Search This Blog

Wednesday, January 27, 2021

Halal Bak Kwa Daging Salai Dendeng

 




500 gram Bak Kwa - Rm 48.00 only

1 kilogram Bak Kwa - Rm 88.00 only
- Rasa Asli Original - Guna 100% bahan mentah HALAL
- Tiada sebarang bahan pengawet - Mudah dihidang & senang dimakan - Vacuum Pack untuk tahan lebih lama dan sedap * Bak Kwa yang baru dibakar adalah terbaik jika dimakan dalam masa tempoh 7 hari (selepas buka dari vacuum pack).

* Pastikan Bak Kwa disimpan di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Bak Kwa juga boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 30 hari - 45 hari.








Thursday, June 11, 2020

Business Plan - Rancangan Perniagaan



Sebilangan besar pekerja-pekerja di Malaysia bakal dibuang kerja akibat wabak Covid19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP). Oleh itu, apakah yang perlu kita buat jika dibuang kerja?

1. Gunakan masa ini untuk memikirkan apa yang anda betul-betul inginkan dalam hidup anda. Inilah masa yang paling baik untuk merancang masa depan anda, dan juga kerjaya yang akan anda ingin ceburi.

2. Sekiranya anda masih berminat untuk bekerja, maka ambil masa ini untuk pelajari kemahiran baru yang dapat membantu anda dalam kerja baru itu.

3. Sekiranya anda ingin ceburi alam perniagaan, maka gunalah masa ini untuk menghasilkan satu business plan yang merangkumi:


A) Rancang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan dalam perniagaan anda. Nyatakan potensi pembekal-pembekal untuk produk perniagaan anda. Kaji potensi jenis-jenis pelanggan untuk perniagaan anda.

B) Kos yang diperlukan untuk mulakan perniagaan. Sediakan simpanan enam bulan untuk perbelanjaan harian anda sebelum mulakan perniagaan.

Jika dana tidak mencukupi, nyatakan cara-cara untuk mendapatkannya seperti;

b1. Jual asset untuk mulakan perniagaan.

b2. Pemohonan pinjaman dari institusi kewangan untuk perniagaan anda.

b3. Cari subsidi perniagaan kecil dan peluang pembiayaan kerajaan.

b4. Cari pelabur yang berpotensi melabur dalam perniagaan anda.

b5. Tanya rakan dan keluarga anda untuk dana tambahan.


C) Strategi penjualan dan pemasaran. Setiap objektif pemasaran harus mempunyai beberapa tujuan (subset objektif) dan kaedah untuk mencapai tujuan tersebut. Menjalankan penyelidikan pasaran dan kaji permintaan pasaran produk perniagaan anda.

D) Rancang dan tentukan tujuan dan sasaran perniagaan anda. Pastikan rancangan anda dapat diubahsuai bergantung kepada situasi dan permintaan.

E) Kaji peluang untuk kembangkan perniagaan anda. Senaraikan orang-orang yang dapat membantu memajukan perniagaan anda.

F) Kaji perbelanjaan overhead anda. Fahami jenis perbelanjaan untuk perniagaan anda dan elakkan pembaziran.

G) Jenamakan (re-branding) semula diri anda mengikut rancangan perniagaan anda.

H) Pastikan anda membuat persiapan rapi sebelum memulakan perniagaan. Untuk menjayakan perniagaan, anda mesti menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah.

I) Senaraikan masalah-masalah yang bakal anda hadapi. Rancang strategi keluar jika perniagaan ditimpa malapetaka atau lingkup.

><

Saya hanya dapat membantu anda sampai sini sahaja. Fikirlah apa yang perlu ditambah dan dirancang agar dapat membantu perniagaan anda.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada anda untuk mengharungi ujian ini dan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan anda, aamin



Wednesday, June 10, 2020

Debu-Debu Riba



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Apakah akan terjadi jika sistem perbankan Islam TIDAK memberi kemudahan kepada umat Islam seperti pinjaman wang yang patuh syariah untuk pendidikan, perumahan, perniagaan, pembelian, pembiayaan peribadi dan sebagainya?

Ya, umat Islam akan terpaksa mengambil pinjaman dari perbankan konvensional yang mengamalkan pembayaran balik berfaedah (loan with interest). Jika umat Islam tidak ambil pinjaman berfaedah ini, maka kehidupannya akan jadi mundur (mungkin akan jadi gelandangan kerana tidak mampu beli rumah secara tunai) dan tiada daya saingan dalam dunia perniagaan.

Segala pinjaman yang berfaedah (loan with interest) adalah riba, dan riba adalah haram dalam Islam. Oleh itu, mujur wujudnya sistem perbankan Islam yang memberi pinjaman melalui kontrak-kontrak alternatif yang halal seperti Ijarah (SEWA), jual beli, perwakilan (wakalah), perkongsian untung (mudarabah) dan banyak lagi kontrak-kontrak syariah yg dibenarkan kepada umat Islam agar masyarakat Islam dapat hidup lebih selesa dan berjaya dalam dunia perniagaan.

Walaupun begitu, hakikatnya adalah umat Islam pada hari ini sememangnya tidak dapat elak dari 'debu-debu riba' kerana kita hidup dalam dunia yang mengamalkan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi dan sosial yang kumpul kekayaan oleh individu dengan mengaut keuntungan dari pekerjaan, perniagaan, pelaburan dan sebagainya.


Wallahu'alam

Sunday, June 7, 2020

Pendorong Utama Saya Memeluk Agama Islam



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un, allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fuanha allahu...

Teringat lagi masa kat forum memancing MFN dulu, saya post gambar Pakcik Hashim dan sedekahkan al-fatihah kepada beliau dalam posting itu. Saya mendapat kutukan dan kecaman dari ramai Muslim, hanya kerana saya seorang non-muslim ketika itu...

Pakcik Hashim adalah pendorong utama saya memeluk agama Islam. Beliau adalah pemilik Stesen Minyak Esso kat Jalan Kim Chuan, Pandamaran, Klang.

Mula-mula saya buka kedai pancing di Port Klang dahulu, kedai saya kecik sahaja dan barang tak banyak (sewa setengah kedai shj). Pakcik Hashim adalah customer yang selalu datang ke kedai saya tuk beli alat-alat pancing. Masa itu, biasanya beliau akan beli banyak alat pancing dan saya tahu dia tak perlu pun alat-alat pancing itu, tapi dia berdegil nak beli jugak.

Selepas itu, dia akan duduk dalam kedai dan berborak-borak dengan saya. Dia ajar saya cara-cara berniaga. Dia ajar saya cara layan customer dengan bersopan-santun. Dia ajar saya cara-cara jual-beli dengan betul. Hakikatnya adalah, beliau telah ajar saya banyak perkara yang saya tidak ketahui kerana sebelum itu, saya tidak pernah berniaga.

Seminggu dia akan datang 2-3 kali ke kedai pancing aku, dan belaiu akan beli alat-alat pancing dari kedai saya. Kekadang kita akan pergi ke kolam pancing Sealion tuk memancing. Kekadang, kita akan memancing kat pantai Jeti Bagan Hailam, tepi Jabatan Laut, Port Klang. Kekadang dia akan bawa saya pergi tempat makan yang best dan belanja saya makan (masa tu saya miskin).

Padahal, saya hanya seorang budak cina yang sentiasa pakai seluar pendek, t-shirt putih pagoda dan sling bag. Masa itu, saya hanya naik motorbike kapcai sahaja tetapi Pakcik Hashim tidak pernah pandang rendah kat saya. Malah, Pakcik Hashim bawak saya pergi merata-rata tempat dalam kereta mewah dia. Berat sungguh nak taip posting ini, haizzz...

Pada suatu hari, saya diberitahu oleh anaknya bahwa Pakcik Hashim kena stage 4 cancer dan nak berjumpa dengan saya. Lalu anaknya pun bawak saya ke rumah Pakcik Hashim di Shah Alam. Inilah gambar beliau bersama saya di rumahnya di Shah Alam. KIta berborak di rumah dia dan dia berpesan kepada saya satu perkara, "Belajarlah agama Islam..."

Inilah kata-kata terakhir beliau kepada aku. Selang beberapa hari selepas itu, saya diberitahu Pakcik Hashim sudah takde. Ya Allah, hanya Allah sajalah yang tahu betapa sedihnya aku masa itu. Mulai dari hari itulah, niat dan semangat saya nak belajar dan memeluk agama Islam semakin kuat. Dari umur awal 30-an lagi saya telah berniat nak memeluk agama Islam tetapi bekas isteri dan keluarga saya adalah non-muslim. Oleh itu, saya terpaksa akur dengan agama mereka.

Inilah kisah saya dengan Pakcik Hashim. Selepas Pakcik Hashim sudah takda, saya telah post gambar ini kat forum memancing MFN dan sedekahkan al-fatihah kepada beliau dalam posting saya dengan tujuan nak mohon ahli-ahli forum memancing itu berdoa dan sedekah al-fatihah kepada arwah.

Ketika itulah, saya dikutuk dan dikecam beramai-ramai oleh forumers Muslim kerana saya seorang non-muslim yang ingin sedekah al-fatihah kepada orang Islam. Mereka ini tidak tahu betapa rapatnya aku dengan Pakcik Hashim. Saya dimarah, dikutuk dan dihina oleh mereka. Tak nampak langsung akhlak yang diajar dalam Islam.

Syukur alhamdulillah, Allah SWT telah membuka pintuNya kepada saya dan jadikan saya seorang Muslim. Saya sentiasa ingat pesanan Pakcik Hashim suruh saya belajar agama Islam. Maka, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tunaikan permintaan beliau dengan belajar agama Islam seumur hidup. 

Oleh itu, berpandukan ilmu-ilmu yang saya telah pelajari, hari ini saya ingin doakan agar Allah SWT ampunkan dosa perbuatan-perbuatan mereka yang pernah kutuk dan marah saya pada masa itu. Semoga mereka semua diberi hidayah dan jadi orang-orang sentiasa berbakti kepada Islam. 

Dan saya juga doakan semoga Allah SWT tempatkan Pakcik Hashim di tempat yang mulia di sisi-Nya, aamin...

❤️



Saturday, June 6, 2020

Business Capital - Modal Perniagaan



Dalam alam perniagaan, modal bukanlah wang ringgit tetapi umur. Wang kita boleh cari tetapi umur adalah tetap. Apabila kita nak mulakan perniagaan, umur adalah faktor paling penting, bukan wang ringgit.

Ini adalah kerana, ketika kita muda kita boleh ceburi apa-apa jenis perniagaan yang kita suka. Kita boleh ceburi perniagaan yang berisiko tinggi. Kalau berjaya, kita akan perolehi keuntungan yang besar. Kalau perniagaan rugi atau lingkup, kita boleh ceburi perniagaan lain sebab kita ada masa.

Apabila perniagaan kita gagal ketika kita muda, kita senang bangkit kembali dan akan dapat pengalaman. Dari pengalaman ini, kita akan jadi seorang peniaga yang lebih bijak. Kalau kali kedua gagal, pengalaman kita akan berganda. Kalau gagal kali ketiga, kita dah jadi professional.

Dari pengalaman kegagalan-kegagalan inilah kita akan berjaya suatu hari kelak.

Berbeza dengan orang yang mulakan perniagaan ketika dah berumur. Apabila perniagaan rugi, mereka ini dah susah nak bangkit kembali. Mereka tidak akan menang peniaga yang gagal tiga kali tu sebab pengalaman tak sehebat mereka yang pernah gagal.

Oleh itu, mereka tidak akan berani mengambil risiko tinggi. Mereka akan 'playsafe'.

Umur yang paling sesuai untuk mulakan perniagaan adalah ketika dalam awal 30'an. Ini adalah kerana ketika umur belasan sehingga umur 25 tahun, kita perlu fokus kat pelajaran. Apabila tamat pelajaran, kita perlu fokus kat pekerjaan untuk cari dana permulaan perniagaan.

Kita perlu ingat ya, pekerjaan tu hanyalah 'stepping stone' untuk kita kumpul wang untuk mulakan perniagaan. Masa ini, kita perlu tingkatkan displine menyimpan wang. Kita perlu amalkan 'delayed gratification'. No enjoy-enjoy, tiada perbelanjaan yang membazir.

Kita perlu gigih simpan wang. Masa inilah kita perlu sediakan satu business plan. Kita kena tahu perniagaan jenis mana yang kita mahu. Kita perlu tahu berapa kos yang kita perlu untuk mulakan perniagaan. Dengan bersenjatakan business plan dan strategy ini, kita set minda kita agar nekad simpan wang dari gaji pekerjaan kita.

Carilah kerja yang boleh menjana wang yang kita perlu. Jika perlu, kerjalah 2 atau 3 tempat. Kita kena cari dana itu secepat mungkin. Itu pasal orang cakap, 'time is money'. Apabila dah cukup, jangan 'procastinate' (bazir masa), terus mulakan perniagaan kita. Kalau gagal, jangan putus asa. Kita mulakan perniagaan baru.

Apabila perniagaan dah maju, 'diversify' (cabang keluar). Janganlah letakkan semua telur kita dalam satu bakul. Mulakan perniagaan lain jika perlu. Inilah masanya kita belajar pelaburan. Beranikan diri ambil risiko tinggi untuk mengaut keuntungan besar. Belajar cara-cara tuk kembangkan perniagaan kita. Beli asset yang boleh menjana income.

Umur di antara 30 - 40 adalah masa untuk kita berniaga. Umur 40 - 50 adalah masa untuk kita kembangkan perniagaan kita. Umur 50 - 60 adalah masa untuk kita kembangkan perniagaan kita sebesar-besarnya dan latih pelapis. Dan umur 60 ke atas, adalah masa untuk kita bermain dengan anak-cucu kita.

Masa ini, kita sepatutnya sudah 'financially retired' (pencen).
Jika boleh awalkan sikit perancangan ini, itu adalah terbaik.

Dalam semua perancangan ini, ada satu perkara yang teramat-amat penting. Kita perlu cari seorang isteri yang dapat bantu dan sokong kita (paling afdal ketika kita mulakan perniagaan). Untuk menjayakan rancangan ini, kita perlu ada seorang isteri prihatin yang memahami kita. Bukan jenis yang hari-hari gaduh atau jenis yang suka main kayu 3.

Jenis-jenis isteri ini hanya akan gagalkan perancangan kita sahaja. Tanyalah orang-orang yang berjaya, nescaya belakang mereka ada seorang isteri yang hebat. Beginilah sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi dengan anda yang ingin ceburi alam perniagaan.

Bagi yang dah dekat expired macam aku, latihlah anak-anak kita agar JANGAN jadi seorang 'pekerja sokmo hidup' yang mengharapkan gaji. Latihlah anak-anak kita jadilah seorang tokey yang memberi gaji. Dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar memberi kita kekuatan untuk menghadapi segala masalah dan ujian.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusah anda...


Wallahu'alam


Pelaburan di Pasaran Saham



Masa-masa susah ini, ramai yang ingin menceburi pasaran saham. Ini adalah pendapat saya mengenai pelaburan di pasaran saham...

Setiap pelaburan ada risiko. Oleh itu, saya tidak menasihati untuk melabur ke dalam pelaburan saham kecuali anda mempunyai keyakinan 75% ke atas saham itu akan naik (untung).

Ini adalah kerana setiap pelaburan yang mempunyai kadar kebarangkalian 50% untung - 50% rugi itu sebenarnya tidak ada perbezaan dengan perjudian (pertaruhan nasib).

Bagi saya, setiap pelaburan yang mempunyai kadar kebarangkalian 50% untung - 50% rugi itu tiada beza dengan orang yang pergi ke Casino untuk berjudi sebab di sana pun anda mempunyai kadar 50% untuk menang dan 50% kalah.

Maksud pelaburan adalah membeli asset yang boleh menjana income. Adalah terbaik jika kita melabur kat sesuatu yang mempunyai kadar kebarangkalian 100% untung seperti melabur kat benda-benda keperluan harian manusia (electric, air, beras, tol, LRT/MRT dll).

Tetapi pelaburan jenis ini biasanya telah di monopoli oleh puak tertentu...

Oleh itu, kita hanya boleh melabur kat jenis pelaburan yang kedua baik, iaitu melabur kat pelaburan yang mempunyai kadar kebarangkalian bawah 100% untung sehingga 75% untung (limit bagi saya) seperti rumah, logam (emas) koleksi antik, perniagaan dll.

Walaupun benda-benda ini masih mempunyai risiko rugi, tetapi kadar kerugiannya adalah rendah...

Jika kita buta-buta melabur kat pasaran saham, dan tunggu nasib untung dan rugi, itu bukanlah pelaburan tetapi ialah pertaruhan nasib. Biasanya, pakar pelabur saham ada 'insider information' sebelum mereka melabur (kadar kebarangkalian melebihi 50% untung).

Jika kita yang hanya bergantung pada nasib sahaja, baik jangan melabur kat pasaran saham laa. Harap ini dapat membantu mereka yang ingin menceburi pasaran saham...


Wallahu'alam



Monday, June 1, 2020

Perjalanan saya selepas memeluk agama Islam



Ilmu pengetahuan saya tentang Islam adalah kosong ketika saya memeluk agama Islam. Apa yang saya tahu hanyalah kehidupan seorang Muslim yang telah dipamerkan kepada saya oleh sahabat-sahabat Muslim ku.

Saya diberi peluang untuk belajar di kelas-kelas fardhu ain yang disediakan untuk muallaf. Di sana saya belajar Iqra, cara-cara membaca Quran, fardhu ain, dan lain-lain.

Salah satu daripada kelemahan kelas fardhu ain muallaf ini adalah setiap kali ada muallaf baru sertai kita, ustaz akan ulangi pengajian dari permulaan yang telah diajar kepada kita. Setelah 3 tahun mengaji disana, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di lain tempat.

Saya telah diberi peluang untuk sertai satu kursus pendek oleh Masjid Samadiah, Port Klang yang dikendali di Masjid As-Saadah, Bandar Sultan Sulaiman. Di sini saya telah berjumpa dengan Brother Lim Jooi Soon. Ilmu perbandingan agama yang diajar oleh Brother Lim amat menarik hati saya.

Selepas kursus pendek itu, Brother Lim telah menawarkan kepada saya pengajian perbandingan agama di IDT Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dengan itu, saya bersama keluarga saya akan ulang-alik dari Port Klang ke Wangsa Maju 2-3 kali seminggu.

Apa yang menakjubkan saya di IDT Centre adalah ilmu perbandingan agama yang diajar oleh Brother Lim adalah di luar pengetahuan saya walaupun saya beragama Buddha yang berasal dari keluarga yang beragama Kristian. Kita telah diberi peluang untuk belajar dan memahami agama-agama lain yang ada di Malaysia.

Bukan itu sahaja, kita juga telah diberi peluang untuk menziarahi pusat-pusat agama lain di Melaka. Brother Lim membawa kita pergi ke Buddhist Centre, Tokong, Gereja, Gudwara dan sebagainya untuk membuat perbandingan dengan agama lain. Di sinilah saya mula tersedar betapa indahnya agama Islam dan betapa pentingnya ilmu perbandingan agama.

Selain itu, brother Lim juga telah mengajar kita asas-asas dakwah dan cara-cara untuk membimbing muallaf baru. Syukur alhamdulillah, dengan ilmu-ilmu yang diajar oleh Brother Lim, saya telah berjaya mengislamkan beberapa orang (hidayah milik Allah SWT, saya hanya menyampaikan sahaja). Malah, saya diberi peluang untuk mengajar muallaf baru melafaz 2 kalimah syahadah.

Brother Lim juga telah menjemput Sheikh Nurudeen Lemu untuk berceramah di IDT Centre. Ketika inilah saya diperkenalkan dengan ilmu usul-al-fiqh dan maqasid syariah. Inilah kali pertama saya diajar mazhab-mazhab yang ada dalam Islam. Kita juga diberi buku Syariah Intelligence yang dikarang oleh Sheikh Nurudeen Lemu.

Brother Lim telah beri kita banyak buku-buku pengajian Islam seperti Malik and Medina by Umar F. Abdullah, Reasoning with God by Khaled Abou El Fadl, Misquoting Muhammad by Jonathan AC Brown, Buku Usul al-Fiqh dan Ulum al-Quran oleh Dr Ab. Latif Muda, Buku Kaedah Usul al-Fiqh oleh Dr Abdul Karim Zaidan dan lain-lain.

Selain itu, saya juga mendapat tajaan dari Brother Lim untuk melanjutkan Diploma Pengajian Islam yang dikendalikan oleh Akademi IQS dan IDT Centre. Dalam Kursus Diploma ini, kita diajar...

1. Ulum al-Quran oleh Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin,
2. Usul al-Fiqh oleh Ustaz Mohd Khairil Anwar dan Ustaz Mustafar Mohd Suki
3. Ulum al-Hadis oleh Ustaz Abdul Razak Muthalib,
4. Pengajian Ilmu Aqidah oleh Ustaz Abu Mubarak
5. Pengajian Sirah oleh Ustaz Ezry Fahmi Eddy Yusof

Berpandukan ilmu-ilmu yang diajar oleh Brother Lim, Sheikh Nurudeen Lemu, ustaz-ustaz IQS dan buku-buku yang diberi itu, saya telah bermula menulis di Sosmed untuk manfaat bersama-sama dengan anda semua. Inilah cara saya berterima kasih kepada Islam dan juga guru-guru saya.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Brother Lim Jooi Soon dan semua guru-guru saya kerana telah membimbing saya menjadi seorang Muslim yang betul-betul cintakan Islam.

Saya juga mendoakan mereka semua agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT, Aamin...

❤️