Search This Blog

Saturday, June 6, 2020

Business Capital - Modal Perniagaan



Dalam alam perniagaan, modal bukanlah wang ringgit tetapi umur. Wang kita boleh cari tetapi umur adalah tetap. Apabila kita nak mulakan perniagaan, umur adalah faktor paling penting, bukan wang ringgit.

Ini adalah kerana, ketika kita muda kita boleh ceburi apa-apa jenis perniagaan yang kita suka. Kita boleh ceburi perniagaan yang berisiko tinggi. Kalau berjaya, kita akan perolehi keuntungan yang besar. Kalau perniagaan rugi atau lingkup, kita boleh ceburi perniagaan lain sebab kita ada masa.

Apabila perniagaan kita gagal ketika kita muda, kita senang bangkit kembali dan akan dapat pengalaman. Dari pengalaman ini, kita akan jadi seorang peniaga yang lebih bijak. Kalau kali kedua gagal, pengalaman kita akan berganda. Kalau gagal kali ketiga, kita dah jadi professional.

Dari pengalaman kegagalan-kegagalan inilah kita akan berjaya suatu hari kelak.

Berbeza dengan orang yang mulakan perniagaan ketika dah berumur. Apabila perniagaan rugi, mereka ini dah susah nak bangkit kembali. Mereka tidak akan menang peniaga yang gagal tiga kali tu sebab pengalaman tak sehebat mereka yang pernah gagal.

Oleh itu, mereka tidak akan berani mengambil risiko tinggi. Mereka akan 'playsafe'.

Umur yang paling sesuai untuk mulakan perniagaan adalah ketika dalam awal 30'an. Ini adalah kerana ketika umur belasan sehingga umur 25 tahun, kita perlu fokus kat pelajaran. Apabila tamat pelajaran, kita perlu fokus kat pekerjaan untuk cari dana permulaan perniagaan.

Kita perlu ingat ya, pekerjaan tu hanyalah 'stepping stone' untuk kita kumpul wang untuk mulakan perniagaan. Masa ini, kita perlu tingkatkan displine menyimpan wang. Kita perlu amalkan 'delayed gratification'. No enjoy-enjoy, tiada perbelanjaan yang membazir.

Kita perlu gigih simpan wang. Masa inilah kita perlu sediakan satu business plan. Kita kena tahu perniagaan jenis mana yang kita mahu. Kita perlu tahu berapa kos yang kita perlu untuk mulakan perniagaan. Dengan bersenjatakan business plan dan strategy ini, kita set minda kita agar nekad simpan wang dari gaji pekerjaan kita.

Carilah kerja yang boleh menjana wang yang kita perlu. Jika perlu, kerjalah 2 atau 3 tempat. Kita kena cari dana itu secepat mungkin. Itu pasal orang cakap, 'time is money'. Apabila dah cukup, jangan 'procastinate' (bazir masa), terus mulakan perniagaan kita. Kalau gagal, jangan putus asa. Kita mulakan perniagaan baru.

Apabila perniagaan dah maju, 'diversify' (cabang keluar). Janganlah letakkan semua telur kita dalam satu bakul. Mulakan perniagaan lain jika perlu. Inilah masanya kita belajar pelaburan. Beranikan diri ambil risiko tinggi untuk mengaut keuntungan besar. Belajar cara-cara tuk kembangkan perniagaan kita. Beli asset yang boleh menjana income.

Umur di antara 30 - 40 adalah masa untuk kita berniaga. Umur 40 - 50 adalah masa untuk kita kembangkan perniagaan kita. Umur 50 - 60 adalah masa untuk kita kembangkan perniagaan kita sebesar-besarnya dan latih pelapis. Dan umur 60 ke atas, adalah masa untuk kita bermain dengan anak-cucu kita.

Masa ini, kita sepatutnya sudah 'financially retired' (pencen).
Jika boleh awalkan sikit perancangan ini, itu adalah terbaik.

Dalam semua perancangan ini, ada satu perkara yang teramat-amat penting. Kita perlu cari seorang isteri yang dapat bantu dan sokong kita (paling afdal ketika kita mulakan perniagaan). Untuk menjayakan rancangan ini, kita perlu ada seorang isteri prihatin yang memahami kita. Bukan jenis yang hari-hari gaduh atau jenis yang suka main kayu 3.

Jenis-jenis isteri ini hanya akan gagalkan perancangan kita sahaja. Tanyalah orang-orang yang berjaya, nescaya belakang mereka ada seorang isteri yang hebat. Beginilah sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi dengan anda yang ingin ceburi alam perniagaan.

Bagi yang dah dekat expired macam aku, latihlah anak-anak kita agar JANGAN jadi seorang 'pekerja sokmo hidup' yang mengharapkan gaji. Latihlah anak-anak kita jadilah seorang tokey yang memberi gaji. Dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar memberi kita kekuatan untuk menghadapi segala masalah dan ujian.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusah anda...


Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment