Search This Blog

Thursday, June 8, 2017

Kursus Pemantapan Akidah Julai 2017









Objektif utama kursus pemantapan akidah ialah untuk memberi pendedahan tentang ajaran Islam yang sebenar dan memahami tuntutan sebagai hamba Allah SWT. Disamping itu memberi penekanan tentang ancaman-ancaman akidah Islamiah dan implikasinya dalam kehidupan muslim masa kini.

Islam ialah agama yang mudah yang tidak membebankan umatnya dengan perkara-perkara yang sukar. Oleh itu, jika ilmu Islam dapat dipermudahkan sehingga senang difahami oleh semua lapisan masyarakat, maka tujuan dan matlamat dakwah dan islah akan tercapai.

Kursus ini juga akan memberi pengenalan terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah, Ajaran Sesat dan Cabaran Masa Kini, Ajaran Syiah dan fahaman tentang agama-agama tempatan selain dari Islam (Ilmu Perbandingan Agama). Kursus ini juga akan bahas tentang kesahihan al Quran dan kaedah menjawab salah tanggapan dalam Islam (misconceptions).

Sertailah Kursus Pemantapan Akidah di Idt Centre yang akan dikendalikan oleh Bro Lim Jooi Soon, Bro Amin Yaccob dan Bro Helmi Afizal Zainal.

Tarikh: 22 - 23 Julai 2017
Waktu: 8.30 pagi - 5.30 petang

Lokasi: Idt Centre
Tingkat 2, No. 14, Jalan 3/27F,
Desa Setapak, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Yuran: RM 100 Shj (termasuk breakfast, lunch dan tea)
- Pelajar Rm 50 Shj
Bank in: CIMB Bank / Acc No: 8006-8979-84
Interactive Dakwah Training & Enterprise

Hubungi:
Azrol Azmir Long 013-455 4318

No comments:

Post a Comment