Search This Blog

Wednesday, June 10, 2020

Debu-Debu Riba



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Apakah akan terjadi jika sistem perbankan Islam TIDAK memberi kemudahan kepada umat Islam seperti pinjaman wang yang patuh syariah untuk pendidikan, perumahan, perniagaan, pembelian, pembiayaan peribadi dan sebagainya?

Ya, umat Islam akan terpaksa mengambil pinjaman dari perbankan konvensional yang mengamalkan pembayaran balik berfaedah (loan with interest). Jika umat Islam tidak ambil pinjaman berfaedah ini, maka kehidupannya akan jadi mundur (mungkin akan jadi gelandangan kerana tidak mampu beli rumah secara tunai) dan tiada daya saingan dalam dunia perniagaan.

Segala pinjaman yang berfaedah (loan with interest) adalah riba, dan riba adalah haram dalam Islam. Oleh itu, mujur wujudnya sistem perbankan Islam yang memberi pinjaman melalui kontrak-kontrak alternatif yang halal seperti Ijarah (SEWA), jual beli, perwakilan (wakalah), perkongsian untung (mudarabah) dan banyak lagi kontrak-kontrak syariah yg dibenarkan kepada umat Islam agar masyarakat Islam dapat hidup lebih selesa dan berjaya dalam dunia perniagaan.

Walaupun begitu, hakikatnya adalah umat Islam pada hari ini sememangnya tidak dapat elak dari 'debu-debu riba' kerana kita hidup dalam dunia yang mengamalkan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi dan sosial yang kumpul kekayaan oleh individu dengan mengaut keuntungan dari pekerjaan, perniagaan, pelaburan dan sebagainya.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment