Interactive Da'wah Training merupakan sebuah NGO dakwah Islam yang mengenengahkan ilmu mengenai perbandingan agama. Peserta yang mengikuti kursus IDT bakal diketengahkan dengan pelbagai medium dakwah yang mensasarkan golongan bukan islam melalui pembelajaran asas mengenai kepercayaan asas agama-agama yang ada di Malaysia.
Search This Blog
Saturday, April 15, 2017
Memahami konsep pemakaian tudung dalam Islam
Ramai dikalangan umat Islam dalam masyarakat kita suka menghukum tanpa memeriksa kemampuan dan keadaan seseorang itu terlebih dahulu.
Contohnya, jika seorang muslimah dari Malaysia yang telah berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Semasa beliau berada di Malaysia, auratnya sentiasa dijaga dan hijabnya sentiasa rapi.
Tetapi apabila muslimah itu telah berhijrah ke luar negara, dia tidak lagi memakai hijab dan rambutnya terdedah. Boleh tak kita hukum dia berdosa atau fasik?
Sudah tentulah TIDAK boleh sebab kita tak tahu keadaan muslimah itu dan uruf setempatnya di sana. Katakanlah jika tempat yang muslimah hijrah itu ialah Perancis (France), maka memakai tudung adalah haram di sisi Islam kerana nyawanya akan terancam akibat islamophobia penduduk tempatan disana.
Dalam keadaan begini, biasanya mufti di kawasan tersebut akan mengeluarkan satu fatwa mengharamkan pemakaian tudung yang berdalilkan:
"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..." (QS 94:5) - Qawaid al Fiqhiyyah - al-Mashaqqat tujlab al-taysir - Kesulitan atau kesusahan disertai dengan kemudahan (Hardship begets facility). Al-Dararu yuzal - membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan (Harm must be eliminated).
Begitu juga jika kita nampak muslimah yang berehat atau berteduh di Masjid (atau di mana-mana saja). Sebelum kita mengetahui masalah dan keadaan yang dihadapi oleh muslimah tersebut, kita tidak boleh mengeluarkan hukum dengan sesuka hati kita, apatah lagi tengking herdik dan halau mereka dari kawasan kita.
Katakanlah jika muslimah tersebut ada penyakit kepala ataupun berada dalam keadaan yang tidak membenarkan dia memakai tudung, maka dia adalah dibenarkan untuk tidak memakainya kerana Islam tidak memaksa umatNya melakukan sesuatu melainkan dalam kemampuannya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (QS 23:62)
Kita harus tahu bahwa kewajipan memakai tudung (QS 24:31) adalah suatu kewajipan yang diletakkan dalam kategori maslahah tasiniyyat (kemewahan), sama seperti pemberian zakat (QS 2:110) dan memakai pakaian cantik ke masjid (QS 7:31) untuk solat fardhu.
Jika seseorang itu berada dalam keadaan hajiyyat (contohnya atas nasihat doktor kerana sakit, keadaan kewangan tidak membenarkan, masih jahil dalam agama dll) atau darurat (emergency), maka mereka mempunyai rukhsah untuk meninggalkan kewajipan atau larangan tersebut jika perlu.
Islam bukanlah satu agama yang menghukum dengan membabi buta. Islam adalah agama fitrah yang mempertimbangkan setiap sudut dengan teliti sebelum menghukum.
Masalah besar yang dihadapi oleh masyarakat Islam kita pada hari ini ialah mereka yang suka menghukum sebelum memperolehi ilmu.
Mereka lupa bahwa Islam adalah agama fitrah yang bersifat rahmatan lil alamin, iaitu agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi semua seluruh alam semesta.
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment