16/5/2017
Pengajian Fiqh oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki (tukar dengan Ustaz Khairil Anwar)
1) Takrif al-Syariah adalah bersifat umum dan lebih tertumpu pada akidah, ibadah dan akhlak. Syariah juga dikenali sebagai ad-deen (dipatuhi dan mengabdikan diri kepada Allah) atau al-Millah (memenuhi segala keperluan manusia) yang berdasarkan al Quran dan Sunnah (wahyu Matlu dan Ghair Matlu iaitu wahyu yang dibaca dan wahyu sunnah).
2) Takrif feqah pula bersifat khusus dari amalan akidah, ibadah dan akhlak seperti Fiqh Ibadah, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat, Fiqh Jinayat dll.
3) Wahyu Matlu adalah wahyu yang dibaca iaitu al Quran dan wahyu Ghair Matlu ialah sunnah Nabi SAW.
4) Rabbaniyyah: hukum dan peraturan dtg dari Allah SWT.
- Bebas dari sebarang kezaliman, kelemahan dan hawa nafsu.
- Mempunyai kehebatan kepada pemerintah dan yang diperintah.
5) Balasan yang ada dalam syariah adalah balasan duniawi dan ukhrawi. Orang yg telah dibalas di dunia ini akan terlepas dari hukuman akhirat.
6) Syariah Islam bersifat Alamiyyah dan Umumiyyah (universal and general). Ia dibina diatas membawa kebaikan dan menolak kerosakan.
7) Hukum syariah bersifat syumul (universal) dan kekal sehingga akhirat. Hukum feqah bersifat al-amaliyyah (diamalkan) dan at-tafshiliyyah (bersifat terperinci) serta ia bertukar-tukar bergantung pada masa, situasi dan uruf.
Sejarah pembinaan hukum Islam terbahagi kpd 6 peringkat:
a) Zaman Nabi SAW
- Bermula sejak diutusnya Muhammad sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda (11 H/632 M). Ia juga disebut zaman risalah.
- Zaman Fiqh yg paling penting
- Fiqh wahyu sahaja
Pembentukan undang-undang Islam zaman Nabi SAW dibahagi kepada dua peringkat;
Peringkat pertama: Pembinaan hukum di Mekah (13 tahun)
- lebih fokus kpd akidah dan akhlak (moral masyarakat, keimanan kpd Allah, Malaikat, Rasul dll)
- Hukum hakam amali sangat sedikit
- Hukum Islam diturunkan untuk semua manusia (bukan hanya kpd orang Islam sahaja)
Peringkat kedua: Pembinaan Hukum di Madinah (10tahun)
- Hijrah sahabat ra.
- Nabi SAW jadi ketua Negara Islam
- Umat Islam memerlukan kpd perundangan Islam/Fiqh.
- 10 tahun di Madinah Nabi SAW mengajar semua syariat hukum-hakam ibadah dan muamalat. Dari perkara ibadah spt solat, wuduk, pergi Haji, puasa, kebersihan diri sehingga ke urusan perniagaan dan urusan kehidupan harian.
b) Zaman Khulafa al-Rasyidin
- Bermula sejak wafatnya Nabi Muhammad SAW sehingga Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam (41 H/661 M)
- Islam semakin tersebar dan masalah semakin banyak.
- Al-Quran dan al-Sunnah tidak memperincikan ke atas semua perkara.
- Sahabat akan berijtihad berdasarkan prinsip syariah dan disamping maqasid syariah
- Dengan ijtihad munculnya ijma - maksud ijma ialah perkara agama, kesepakatan, ulama mujtahidin, selepas wafat Nabi SAW,
- Ijtihad dizaman sahabat berbentuk ijtihad berbentuk jamaie (kumpulan) dan fardhi (perseorangan).
Zaman khalifah Abu bakar dan Umar lebih kpd ijtimaie (kumpulan - panggil semua sahabat dan bincang).
Ijtihad Sahabat
- Ijtihad sahabat di zaman Nabi SAW seperti:
a) Solat Asar di Quraizhah
b) Sahabat bertayamun
- Ijtihad sahabat selepas zaman Nabi SAW:
a) Harta waris/pusaka nenek dapat 1/6 berdasarkan ijtihad Abu Bakar
b) Zakat muallaf tidak diberi di zaman Umar serta tidak memotong tangan pencuri.
c) Uthman berkenaan tempat tinggal wanita yang meninggal suaminya.
d) Ada juga ijtihad yang tersalah oleh sahabat seperti ijtihad Abu Musa al-Asyaari dan ijtihad sahabat berkenaan sahabat lain yang tercedera wajib mandi junub. Ibn Abbas berkenaan tempoh iddah jika berlaku dua keadaan.
- Sebab berlaku perbezaan pandangan dikalangan sahabat
a) Berbeza dalam memahami ayat al-Quran seperti perkara thalathata quru dalam suran al-baqarah ayat 228
b) Hadith tidak sampai kepada mereka
c) Berbeza kaedah ijtihad seperti ijtihad sahabat berkenaan lelaki yang mengahwini wanita dalam tempoh iddah.

c) Zaman Awal Pertumbuhan
- Selepas zaman klulafa' al-Rasyidin.
d) Zaman Keemasan
- Selepas zaman kedua hjrah sehingga pertengahan keempat hijrah.
e) Zaman Tahrir, Takhrij dan Tarjih
- Kurun keempat Hijrah sehingga kejatuhan Baghdad pada 656H.
f) Zaman Kemunduran
- Masa kejatuhan Baghdad sehingga sekarang.
2) Bagaimana pembinaan hukum Islam sebelum zaman Nabi SAW? Hukum Islam
telahpun wujud sebelum Nabi SAW tetapi ia hanya tertakluk kepada umat mereka sahaja.
4) Sebab berlakunya hukum-hakam syara'
- Berlaku peristiwa dan pertanyaan (contohnya: ayat Quran yg bermula dgn 'Yas alunaka)
- Diturunkan atas rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
- Memelihara kepentingan manusia dan menolak kemudaratannya.
5) Ciri-ciri perundangan Islam/Fiqh
- Tadarruj (beransur-ansur)
- Mengangkat kesulitan
- Nasakh (ada hukum yg diangkat semula)
6) Syariat penukaran kiblat adalah untuk menguji keimanan umat Nabi SAW semasa itu.
~ Kelas Tamat ~
No comments:
Post a Comment