Interactive Da'wah Training merupakan sebuah NGO dakwah Islam yang mengenengahkan ilmu mengenai perbandingan agama. Peserta yang mengikuti kursus IDT bakal diketengahkan dengan pelbagai medium dakwah yang mensasarkan golongan bukan islam melalui pembelajaran asas mengenai kepercayaan asas agama-agama yang ada di Malaysia.
Search This Blog
Tuesday, October 24, 2017
Usul al-Fiqh - Keaslian dan kepastian dalil-dalil syara'
Sumber utama syariat Islam adalah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ijtihad adalah menggunakan akal fikiran yang waras untuk memahami dan mengeluarkan fatwa atau hukum berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
Sunnah yang terhasil dari matan hadits yang sahih terbahagi kepada dua bahagian, iaitu;
1) Sunnah Mutawatir - Nas hadits yang diriwayatkan oleh sejumlah bilangan orang sehingga mustahil perawi-perawinya berdusta ke atas hadits tersebut kerana terlalu ramai periwayatnya.
2) Sunnah Ahad - Nas hadits yang diriwayatkan oleh seorang, dua orang atau tiga orang perawi sahaja, atau lebih dari 3 orang perawi tetapi tidak sampai ke darjat mutawatir.
Islam adalah terdiri atas keyakinan. Oleh itu, untuk memastikan ketulinan dan keaslian sumber-sumber syara', para ulama usuli telah membahagikan nas-nas al Quran dan dalil-dalil pensyariatan kepada 4 bahagian, iaitu;
A) Qati' al-tsubut and Qati al Dilalah - Authenticated and Certain in it's meaning
-Status keaslian ayat-ayat al-Quran dan hadis mutawatir adalah Qati' al-tsubut (authentic)
- Qati' al-tsubut and Qati al Dilalah adalah ayat-ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai maksud yang jelas dan kukuh serta tidak mengandungi maksud atau makna yang lain (not open to more than one interpretation/unambiguous)
Contoh - Hukum minum arak adalah haram - dari ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang jelas lagi kukuh.
Contoh lain - Rukun Islam dan Rukun Iman
B) Qati al-tsubut and Zanni al- Dilalah - Authenticated but not Certain in it's meaning
- Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas.
Contoh - Hukum potong tangan pencuri dari ayat Al Quran (QS 5:38) yang mempunyai maksud yang yang kurang jelas atas jumlah benda yang dicuri dan kaedah memotong tangan. Jika seorang anak mencuri Rm1.00 dari kocek bapa, adakah ia dikira mencuri dan perlu dipotong tangannya?
Memotong tangan pencuri kadar sedikit (kelar) tangan si pencuri atau potong sehingga putus?
Contoh lain: ayat 'Alif Lam Min' atau 'Ya Sin' dari Al Quran yang tidak diketahui maksudnya kecuali Allah SWT.
C) Zanni al tsubut and Qati' al Dilalah - Not Authenticate but Certain in it's meaning
- Hadis Ahad yang mempunyai kandungan maksud yang jelas dan kukuh.
Contoh - Hadis Isra’ Mikraj dimana Rasulullah SAW dibelah dada untuk dicuci hatinya dan Baginda SAW menaiki buruq dari Medina ke Masjidil al Aqsa (Palestine).
D) Zanni al tsubut and Zanni al Dilalah - Not Authenticate and not Certain in it's meaning
- Hadis Ahad yang mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas.
Contoh - "Apabila salah seorang daripada kalian sujud, janganlah dia turun seperti turunnya unta. Hendaklah dia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya." (Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, hadis no: 840)
Status hadis ini adalah Zanni al tsubut sebab ia adalah hadis ahad dan para ulama berbeza-beza pendapat dengan maksud 'turun seperti unta'. Maka ia adalah Zanni al Dilalah atau 'speculative and not certain in its meaning'.
Hanya setelah mendapat keyakinan dan kepastian ke atas keaslian dalil-dalil syariat, para ulama usuli akan menggunakan methodologi ijtihad untuk menghasilkan fatwa atau hukum bagi suatu permasalahan baru dalam Islam.
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment