Search This Blog

Saturday, April 22, 2017

Media Sosial juga adalah milik Allah SWT



Di Malaysia, apabila ada orang berkongsi ilmu agama di FB dan laman sosial terus diperli sebegini:

'Ulamak dahulu bahas ilmu agama di madrasah, bukan di FB'

'Orang sekarang ini belajar dengan google dan Youtube sahaja'

Media sosial seperti Google, FB dan Youtube juga adalah makhluk yang miliki oleh Allah SWT. Mengapa kita perlu menghinanya? Sebelum alat tulis dan kitab dicipta, manusia hanya menggunakan kata-kata dan pengerakan untuk menyampaikan ilmu.

Setelah alat tulis dan kitab dicipta, manusia mempergunakan tulisan untuk penyebaran ilmu. Begitu juga pada hari ini di mana teknologi media sosial telah tercipta, mengapa kita tidak memgunakannya untuk berdakwah dan dan menyebarkan ilmu Islam?

Segala ilmu, baik dari segi pertuturan ataupun tulisan adalah miliki Allah SWT. FirmanNya yang bermaksud:

"Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan." (QS 55:3-4)

"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (QS 96:4-5)

Segala ilmu yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah SWT. Segala ciptaan, innovasi, kepakaran, teknologi yang ada pada hari ini adalah dari perkembangan ilmu yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada tamadun silam seperti Canaanites, Greek, Roman, Egyptian dll.

Manusia hanya mempelajari dan mengumpul ilmu-ilmu (accumulative knowledge) yang ada pada hari ini dari tamadun2 silam yang telah dikurniakan oleh Allah SWT pada suatu masa dahulu dan berkembang darinya.

Penciptaan moden seperti kapal terbang, bangunan cakar langit ataupun pokemon tidak akan wujud jika Allah SWT tidak turunkan ilmu-ilmuNya kepada tamadun silam.

Begitu juga dengan kepakaran seperti doktor, engineer, peguam, pemimpin negara dll tidak akan wujud kalau Allah SWT tidak beri tunjuk ajar kepada manusia melalui sunnah para anbiyaNya (nabi-nabi terdahulu). Malah, di dalam Islam kepakaran-kepakaran ini semua adalah fardhu kifayah kepada umat Islam.

Apabila fardhu kifayah dalam bidang kepakaran seperti perubatan, pertanian, perdagangan, pertahanan, pendidikan dll diabaikan dan tidak dimanfaatkan, maka kehidupan kemasyarakatan umat Islam akan tergugat.

Media sosial seperti FB, Youtube dan yang sewaktu dengannya hanyalah 'alat penyampaian' (tools of delivery), jika ia tidak dimanfaatkan oleh umat Islam, maka kekufuran dan kejahilan akan disebarkan melaluinya oleh pihak kufar. Islamphobia adalah disebarkan dengan menggunakan media sosial.

Oleh itu, umat Islam perlu mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah Islamphobia dan salah tanggapan terhadap Islam melalui media sosial. Malah, kewajipan dakwah (menyeru kepada Islam) juga boleh ditunaikan dan dimanfaatkan melalui media sosial seperti FB dan Youtube.

Segala ilmu, kepakaran, ciptaan yang memberi kemaslahatan (manfaat) adalah dari Allah SWT dan ini termasuk teknologi dan ciptaan non Muslim. Mereka telah bermanfaatkan ilmu silam yang diturunkan oleh Allah SWT sehingga mampu mencipta segala yang ada pada hari ini.

Rasulullah SAW juga pernah menggunakan ilmu dari sumber non Muslim seperti strategi peperangan korek parit semasa perang khandaq yang asal dari negara Parsi.

Bahkan, Nabi SAW juga telah gunakan ilmu dan kemahiran dari mushrikin Arab yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam (uruf, syar’u man qablana, umum al balwa) demi untuk menjaga kemaslahatan umatnya pada zaman itu.

Oleh itu, janganlah kita pada hari ini membeza-bezakan ilmu yang ada di dunia ini sebagai ilmu Islamic atau ilmu tidak islamic. Segala jenis ilmu, kepakaran, ciptaan yang ada di dunia pada hari ini (global knowledge), yang memberi kemaslahatan (manfaat) kepada manusia adalah dari Allah SWT.


Wallahu'alam

Friday, April 21, 2017

IDT-IQS Pengajian Ulum al Quran





18/4/2017 - Pengenalan Ulum al-Quran oleh Ustaz Abu Hafiz Salehuddin


1) Maksud Ustaz dalam bahasa Arab ialah Professor.

2) Ustaz di Malaysia pula datang dari pelbagai kelayakan, kekadang hanya lepasan SPM sahaja. Masyarakat Islam kita selalu memandang ustaz sebagai 100% benar. Apa sahaja mereka jual, masyarakat mempercayainya. Sebenarnya, Ustaz tidak sentiasa betul.

3) Tiada larangan dalam Islam yg mengatakan Ustaz tidak boleh ditegur atau dipertikaikan (secara ilmiah). Rasulullah SAW ketika perang Badr, Rasulullah SAW berhenti di suatu tempat untuk untuk membina khemah. Kemudian ada seorang sahabat bertanya pada Nabi, adakah tempat henti ini adalah wahyu dari langit, atau pandangan peribadi Rasulullah SAW?

Rasulullah SAW menjawab bahawa ia adalah pandangan peribadi, maka sahabat mencadangkan satu kawasan yang lebih ke hadapan untuk menyekat sumber air pihak musuh. Rasulullah SAW tidak mengatakan "AKU adalah NABI, aku takkan salah".

Tetapi Rasulullah SAW mengikuti cadangan sahabat tersebut kerana pendapatnya lebih tepat untuk waktu perperangan. Rasulullah SAW benci perang, tetapi adakalanya perlu dilakukan bila dizalimi.

4) Dalam masyarakat Islam kita, masalah tuduh-menuduh dan gelar-mengelar dengan gelaran cercaan apabila terdapat pandangan berbeza adalah perkara lazim. Amalan buruk ini merosakkan imej baik Islam.

5) Antara tanda kiamat, manusia membaca Quran, tetapi tidak melepasi leher tengkorak. Sekadar membaca tanpa memahami (macam burung kakak tua).

6) Maksud ulum al-Quran ialah ilmu memahami maksud ayat & istilah dan menghuraikan/mentafsirkan apa yang terdapat dalam Al-Quran dengan baik dan lebih sempurna.

7) Al Quran ialah satu manifestasi perjuangan Nabi SAW. Perjuangan Nabi SAW ialah menyebarkan ajaran Islam yg di Wahyukan oleh Allah SWT di satu masyarakat jahilia yang teramat jahil.

8) Sebelum ketibaan Islam, Nabi SAW memperjuangkan kejahilan masyarakat Arab dengan fitrah (conscience, rightenous) sehingga dia pergi ke gua Hira' untuk bertafakur dan mencari ilmiah bagaimana nak mengatasi masalah kejahilan ini. Rasulullah SAW telah dipersediakan selama 40 tahun untuk menerima wahyu. Dia dilahirkan dalam keluarga yatim piatu. Dijaga oleh datuk, bapa saudara. Menjadi penternak kambing dan kemudian ahli perniagaan.

Masyarakat ketika itu rosak dan penuh dengan kemaksiatan. Rasulullah SAW pergi ke gua hira untuk bertafakur. Suatu hari, Jibril datang memeluk Rasulullah SAW dan suruh beliau membaca. Rasulullah SAW kata baginda tidak boleh membaca. Rasul tidak boleh membaca menjadi bukti bahawa Quran bukan dicopy paste dari tempat lain. Malah tiada Bible dalam bahasa arab pada waktu baginda.

Terdapat musuh Islam orientalis yg mengatakan Rasulullah SAW berhalusinasi nampak Jibril. Tetapi ditakdirkan Allah SWT telah menentukan bahawa Jibril datang memeluk Rasulullah SAW, dan direkodkan di dalam sahih bukhari hadis no 4. Ini membuktikan bahawa Rasulullah SAW tidak berhalusinasi.

Ada waktu ketika peha Anas bin Malik berada di bawah kaki Nabi dan wahyu diturunkan. Anas tiba-tiba merasakan kakinya ditekan dengan sangat berat seperti hampir patah. Ada waktu, Aisyah melihat, Rasulullah SAW berpeluh dengan banyak sewaktu wahyu diturunkan.

Di waktu lain pula, ketika Rasulullah SAW berada di atas unta semasa wahyu turun Unta tersebut tiba-tiba terduduk kerana bebanan wahyu. Walaupun unta adalah binatang yang tegap dan kuat, yang digunakan untuk mengangkat barangan-barangan dagangan dan berjalan berbulan-bulan di kawasan yang ketiadaan air dan panas, ketika wahyu diturunkan tiba-tiba unta itu terduduk kerana terlalu berat dengan bebanan wahyu itu.

Betapa beratnya Quran ketika ia diturunkan. Tetapi di zaman ini, untuk mempelajari al Quran adalah satu perkara yang sangat mudah. Terdapat banyak kemudahan untuk pelajari dan fahami isi kandungan al Quran di zaman ini. Tetapi umat Islam pada hari ini mengambil mudah pelajaran dan pemahaman al-Quran.

Ingatlah, al-Quran boleh menjadi pembela atau sebaliknya kepada kita di akhirat nanti. Dan ia bakal dijadikan beban untuk kita menjawab di depan Allah SWT di akhirat kelak sekiranya kita tidak berusaha untuk mempelajarinya.

9) Maka Allah SWT pun hantar Malaikat Jibrail untuk menyampaikan Wahyu Allah SWT kepada Nabi SAW sebagai bimbinganNya untuk memerangi jahilia.

10) Amalan jahilia Arab termasuk pembunuhan anak perempuan, penindasan atas golongan tua dan wanita, kepercayaan khurafat, tathayyur atau thiyarah, syirik dll. Islam datang untuk menghapuskan amalan2 jahilia ini.

11) Masyarakat umat Islam pada hari ini pula berbalik kepada amalan2 jahilia ini. Salah satu drpd faktor penyumbang kepada masalah ini adalah pengurusan Islam yg tidak baik oleh pihak berkuasa atau pihak pemerintah.

12) Segala-gala yg berlaku dalam hidup Nabi SAW merupakan 'divine intervention'. Kehidupan Nabi SAW telah direkod dalam hadits oleh para sahabat 1400 tahun yg lepas sebagai suatu contoh (role model) dan pengajaran kepada kita pada hari ini.

13) Akan ada 2 yang hadir menjadi pembela atau perberi syafaat kepada kita di hari akhirat nanti. Ia adalah Quran dan juga amalan puasa. Quran akan berkata: Ya Rabb, dia ini pada waktu malam tidak tidur kerana membaca aku, berilah syafaat kepadanya, ya Allah.

Ibadah Puasa pula berkata: Ya Rabb, dia pada siang hari menahan dari makan dan syahwat, berilah syafaat kepadanya, ya Allah. (HR Termizi)

14) Manusia akan kembali menjadi sejahil-jahilnya jika tidak mengikut ajaran al-Quran.

15) Ingat! Al-Quran boleh menjadi pembela atau sebaliknya kepada kita di akhirat nanti. Boleh jadi seseorang itu dianugerahkan mahir baca al-Quran dengan bacaan yang sedap. Tetapi mereka menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas. Maka tiada faedah baginya.

Boleh jadi seseorang itu tidak mahir, tetapi sentiasa berusaha dan menginginkan ilmu al-Quran, maka nilainya lebih tinggi di sisi Allah. Al-Quran akan menjadi hujah untuknya di akhirat kelak.

- Allah telah menjadikan al-Quran itu mudah, tiadakah yang mahu mengambil pengajaran? Allah telah menjadikan al-Quran untuk dihafal, tiadakah yang mahu mengambilnya?

16) Hidup manusia adalah diantara nikmat dan ujian. Islam mengajar dan membimbing manusia bagaimana mengharungi kehidupannya agar mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Tetapi waktu bilakah manusia akan memohon bersungguh-sungguh kepada Allah? Ya betul, ketika susah.

Manusia hanya akan mendekati agama apabila dia susah. Ketika kita diuji, ketika kesusahan, waktu muazin belum azan kita sudah bangun baca al Quran dan dan tunggu Solat. Tetapi ketika manusia dalam nikmat, kita akan lalai sehingga kita lupa kewajipan kita sebagai seorang Umat Islam.


~ kelas tamat ~






Tuesday, April 18, 2017

Kursus Methodology Dakwah Jun 2017



























Ingin belajar tentang asas agama-agama lain, khususnya agama di Malaysia? Berhajat untuk mengetahui bagaimana untuk berdakwah? Bermasalah dalam penyampaian mesej Islam kepada Non-Muslim dan tidak tahu kaedah menjawab salah tanggapan terhadap Islam yang lazim ditanya oleh mereka?

Peserta yang mengikuti Kursus Methodology Dakwah akan diketengahkan dengan pelbagai medium dakwah kepada golongan belum islam melalui pembelajaran dan kepercayaan asas agama dan budaya mereka.

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih lebih ramai lagi Muslim untuk berdakwah dan menerangkan apa itu Islam kepada non-Muslim. Kursus ini juga akan menerangkan kaedah-kaedah menjawab soalan salah tanggapan terhadap Islam.



Tarikh: 10 - 11 Jun 2017
Masa: 8.30am to 5.30pm
Yuran: Rm100 Shj (pelajar Rm50 shj)
Bayaran: CIMB 8006897984
Interactive Dakwah Training & Enterprise

Tempat: Idt Centre
Tingkat 2/14 Jln 3/27F,
Desa Setapak, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Hubungi:
Azrol Azmir Long 013-455 4318
Muhammad Syukhri Shafee : 013-676 7121


>
<

Monday, April 17, 2017

Beri salam kepada Non-Muslim




Setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani diantara puak Quraisy dan pihak Nabi SAW pada tahun keenam hijrah (628 M), masyarakat Quraisy telah melanggar syarat perjanjian tersebut dengan membantu Bani Bakar menyerang Bani Khuzaáh yang telah memberikan kesetiaan kepada Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW mengetahui hal tersebut, baginda bersama 10,000 tentera Islam pun menyerang kota Mekah dan berjaya menaklukinya. Setelah menakluki kota Mekah, Rasulullah SAW membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam dan memberi tempoh 4 bulan untuk mereka berdamai dengan pihak Islam.

Inilah masanya turun wahyu Allah SWT yang bermaksud: "Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka..." (QS 9:5)

Pada masa yang sama, Allah SWT juga telah memerintah umat Islam untuk memberi perlindungan kepada mereka yang bukan Islam sebagaimana firmanNya yang bermaksud;

"Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui." (QS 9:6)

Dalam tempoh 4 bulan berdamai itu, terdapat segolongan Yahudi yang tidak berpuas hati dengan penaklukan Kota Mekah. Pada masa itu, sekumpulan Yahudi datang bertemu Nabi SAW dan memberi salam kepada baginda dengan ucapan 'as-sam alaikum' yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’.

Nabi SAW menjawab ‘wa alaikum’ sahaja. Isteri Nabi, Aishah r.aha yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah” maksudnya maut dan laknat ke atas kamu. Sabda Rasulullah SAW: “Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara”.

Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”. Sabda Nabi SAW: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Disebabkan oleh peristiwa pemberian salam ini, Nabi SAW telah memilih langkah untuk berhati-hati dengan tidak mendahulukan salam kepada mereka yang bukan Islam. Sabda Rasulullah SAW kepada para sahabat (maksudnya): "Janganlah kalian mendahului orang-orang Yahudi dan Nasrani memberi salam..." (HR Muslim dan lain-lain dengan lafaz yang sama)

Ini bermaksud, sebelum penaklukan kota Mekah dan semasa dalam keadaan aman damai, Rasulullah SAW dan para sahabat ada memberi salam kepada mereka yang belum Islam. Cuma semasa penaklukan kota Mekah dan setelah puak Yahudi memberi salam 'as-sam ‘alaikum' (maut ke atas kamu), umat Islam memilih langkah berjaga-jaga.

Ini juga bermaksud, jika dalam keadaan aman dan damai, memberi dan menjawab salam dari mereka yang belum Islam adalah dibenarkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Maukah kamu aku tunjukan sesuatu yang apabila kamu mengerjakannya, maka kamu sekalian akan saling mengasihi? Iaitu sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR. Muslim no. 54)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali persaudaraan..." (HR At-Tirmidzi no. 2485)

Inilah apa yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat (muhajirin) setelah berhijrah dari Mekah ke Madinah, iaitu sebarkan salam. Pada masa itu, orang-orang Madinah (ansar) belum lagi Islam. Mereka adalah non Muslim tetapi Rasulullah SAW tetap suruh para sahabat sebarkan salam dikalangan mereka.

Bukankah ini bermaksud Muslim dibenarkan memberi dan menjawab salam dari orang yang belum Islam? Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (QS 60:8)

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu." (QS 4:86)

Walaupun peristiwa penaklukan Kota Mekah telah lama berlalu, hakikatnya adalah masih ramai lagi umat Islam pada hari ini yang masih 'tinggal' di zaman penaklukan Kota Mekah itu kerana mereka masih memegang pada hadits yang mengatakan tidak boleh beri salam kepada non Muslim...


Wallahu'alam

Sunday, April 16, 2017

Qawaid al-Fiqhiyyah - Legal maxims of Islamic jurisprudence




Fiqh adalah hukum-hakam dari nas syara', manakala Usul al-Fiqh adalah methodology atau formula yang digunakan untuk mengeluarkan hukum dari nas syara' oleh para ulama mujtahid. Usul al-Fiqh adalah methodology ijtihad, iaitu kaedah yang digunakan oleh para ulama untuk menghasilkan fatwa atau hukum untuk sesuatu permasalahan dalam agama.

Ketika berijtihad, para ulama akan menggunakan qawaid al-fiqhiyyah (kaedah fiqh) untuk menyelaraskan hukum-hakam yang terhasil agar ia selari dengan tuntutan dan objectif al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Ia merupakan prinsip-prinsip utama dalam Islam yang perlu dipertimbangkan ketika berhukum.


Qawaid al-Fiqhiyyah terdiri dari 5 perkara, iaitu:


1) Setiap amal perbuatan Itu bergantung pada Niat (al-Umur bi-maqasidiha) - Acts are judged by the intention behind them.

ref: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-13-memahami-hukum-syariat-dalam.html



2) Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (al-Yaqin la yuzalu bish-shakk) - Certainty is not overruled by doubt.

ref: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-14-memahami-hukum-syariat-dalam.html



3) Membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan (al-Dararu yuzal) - Harm must be eliminated.

ref: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-15-memahami-hukum-syariat-dalam.html



4) Kesulitan atau kesusahan disertai dengan kemudahan. (al-Mashaqqat tujlab al-taysir) - Hardship begets facility.

ref: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-16-memahami-hukum-syariat-dalam.html



5) Adat (Urf) sebagai sumber dan dalil ketentuan hukum (tahkim al-'Adat wa al-ruju' ilayha) - Custom (Urf) is the basis of judgement.

ref: http://kurauking.blogspot.my/2016/08/part-18-memahami-hukum-syariat-dalam.html

>
<

Qawaid al Fiqhiyyah are the legal maxims that deals with the principles of Ijtihad (independent reasoning) for the rulings of new occurrences when there are no clear evidence or absence of a clear statement from the Quran and Sunnah Mutawatir. It is the science of methodology of deducing fiqh rulings from the established legal maxims.

Qawaid al Fiqhiyyah allows one to know the ruling of new occurrences when there is no clear evidence from the Quran and Sunnah. Islamic Fiqh or jurisprudence are built upon on these five legal maxims, they are:

1) al-Umur bi-maqasidiha (acts are judged by the intention behind them)
- Sesungguhnya setiap amal perbuatan Itu bergantung pada Niat


All matters are connected to the intentions behind them. This legal maxim is derived from the hadith: "Acts are only judged in accordance with the intention behind them." In the literal sense, the word intention means purpose or objective(maqasid); in the legal usage it refers to strong determination in the heart(niat).

The general rule here is that every act that one voluntarily enters into requires that the intention be made at the beginning of the act. The objective of the intention is to distinguish worship from habit.

The intention distinguishes acts that may be seen as habitual and completely unrelated to worship with ritual worshiping act. Like distinguishing a normal bath to clean one's body, with the obligatory purificatory bath (mandi wajib).


2) Al-Yaqin la Yuzalu Bish-shakk (certainty is not overruled by doubt)
- Keyakinan tidak hilang dengan keraguan


The basis of this axiom is the words of the Prophet (pbuh): ”Verily, the devil comes while you are in prayer and says to you, “you nullified your ritual purity, you nullified your ritual purity.” Such a person should continue praying unless a sound is heard or a smell is found (indicating that one’s ritual purity is nullified).”

Another famous hadith mentioned: ”Whenever one doubts and does not know whether one prayed three or four rak'ats, such person should act on certainty and ignore the doubts."

Another example from Umar ibn Kattab ra: "Yahya related to me from Malik from Yahya ibn Said from Muhammad ibn Ibrahim ibn alHarith at-Taymi from Yahya ibn Abd ar-Rahman ibn Hatib that Umar ibn al-Khattab set out on one occasion with a party of riders, one of whom was Amr ibn al-As.

They came to a watering place and Amr ibn al-As asked the man who owned it whether wild beasts drank from it. Umar ibn al-Khattab told the owner of the watering place not to answer, since the people drank after the wild beasts and the wild beasts drank after them."(Translation of Malik's Muwatta Book 2, Number 2.3.14)

3) al-Dararu yuzal (harm must be eliminated)
Kemudaratan mesti dihapuskan


The basis for this maxim is the hadith: "Harm may neither be inflicted nor reciprocated in Islam." (Tiada mudarat dan tidak memudaratkan - hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

This maxim, upon which many rulings are based, enters into numerous sections of fiqh. Furthermore, this legal maxim has various sub-divisions:

1) Necessity makes the unlawful lawful, such as eating un-slaughtered dead.

2) Necessity is measured in accordance with its true proportions, such as only eating from un-slaughtered dead the amount needed to keep oneself alive.

3) Harm must be eliminated but not by means of another harm, such as when a person eats the food of another to satiate his own hunger.

4) "Choose lesser of the two evil."

5) Prevention of evil takes priority over the attraction of benefit, such as leaving the group prayer or Friday prayer due to illness.

4) al-Mashaqqat tujlab al-taysir (hardship begets facility)
- Kesulitan atau kesusahan disertai dengan kemudahan


The meaning of this legal maxim is that necessity brings about dispensations from Allah Most High. The basis for this maxim derived from the verse: "No hardship has been made for you in the religion"(QS 22: 78),

“Allah does not want to put on you any difficulty.."(QS 5:6), 'Truly with hardship comes ease" (QS 94: 6) and: “Allah desires ease for you and not hardship."(QS 2:185)

This maxim is also based on the hadith: " I have been sent with an easy, accommodating religion." (Fiqh-us-Sunnah, Volume 2, Number 153)

Islam is not a way of life that is complex or difficult. Rather it is the human being who often makes it difficult. Moreover, Islam does not present stumbling blocks to the mind.

Islam does not present concepts or ideas which the intellect cannot grasp. Even the simplest of minds can understand its basic beliefs. It is therefore not surprising that its beliefs are universal.

The scholars view all dispensations in the sacred law as a derivation from this legal maxim. The reasons for ease in the sacred law are:

1) Travel - Masafir
- Musafir - Boleh Jama’ dan Qasar solat.

2) Illness - Uzur
- Sakit - Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa.

3) Coercion or intimidation - Terpaksa atau dipaksa
- Terpaksa - Kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan memakan perkara yang diharamkan.

4) Forgetfulness - Terlupa
- Terlupa - Makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.

5) Being ignorant of a ruling - Jahil Ilmu
- Kejahilan - Kejahilan dimaafkan.

6) Difficulty - payah/kesulitan
- Umum al-Balwa - Kepayahan yang tidak dapat di-elakkan. Contoh seorang nelayan atau penjual ikan tidak boleh elak daripada sisik2 ikan. Oleh itu, sah wuduknya selepas dia berusaha membersihkan dirinya walaupun masih lagi terdapat yg terlekat pada badannya.

7) Decrease (necessity) - Kekurangan
- Kekurangan - Kanak-kanak dan permpuan tidak wajib jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu.

5) Tahkim al-'Adat wa al-ruju' ilayha (local custom as basis of judgement)
Adat uruf dijadikan sebagai hukum


The basis for this maxim is derived from the verse: “And those who follow a way other than the path of the believers."(QS 4:115)

Scholars explains that what is meant by the 'path of the believers" in the verse is the path that the believers approved, and Allah warned those who follow a different path with the punishment of Hell Fire.

Custom is a matter on which a community of people agree in the course of their daily life, and common usage is an action which is repeatedly performed by individuals and communities. When a community makes a habit of doing something, it becomes its common usage.

This indicates that it is obligatory to follow the customs of the believers if the Quran and Sunnah do not have a clear indication on a particular matter. In short, the custom of the believers is the basis for judgment in the sacred law.

Custom is continuously applied in fiqh. Custom is a matter on which a community of people agree in the course of their daily life, an uninterrupted action which is repeatedly performed by individuals and communities

Customs fall into two categories: first, established customs which do not differ in times or places. They are customs derived from the natural human form and that to which human nature calls, like eating, drinking, sleep and other things. The second category is customs which vary with different people and different lands. Ash-Shatibi mentioned that section and illustrated it, saying:

"Customs can change in it from good to ugly and the reverse, like uncovering the head. That varies in different regions. In eastern lands, it is considered offensive tor those of manliness it is ugly but not in western lands. So the legal judgment varies according to that. Thus, it detracts from good character in the view of the people of the east but not with the people of the west." (al-Muwafaqat, pt. 2, p. 198)


Wallahu'alam

Saturday, April 15, 2017

Memahami konsep pemakaian tudung dalam Islam



Ramai dikalangan umat Islam dalam masyarakat kita suka menghukum tanpa memeriksa kemampuan dan keadaan seseorang itu terlebih dahulu.

Contohnya, jika seorang muslimah dari Malaysia yang telah berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Semasa beliau berada di Malaysia, auratnya sentiasa dijaga dan hijabnya sentiasa rapi.

Tetapi apabila muslimah itu telah berhijrah ke luar negara, dia tidak lagi memakai hijab dan rambutnya terdedah. Boleh tak kita hukum dia berdosa atau fasik?

Sudah tentulah TIDAK boleh sebab kita tak tahu keadaan muslimah itu dan uruf setempatnya di sana. Katakanlah jika tempat yang muslimah hijrah itu ialah Perancis (France), maka memakai tudung adalah haram di sisi Islam kerana nyawanya akan terancam akibat islamophobia penduduk tempatan disana.

Dalam keadaan begini, biasanya mufti di kawasan tersebut akan mengeluarkan satu fatwa mengharamkan pemakaian tudung yang berdalilkan:

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..." (QS 94:5) - Qawaid al Fiqhiyyah - al-Mashaqqat tujlab al-taysir - Kesulitan atau kesusahan disertai dengan kemudahan (Hardship begets facility). Al-Dararu yuzal - membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan (Harm must be eliminated).

Begitu juga jika kita nampak muslimah yang berehat atau berteduh di Masjid (atau di mana-mana saja). Sebelum kita mengetahui masalah dan keadaan yang dihadapi oleh muslimah tersebut, kita tidak boleh mengeluarkan hukum dengan sesuka hati kita, apatah lagi tengking herdik dan halau mereka dari kawasan kita.

Katakanlah jika muslimah tersebut ada penyakit kepala ataupun berada dalam keadaan yang tidak membenarkan dia memakai tudung, maka dia adalah dibenarkan untuk tidak memakainya kerana Islam tidak memaksa umatNya melakukan sesuatu melainkan dalam kemampuannya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (QS 23:62)

Kita harus tahu bahwa kewajipan memakai tudung (QS 24:31) adalah suatu kewajipan yang diletakkan dalam kategori maslahah tasiniyyat (kemewahan), sama seperti pemberian zakat (QS 2:110) dan memakai pakaian cantik ke masjid (QS 7:31) untuk solat fardhu.

Jika seseorang itu berada dalam keadaan hajiyyat (contohnya atas nasihat doktor kerana sakit, keadaan kewangan tidak membenarkan, masih jahil dalam agama dll) atau darurat (emergency), maka mereka mempunyai rukhsah untuk meninggalkan kewajipan atau larangan tersebut jika perlu.

Islam bukanlah satu agama yang menghukum dengan membabi buta. Islam adalah agama fitrah yang mempertimbangkan setiap sudut dengan teliti sebelum menghukum.

Masalah besar yang dihadapi oleh masyarakat Islam kita pada hari ini ialah mereka yang suka menghukum sebelum memperolehi ilmu.

Mereka lupa bahwa Islam adalah agama fitrah yang bersifat rahmatan lil alamin, iaitu agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi semua seluruh alam semesta.


Wallahu'alam

IDT - IQS Pengajian Fiqh dan Pengajian Akidah



Pengajian Fiqh oleh Ustaz Khairil Anwar - 13/4/2017


1) Ulama bahagikan Agama Islam kepada 3 bahagian, iaitu Akidah, Syariat dan Akhlak untuk senang dipelajari.

2) Syariat dibahagi kpd 2 bahagian, iaitu ibadat dan muamalat.

3) Ilmu Akhlak juga digelar tasawuf atau tazkiah (tazkiyatun nafs).

4) Akidah melibatkan perkara-kara ghaib. Kalau akidah tak sempurna, syariat (hukum & amalan) dan akhlak juga tidak akan sempurna. Sebelum masuk bab syariat dan akhlak, akidah mesti kukuh dulu.

5) Hikmah berganding dengan kitab bermaksud sunnah. Sunnah Nabi SAW yg paling unggul ialah pembersihan akidah arab jahilia, iaitu menghapuskan syirik, kepercayaan kurafat (tathayyur atau thiyarah), amalan yg bercanggah dengan syarak Islam dll.

6) Fiqh atau feqah ialah hukum hakam yg berkaitan dengan seorang mukalaf. Syariat pula bersifat lebih umum yg berkaitan dengan segala ciptaan Allah SWT.

7) Secara umum, fiqh dikembangkan dalam 4 peringkat, iaitu zaman Nabi SAW, zaman sahabat, zaman tabiin dan zaman tabiin tabiut. Setelah zaman tabi’in, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat Islam bertambah ramai antara orang Arab dan orang bukan Arab. Pada masa itu, timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah secara jelas. Keadaan tersebut menyebabkan para ulama mula menyusun kaedah-kaedah fiqh tertentu untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.

8) Menurut pandangan ulama, setiap 100 tahun Allah SWT akan turunkan seorang mutajdid. Mutajdid ialah seorang yg akan membetulkan Islam zamannya itu kepada Islam yg dibawa oleh Nabi SAW.

9) Selepas zaman khalifah Othman bin Affan, bermacam-2 jenis golongan yg rosak akidah muncul. Diantaranya golongan khawarij, syiah, jabariah, qadariyah, murji'ah dll.

10) Ahli suffah ialah kumpulan miskin yg tak ada tempat tinggal pd zaman Nabi SAW. Nabi SAW telah sediakan satu tempat untuk mereka di masjidnya yg dipanggil 'suffah'. Ketua kumpulan ini adalah Abu Hurairah. Perkataan Sufi berasal dari perkataan Suf (kain wool) (menunjukkan kepada orang ramai sifat kezuhudan), perkataan sufi tiada kene mengena dengan ahli suffah, tetapi ahli-ahli Sufi sekarang cuba untuk tarik perkataan suffah tu "rebranding" supaya orang yang tiada ilmu ikut mereka.

11) ASWJ tidak menghukum secara pukal. ASWJ tidak menghukum syiah sebagai kufur secara pukal. Ia terpulang kepada amalan mereka, jika amalan mereka kufur, maka kufurlah mereka.

12) Kumpulan yg rosak akidah zaman kini spt golongan anti-hadist, wahdatul wujud dll.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
________________________________________________________________________________




Topik 1 - Pengajian Akidah oleh Ustaz Syafiq Abu Mubarak - 13/4/2107

1) Aqidah dari segi bahasa berasal dari Bahasa Arab (al-aqdu) yang bermakna 'ikatan kuat/kukuh' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu keyakinan. - contoh perkataan akada, akad nikah, akad jual beli.

2) *repeat* Akidah berasal dari perkataan Arab 'Al-aqdu' yg bermaksud ikatan kuat/kukuh. Akidah ialah ilmu prinsip dalam Islam.

3) Berdakwah kepada non-Muslims mesti bersandarkan ayat2 Al-Quran dan dikukuhkan dengan idealogi.

4) Agama Islam ialah agama menegur atau agama nasihat. Kita saling tegur menegur untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

5) Akidah Islamiyyah - apa yg dipercayai dalam agama Islam. 

6) Akidah ASWJ - apabila munculnya terlalu banyak golongan jema'ah sesat selepas khalifah Othman bin Affan, maka muncullah ilmu pengajian akidah ASWJ. Ilmu Akidah ASWJ ialah akidah kumpulan salafusoleh, iaitu 3 generasi pertama Nabi SAW. Salafusoleh - sahabat, tabiin, tabiut tabiin dan mereka yg ikut tabiut tabiin.

7) Akidah Salaf (salafusoleh) - akidah para sahabat, tabiin, tabiut tabiin dan mereka yg ikut tabiut tabiin.

8) Khilaf dalam cabang akidah amat kecil. 


Topik 2 - Sumber ilmu akidah Islamiyah/ASWJ dan cara pengambilannya.

1) 'Masdar' bermaksud sumber. 

2) 'Manhaj al talaqi wal istidhal' bermaksud methodology pengambilan dalil akidah dalam Islam.

3) Munculnya fahaman2 sesat dalam kalangan umat Islam antaranya disebabkan kerana kesalahan dalam pengambilan sumber. Baik memang sumbernya yg salah atau sumbernya benar namun cara pengambilannya yg salah.

AL-QURAN DAN ILMU TAUHID

MUQADIMAH

Dua cara mempelajari ilmu akidah
- Cara Rasul-Rasul (melalui cara wahyu)
- Cara ahli Falsafah (melalui akal fikiran) (Cara ini digunapakai oleh orang kafir, sesat, ramai di kalangan tarekat dan sufi dalam mempelajari akidah)

Cara pemikiran Falsafah, mereka tidak beriman kepada dalil nas wahyu, tetapi mereka menagungkan pemikiran mereka dan inginkan pembuktian melalui pancaindera dan fikiran mereka.

Di dalam Quran, mereka ada meminta kepada Rasul untuk menunjukkan Allah. Ada yang suruh Malaikat turun kepada mereka baru mereka percaya.

Mereka akan beragumentasi dengan akal fikiran mereka. Maka apa yang Rasul dan Quran beritahu, mereka tidak akan percaya dan beriman kepadanya melainkan apabila ia sesuai dengan akal singkat mereka.

Ahli Sunnah Wal Jemaah beriman kepada apa yang diberitahu di dalam Quran dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah ﷺ tanpa perlu mentakwilkan tanpa petunjuk. Sepertimana firman Allah, Quran menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa.

Quran Ali-Imran (3:138):
"Quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta penjelasan bagi orang yang bertakwa".

Mereka yang tidak bertakwa akan berdebat / berselisih dengan Quran.

TAUHID

Menjadikan Allah sebagai satu-satunya sembahan yang benar dengan segala aspek kekhususan.

Terdapat penyembah Nabi - Kaum Nasrani
Terdapat penyembah Wali-Wali - Ramai dari kalangan Tarekat dan Sufi

Quran Taubah (9:31)
"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan juga Al-Masih ibn Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa. Tidak ada Tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan."


PEMBAHAGIAN TAUHID

Terdapat beberapa pembahagian Tauhid yang telah dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu:

PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 2
1) Ilmu - Apabila Allah menerangkan tentang Allah, kita wajib percaya, beriman
2) Amalan - Apabila Allah memerintahkan, kita wajib ikut dan taat

Apabila membaca Surah Al-Kafirun: Kita mentauhidkan Allah di dalam amalan dan tidak mengikut orang kafir/ engkar dalam amalan mereka

Apabila membaca surah al-Ikhlas: Kita mentauhidkan Allah di dalam ilmu


PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA 3

(1) Perbuatan Allah kepada Makhluk - Ar-Rububiyah
(2) Beribadah makhluk kepada Allah - Uluhiyah
(3) Nama-nama dan sifat Allah (Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, Al-Qudus...)

 Surah al-Fatihah
 Ayat 1: (3)
 Ayat 2: (1)
 Ayat 3: (3)
 Ayat 4: (1) & (3)
 Ayat 5: (2)


Berkaitan dengan Sifat Rububiyah Allah, secara umumnya orang kafir pun mempercayai sifat Rububiyah Tuhan, iaitu Tuhan yang menciptakan langit dan bumi

Surah az-Zukhruf (87)
Dan sungguh, jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab" Allah, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan?"

Dalil di atas menunjukkan bahawa kaum Musyrikin Mekah juga mempercayai sifat Rububiyah Allah yang Maha mencipta. Tetapi mereka tidak menyembah Allah mengikut cara yang sepatutnya. Mereka beribadah mengikut cara yang mereka suka, mengikut guru-guru mereka, mengikut nenek moyang mereka tanpa mengikuti petunjuk dan cara yang ditunjukkan oleh Nabi.

Mereka percaya Tuhan yang menciptakan segala sesuatu, tetapi mereka salah dari segi peribadatan.

Mereka salah dalam Bab - Uluhiyah
Mereka salah dalam cara peribadahan mereka kepada Tuhan.
Ada yang menyembah tuhan lain selain Allah
Ada yang bertawasul dengan orang soleh yang telah mati
Ada yang beribadah mengikut cara nenek moyang
Ada yang beribadah dan memohon kepada Tuk Guru
Ada yang mengikut perintah Tuk Guru, segala yang Tuk Guru mereka kata mesti betul walaupun tiada dalil.


Tawasul yang dibenarkan ada 3:
- Bertawasul dengan nama-nama Allah
- Bertawasul dengan amalan-amalan soleh kita yang telah lalu
- Bertawasul dengan doa orang soleh

Tiga jenis Tawasul dalam Surah Al-Fatihah
Ayat 1-3: Tawasul dengan nama-nama Allah
Ayat 4: kita berikrar hanya menyembah Allah (amal soleh)
Ayat 5-7: selepas bertawasul dengan ayat 1-4, kita memohon doa. Memohon jalan yang lurus.
Selepas habis surah al-Fatihah, ramai-ramai membaca Amin (orang ramai mendoakan agar doa-doa diatas diterima)


TAUHID ASMA WA SIFAT (Nama dan Sifat Allah)
Tauhid dalam penetapan nama dan sifat Allah seperti yang telah ditetapkan bagi diri-Nya dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah ﷺ yang sahih.

Bentuk penyelewengan dalam asma wa sifat:
1. Tahrif - adalah memalingkan makna, menukar makna sesuatu nama atau sifat Allah
2. Ta'thil - mengingkari dan menolak sebahagian sifat Allah Sebagaimana Allah menyatakan bahawa Allah berada di langit, mereka mengingkari dan mengatakan Allah berada di mana-mana
3. Takyif - mengambarkan hakikan keadaan Allah
4. Tasybih - menyerupakan Allah dengan makluk
5. Tafwidh - iaitu tidak menolah nama atau sifat Allah, namun mereka enggan menetapkan maknanya.


footnote: ASWJ - Ahli Sunnah Wal Jemaah (yg disandarkan kepada salafusoleh, iaitu 3 generasi pertama Nabi SAW) dan BUKAN Pertubuhan ASWAJA yg diketuai oleh Zamihan itu.


~ kelas tamat ~






Wednesday, April 12, 2017

IDT - IQS Ulum Hadits & Pengajian Akidah




11/4/2017 - Kelas Ulum al-Hadits oleh Ustaz Abd Razak Muthalib


(ulangkaji pelajaran yg lepas)


1) Matan - isi atau texts hadits. Dengan mengkaji sanad dan matan (secara bersama), maka para ulama dapat mengenal pasti sejauh mana sesuatu hadith itu benar-benar sahih.


2) Sanad - rantai periwayat hadits (chain of narrators)


3) Terdapat 2 jenis riwayat hadits, iaitu:


a) Riwayat dengan makna


b) Riwayat dengan lafaz


4) Rawi (plural - ruwwah) - orang yang menyampaikan hadits yg diterima olehnya dari gurunya atau dari orang yg dipercayainya.


5) Muhadith - Pakar Hadits atau Ulama Hadits


6) Mufassir - Pakar tafsir al-Quran


7) Dalam bidang hadits, martabat al hafiz (hadits) adalah lebih tinggi dari muhadith.


- Muhadith cuma hafal hadits dan sanad (rantai perawi)

- Al Hafiz tahu rangkaian perawi dan juga latar belakang perawi, amalan mereka serta guru-2 kepada perawi tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat khilaf terhadap maksud dan tafsiran maksud al Hafiz di kalangan ulama.


~ kelas tamat ~


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


11/4/2017 - Kelas Akidah oleh Ustaz Syafiq Abu Mubarak


1) Pengertian Akidah dalam Islam - Akidah dari segi istilah bermaksud ikatan yang kuat dan kukuh (keyakinan).


2) Dalam Islam, tiada istilah agak-agak. Semua mesti yakin yang bersumberkan dalil yg sahih.


3) 'Falam annahu la ilaha illalah' - “Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang haq) melainkan Allah.” (QS: Muhammad: 19). Ayat ini merupakan akidah keimanan umat Islam. Walaupun kita tak nampak kewujudan Tuhan tapi kita percaya bahwa Tuhan itu wujud. Inilah akidah utama umat Islam.


4) Masalah dunia hari ini ialah orang bercakap sebelum menuntut ilmu. Terdapat amalan2 lazim mereka kekadang ada yg berdasarkan amalan nenek moyang yang tidak mengikut syarak.


5) Dalam Islam ada 3 ilmu utama, iaitu ilmu iman, ilmu ihsan dan ilmu akidah. Semua ilmu dalam islam mesti berasaskan sunnah Nabi SAW dan mesti di amal dengan ikhlas.


6) Dari segi Istilah, ilmu akidah adalah ilmu yg mengkaji perkara ghaib seperti kepercayaan kepada Tuhan (spt rukun Islam), takdir, hari kiamat, malaikat, alam jin, alam barzkah dll yg diberitakan dari al Quran dan sunnah sahih menurut manhaj salafus soleh.


7) Islam, iman, ihsan & akidah semua bergerak serentak - Iaitu Ilmu Syariat Tarekat Hakikat & Makrifat semua bergerak serentak.


8) Perkara ghaib atau ilmu akidah tidak boleh berasaskan akal fikiran tanpa dalil sahih sbb kemampuan manusia terhad (pemikiran, penglihatan, pendengaran dll manusia adalah terhad)


9) Mengapa kat Malaysia ada hantu tetapi di Mekah tak ada hantu? Hantu merupakan itiqad nusantara saje.


10) Wasir bin Atta' pengasas mutazilla dan Abdullah bin Saba' pengasas Syiah ialah salafus toleh (bukan salafus soleh), iaitu orang yg lahir di 3 zaman pertama selepas Rasulullah SAW. (zaman Nabi SAW & zaman Sahabat, zaman tabiin, tabiin tabiut) yg membawa fahaman yg bercanggah dengan akidah Islam.


11) Ilmu Akidah juga dikenali sebagai ilmu usuluddin. Ilmu kalam dalam Islam pula ialah ilmu logik yg digunakan oleh agamawan Islam untuk melawan ilmu falsafah yg tidak mengikut syarak.

Pengikut ilmu falsafah tidak percaya kepada kewujudan Tuhan kerana tidak dapat melihat Allah SWT.


12) Surah al-Ikhlas -

a) Sifat zat (Qulhu Allahu ahad)
b) Sifat fi'il dan sifat zat (Allahu samad)

- Kesemua sifat 20 ada dalam 2 ayat ini.


~ Kelas tamat ~


Kelas Ulum al-Hadits oleh Ustaz Abd Razak Muthalib


















Kelas Akidah oleh Ustaz Syafiq Abu Mubarak


Wallahu'alam





Tuesday, April 11, 2017

Lim Jooi Soon



IDT Centre Photo Slide





My Love Will Get You Home

If you wander off too far, my love will get you home.
If you follow the wrong star, my love will get you home.
If you ever find yourself, lost and all alone,
Get back on your feet and think of me.
My love will get you home, boy, my love will get you home.


If the bright lights blind your eyes, my love will get you home.
If your troubles break your stride, my love will get you home.
If you ever find yourself, lost and all alone,
Get back on your feet and think of me.
My love will get you home, boy, my love will get you home.

If you ever feel ashamed, my love will get you home.
When there's only you to blame, my love will get you home.
If you ever find yourself, lost and all alone,
Get back on your feet and think of me.
My love will get you home, boy, my love will get you home.

Idt Centre Will Get You Home



Friday, April 7, 2017

IDT Centre Fundraising Dinner 2017




























Interactive Dakwah Training Centre akan menganjurkan fundraising dinner bagi mengumpul dana utk mengukuhkan program kebajikan dan aktiviti2 dakwah bagi tahun 2017 dan 2018!

Anda dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam kami untuk mengisi dana Interactive Dakwah Training (IDT) Centre dalam menjalankan kerja kerja dakwah dan kebajikan.

Makan malam dan acara akan dirasmikan dengan ucapan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan diserikan dengan persembahan nasyid dari Raihan!

Jangan lepaskan peluang ini untuk menderma sambil berhibur. Hubungi kami untuk tempahan tiket hari ini!

Pakej sebuah meja untuk 10 orang ialah:


1) Pakej Emas (RM5000 semeja)
2) Pakej Perak (RM3000 semeja)
3) Pakej Gangsa (RM2000 semeja)
4) Individu/Perseorangan (RM 200.00 seorang)
5) Revert/Muallaf adalah Percuma (term and condition apply)



Imbasan daripada Fundrasing Dinner 2015

















Syukur alhamdulillah dana yang diperolehi daripada Fundraising Dinner 2015 telah dimanfaatkan dengan jayanya untuk program dan aktiviti berikut:

1) IDT Centre Careline - IDT Careline adalah kemudahan melalui panggilan telefon kepada muallaf, muslim dan non-muslims untuk bertanya sebarang soalan berkaitan agama Islam terutamanya berkaitan dengan dakwah kepada bukan Islam.

2) Bayaran subsidi yuran penyertaan untuk Program Pengajian Islam dan kursus-kursus dakwah di IDT Centre.

3) Aktiviti BCP - Being Compasionate Program - Menyampaikan bantuan bekalan dapur kepada golongan miskin di bandar dan di sekitar lembah klang.

4) Anjuran cuti-cuti Malaysia pengeratan silarturahim kepada para reverts/muallaf dan volunteers dan tenaga kerja IDT Centre.

5) Kelas-kelas percuma Pengajian Islam dan Fardhu Ain untuk non-muslim, para reverts/muallaf dan juga muslim yang ingin mengulangkaji.

6) Mengundang penceramah-penceramah luar yang mempunyai kepakaran masing-masing untuk memberi ceramah dan tazkirah di IDT Centre.

7) Penyediaan makanan dan minuman untuk peserta-peserta di IDT Centre.

8) Bantuan kecemasan kewangan kepada muslim dan para reverts/muallaf yang memerlukannya.

9) Menyediakan banner, poster dan pamplet untuk kerja dakwah.

10) Menaik taraf sistem-sistem audio dan video yang digunakan oleh para penceramah di IDT Centre.

(...dan banyak lagi)


Dengan ini, kami mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan anda untuk menjayakan Fund Raising Dinner 2017 untuk menjana dana bagi menjayakan program kebajikan dan aktiviti-aktiviti dakwah bagi tahun 2017 dan 2018!

Anda dijemput untuk bersama-sama kami untuk memeriahkan Majlis Makan Malam ini. Pembayaran boleh dibuat ke:

INTERACTIVE DAKWAH TRAINING & ENTERPRISE
CIMB : 8006-8979-84

Hantarkan resit pembayaran ke contact person kami dibawah untuk menerima tiket.  Jangan lepaskan peluang ini untuk menderma sambil berhibur!

AZROL :013-455 4318 
EMILIA: 019-325 6088
HASIF: 019-300 1702

Terima Kasih 





Pengajian Islam IDT/IQS - Ulum al-Hadits



ULUM al-HADITS oleh Ustaz Abd Razak Muthalib - 6/4/2017


1) Maksud hadits secara literal ialah sesuatu yang baru (al-Qadim).

2) Hadits bermaksud apa-apa yang datang daripada Nabi Saw sama ada perkataan, perbuatan, takril, sifat akhlak dan juga sifat kejadian (fizikal) sama ada sebelum baginda diutus menjadi rasul ataupun selepasnya.

a) Sunnah Perkataan atau qauliyah (percakapan) sama ada dalam bentuk nasihat, amaran dan sebagainya.

Contoh termudah sunnah qauliyah ialah hadits tentang niat (innama a'malu binniyyat).

b) Sunnah Perbuatan Nabi SAW seperti tatacara ersolat, berpuasa, zakat, haji dan sebagainya.

Contohnya Nabi SAW tak pernah tinggal solat sunat gabliyah dan badiyah fardhu zohor.

Contoh lain adalah Nabi SAW bertakbir 4 kali dalam solat jenazah (H/R Bukhari)

c) Takril (no comment) - pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap beberapa perbuatan tanpa ada sebarang bantahan.

Contohnya, perbuatan khalid memakan dhab dihadapan rasulullah. Nabi SAW tidak memakan dhab tapi tidak pula melarang khalid dari memakannya dan apabila Nabi SAW ditanya adakah ianya haram baginda menjawab tidak (H/R Bukhari)

d) Akhlak Nabi SAW - Ianya menerang tentang akhlak-akhlak Nabi SAW yang mulia (husnul khuluq). Contohnya ialah hadis yang menerangkan bahawa Nabi SAW adalah manusia yang paling pemalu berbanding perempan yang belum berkahwin yang berselindung dibalik tabir (H/R Bukhari)

e) Kejadian fizikal Nabi SAW - Contohnya hadis yang menerangkan bentuk badan Nabi SAW yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah (H/R Bukhari)

3) Dari segi cabang ilmu hadits, Sunnah bermaksud jalan atau cara hidup sama ada terpuji ataupun tercela. Dari segi istilah, para ulama hadis mengatakan takrifnya adalah sama dengan hadis. Lawan bagi as-sunnah adalah bid’ah.

4) Dari segi usul fiqh, sunnah bermaksud perkataan, perbuatan dan takril Nabi SAW digunakan sebagai dalil untuk keluarkan hukum.

5) Perbezaan di antara hadis dan atsar. Ulama berbeza pendapat tentang perngertian hadis dan atsar. Ada yang mengatakan bahawa hadis dan atsar mempunyai makna yang sama dan ini adalah pendapat Imam Muslim, Imam Tahawi dan Imam Tabari.

Ulama lain pula mengatakan bahawa hadis adalah apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW tetapi atsar adalah apa-apa yang disandarkan kepada selain Nabi SAW seperti sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in.

~ kelas tamat ~

Wallahu'alam

















><

><

Wednesday, April 5, 2017

Hari Terbuka Masjid al-Azim, Pandan Indah






























Nak rasa makanan Cina Muslim?

22/4/2017

8.00am-10.30pm


Hari Terbuka Masjid al-Azim
Jalan Pandan Mewah,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur,
Selangor, Malaysia


Macam-macam jenis makanan ada, Itik Panggang, Char Kuey Teow, Soup Ayam Herbal Cina (Chik Qu Teh) dll...

Selain dari makanan istimewa, sebaris Pendakwah Tersohor Tanahair akan beri Ceramah dengak tajuk-2 yang amat menarik sempena Hari Terbuka Masjid al-Azim....

Jangan lepaskan peluang ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Azrol Azmir Long : 013-455 4318
Muhammad Syukhri Shafee : 013-676 7121

>
<

Answering Questions from Atheists by Sheikh Nuruddeen Lemu






























Venue: Idt Centre
No 14-2, Jalan 3/27F,
Desa Setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel: +60 3-4141 8982

Date: 8th April 2017
This coming Saturday,
8.30pm - 10.30pm

Don't miss it!

Answering Questions from Atheists
by Sheikh Nuruddeen Lemu

Contact:

Azrol Azmir Long : 013-455 4318
Muhammad Syukhri Shafee : 013-676 7121

>
<

IDT-IQS Diploma in Islamic Studies 2017 - Usul al-Fiqh




Kelas Usul al-Fiqh oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki
4/4/2017

Maksud Usul al-Fiqh

1) Fiqh – Mengetahui sebenar-benarnya berkenaan hukum hakam syarak berkaitan perbuatan amali seorang mukalaf (baligh berakal) drpd dalil-dalil terperinci (tafsili). Usul bermaksud asas, dalil atau ilmu2 mengetahui. Dalil ialah keterangan, atau bukti, atau sesuatu yang menunjukan kebenaran sesuatu yang lain.

- Dalil tafsili (dalil umum) - contohnya dalil solat, dalil zakat, dalil puasa.

Dalil tafsili (terperinci) ialah dalil yang mana ia mampu menetapkannya dan menghuraikan segala subahat (kesamaran) yang didatangkan terhadapnya.
- Dalil ijmal - (dalil khusus) - dalil yg ada rukhsah pada dalil umum.

Dalil Ijmali (umum) ialah suatu dalili dimana empunyanya tidak berupaya menetapkannya dan menghuraikan segala subahat yang didatangkan terhadapnya, seperti dikatakan kepadanya :

Apakah dalil kamu tentang adanya Allah Taala?

Maka jawabnya : Alam ini.

Ia lemah untuk menyatakan jalan yang boleh menunjukkan bahawa ada alam ini, menunjukkan ada Allah Taala atau ia berkuasa pada menyatakannya, tetapi jika datang iktiradh(penentangan) terhadapnya, ia tidak mampu menghuraikannya sebagaimana yang dituntut.

- Dalil ijmali atau kulli adalah dalil bersifat umum yang di bawahnya terdapat beberapa dalil, sedangkan dalil tafsili atau juz’i adalah nas yang ada dengan bentuk tertentu. 

- Hukum kulli atau ijmali adalah hukum bersifat umum yang mencakup beberapa hukum, sedangkan hukum juz’i adalah hukum yang terkhusus pada sesuatu yang tertentu.

2) Usul al-Fiqh – Mengetahui dalil-dalil fiqh secara umum dan cara mengeluarkan hukum darinya serta keadaan orang yang mengeluarkan (istinbat) hukum. Ilmu usul fiqh adalah ilmu yang membahaskan keadah yg digunakan oleh seorang mujtadid ketika berijtihad. Mengaji ilmu usul fiqh ada 4 perkara, iaitu:

1) Perbahasan hukum syarak (hukum taklifi - wajib, sunat, harus, makruh, haram dan juga hukum wadie - sah, batal)
2) Dalil syarak - (quran, sunnah, ijma' qiyas, maslahah, istihsan, sadd al dhari'a dll)
3) Methodologi istinbat hukum (qawaid usulia)
4) Perbahasan tentang ijtihad dan fatwa (pembahasan mujtahid, muttabi'k (ittiba), muqallid)

Fiqh atau feqah ialah hukum hakam dalam Islam. Usul al-Fiqh ialah kaedah para ulama menghasilkan hukum itu. Usul al-Fiqh adalah methodology ijtihad, iaitu bagaimana para ulama usuli/fuquha/mujtahid/mufti menghasilkan hukum untuk sesuatu masalah dalam agama.

- Imam al Shafii orang pertama yg menulis kitab tentang Usul al-Fiqh.


Perbezaan Di Antara Usul Al-Fiqh Dan Juga Fiqh:

Di antara perbezaan fiqh dan juga usul al-fiqh adalah seperti berikut:

Pertama: Fiqh memberi tumpuan kepada dalil-dalil tafsili (juz’ie).

Manakala usul al-fiqh pula memberi tumpuan kepada dalil-dalil ijmali (kulliy). Dalil-dalil ijmali adalah dalil-dalil syarak yang disepakati dan juga dalil-dalil yang diperselisihi.

Kedua: Fiqh adalah pengetahuan tentang hukum-hakam syarak dari sudut haram, wajib, sunat, makruh, dan juga mubah (harus). Dan kesemua hukum-hakam ini diambil daripada dalil-dalil tafsilibersumberkan al-Kitab dan juga al-Sunnah.

Sedangkan usul al-fiqh pula merupakan himpunan kaedah-kaedah yang menjelaskan kepada seorang faqih akan jalan yang wajib untuk dilaziminya dalam mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya.

Ketiga: Isu yang dikaji dalam feqh adalah berkenaan perbuatan mukallaf. Justeru seorang ahli feqh ataupun faqih mengkaji berkenaan perbuatan mukallaf dari sudut jual belinya, sewa, pinjaman, solat, puasa, haji, zakat, dan semuanya yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf untuk diketahui hukum-hakam setiap perbuatan ini.

Sementara isu yang dikaji dalam usul al-fiqh pula adalah dalil-dalil syar’ie yang bersifat kulliy (ijmali). Maka seorang usuli mengkaji berkenaan qiyas dan juga kehujahannya, berkenaan ayat-ayat ‘am, ayat-ayat perintah, mutlak, muqayyad dan seumpamanya.


Contoh Perbezaan Di Antara Usul Fiqh Dan Fiqh

Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran:

Maksudnya: "Dan dirikanlah Solat." (Surah al-Baqarah ayat 43)

Berdasarkan ayat di atas, seorang faqih (ahli fiqh) akan mengkaji berkenaan suatu perbuatan mukallaf iaitu solat serta hukumnya ke atas mukallaf.

Manakala seorang usuli (ahli usul fiqh) pula akan mengkaji berkenaan ayat tersebut yang merupakan suatu ayat perintah seterusnya mereka membuat suatu kaedah usul:

Maksudnya: “Kata perintah membawa kepada hukum wajib kecuali jika terdapat qarinah yang mengalihkan daripada wajib kepada sunat.”

Maka seorang faqih menggunakan kaedah yang telah disediakan oleh para ulama usul fiqh ini lalu mengatakan: Hukum mendirikan solat bagi seorang mukallaf adalah wajib.

Justeru, seorang ahli usul feqh menyediakan kaedah untuk ahli feqh dalam mengeluarkan hukum. Manakala seorang ahli fiqh (faqih) akan melazimi kaedah-kaedah yang disediakan oleh ahli usul fiqh ini dalam proses pengeluaran hukum.


Sejarah ringkas Usul Fiqh

1) Asas berlaku sejak turunnya Wahyu (zaman Nabi SAW).
2) Kitab pertama disusun adalah kitab al-Risalah oleh imam Shafie

Rujuk: Pengenalan Usul al-Fiqh


Aliran Madrasah Fiqh

1) Hanafiyyah (mazhab Hanafi) - aliran ra'i imam hanifa (aliran fuquha)
2) Mutakalimin (jumhur ulama) - ambil dalil dari nas (Quran dan Sunnah)
3) Mutaakkirin (gabung dua kaedah)


Belajar Usul Fiqh atau Fiqh? 

- Belajar Fiqh ialah belajar hukum hakam. (ini wajib, itu harus, ini haram dll)
- Belajar Usul Fiqh ialah belajar mengapa hukumnya begitu, kenapa wajib, kenapa sunat, kenapa harus, kenapa makruh, kenapa haram. Apa dalil yg terlibat. Kaedah para ulama berijtihad.



Pelajaran Umum Fiqh

1) Usul Fiqh
2) Qawaid al Fiqhiyyah
3) Feqah
4) Maqasid Syariah (tujuan syarak)


Pembahagian Pelajaran Usul al-Fiqh

1) Hukum Syarak
2) Dalil (4 yg sepakat ASIQ - Al-Quran, Sunnah, Ijma', Qiyas....dan 8 yang khilaf - istihsan, masalihuruf, syara man qablana, qaul sahabi, istishab, sad al zaraie, amal ahlu madinah)
3) Taarud tarjih (dalil yg bercanggah dan penyelesaiannya)
4) Ijtihad dan taqlid


Hukum taklifi

1) Arahan Allah SWT berkaitan dengan perbuatan mukalaf samada berbentuk permintaan, pilihan, atau wadhie. Hukum taklifi - wajib, sunat, harus, makruh, haram. Hukum wadhie - halal, sah, batal dll.

Takrif wajib

1) Apa yang diberi pahala bagi yang melakukannya dan azab bagi yg meninggalkan


Pembahagian Hukum

Wajib, Sunat, Haram, Makruh, Harus, Azimah, dan Rukhsah


1) Wajib
- Segi waktu (panjang atau pendek)
- Segi sifat (wajib salah satu dan boleh pilih)
- Segi individu (fardhu ain dan fardhu kifayah)
- Segi bilangan (ditentukan bilangan dan tidak ditentukan)


2) Sunat
- Sunat muakkadah (sunnah yang dituntut, jarang ditinggalkan Nabi SAW)

Contoh: 
a) Solat Sunat Qabliyyah (sebelum) solat fardhu Subuh
b) Solat Sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba'diyyah (selepas) solat fardhu Zohor
c) Solat Sunat Ba'diyyah (selepas) solat fardhu Mahgrib
d) Solat Sunat Ba'diyyah (selepas) solat fardhu Isyak
e) Solat sunat Witir
f) Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan

- Sunat tidak muakkadah (sunnah ghairu muakkad)

Contoh:
a) Solat Dhuha
b) Solat Sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba'diyyah (selepas) solat fardhu Asar

- Sunat adat/zaidah 

Contoh:
a) Makan paha kambing - Nabi SAW suka makan paha kambing.
b) Larangan makan dhab (biawak) - Nabi SAW tidak makan dhab kerana ia bukan makanan kebiasaan Nabi SAW tetapi dia tidak melarang sahabat-sahabat memakannya.

>
<

9/5/2017
Usul al-Fiqh oleh Ustaz KA

1) Madrasah ahlul Ra'i (cenderung kpd qiyas) dan Madrasah ahlul Hadits (cenderung kpd hadits ahad). Imam Shafii mengabungkan kedua2 madrasah ini dalam kitabnya al Risalah.

2) Hukum secara istilah bermaksud khitab Allah (atau Titah Allah) dan Sunnah Nabi SAW. Hukum menurut bahasa, artinya : “Menetapkan sesuatu atas sesuatu” sedang menurut istilah, ialah : “Khithab (titah) Allah, atau sabda Nabi Muhammad s.a.w. (sunnah) yang berhubungan dengan segala amal perbuatan mukallaf, baik titah itu mengandung tuntutan suruhan, larangan atau membolehkan sesuatu, atau menjadikan sesuatu sebab, syarat atau memperbolehkan sesuatu, atau menjadikan
sesuatu sebab, syarat atau penghalang (mâni’) bagi sesuatu hukum “

3) Perintah Allah yg bersifat tuntutan jika kuat akan menjadi wajib/haram. Jika perintah Allah itu bersifat anjuran, ia akan menjadi sunat. Jika perintah itu ada dua sifat, iaitu tuntutan dan anjuran, maka ia akan jadi sunat dan jika perintah itu bersifat larangan dan anjuran, ia akan menjadi makruh. Jika perintah itu bersifat umum atau tanpa rajih, ia akan menjadi harus.

4) Wadhie bermaksud 'letak'. Secara istilah usul fiqh ialah sebab, syarat atau halangan. Iaitu sesuatu menjadi syarat atau halangan atas perintah Allah. Contoh; menunaikan Haji adalah wajib bagi yg mampu - perintah 'bagi yg mampu' menjadi halangan kpd sesuatu yg wajib bagi seorang mukalaf. Hukum Wadhie adalah rukhsah dari Allah SWT.

5) Hukum syarie hanya bersangkutan dgn perbuatan mukalaf yang dituntut perintah dan larangan oleh Allah secara pasti atau afdal.

6) Perintah Allah yang dituntut ada 2, iaitu buat dan tinggalkan. Perintah buat pula dibahagi kpd 2, iaitu secara pasti dan secara afdal. Perintah yg pasti jadi wajib, manakala perintah yg afdal menjadi sunat/mandud.

7) Perintah Allah yg bersifat larangan yg perlu ditinggalkan pula dibahagi kepada 2, iaitu pasti (jadi hukum haram) dan anjuran/afdal (jadi hukum makruh).

8) Perintah yg pasti ialah perintah yg tiada dalil yg menunjukkan sebaliknya, iaitu dalil yg Qati'.

9) Hukum harus/mubah pula ialah perintah Allah yg bersifat perintah yg tiada 'tidak pasti' dan tiada 'tidak dilarang'.

10) Hukum wadua' (asal waduk) - hukum wadhie terletak pd syarat kitaran bumi, masa, tempat, bulan. Contohnya, tak boleh menunaikan Haji pd bulan selain bulan Haji iaitu 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah.

11) Hukum wajib/haram - perintah Allah secara pasti dan Qati'. Hukum sunat/mandub dan hukum makruh ialah perintah Allah yg bersifat afdal/anjuran.

12) Hukum Sunat/mandub = Sunnah - dapat pahala jika buat, tiada dosa jika ditinggalkan. Hukum makruh pula siapa yg tinggalkannya dapat pahala dan jika buat tiada dosa.

13) Hukum harus/mubah ialah perintah Allah yg tiada suruhan dan larangan. Asal sesuatu perkara muamalat ialah harus sehingga terdapat dalil larangannya.

>
<


23/5/2017
Pengajian Usul al-Fiqh oleh Ustaz KA 

1) Hukum Taklifi -

a) Ijab - Wajib - fardhu ain dan fardhu kifayah
b) Nadb - Sunat
c) Tahrim - Haram
d) Karanah - Makruh
e) Ibahah - Harus

2) Mazhab Hanafi bahagikan perkara Fard dan Wajib:

i) Fard - perkara Qati al Tsubut, Qati al Dilalah
ii) Wajib - perkara Qati al Tsubut, Zanni al Dilalah

3) Lafaz yg digunakan dlm Quran yg menjadi hukum wajib:

i) Perintah (al-amru)
ii) Difardhukan (fard)
iii) Diwajibkan (wajib)
iv) Alla
v) Hak

4) Hukum wajib dibahagi kpd dua:

i) Wajib mutlak - tidak ditentukan waktunya (tidak dibataskan waktu, tidak ada dosa jika melewatkan)
Contoh: Ibadah Haji sbb bagi yg mampu, Qada Ramadhan - wajib tapi boleh ditangguh. Tapi mengerjakannya
secara segera kerana ajal tidak diketahui.

ii) Wajib muqayyad - perkara yg diikat dengan sesuatu seperti wajib yg terikat dgn waktu.
Contoh: Solat fard 5 waktu - tak boleh buat sebelum atau selepas waktu. Puasa di bulan Ramadhan (lain bulan tak boleh)

iii) Wajib yg ditentukan oleh kadar
a) Muhadad - yg ditentukan had spt zakat yg ada kadar had. Contoh lain: Hukum Diyat yg telah ditetapkan kadarnya.
b) Ghair Muhadad - yg tidak ditentukan had spt mas kahwin.

iv) Wajib yg ditentukan oleh orangnya spt fardhu ain dan fardhu kifayah.

v) Wajib yg ditentukan pilihan

~ Kelas Tamat ~


Pengajian Usul Fiqh oleh Ustaz KA - 25/5/2017

A) Mandud

1) Mandud/mustahab (sunat) - arahan yg bersifat anjuran (tidak bermaksud wajib). Siapa yg buat dapat pahala, tinggal tak ada dosa.

Contoh: Surah baqarah QS 2:282 - ayat suruhan yg membawa maksud anjuran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu..."
2) Sunat Muakkad - sunat yg dituntut

3) Sunat ghair muakkad - sunat yg tidak dituntut

4) Sunat Zawaid (singular zaidah) - sunnah adab nabi saw

5) Tidak dibenarkan seorang mukalaf meninggalkan segala sunat. Mereka jenis ini layak diberi nasihat.

B) Haram (atau muharam/benda yg diharamkan/dilarang)

1) Perkara yg dituntut untuk ditinggalkan

2) Lafaz dlm al Quran perkara yg haram - haram

3) Najis Hukmi (najis secara maknawi), Najid hissi (najis)

4) Muharam lizatihi - haram of end - minum arak, berzina, sumbang mahram, jual benda bangkai (diharamkan kerana zatnya)

5) Muharam lighairi - haram of means - benda lain yg menjadikannya haram spt jual beli barang haram, nikah cina buta, dll.


Wallahu'alam






Tuesday, April 4, 2017

Kursus Pemantapan Akidah 8 - 9 April 2017





























Islam itu agama yang benar. Kalau aqidah tak kuat, bukan setakat baca Bible, buat apa2 dalam hidup pun aqidah tetap goyang dan tergugat. Sertailah kursus pemantapan Akidah kami di Idt Centre yang dikendalikan oleh Bro Lim Jooi Soon.

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih lebih ramai lagi Muslim untuk berdakwah dan menerangkan apa itu Islam kepada non-Muslim. Kursus ini juga akan menerangkan kaedah menjawab soalan2 salah tanggapan mengenai Islam.


Tarikh: 8 - 9 April 2017
Waktu: 8.30 pagi - 5.30 petang

Lokasi: Idt Centre
Tingkat 2, No. 14, Jalan 3/27F,
Desa Setapak, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.


Yuran: RM 100 sahaja (Rm50 utk pelajar)
Bank in: CIMB Bank / Acc No: 8006-8979-84
INTERACTIVE DAKWAH TRAINING & ENTERPRISE

Hubungi:
Azrol : 013-455 4318
Syukhri : 013-676 7121

>
<

Monday, April 3, 2017

Raikan Ilmu Bersama IDT Centre



























Celebrate Knowledge With Idt Centre
Sabtu | 1 April 2017 | 9.00 pagi - 10.30 malam


Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA.com )
Kuliah Perdana Bersama Mufti Perlis



Ustaz Zulkifli Ahmad
Para Nabi Juga Mempunyai Pekerjaan

- Nabi Nuh as bina kapal - ship design and engineering
- Nabi Ibrahim as membina ka'bah - architect
- Nabi Daud as tukang besi - blacksmith
- Nabi Muhammad SAW - merchant

Tapi mereka semua ada satu pekerjaan tetap yang sama, iaitu Dakwah (menyeru atau menjemput orang yang belum beriman untuk beriman kepada Allah SWT)

Dr Abdoul Karim Toure
Lessons from Surah al-Ahzab (conducted in English)

Ustaz Mohd Khairil Anwar
Akhlak Islam : Apakah Kefahaman Kita?

Ustaz Fitri Abdullah
Isu Murtad & Penyelesaiannya

Interactive Dakwah Training Centre
No.14-2, Jalan 3/27F,
Desa Setapak, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur




















Raikan Ilmu Bersama IDT Centre Photo Gallery 


>
<