Pengajian Sirah Nabawiyyah oleh Ustaz Ezry Fahmi Eddy Yusof - 19/5/2017
- Wahyu pertama diturunkan
- Berdakwah secara persendirian
- Berdakwah secara terangan
- Kaum muslimin hijrah ke Habsyah (Ethopia)
- Diboikot oleh Quraisy di Mekah
- Kematian isteri baginda, Khadijah
- Kematian pakcik baginda, Abu Talib
- Berdakwah di Taif
- Peristiwa Isra’ dan Mikraj
- Sekumpulan kaum muslimin hijrah ke Yathrib
- Perjanjian Aqabah Pertama
- Perjanjian Aqabah Kedua
- Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah
B) Ringkasan kisah penurunan wahyu (Rekod Hadis dalam Sahih Bukhari NO. 3392, 4953, 4955, 4956, 4957, 6982)
1) Aisyah bercerita bahawa permulaan sebelum Nabi menerima wahyu ialah baginda mengalami mimpi yang berupa mimpi-mimpi benar yang terang seperti sinaran falak subuh. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 4955, 4956, 6982)
2) Setelah itu, Nabi merasa suka untuk bersendiri di Gua Hira’. Dia diberi bekal oleh Khadijah. Apabila bekalan telah habis, Nabi akan pulang ke rumah untuk mengambil bekal lain kemudian kembali semula ke Gua Hira’. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 6982)
3) Di Gua Hira’ Nabi bertemu seorang malaikat yang menyuruh baginda membaca selama 3 kali. Dalam keadaan itu Nabi berkata “Aku tidak tahu membaca.” Kemudian diturunkan ayat 1-5 surah Al-`Alaq. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 4955, 4956, 6982)
4) Rasulullah berasa gementar lalu pulang kepada Khadijah. (Sahih al-Bukhari no. 3392, 4953, 6982). Dia berkata: Selimutkanlah aku. Maka khadijah menyelimutkan Nabi. Setelah kegelisahan Nabi reda, maka baginda berkata kepada Khadijah, “Apa sudah jadi pada diriku? Lalu khadijah mengiktiraf Nabi dengan kebaikan yang terkenal pada diri baginda. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 4957, 6982)
5) Khadijah membawa Nabi bertemu Waraqah bin Naufal yang merupakan seorang tokoh ilmuan beragama Nasrani. Apabila Nabi bercerita tentang peristiwa dia bertemu malaikat, maka Waraqah berkata: Dia ialah An-Namus yang datang kepada Musa. Sekiranya Waraqah masih hidup, dia akan bersama membela Nabi ketika kaumnya menghalau Nabi. (Sahih al-Bukhari no. 3392, 4953, 6982)
6) Setelah bertemu Waraqah, Wahyu terhenti beberapa ketika dan nabi menjadi sedih. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 6982)
C) Wahyu pertama diturunkan
As-Saabiquun al-Awwalluun (orang-orang yang paling dahulu dan pertama masuk Islam)
1) Isteri Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam, Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid,
2) Maula (budak) beliau, Zaid bin Haritsah bin Syarahil al-Kalbi,
Sepupu beliau; ‘Ali bin Abi Thalib – yang ketika itu masih anak-anak dan hidup dibawah tanggungan beliau – serta Sahabat paling dekat beliau, Abu Bakr ash-Shiddiq.
3) Abu Bakr menyebabkan mereka yang lain masuk Islam:
a) ‘Utsman bin ‘Affan al-Umawi,
b) az-Zubair bin al-‘Awam al-Asadi,
c) ‘Abdurrahman bin ‘Auf,
d) Sa’d bin Abi Waqqash az-Zuhriyan
e) Thalhah bin ‘Ubaidillah at-Timi.
4) Bilal bin Rabah al-Habasyi, Khabbab bin al-Arts, ‘Abdullah bin Mas’ud al-Hazaly serta banyak lagi selain mereka.
5) Abu Salamah bin ‘Abdul Asad, al-Arqam bin Abil Arqam (keduanya berasal dari Banu Makhzum)
D) Berdakwah secara persendirian
a) Ibn Ishaq: “Beberapa orang lelaki dan wanita berturut-turut masuk Islam sehingga tersebarlah berita Islam di Mekah dan menjadi bualan orang”
b) Walaupun diketahui atau dimaklumi bahawa Nabi SAW berdakwah, secara persendirian, tetapi tiada penyeksaan, penganiayaan, penindasan daripada kaum Quraisy.
c) Quraisy menyangkakan bahawa Nabi ini sekadar pengakaji agama dan berbicara tentang ketuhanan spt. : Umayyah Bin Abi Salt, Qiss bin Saadah, Amru Bin Nufayl
d) Dakwah pada fasa ini tidak mengganggu kehidupan dan urusan sedia ada di Mekah (ekonomi, sosial dan politik)
e) Hikmah dakwah secara persendirian:
- Tiada seksaan dan tentangan;
- Masa untuk semua belajar dan memantapkan iman;
- Menguatkan ukhwah;
- Kesemua mereka yang awal menerima Islam akhirnya menjadi tokoh ternama daripada sumbangan mereka.
E) 5 Fasa dakwah NABI SAW
a) 3 tahun pertama
b) Ketika dalam permulaan, keadaan yang terlalu lemah, tiada kuasa dan boleh dianiaya jika secara terbuka jika terbongkar.
2. Dakwah secara terbuka, tanpa sebarang unsur ketenteraan
a) Sebelum peristiwa Hijrah
b) Biarkan masyarakat jahiliyah, berpaling pada mereka, tiada konfrontasi secara fizikal (pembunuhan tidak balas).
3. Dakwah secara terbuka kepada kumpulan tertentu berserta kemampuan ketenteraan
a) 6 tahun selepas hijrah, hanya melawan pihak Quraisy di Mekah yang menentang.
4. Dakwah secara terbuka dengan ‘izzah dengan kemampuan ketenteraan
a) Selepas memeterai perjanjian Hudaibiyah hinggalah Fath Makkah.
5. Dakwah secara terbuka dan berkonfrontasi dengan negara yang menentang
a) Selepas kewafatan Nabi. Contoh: Nabi utuskan Usamah Bin Zaid ke Rom, pada zaman para sahabat juga, hingga berjaya menakluki sebahagian besar dunia.
F) Berdakwah secara terangan
"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat." (Asy-Syu'araa' 26:214)
a) Perintah mengisytihar secara terbuka, menghadapi kebatilan kaum Quraisy,menyerang berhala-berhala sembahan mereka.
b) Perjumpaan Nabi SAW bersama kaum kerabat daripada Bani al-Muttalib
c) Berdakwah di atas bukit Safa – kemuncak penyampaian risalah Islam
"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu." (Al-Hijr 15:94)
G) Perbincangan menghalang Jemaah haji mendengar dakwah
b) Tuduhan terhadap Nabi SAW:
i) Bomoh/pawang
- gaya dan bahasa
- gaya dan bahasa
ii) Gila
- semua tahu bagaimana penyakit gila, seperti dirasuk, kecelaruan fikiran, tidak tentu arah
- semua tahu bagaimana penyakit gila, seperti dirasuk, kecelaruan fikiran, tidak tentu arah
iii) Penyair
- syair dalam semua seginya, bahasa syair
iv) Ahli sihir
- meniup atau menyimpul tali sihir
c) Kata-kata memukau yang dapat mencerai beraikan hubungan kekeluargaan (al-Muddaththir 74:18-25)
d) Abu Lahab mengikut belakang Rasulullah SAW ketika sedang berdakwah sambil berkata “Jangan ikut cakapnya, dia ini orang yang keluar agama dan pembohong”
H) Cara Nabi Merawat Salah Faham Dan Persepsi Negatif
H) Cara Nabi Merawat Salah Faham Dan Persepsi Negatif
b) Apabila berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menyatakan hasratnya untuk merawat, Rasulullah SAW tidak terus menolak pelawaannya untuk merawat, dalam erti kata lain Rasulullah SAW tidak pula menafikan dakwaan dan memburukkan orang-orang yang menyebarkan berita rekaan tentang dirinya mahupun agama yang dibawanya.
c) Apa yang Rasulullah SAW lakukan ialah membalas dengan ucapan puji-pujian pada Allah (apa yang digelar sebagai “Khutbah al-Hajah” atau ucapan pembuka). Hasilnya, Dimad al-Azdi terpegun dengan ucapan Rasulullah SAW dan menyuruh mengulangi hingga tiga kali, sebelum beliau terus menerima Islam, dan katanya:
d) “Saya telah mendengar ucapan para dukun, para penyihir dan para penyair. Namun saya belum pernah mendengar kata-kata engkau tersebut. Sungguh, kata-kata itu telah sampai ke dasar lautan (kerana terkandung makna yang mendalam)”. (Hadis Sahih Muslim no.868)
~ Kelas Tamat ~
Additional feature: Mind Maps by Kak Siti - Google Drive
No comments:
Post a Comment