Search This Blog

Thursday, June 11, 2020

Business Plan - Rancangan Perniagaan



Sebilangan besar pekerja-pekerja di Malaysia bakal dibuang kerja akibat wabak Covid19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP). Oleh itu, apakah yang perlu kita buat jika dibuang kerja?

1. Gunakan masa ini untuk memikirkan apa yang anda betul-betul inginkan dalam hidup anda. Inilah masa yang paling baik untuk merancang masa depan anda, dan juga kerjaya yang akan anda ingin ceburi.

2. Sekiranya anda masih berminat untuk bekerja, maka ambil masa ini untuk pelajari kemahiran baru yang dapat membantu anda dalam kerja baru itu.

3. Sekiranya anda ingin ceburi alam perniagaan, maka gunalah masa ini untuk menghasilkan satu business plan yang merangkumi:


A) Rancang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan dalam perniagaan anda. Nyatakan potensi pembekal-pembekal untuk produk perniagaan anda. Kaji potensi jenis-jenis pelanggan untuk perniagaan anda.

B) Kos yang diperlukan untuk mulakan perniagaan. Sediakan simpanan enam bulan untuk perbelanjaan harian anda sebelum mulakan perniagaan.

Jika dana tidak mencukupi, nyatakan cara-cara untuk mendapatkannya seperti;

b1. Jual asset untuk mulakan perniagaan.

b2. Pemohonan pinjaman dari institusi kewangan untuk perniagaan anda.

b3. Cari subsidi perniagaan kecil dan peluang pembiayaan kerajaan.

b4. Cari pelabur yang berpotensi melabur dalam perniagaan anda.

b5. Tanya rakan dan keluarga anda untuk dana tambahan.


C) Strategi penjualan dan pemasaran. Setiap objektif pemasaran harus mempunyai beberapa tujuan (subset objektif) dan kaedah untuk mencapai tujuan tersebut. Menjalankan penyelidikan pasaran dan kaji permintaan pasaran produk perniagaan anda.

D) Rancang dan tentukan tujuan dan sasaran perniagaan anda. Pastikan rancangan anda dapat diubahsuai bergantung kepada situasi dan permintaan.

E) Kaji peluang untuk kembangkan perniagaan anda. Senaraikan orang-orang yang dapat membantu memajukan perniagaan anda.

F) Kaji perbelanjaan overhead anda. Fahami jenis perbelanjaan untuk perniagaan anda dan elakkan pembaziran.

G) Jenamakan (re-branding) semula diri anda mengikut rancangan perniagaan anda.

H) Pastikan anda membuat persiapan rapi sebelum memulakan perniagaan. Untuk menjayakan perniagaan, anda mesti menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah.

I) Senaraikan masalah-masalah yang bakal anda hadapi. Rancang strategi keluar jika perniagaan ditimpa malapetaka atau lingkup.

><

Saya hanya dapat membantu anda sampai sini sahaja. Fikirlah apa yang perlu ditambah dan dirancang agar dapat membantu perniagaan anda.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada anda untuk mengharungi ujian ini dan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan anda, aamin



No comments:

Post a Comment