud (مقصود) yang bererti tujuan atau objective. Manakala, perkataan Syariah pula bermaksud ‘jalan menuju ke sumber air’ atau jalan ke arah sumber utama kehidupan.

Oleh itu, Maqasid Syariah bermaksud tujuan dan objektif perundangan Islam yang dikehendaki oleh syara' melalui sumber al-Quran dan as-Sunnah. Matlamat utama syariat Islam adalah memberi kehidupan dan memelihara kepentingan manusia (maslahah), mencegah kemungkaran dan menghilangkan kemudaratan (mufsadah).

Ibn Asyur mendefinisikan maqasid sebagai “Segala pengertian yang dapat dilihat pada hukum-hukum yang disyariatkan pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya.” (Al-Misawi:2001)

Ibn Al-Arabi pula beliau menyifatkan maqasid sebagai “mengelakkan kesusahan atau masyaqqah”. Kata Ibn Al-Arabi; “Tidak harus sesuatu yang haram membebankan seseorang dengan apa yang ia tidak mampu”. (Al-Hasani:1995)

Imam as-Syathibi berkata dalam kitabnya al-Muwafaqat, “Sesungguhnya syariat Islam bertujuan untuk mewujudkan kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.” Beliau juga berkata “Hukum-hukum disyariatkan untuk kemaslahatan hamba." (As-Syathibi:1920)

Islam mengklasifikasikan keperluan kemaslahatan manusia kepada tiga peringkat utama iaitu maslahah daruriyyah, maslahah hajiyyah dan maslahah tahsiniyyah.

a) Maslahah Dharuriyyah (the basic survival necessities of humanity)

- Maslahah dharuriyyah adalah tingkatan maslahah yang paling penting yang menjadi asas kepada penjagaan hukum Islam. Tanpa penjagaan terhadap maslahah ini, manusia akan menghadapi kepincangan dalam kehidupan mereka.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Mustasfa, beliau berkata tujuan syariat Islam adalah untuk melindungi 5 kepentingan utama manusia, iaitu:

1. Pemeliharaan agama (hifz al-din)

- Islam memerintahkan manusia mengamalkan akidah yang betul supaya perjalanan hidup mereka akan menjadi lebih teratur dan sempurna. Bagi memastikan manusia tetap hidup dalam kesejahteraan, agama Islam mestilah menjadi pegangan yang utama bagi manusia.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, Maka, janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui." (QS 2:21-22)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Hanya Engkau yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkau Kami meminta pertolongan” (Surah al-Fatihah: ayat 5)

- Preservation of the religion entails everything that is necessary for sound Islamic understanding and practice. Each of the five operational principles in this paper falls under the imperative of preserving the religion. This major objective includes, for example, the creation of a wide variety of research and writing pertaining to Islam such as excellent English translations, commentaries, and literature relevant to our time and place. In America today, the preservation of the Islamic religion clearly necessitates the foundation of outstanding indigenous Islamic educational institutions.

2. Pemeliharaan jiwa (hifz al-nafs)
- Tujuan utama Allah s.w.t. menjadikan manusia adalah untuk beribadat kepada-Nya. Oleh itu, Islam mengajar manusia supaya sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan. Allah memerintahkan manusia supaya makan dan minum daripada makanan dan minuman yang halal dan baik agar dapat mengelakkan diri dari sebarang perkara yang boleh memberi kesan buruk kepada jiwa dan nyawa kita.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat dibumi dan jangan kamu megikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu." (QS 2:168)

Islam menuntut umatnya untuk menjaga kesihatan diri sama ada dalam aspek kebersihan mahupun penjagaan tubuh badan. Kesihatan dan kebersihan fizikal ini merupakan lambang keimanan bagi seseorang muslim.

Contohnya, Islam mensyariatkan ibadah mandi hadas, wuduk, bersiwak (berus gigi), memotong kuku dan bulu, menyucikan kemaluan setelah membuang air, memastikan pakaian sentiasa bersih daripada najis, berkhatan dan sebagainya.

Islam juga melarang keras perbuatan yang dapat mengancam keselamatan diri dan orang lain. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"...janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..." (QS 2:195)

"...janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri." (QS 4:29)

"...janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak)." (QS 6:151)

- Preservation of the self is to protect human life from violence, sickness, starvation, and anything else that threatens it. Adequate housing, security, and health services are among the many priorities associated with this objective.

3. Pemeliharaan akal (hifz al-a’ql)

- Akal fikiran yang waras merupakan syarat terpenting dalam mempelajari segala ilmu. Ia juga merupakan syarat untuk manusia menjadikan semua amalan itu baik dan sempurna. Tujuan utama Al-Quran diturunkan kepada manusia adalah agar ia dapat dipelajari, difahami dan seterusnya untuk diamali.

Tanpa akal fikiran yang waras, manusia akan jadi bodoh dan jahil. Tanpa ilmu pengetahuan, manusia tidak akan dapat membezakan kebenaran dari kebathilan. Mereka akan menafikan kebenaran sebagaimana puak kafir menafikan kewujudan Allah SWT.

Inilah sebabnya Islam mewajibkan umatnya untuk belajar dan menuntut ilmu. Malah, menuntut ilmu agama Islam adalah fardhu-ain bagi setiap Muslim. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya”. (HR. Bukhari)

Islam mengharamkan minum minuman keras dan benda2 yang memabukkan kerana ia akan menjejaskan akal fikiran. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (QS 5:90)

Islam adalah agama yang memberi pedoman hidup kepada manusia secara menyeluruh, meliputi segala aspek kehidupannya menuju tercapainya kebahagiaan dan kesejahteraan hidup rohani dan jasmani, baik dalam kehidupan individu, ataupun dalam kehidupan bermasyarakat. Semua ini tidak akan tercapai jika manusia tidak mempunyai akal fikiran yang sihat dan waras.

- Preservation of reason requires protecting the human mind from such harms as ignorance, insanity, and alcohol and drug addiction. On the positive side, it entails the full development of the human mind, which requires exposure to positive stimulation and good education.

4. Pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl)

- Islam sangat mementingkan institusi kekeluargaan yang aman dan harmoni. Hal ini kerana sesebuah masyarakat tidak mungkin menjadi masyarakat yang baik dan berjaya jika institusi kekeluargaan yang membentuk masyarakat berada dalam keadaan yang tidak terurus.

Taklif pemeliharaan keturunan ini adalah untuk membentuk masyarakat Islam yang sihat, productif dan berkesan. Ini adalah kerana hanya masyarakat yang sihat sahajalah yang akan dapat kembangkan syiar Islam.

Pemeliharaan nasal dan nasab bermaksud memelihara waris atau keturunan kita dengan memberi pendidikan dan asuhan yang betul kepada mereka, penyediaan nafkah hidup yang cukup dan sempurna kepada mereka dan menjaga keperluan mereka seperti makanan, tempat tinggal dll.

Islam memerintah kita agar memilih pasangan hidup yang baik agar dapat menghasilkan keluarga dan waris yang baik yang dapat berbakti kepada masyarakat. Larangan zina dalam Islam juga merupakan suatu langkap pencegahan terhasilnya anak luar nikah dan penceraian suami isteri.

Berbagai-bagai jenis penyakit kelamin termasuk HiV dan AiDs akan merebak luas dalam masyarakat dan menghancurkan keluarga-keluarga umat Islam jika penzinaan tidak dibanteras. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (QS 17:32)

- Preservation of children focuses on children but entails everything essential to the welfare of the family. It takes in marriage, parenting, caring for the disabled, and so forth. It necessitates guarding against social evils like the abuse of children, spouses, and the elderly.

5. Pemeliharaan harta (hifz al-mal)

- Harta yang dimaksudkan ini ialah sekadar keperluan asas manusia, bukanlah harta kekayaan yang bertimbun-timbun sehingga melampaui batas. Apa yang dimaksudkan dengan harta ialah keperluan daruri bagi manusia ialah harta sekadar memenuhi keperluan asas mereka seperti rumah yang sempurna, makanan yang halal, pakaian yang menutupi aurat dan pendidikan asas.

Harta adalah kunci pembangunan kehidupan manusia yang melibatkan kemajuan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan perkembangan Islam terutamanya dalam maslahah tasiniyat. Oleh itu, pemeliharaan harta telah ditaklifkan sebagai salah satu daripada prinsip asas yang digariskan di bawah kategori daruriyyah.

Islam meletakkan hukuman yang keras keatas penjenayah mencuri harta orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (QS 5:38)

Islam juga memberi garis panduan cara-cara membahagikan harta selepas kematian seseorang Muslim (rujuk system faraid) supaya keturunan arwah terjaga dan selamat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan..." (QS 4:11)

Islam melarang keras merampas atau mengambil harta-benda tanpa izin. Islam juga melarang pemberian dan pengambilan rasuah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (QS 2:188)

Islam juga melarang tipu-helah dalam perniagaan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu." (QS 4:29)

Islam memerintahkan manusia supaya bekerja bagi mencari rezeki dengan cara yang halal. Untuk mengelak kerosakan terhadap keperluan ini, Islam melarang dan mengenakan hukuman yang keras terhadap kesalahan seperti mencuri, merompak, penipuan dan sebagainya.

Preservation of wealth requires the creation of lawful wealth, its growth, and protection. It places economic development at the center of Islam's social project. It also necessitates protecting wealth from waste, destruction, and loss through theft, robbery, fraud, embezzlement, and other crimes.

Kehidupan manusia hanya dapat berkembang apabila tercapainya kelima-lima keperluan asasi. Jika salah satu daripada keperluan asasi manusia ini tergugat, maka kehidupan kita akan menjadi sensara, baik di dunia maupun di akhirat.

Seandainya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, kehidupan manusia akan terpincang. Apabila keperluan daruriyyah ini tidak terpelihara, ia boleh membawa kehancuran, sama ada pada peringkat individu ataupun negara.

Like societal obligations, the five major objectives extend to other concerns through the previously mentioned principle, "whatever is necessary to fulfill an obligation is an obligation itself." As illustrated above, preservation of the religion requires that the religion is properly taught, which cannot be done without competent religious scholars. Competent scholars cannot be produced without superior educational facilities. Therefore, it is a major priority to create exceptional Islamic educational institutions.

b) Maslahah Hajiyyat (the needs of humanity to alleviate life's hardships and difficulties)


- Maslahah Hajiyyat pula adalah tingkatan kedua tahap keperluan manusia yang mana apabila ketiadaannya akan menyebabkan timbulnya kesusahan dan kesempitan. Namun, kesusahan tersebut tidaklah mencapai tahap membahayakan nyawa ataupun mencapai tahap mengganggu langsung urusan menusia tersebut.

Maslahah Hajiyyat melibatkan semua yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan harian. Walaupun ianya tidak sampai kepada tahap keperluan asasi yang boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia (darurat), tetapi ianya diperlukan bagi mengelakkan kesusahan hidup di dalam masyarakat.

Contoh bagi maslahah hajiyyat dalam ibadat ialah rukhsah-rukhsah yang diberikan untuk memudahkan kita semua, seperti bertayamum apabila tiada air untuk berwuduk, keharusan jamak dan qasar solat dan sebagainya.

Contoh dalam bukan ibadat pula ialah seperti diharuskan perceraian untuk melepaskan pasangan daripada ikatan perkahwinan yang musnah, persentuhan kulit diantara ajnabi dan lain-lain lagi.

c) Maslahah Tahsiniyyah (human needs that refine and embellish human's lives - by beautification or adding elegance to life)

- Maslahah Tahsiniyyat pula ialah satu perkara yang menjadikan kehidupan manusia berada dalam keadaan adab yang cukup tinggi dan akhlak yang baik, iaitu dengan mengambil perkara-perkara yang baik-baik daripada kehidupan dan meninggalkan benda-benda yang buruk dan kotor yang tidak diterima oleh akal yang terkumpul dalam kemuliaan akhlak.

Contoh bagi maslahah tahsiniyyat dalam ibadat ialah bersuci, menghilangkan najis, menutup aurat, memakai pakaian yang cantik ke masjid dan sebagainya. Ia juga terdapat dalam semua keadaan, samalah seperti dharuriyyat dan juga hajiyyat.

Maslahah Tahsiniyyat boleh didefinisikan sebagai Maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk menambahkan pembaikan, kemudahan dan kesenangan dalam hidup manusia yang selaras dengan tujuan penetapan hukum Islam. Tujuan maslahah tasiniyyat adalah untuk menyerikan agama Islam agar manusia akan tertarik dengan agama ini.

Kesimpulan:

Daruriyat adalah kemaslahatan dunia dan agama diasaskan di atas penjagaan lima perkara asas, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Manakala, hajiyat adalah berbentuk hajat keperluan untuk memudahkan kehidupan dan tahsiniyat adalah tuntutan kemewahan.

Sebagai contoh, penggunaan handphone pada masa kini boleh dikatakan sebagai hajiyat (kemudahan) kerana ianya adalah alat komunikasi yang penting bagi semua orang pada hari ini. Tetapi berkeinginan untuk memiliki handphone yang mahal dan canggih adalah tahsiniyat kerana ia adalah sesuatu (tuntutan) kemewahan.

>
<

- Islamic law sets the three priorities according to a hierarchy of legal goals. The highest of them are the five major objectives (al-maqasid al-khamsa al-kubra). They are the preservation of: religion (din), self (nafs), reason (aql), children (nasl/nasab) and wealth (mal). Some scholars add personal and family honor (ird) as a sixth objective, but all agree on the main five.

These five major objectives constitute the grand, all-enveloping rationales of Islam. They are the pivot point around which the most binding individual and societal obligations revolve. The primary goal of Islamic jurisprudence is to secure these objectives first or as effectively as possible before turning to lesser priorities.

In Islamic legal theory, the five major objectives are critical to the welfare of all human societies, regardless of religion, because the erosion of even a single one of them threatens the continued existence of the society as a whole.


Wallahu'alam