Interactive Da'wah Training merupakan sebuah NGO dakwah Islam yang mengenengahkan ilmu mengenai perbandingan agama. Peserta yang mengikuti kursus IDT bakal diketengahkan dengan pelbagai medium dakwah yang mensasarkan golongan bukan islam melalui pembelajaran asas mengenai kepercayaan asas agama-agama yang ada di Malaysia.
Search This Blog
Tuesday, October 24, 2017
Usul al-Fiqh - Hukum asal ibadat dan muamalat
Syariat Islam boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu perkara ibadat atau muamalat. Ibadah ialah menyembah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Asal hukum untuk perkara ibadat adalah 'semuanya dilarang sehingga ada dalil untuk membenarkannya'. Asas dalil ini adalah berlandaskan:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS 42:21)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." (QS 5:3)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718)
Penjelasan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi; "Ibadah meliputi dua perkara iaitu tidak menyembah melainkan hanya pada Allah SWT, dan tidak beribadah melainkan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah SWT, maka sesiapa yang mereka-reka atau mengada-adakan ibadah walau siapa pun dia, maka ia sangat tercela dan tertolak, hal ini kerana Allah sahaja yang layak untuk menentukan ibadah demi mendekatkan hamba kepadanya." (Taklimiyyah Muhimmah Fi Ilmi Ushul Fiqh - Syaikh Ali Hasan al-Halabi, M/s 36 , cetak pertama, terbitan Pustaka al-Kautsar)
Mendekatkan diri kepada Allah SWT tidak mungkin berlaku kecuali dengan apa yang disyariatkan olehNya.
Muamalat pula merupakan segala hukum-hakam, tatacara dan interaksi dalam urusan dunia yang bersangkut paut dengan hubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syara' seperti akad perniagaan, akad perkhawinan, hukum faraid, zakat dll.
Asal hukum bagi urusan muamalat adalah harus dan halal sehingga ada dalil yang melarangannya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi..."(QS 2:29)
"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah...." (QS 67:15)
Ringkasan :
1) Asal hukum untuk perkara ibadat adalah; 'Semuanya dilarang sehingga ada dalil untuk membenarkannya'. Hukum asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil).
2) Asal hukum bagi urusan muamalat adalah; 'Semuanya harus dan halal sehingga ada dalil yang melarangannya. Hukum asal muamalat adalah dibolehkan (sampai adanya dalil yang melarangnya).
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment