Search This Blog

Friday, September 22, 2017

Every worldly action is permissible until proven that it is prohibited




Imam al-Bukhari narrates that Omar was once asked: ‘Why do we still jog around the Kaaba with our shoulders uncovered even after Islam had prevailed in Mecca?

The story behind the question is that after the ‘conquest of Mecca,’ the people of Mecca claimed the Prophet and his companions had lost their health during their prolonged stay in Medina.

Therefore, the Prophet ordered the companions to jog around the Kaaba with their shoulders uncovered in a show of strength. However, Omar did not take a purpose-oriented approach to this question. He answered: ‘We do not cease doing anything we used to do at the Prophet’s time. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab al-Raml)

Thus, Omar made a distinction between ‘acts of worship’ (ibadat) and ‘transactions’ (muamalat). Ibadat is the act of ritual worship such as prayer or fasting while muamalat is the act of human to human interaction in worldly affairs.

Imam al-Shatibi expressed this distinction when he wrote: ‘Literal compliance is the default methodology in the area of acts of worship (ibadat), while the consideration of purposes is the default methodology in the area of worldly dealings (muamalat). (al-Shatibi, Al-Muwafaqat vol.2, p. 6)

Therefore, the default ruling for matters pertaining to the act of worship is nothing can be established as 'an act of worship', except if there is a clear and authentic text to allow it. By default, every ibadat action is prohibited unless one finds sufficient evidence to prove that it is permissible.

However, as far as worldly activities of people are concerned, nothing may be restricted in this regard except what Allah SWT has restricted. By default, every worldly action is permissible unless one finds sufficient evidence to prove that it is prohibited.

The Quran says:
"It is He who created for you all of that which is on the earth." (QS 2:29)

The Prophet (pbuh) said: “The lawful is that which Allah has made lawful for you, and the prohibited is that which is prohibited in His Book; that concerning which He is silent, He has permitted as a mercy to you.” (Bukhari, Ibn Majah and at-Tirmidhi)

Therefore, permissibility does not requires evidence, prohibition requires evidence. If you say something is haram, please provide proof from the Quran or Sunnah.

If Quran is silent about it, then let's see what the sunnah have to say. But if the sunnah is silent about it too, then stay cool and keep calm because the scholars will have a different opinion (khilaf) about it due to different ijtihad methodology to find a solution to solve the problem.


Wallahu'alam
ref: Maqasid Syariah; an introductory guide by Jasser Auda, 2008
ref: Syariah Intelligence by Sheikh Nurudeen Lemu

Sunday, September 17, 2017

Fiqh - Sejarah Pembinaan Hukum Islam



Sejarah Pembinaan Hukum Islam terbahagi kepada 6
peringkat;


1) Zaman Nabi SAW
2) Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
3) Selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin sehingga zaman kedua
hijrah
4) Selepas zaman kedua hijrah sehingga pertengahan
keempat hijrah
5) Kurun keempat Hijrah sehingga kejatuhan Baghdad pada
656Hijrah
6) Masa kejatuhan Baghdad sehingga sekarang.


A) Peringkat pertama : Zaman Nabi SAW (sehingga wafat)
- Zaman Fiqh yang paling penting
- Fiqh Wahyu Sahaja
- Ia juga disebut zaman risalah.

i) Pembinaan hukum di Mekah (13 tahun)
- Lebih fokus kepada akidah dan akhlak (keimanan
kepada Allah, Malaikat,Rasul dll)
- Hukum-hakam amali sangat sedikit.

ii) Pembinaan Hukum di Madinah (10 tahun)
- Hijrah Sahabat R.Anhum
- Nabi salallahu Alaihi Wasallam Jadi ketua Negara Islam
- Umat Islam Memerlukan kepada Perundangan Islam/Fiqh

iii) Sebab berlakuknya hukum-hakam syara’
- Berlaku peristiwa dan pertanyaan.
- Diturunkan atas rahmat dan kasih saying ALLAH SWT.
- Memelihara kepentingan manusia dan menolak
kemudaratan.

iv) Ciri-ciri Perundangan Islam/Fiqh
- Tadarruj ( beransur-ansur)
- Mengangkat kesulitan
- Nasakh ( ada hukum yang diangkat semula)Ijtihad di zaman

v) Nabi SAW dan Para sahabat R.A
- Kaedah Ijtihad
- Penulisan Sumber perundangan Islam


B) Peringkat ke 2 - Zaman Khulafa al-Rasyidin

i) Islam semakin tersebar dan masalah semakin banyak.
ii) Al-Quran dan al-Sunnah tidak memperincikan keatas semua perkara.
iii) Sahabat akan berijtihad berdasarkan prinsip Syariah dan
disamping maqasid Syariah.
iv) Dengan ijtihad munculnya Ijma


Kaedah sahabat mengenalpasti hukum-hakam syara

i) Ijtihad di zaman sahabat berbentuk ijtihad jamaie dan fardhi.
ii) Zaman Khalifah saidina Abu Bakar dan Saidina Umar lebih
kepada ijtihad jamaie.


Ijtihad Sahabat

i) Ijtihad Sahabat di zaman Nabi SAW juga berlaku seperti
solat Asar di bani Quraizhah, sahabat bertayammum dll.

ii) Ijtihad sahabat selepas zaman Nabi SAW seperti; -

a) Harta waris nenek dapat 1/6 berdasarkan ijtihad Saidina Abu Bakar.

b) Zakat Muallaf tidak diberikan dizaman Umar alkhattab serta tidak memotong tangan pencuri

c) Kisah saidina Uthman berkenaan tempat tinggal wanita yang mati suaminya.

d) Ada juga ijtihad yang tersalah oleh sahabat seperti Ijtihad Abu Musa al-Asyaari dan Ijtihad Sahabat berkenaan sahabat lain yang tercedera wajib mandi junub.

e) Ijtihad Ibn Abbas berkenaan tempoh iddah jika berlaku dua keadaan.


Sebab berlaku perbezaan pandangan di kalangan sahabat

i) Berbeza dalam memahami ayat al-Quran seperti perkata
thalathata quru di dalam surah al-baqarah ayat 228

ii) Hadith tidak sampai kepada mereka

iii) Berbeza kaedah ijtihad seperti ijtihad sahabat berkenaan
lelaki yang mengahwini wanita dalam tempoh iddah.


Peringkat ke 3 pembinaan hukum - Bermula dari akhir zaman khulafa’ (41 Hijrah ) sehingga awal kurun kedua.

1) Keluasan skop dan sebab-sebab perbezaan pendapat

i) Bertebaran fuqaha tabien
ii) Ijma tidak mungkin berlaku
iii) Mempunyai perbezaan suasana budaya,system muamalat dan keadaan sosial.
v) Penduduk setiap Negara menerima ilmu dari fuqaha masing-masing.

2) Tersebar periwayatan hadis dan begitu banyak disebabkan

i) Umur sahabat panjang
ii) Bersahabat dengan nabi lama dan banyak bersama nabi
iii) Munculnya pengumpulan hadis dan penghafaz

3) Kesan berleluasa periwayatan hadis

i) Hukum-hakam fiqh bertambah luas
a. Disebabkan hadis dapat dikumpulkan
b. Muncul masalah baru

ii) Banyak berlaku pemalsuan hadis daripada golongan yang dengki dan benci kepada islam seperti:
a. Pemalsuan hadis akidah
b. Pemalsuan hadis ibadah
c. Pemalsuan hadis akhlak
d. Disebabkan ta’asub dengan pendapat dan pegangan masing-masing
e. Muncul golongan juhala’ kerana mengajak manusia kepada kebaikan dan meinggalkan kemungkaran

iii) Pemalsuan hadith menjadikan fuqaha terpaksa menyaring dari sudut sanad dan matan.
a. Fuqaha Iraq meletakkan syarat yang ketat.
b. Sedikit hadis diterima.

v) Munculnya Ilmu Jarh Ta’dil atau Ilmu Rijal (ilmu tentang kecacatan dan keadilan perawi hadis).

- Ilmu jarh wa al-ta’dil ini dipergunakan untuk menetapkan apakah periwayatan seoraang perawi itu harus diterima atau ditolak. Apabila seorang rawi “dijarh” oleh para ulama ahli sebagai rawi yang cacat, maka periwayatannya harus ditolak. Sebaliknya, bila dipuji maka hadisnya harus diterima selama syarat-syarat yang lain dipenuhi.


4) Madrasah Ahli Ra’yie dan Madrasah Ahli al-hadith

i) Madrasah Ahli Ra’yie Iraq
-berdasarkan illah(rahsia syara)
-Maslahah kepada manusia
-disebab munculnya hadis-hadis palsu

ii) Madrasah Ahli hadis madinah
-menggunakan nas-nas
-kurang ijtihad

iii) Sebab kemunculan kedua aliran
-Terpengaruh dengan guru
-Di madinah sumber mudah diperolehi berbanding Iraq
-Kurang masalah baru di madinah kerana sama dengan apa yang ada di zaman sahabat.
- Belum ada pembukuan khusus.


Peringkat ke 4
a)  Bermula kurun kedua hingga pertengahan kurun ke 4
b)  Fiqh sampai kemuncaknya
c)  Muncul tokoh fuqaha dan mujtahid
d)  Fiqh dibukukan

i) Mujtahid mutlak - mustaqil
- Ini adalah level mujtahid yang paling tinggi. Seorang mujtahid mustaqil memiliki kemampuan untuk menetapkan Qawaid Fikih berdasarkan kesimpulan terhadap perenungan dalil Al Quran dan Sunnah. Selanjutnya, kaedah-kaedah ini digunakan sebagai landasan dalam membangun pendapatnya. Di antara ulama yang telah mencapai derajat mujtahid mustaqil adalah para imam mazhab yang empat:

1) Al-Imam Abu Hanifah (80-150 H)
2) Al-Imam Malik (93-179H)
3) Al-Imam Asy-Syafi’i (150-204 H)
4) Al-Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H)


ii) Mujtahid mutlaq ghair mustaqil
Mereka adalah orang yang telah memenuhi persyaratan dalam berijtihad secara independent, namun mereka belum membangun kaedah sendiri tetapi hanya mengikuti methodology imam mazhab dalam berijtihad. Mereka memiliki kemampuan menetapkan hukum dari beberapa dalil sesuai dengan kaedah yang ditetapkan Imam Mazhab. Contoh Mujtahid mutlaq ghair mustaqil adalah:

a) Mazhab Hanafi – Muhammad, Abu Yusuf, Zufar
b) Mazhab Maliki – ibn Qasim Asyhab
c) Mazhab Syafie – Buwaiti, Za’farani, Muzani
d) Mazhab Hanbali – al-Asthram, al-abu bakar al-marwazi


iii) Mujtahid muqayyad/al-takhrij
Mereka memiliki kemampuan untuk Qiyas dalil-dalil yang disampaikan oleh imam mazhab, untuk menyelesaikan permasalahan baru yang tidak terdapat dalam keterangan2 ulama mazhab. Pendapat hasil ijtihad ulama ini disebut dengan “al wajh”(Ashab Al Wujuh).

Mereka juga mempunyai ilmu takhrij beberapa pendapat dalam mazhab. Kemampuan mereka dalam menguasai prinsip usul al-fiqh dan pengetahuan mereka dalam memahami landasan mazhab telah menjadi bekal bagi mereka untuk menguatkan salah satu pendapat.

Takhrij menurut istilah adalah menunjukkan tempat hadis pada sumber aslinya yang mengeluarkan hadis tersebut dengan sanadnya dan menjelaskan darjatnya ketika diperlukan (Usul Hadis).

Khilaf (perbezaan pendapat) biasa berlaku diantara ulama-ulama Mujtahid muqayyad/al-takhrij sehingga sering dijumpai dalam penjelasan di dalam kitab-kitab fekah. Contoh ulama Mujtahid muqayyad/al-takhrij adalah:

a) Mazhab Hanafi – Hasan bin Zaid, al-Karhi, Tahawi
b) Mazhab Maliki- Abhari, Ibn abi Zaid
c) Mazhab Syafie – Ishaq Syirazi, Marwazi


iv) Mujtahid tarjih
- Mereka adalah mujtahid yang memiliki kemampuan memilih pendapat yang lebih benar dan lebih kuat, ketika terdapat perbezaan pendapat, baik perbezaan diantara pendapat imam2 mazhab atau perbezaan diantara pendapat imam dengan muridnya dalam satu mazhab.
a) Mazhab Hanafi - al-marghinani
b) Mazhab Maliki – Khalil
c) Mazhab Syafie –rafie dan al-nawawi
d) Mazhab Hanbali - al-marwadi


Perkembangan fiqh dan sebabnya

- perhatian khalifah
- luasnya negara islam
- kemunculan para mujtahid
- pembukuan sunnah dan fiqh


Kitab-kitab utama

1) Mazhab Hanafi

a) Al-Mabsut oleh Imam al-Sarakhsi yang meninggal pada tahun 483 H
b) Tuhfah al-Fuqaha’ oleh Abu Bakar as-Samarqandi meninggal pada tahun 540 H
c) Bada’ei as-Sana’ei oleh Imam Kasanie yang meninggal pada tahun 587 H
d) Al-Bidayah Syarh al-Hidayah oleh Ali bin Abi Bakr al-Marghinani meninggal pada tahun 593 H
e) Al-Ikhtiyar li ta’lil al-Mukhtar oleh Abdullah bin Mahmud al-Mawsili meninggal pada tahun 683 H •
f) Waqayatu al-Rawi oleh Imam al-Mahbubi meninggal pada tahun 673 H
g) Al-Kafi oleh Abu Fadl al-Marwazi
h) Majma’ al-Bahrain oleh Imam al-Sa’ati meninggal pada tahun 694 H
i) Tabyin al-Haqa’iq oleh Uthman bin Ali Az-Zailai’ie meninggal pada tahun 743 H
j) Fathul Qadir oleh Imam Kamal bin Humam yang meninggal pada tahun 861 H
k) Multaqa al-Abhar oleh Imam al-Halabi meninggal pada tahun 956 H• Al-Bahr al-Ra’iq oleh Imam Ibnu Nujaim meninggal pada tahun 970 H
l) Radd al-Muhtar ‘ala ad-Durr al-Mukhtar oleh al-Allamah Muhd Amin Ibn ‘Abidin meninggal pada tahun 1252 H
m) Al-Lubab - Syarh Kitab oleh Imam al-Maidani 1289 H


2) Mazhab Maliki

a) Al-Mudawwanah al-Kubra oleh Imam Malik bin Anas yang meninggal pada tahun 179 H (dikatakan oleh ahli ilmu bahawa kitab ini disusun oleh anak murid Imam Malik).
b) Al-Nawadir wa al-Ziyadat oleh Imam Abi Zaid al-Qairuwani meninggal pada tahun 385 H
c) Al-Istizkar oleh Imam Ibnu Abdil Barr meninggal pada tahun 463 H
d) Al-Tamhid oleh Imam Ibnu Abdil Barr 463 H
e) Al-Muntaqa oleh Imam Albaji meninggal pada tahun 474 H
f) Al-Masalik _ Syarh Muwatta Malik oleh Imam Ibnu Arabi meninggal pada tahun 543 H
g) Az-Zakhirah oleh Imam Ahmad bin Idris al-Qara_ yang meninggal pada tahun 684 H
h) At-Taj wal Iklil li Mukhtasar Khalil oleh Abu Abdullah Muhd bin Yusof al-Mawaq 897 H
i) Mawahib al-Jalil Syarh Muhktasar Khalil oleh Muhd bin Muhd al-Hattab 953 H
j) Manh al-Jalil Syarh Muhktasar Khalil oleh Abu ‘Abdullah Ahmad ‘Illisyh 1299 H
k) Hasyiah ad-Dusuqi oleh Imam ad-Dusuki yang meninggal pada tahun 1230 H
l) Aqrab al-Masalik oleh Imam al-Dardir 1204 H
m) Irsyad al-Salik ila Asraf al-Masalik oleh Ibnu Askir al-Baghdadi
n) Majmu’ oleh al-Amir Muhammad Abdul Qadir


3) Mazhab Syafi'e

a) Al-Umm oleh Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'e yang meninggal pada tahun 204 H (kitab ini juga diringkas oleh Imam al-Muzani yang meninggal pada tahun 264 H) ditahqiq oleh Syeikh Dr. Rifa’at Fauzi Abdul Mutallib
b) Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar al-Muzani oleh al-Imam al-Qadhi Muhd bin Habib alMawardi meninggal pada tahun 450 H
c) Al-Muhazzab oleh Imam Ishak Ibrahim bin ‘Ali al-Syirazi meninggal 476 H ditahqiq dan syarah oleh Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili
d) At-Tanbih, Imam Ishak Ibrahim bin ‘Ali al-Syirazi meninggal
pada tahun 476 H.
e) Nihayatul Matlab _ Dirayati Mazhab, Imam al-Juwaini
meninggal pada tahun 478 H ditahqiq oleh Syeikh Dr. Abdul Azim Mahmud Dib
f) Fathu al-Aziz oleh Imam Abdul Karim bin Muhammad ar-Rafiee yang meninggal pada tahun 505 H.
g) Al-Wajiz, al-Basit dan al-Wasit, Imam al-Ghazali
h) Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab oleh Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi yang meninggal pada tahun 676 H (kitab ini merupakan syarah kepada kitab al-Muhazzab oleh Imam Syirazi meninggal pada tahun 476 H dan dikatakan oleh ahli ilmu bahawa kitab ini hanya siap dikarang cuma
sampai kepada bab Riba sahaja. Disambung oleh Imam al-Subki sehingga bab Jual Beli dan disempurnakan syarahnya oleh Syeikh Dr. Muhamad Najib al-Muti’i)
i) Syarah kepada kitab al-Minhaj oleh Imam an-Nawawi yang terkenal. Antaranya ialah - Tuhfatul Mughtaj oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami yang meninggal pada tahun 974 H.
j) Mughni Mughtaj oleh Imam Muhammad bin Ahmad al-Syarbini yang meninggal pada tahun 977 H.
k) Nihayatul Mughtaj oleh Imam Muhammad bin Ahmad ar-Ramli yang meninggal pada tahun 1004 H.
l) Mughni Muhtaj oleh Imam Khatib al-Syarbini


4) Mazhab Hambali

a) Al-Furu’, Muhd bin Mufleh, Ibn Mufleh meninggal pada tahun 623 H
b) Al-Muharraar - Fiqh ‘ala mazhab al-Imam Ahmad, Abu al- Barakat al-Majd Abd al-Salam B.
Abdullah Ibn Taimiyah al-Harrani meninggal pada tahun 652 H
c) Majmu’ al-Fatawa, Abu al-Abbas Taqiyuddin Ibn Taimiyah al-Harrani meninggal pada tahun 728 H
d) Al-Insaf oleh Imam Ali bin Sulaiman al-Mardawi meninggal pada tahun 885 H
e) Zad al-Mustaqni oleh Imam al-Hajawi
f) Al-Raud al-Murabba’ oleh Imam al-Bahuti meninggal pada tahun 1051 H
g) Kassyaf al-Qinaa’ ‘an Matn al-Iqna’, Mansur bin Yunus al-Bahuti meninggal pada tahun 1051 H


5) Mazhab al-Zahiri

a) Al-Muhalla oleh Imam Ali bin Muhammad bin Hazam al-Andulusi meninggal pada tahun 456 H (tahqiq Syeikh Ahmad Muhammad Syakir)


Wallahu'alam






Tuesday, September 12, 2017

Assignment Ulum al-Quran




Ulum al-Quran adalah ilmu-ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi penurunannya, pengumpulannya, pentafsirannya, ijaznya, nasikh & mansukhnya dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Al-Quran juga mempunyai berbagai nama lain seperti Al-Furqan, Al-Kitab, AL-Zikr, al-Tanzil dan lain-lain.

Sebelum ketibaan Islam, masyarakat Arab jahilia ketika itu rosak dan penuh dengan kemaksiatan. Nabi SAW memperjuangkan kejahilan itu dengan fitrah. Diantara amalan jahilia masyarakat Arab ketika itu adalah seperti pembunuhan anak perempuan, penindasan atas golongan tua dan wanita, kepercayaan khurafat, tathayyur, syirik dan lain-lain. Ketibaan Islam melalui Wahyu Allah SWT yang digelar al-Quran adalah untuk menghapuskan amalan-amalan jahilia ini.

Wahyu telah diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat Jibrail kepada Nabi SAW secara bersambungan dan berperingkat-peringkat sehinggalah wafatnya Nabi SAW. Dikhabarkan bahwa, ketika Nabi SAW menerima Wahyu di atas unta yang tegap dan kuat pun akan terduduk kerana bebanan wahyu. Sebarang masalah yang timbul pada waktu ini dalam memahami sesuatu ayat, para sahabat boleh bertemu terus dengan Rasulullah SAW.

Sejarah pembukuan Al-Quran bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi hasil dari proses pengajian yang berlaku antara beliau dengan sahabat. Setelah kewafatan Rasulullah SAW dan disebabkan ramai hafiz dari kalangan para sahabat telah syahid dalam peperangan Riddah, Khalifah Abu Bakar al Siddiq telah mengumpul semua catatan al Quran di zaman pemerintahannya.

Oleh kerana terdapat perbezaan lahjah dan sebutan dalam pembacaan Al-Quran, Kalifah Usman bin Affan telah menyatukan al-Quran kepada satu mushaf yang dikenali sebagai Mushaf Usmani pada zaman pemerintahannya. Di zaman Umawiyah pula, penandaan titik dan baris huruf Al-Quran telah ditambahkan oleh Hajaj Yusof As-Thaqafi.

Perkembangan bidang-bidang Ulum Al-Quran seperti Ilmu Tafsir Bir-Rakyi, Asbab An-Nuzul, Al-Makki Wal-madani, Ikjaz Al-quran terus berlaku sehingga ke zaman Abasiyah (Tabi’ Tabi’en). Dalam bidang Ulum al-Quran, Fadha’il al-Qur’an atau fadilat dan kelebihan al-Qur’an telah menjadi satu ilmu yang tersendiri dan beberapa ulama telah mengarang kitab dalam bidang ini. Antara ulama yang terkenal ialah Imam Ibn Kathir dan Imam ar Razi. Begitu juga dengan ilmu al-Qasas (kisah-kisah para nabi dan umat-umat terdahulu), ilmu qiraat dan ilmu tajwid yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Diantara faedah-faedah mempelajari Ulum al-Quran adalah agar dapat memahami al-Quran dengan betul dan mengeluarkan hukum, dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al- Quran, dapat meneguhkan keimanan terhadap keagungan al-Quran, dapat mengamal dan menghayati al-Quran serta dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran, dapat mengetahui ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab Nuzul dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Al-Quran juga merupakan suatu mukjizat (ijaz) dari segi ilmu pengetahuan, gaya bahasanya dan sejarah serta ramalan kehidupan manusia yang menakjubkan. Isi kandungan al-Quran adalah terpelihara dari pemalsuan dan bebas dari kesalahan-kesalahan. Al-Quran adalah pedoman yang lengkap bagi manusia. Hanya dengan Ulum al-Quran atau ilmu-ilmu al-Quran yang benar dan betul sajalah yang dapat membimbing umat Islam mengharungi kehidupannya agar mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.


Wallahu'alam

Thursday, September 7, 2017

Perbezaan diantara Nabi dan Rasul



Sebahagian ulama berpendapat bahwa nabi dan rasul adalah sama, tidak ada perbezaan di antara keduanya dari sisi makna, tetapi pendapat ini tidak diperkuat dengan dalil. Oleh itu, jumhur ulama berpendapat bahwa watak dan tugasan seorang nabi dan rasul adalah berbeza berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang RASUL pun dan tidak (pula) seorang NABI, melainkan apabila ia berkata-kata, syaitan mencampakkan kesalahfahaman terhadap perkataan itu, Allah mencatat apa yang dicampakkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Hajj: ayat 52)

Jelas, dari ayat di atas Rasul dan Nabi adalah dua watak yang berbeza. Jumhur ulama berpendapat bahawa rasul adalah lebih khusus dari nabi dan mereka juga berpendapat bahawa semua rasul adalah nabi dan bukan sebaliknya. Ibnu Taimiyah berkata;

“Semua rasul adalah nabi, namun tidak semua nabi adalah rasul.” (lihat Majmu’ Fatawa 10/ 209 dan 18/7). Al-Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya berkata bahwa al-Mahdawi menyatakan, “Inilah yang benar, seluruh rasul adalah nabi, namun tidak setiap nabi itu rasul.” (Tafsir al-Qurthubi 12/80)

Namun, ulama berbeza-beza pandangan tentang apakah bentuk perbezaan diantara dua istilah ini kepada beberapa pendapat berikut;

1) Rasul adalah seorang lelaki yang diberikan wahyu dan diwajibkan untuk menyampaikannya. Manakala nabi adalah seorang lelaki yang diberikan wahyu, namun tidak diwajibkan untuk menyampaikannya. Walau bagaimanapun, pendapat ini tidak kuat kerana;

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat. Di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang berserah diri kepada Allah.” (al-Maidah: ayat 44)

Ayat ini menunjukkan bahwa para nabi bani Israil setelah Nabi Musa as berhukum dengan Taurat dan menyeru manusia agar berpegang dengan syariat Taurat.

2) Rasul adalah seorang lelaki yang yang diberikan wahyu dan membawa suatu syariat baru, manakala nabi adalah seorang lelaki yang diberikan wahyu, namun tidak membawa syariat yang baru, malah meneruskan syariat rasul sebelumnya.

Pendapat ini juga mendapat kritikan kerana Nabi Adam as telah membawa syariat baru (syariat bernikah antara adik beradik lelaki dengan adik beradik perempuan) tetapi beliau bukanlah seorang Rasul kerana Nabi SAW pernah bersabda dalam sebuah hadits (hadits syafaat) bahwa Nabi Adam as adalah Nabi Pertama, manakala Nabi Nuh adalah Rasul yang pertama.

"Dan Nabi Adam berkata kepada manusia ketika mereka meminta syafa’at kepada beliau di padang mahsyar: “Akan tetapi kalian datangilah Nuh, kerana sesungguhnya dia adalah rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi”. (HR. Al-Bukhari no. 3340 dan Muslim no. 194/327)

3) Rasul adalah seorang lelaki yang diutuskan kepada kaum yang kufur kepada Allah s.w.t , manakala nabi diutuskan kepada kaum yang beriman kepada Allah, namun berlaku penyelewengan agama dikalangan mereka. Allah s.w.t menyatakan bahwa yang didustakan oleh manusia adalah para rasul dan bukan para nabi, di dalam firman-Nya:

“Kemudian Kami utus (kepada umat-umat itu) rasul-rasul Kami berturut-turut. Tiap-tiap seorang rasul datang kepada umatnya, umat itu mendustakannya”. (QS. Al-Mu`minun : 44)

Dan dalam surah Asy-Syu’ara` ayat 105, Allah menyatakan: “Kaum Nuh telah mendustakan para rasul”.

Allah tidak mengatakan “Kaum Nuh telah mendustakan para nabi”, kerana para nabi hanya diutus kepada kaum yang sudah beriman dan membenarkan rasul sebelumnya. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW:

“Dulu bani Israil diurus oleh banyak nabi. Setiap kali seorang nabi wafat, maka digantikan oleh nabi setelahnya”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Pendapat yang paling rajih adalah pendapat ketiga kerana dua pendapat yang lain tidak terlepas dari bantahan dan kritikan.


Wallahu'alam

Islam adalah agama Ulil Albab (untuk orang-orang yang berfikir)



Akal merupakan kurnia teragung yang diberikan oleh Allah SWT kepada bani Adam. Ia adalah pembeza diantara manusia dengan haiwan. Hanya dengan penggunaan akal yang sempurna manusia akan dapat terus hidup dan berkembang dengan baik.

Guna akal dalam bahasa English dinamakan 'reasoning' atau 'analytical thinking'. Manusia menggunakan akal sepanjang zaman untuk memahami sesuatu perkara, untuk menyelesaikan masalah, untuk menilai dan menentukan sesuatu dll (visualize, articulate, conceptualize or solving problems etc).

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)." (QS 8:22)

"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya." (QS 5:100)

Allah SWT berikan kita telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk membezakan mana yang baik dan mana yang bathil. Dan Allah SWT berikan kita semua nikmat-nikmat ini, supaya kita dapat beribadah kepadaNya agar kita berjaya dalam kehidupan dan diakhirat kelak.

Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Dia akan dipahamkan dalam agamanya. (HR. Bukhari no. 69 & Muslim no.1719)

Dalam Ilmu Islam, tugasan akal ada empat, iaitu;

1) Pengesahan kesahihan wahyu (verification of authenticity of revelation). Tanpa akal yang sempurna, kita tidak akan dapat memahami dan menilai kesahihan dalil yang digunakan untuk hukum dan amal.

Bagaimana kita nak ikuti ajaran Islam yang benar jika dalil yang digunakan itu dari sumber yang palsu atau salah? Bagaimana kita nak tahu ia adalah benar-2 dari Allah SWT dan RasulNya?

2) Memahami makna dan implikasi wahyu (understanding the meaning and implications of revelation). Tanpa akal yang sempurna, bagaimana kita nak tahu bahwa ajaran Islam yang kita pelajari dan fahami itu sama dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW? Bagaimana kita hendak beramal dan bertawakal kepada ajaran Allah SWT jika kita tidak yakin dengan tuntutan dan maksud syariat?

3) Menghargai hikmah wahyu (appreciating wisdom of revelation). Tanpa akal yang sempurna, kita tidak akan dapat memahami hikmah disebalik setiap syariat. Kita tidak akan mengenali sifat-sifat Allah SWT dan kita tidak akan tahu mengapa Allah SWT haramkan ini, halalkan itu dsb. Kita akan jadi umat yang jumud dan akan memperlekehkan syariat Islam jika kita tidak menghargai hikmah Allah SWT.

Contohnya, "Kenapa dalam Islam, setelah bunuh 99 orang pun boleh masuk syurga?" Mengapa pelacur yang beri minuman kepada anjing jalanan boleh masuk syurga?" Kenapa Muslim kena jihad?

Kalau kita tidak memahami hikmah disebalik soalan-soalan ini, bagaimana kita nak hargai Islam dan jadi seorang Muslim yang baik?

4) Mengamalkan wahyu dengan betul (proper application of revelation). Bagaimana kita nak mengamalkan wahyu jika tidak gunakan akal?

Tanpa penggunaan akal dengan sempurna, kita tidak dapat menilai kesahihan dalil, kita tidak akan memahami tuntutan dan maksud syariat dan kita tidak akan tahu hikmah disebalik wahyu.

Mengamalkan sesuatu agama tanpa menggunakan akal akan menjeremuskan kita ke dalam kesesatan. Islam memerintah umatnya memelihara akal dan bukan sebaliknya kerana akal fikiran ialah syarat terpenting dalam mempelajari segala ilmu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti." (QS 45:13)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu (memikir dan) memahaminya?" (QS 6:32)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Yang mendengar perkataan-perkataan yang disampaikan kepadanya lalu mereka memilih dan mengikuti apa yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (QS 39:18)

Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk dipelajari, difahami dan seterusnya untuk diikuti atau diamali. Ilmu pengetahuan ini hanya dapat dimanfaatkan oleh manusia jika mereka menggunakan akal fikiran yang waras.


Wallahu'alam

Thursday, August 17, 2017

Ringkasan nota-nota pengajian ilmu Akidah IDT-IQS



Topik 1

Aqidah berasal dari kata al-‘aqdu (الْعَقْدُ) yang bererti ikatan yang kuat dan kukuh. Ia merupakan ilmu yang membincangkan tentang keyakinan terhadap persoalan-persoalan ghaib yang diberitakan dalam Al-quran dan As-Sunnah yang sahih menurut manhaj Salafus Soleh.

Di antara nama-nama lain untuk aqidah adalah:

1. Al-Iman
2. Tauhid
3. As-Sunnah
4. Usuluddin - rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan masalah-masalah yang qath’i serta hal-hal yang telah menjadi kesepakatan para ulama.

Di antara kepentingan ilmu Aqidah dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Ilmu yang paling penting dan asas bagi setiap individu muslim.

2. Aqidah merupakan risalah utama para rasul.

3. Penerimaan amal bergantung kepada sahnya aqidah.

Topik 2

Sumber ilmu aqidah ada tiga, iaitu:

1- Al-Quran

2- As-Sunnah

3- Ijma’ Ulama Salaf

Kaedah pengambilan dalil atau sumber-sumber ilmu akidah (manhaj al talaqqi wal istidlal):

1. Tsabit
2. Hadis Sahih - mutawatir atau hadis ahad
3. Fahaman Salafus Soleh
4. Dalil aqal yang benar tidak akan bertentangan dengan nas-nas al-quran dan as-sunnah. Apabila seolah-olah berlaku pertentangan, maka hendaklah didahulukan al-quran dan as-sunnah.

Topik 3

1. Islam, iman dan ihsan merupakan tiga istilah asas dalam pelajaran ilmu aqidah atau dikenali sebagai maratibud din”( مراتب الدين) iaitu martabat-martabat dalam agama.

2. Tingkatan Amalan Dalam Agama
a. Tingkatan pertama : Islam (rukun Islam - martabat yang paling umum dalam agama)
b. Tingkatan kedua : Iman (rukun Iman - martabat lebih tinggi berbanding islam)
c. Tingkatan ketiga : Ihsan (Ihsan adalah istilah yang merujuk kepada qualiti yang tertinggi dalam beribadah kepada Allah s.w.t - rujuk hadis Jibrail)

Topik 4

1. Tauhid bermaksud menyatukan, iaitu menjadikan sesuatu itu satu (esa). Dalam Islam, tauhid bermaksud menyembah Tuhan (Allah SWT) yang satu.

2. Ulama bahagikan ilmu tauhid kepada 3, iaitu:

Pertama : Tauhid Rububiyah (penciptaan, kekuasaan dan pentadbiran Allah)
Kedua : Tauhid Uluhiyah (Ibadah)
Ketiga : Tauhid Al Asma Was Sifat (nama-nama dan sifat-sifat Allah)

3. Sebahagian ulama membahagikan tauhid kepada dua sahaja iaitu;

a. Tauhid dalam ma’rifat wal ithbat (pengenalan dan penetapan)

b. Tauhid fii thalab wal qasd (tauhid dalam tujuan ibadah)

4. Ilmu-ilmu tauhid ini berkait rapat diantara satu sama lain, ia tidak boleh dipisahkan kerana tauhid rububiyah melazimkan tauhid uluhiyah dan tauhid uluhiyah terkandung di dalamnya tauhid rububiyah.

4. Makna Rab - raja yang mengatur manusia. Makna ilah adalah tuhan (yang berhak disembah). Istilah “Rab” dan “Ilah” apabila disebut bersama dalam suatu ayat, maka ketika itu makna keduanya adalah berbeza antara satu sama lain, Manakala apabila keduanya di sebut secara berasingan, maka salah satunya mengandungi makna yang lain.

Topik 5

Jenis-jenis dalil kewujudan Allah - Sesungguhnya segala kewujudan dan kejadian di alam ini menjadi bukti kewujudan Allah s.w.t, namun bukti-bukti ini boleh dibahagiakn kepada empat kategori :

1. Dalil Fitrah - Fitrah manusia meyakini kewujudan Tuhan

2. Dalil Akal - Dalil-dalil 'Aqli yang dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah - Cth Surah at-Thur : ayat 35 - 37.

3. Dalil syara’ - Dalil-dalil rububiyyah dan uluhiyyah yang dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Cth Allah s.w.t berfirman (maksudnya) : “ Dialah Allah yang menciptakan langit-langit dan bumi”.

4. Dalil Panca indera (hissi) - Segala sesuatu yang dilihat, dihidu, didengar, disentuh dan dirasa yang dapat menunjukkan kewujudan tuhan yang menciptakan semua itu. Termasuk dalam jenis dalil ini ialah segala mu’jizat nabi-nabi dan rasul-rasul Allah s.w.t.

Topik 6

1. Rububiyyah Allah boleh diringkaskan dalam erti mengesakan Allah dalam tiga perkara iaitu penciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan pengaturan-Nya.

2. Tauhid rububiyyah ini diakui oleh semua orang sama ada Muslim, ataupun Non-Muslim.

3. Pengingkaran tauhid rububiyyah oleh segelintir manusia hanyalah kerana kesombongan dan keengganan mereka untuk akur terhadap apa yang telah tertanam dalam hati mereka.

4. Dengan hanya akur terhadap tauhid Rububiyah tidak dianggap telah mentauhidkan Allah jika tanpa tauhid uluhiyyah (ibadah).

5. Dalil-dalil tauhid rububiyyah (jenis-jenis bukti kewujudan Allah s.w.t) ialah :

- Dalil Fitrah

- Dalil Akal

- Dalil syara’

- Dalil Hissi (yang dapat dikesan oleh pancaindera)

Topik 7

1. Tauhid Uluhiyyah adalah mentauhidkan Allah dalam melakukan segala bentuk ibadah. Diantara dalil-dalil tauhid uluhiyyah adalah firman Allah s.w.t : “Hanya Engkau yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkau Kami meminta pertolongan” (Surah al-Fatihah: ayat 5)

2. Orang-orang musyrikin juga mengakui Allah sebagai Rab dan Pencipta alam semesta tetapi mereka tidak beribadah hanya kepada Allah sahaja. Mereka juga turut menyembah tuhan-tuhan (tuhan palsu ciptaan akal fikiran) yang lain.

3. Syaikh Dr. Soleh Al- Fauzan berkata: “Dari tiga bahagian tauhid ini, yang paling ditekankan adalah tauhid uluhiyah. Kerana ini adalah misi dakwah para rasul, dan alasan diturunkannya kitab-kitab suci, dan alasan ditegakkannya jihad di jalan Allah. Semua itu bertujuan agar manusia hanya menghambakan diri kepada Allah, dan agar penghambaan kepada selainNya ditinggalkan”.

Topik 8

1. Tauhid Al Asma’ was Sifat adalah mentauhidkan Allah Ta’ala dalam penetapan nama dan sifat Allah s.w.t.

2. Syeikh Muhammad Amin Asy- Syanqithi menyebutkan tiga syarat untuk memahami semua sifat Allah s.w.t :

Pertama : Tanzih (التنزيه) iaitu mensucikan Allah daripada sebarang persamaan dengan Allah.

Kedua : Mengisbatkan (الإثبات) semua sifat yang disebutkan dalam dalil-dalil Al-quran dan As-Sunnah

Ketiga : Menyekat keinginan untuk mengetahui kaifiyah atau bagaimana bentuk sifat tersebut melebihi dari apa yang diberitakan.

3. Iman Malik bin Anas rahimahullah telah ditanya oleh seorang lelaki : Bagaimanakah istiwa’? Beliau menjawab : “Istiwa’ itu telah maklum maknanya, kaifiyyahnya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, bertanyakan soalan tentang (kaifiyah) adalah suatu bid’ah”.

4. Bentuk-bentuk penyelewengan dalam asma’ dan sifat; Tahrif (التحريف ), Tafwidh ( التفويض), Ta’thil (التعطيل), Takyif (التكييف), Tasybih (التشبيه).


(bersambung...)

Wallahu'alam

Wednesday, August 16, 2017

Nota Pengajian Akidah IDT-IQS Topik 7 - 12



Topik Ketujuh : Tauhid Uluhiyyah


Pengenalan

Tauhid Uluhiyyah adalah mentauhidkan Allah dalam melakukan segala bentuk ibadah, sama ada berbentuk ibadah zahir mahupun ibadah batin. Tauhid ini dikenali juga sebagai tauhid ibadah atau tauhid amalan.

Dalil-dalil Tauhid Uluhiyyah

Diantara dalil-dalil tauhid uluhiyyah adalah firman Allah s.w.t : “Hanya Engkau yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkau Kami meminta pertolongan” (Surah al-Fatihah: ayat 5)

Ibadah adalah semua perkara yang dicintai oleh Allah s.w.t sama ada berbentuk perkataan ataupun perbuatan. Ibadah berlaku dalam dua bentuk, pertama dengan melakukan apa yang disuruh , kedua meninggalkan apa yang dilarang.

Maka seseorang yang bertauhid uluhiyah hanya meyerahkan semua ibadah ini kepada Allah s.w.t semata, dan tidak kepada yang lain. Berbeza dengan kaum musyrikin jahiliyyah selain beribadah kepada Allah mereka juga memohon, berdoa, beristighathah kepada selain Allah. Dan inilah yang diperangi Rasulullah, ini juga inti dari ajaran para Nabi dan Rasul seluruhnya, mendakwahkan tauhid uluhiyyah.

Allah Ta’ala berfirman:
“Sungguh telah kami utus Rasul untuk setiap umat dengan tujuan untuk mengatakan: ‘Sembahlah Allah saja dan jauhilah thagut‘” (Surah An Nahl: ayat 36)

“Pengambilan tuhan-tuhan yang dilakukan oleh orang-orang musyrik ini telah dibatalkan oleh Allah s.w.t dengan dua bukti.

Pertama: Tuhan-tuhan yang diambil itu tidak mempunyai keistimewaan Uluhiyah sedikit pun, karena mereka adalah makhluk, tidak dapat menciptakan, tidak dapat menarik kemanfaatan, tidak dapat menolak bahaya, tidak dapat menghidupkan dan mematikan.

Allah s.w.t berfirman:
Ertinya : “Mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya (untuk disembah), yang tuhan-tuhan itu tidak menciptakan apapun, bahkan mereka sendiri diciptakan dan tidak kuasa untuk (menolak) sesuatu kemudharatan dari dirinya dan tidak (pula untuk mengambil) sesuatu kemanfaatan pun dan (juga) tidak kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak (pula) membangkitkan.” (Surah Al-Furqan: ayat 3)

Allah s.w.t berfirman:
“Katakanlah: ‘Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat dzarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit. Dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya.’ Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah, melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafaat..” (Surah Saba’: ayat 22-23)

Allah s.w.t juga berfirman:
“Apakah mereka mempersekutukan (Allah dengan) berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu pun? Sedangkan berhala-berhala itu tidak mampu memberi pertolongan kepada penyembah-penyembahnya dan kepada dirinya sendiri pun berhala-berhala itu tidak dapat memberi pertolongan.” (Surah Al-A’raaf: ayat 191-192)

Apabila keadaan tuhan-tuhan itu demikian, maka sungguh sangat bodoh, batil dan zalim apabila menjadikan mereka sebagai ilah dan tempat meminta pertolongan.

Kedua: Sebenarnya orang-orang musyrikin mengakui bahawa s.w.t adalah satu-satunya Rab, Pencipta, yang di tangan-Nya kekuasaan segala sesuatu. Mereka juga mengakui bahwa hanya Dia-lah yang dapat melindungi dan tidak ada yang dapat melindungi-Nya. Ini mewajibkan mereka melakukan pengesaan Uluhiyyah (penghambaan), sepertimana mereka mengesakan Rububiyah (ketuhanan) Allah s.w.t . Tauhid Rububiyah mewajibkan adanya kelaziman untuk melaksanakan Tauhid Uluhiyah (beribadah hanya kepada Allah sahaja).

“Wahai manusia, sembahlah Rabb-mu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dia-lah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai bumbung. Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, Maka, janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui” (Surah Al-Baqarah: ayat 21-22)

Syaikh Dr. Soleh Al- Fauzan berkata: “Dari tiga bahagian tauhid ini, yang paling ditekankan adalah tauhid uluhiyah. Kerana ini adalah misi dakwah para rasul, dan alasan diturunkannya kitab-kitab suci, dan alasan ditegakkannya jihad di jalan Allah. Semua itu bertujuan agar manusia hanya menghambakan diri kepada Allah, dan agar penghambaan kepada selainNya ditinggalkan”


Topik Kelapan : Tauhid Asma’ dan Sifat

Muqaddimah

Tauhid Al Asma’ was Sifat adalah mentauhidkan Allah Ta’ala dalam penetapan nama dan sifat Allah s.w.t seperti yang telah ditetapkan bagi diri-Nya dalam Al Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w. Nama (الأسماء) adalah lafaz yang merujuk kepada zat, manakala sifat (الصفات) adalah lafaz yang merujuk kepada sebahagian keadaan zat.

Allah Ta’ala berfirman yang ertinya:
“Hanya milik Allah nama-nama yang husna, maka memohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama-Nya” (Surah Al A’raf: ayat 180)

Cara berinteraksi dengan Ayat-ayat sifat Allah s.w.t

Syeikh Muhammad Amin Asy- Syanqithi menyebutkan tiga syarat untuk memahami semua sifat Allah s.w.t :

Pertama : Tanzih (التنزيه) iaitu mensucikan Allah daripada sebarang persamaan dengan Allah.

Kedua : Mengisbatkan (الإثبات) semua sifat yang disebutkan dalam dalil-dalil Al-quran dan As-Sunnah

Ketiga : Menyekat keinginan untuk mengetahui kaifiyah atau bagaimana bentuk sifat tersebut melebihi dari apa yang diberitakan.

Iman Malik bin Anas rahimahullah telah ditanya oleh seorang lelaki : Bagaimanakah istiwa’? Beliau menjawab :

الاستواء معلوم والكيفية مجهول والإيمان به واجب والسؤال عنه بدعة

Ertinya : “Istiwa’ itu telah maklum maknanya, kaifiyyahnya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, bertanyakan soalan tentang (kaifiyah) adalah suatu bid’ah”

Bentuk-bentuk penyelewengan dalam asma’ dan sifat

1. Tahrif (التحريف ) adalah mengubah makna ayat atau hadis tentang nama atau sifat Allah dari makna zahirnya kepada suatu makna yang lain. Sebagai contoh kata ‘istiwa’ yang ertinya ‘bersemayam’ dipalingkan menjadi ‘menguasai’. Kebiasaannya disebut sebagai “ta’wil” walaupun makna ta’wil yang sebenar bukanlah demikian

2. Tafwidh ( التفويض) iaitu tidak menolak lafaz nama atau sifat Allah namun enggan menerima maknanya yang zahir dengan cara tidak memberikan makna pada lafaz tersebut.

3. Ta’thil (التعطيل) menjadikan sesuatu lafaz nama-nama dan sifat-sifat Allah tidak berfungsi. Sama ada meletakkan makna yang lain kepada lafaz tersebut (tahrif) atau mengatakan tiada yang memahami maknanya hanya Allah s.w.t (tafwidh). Istilah Ta’thil lebih umum merangkumi tahrif dan tafwidh.

4. Takyif (التكييف) adalah menggambarkan hakikat bentuk sifat-sifatNya, sedangkan tidak ada sesiapapun yang mampu membayangkan hakikat kewujudan Allah s,w,t. . Contohnya sebahagian orang berusaha menggambarkan bentuk tangan Allah,bentuk wajah Allah, dan lain-lain.

5. Tasybih (التشبيه) adalah menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat makhluk-Nya, dengan menyatakan sifat-sifat Allah adalah sama dengan makhluk.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Tidak ada sesuatupun yang menyerupai Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar Lagi Maha Melihat” (Surah Asy Syura: ayat 11)


Topik Kesembilan : Dua Kalimah Syahadah

Pengenalan

Dua kalimah syahadah merupakan dasar kepada sahnya iman seseorang, tanpa dua kalimah syahadah seseorang itu dianggap tidak beriman.

Begitu juga dua kalimah ini adalah syarat diterima semua amalan. Sesuatu amalan itu tidak akan diterima kecuali menepati dua syarat iaitu ikhlas “الإخلاص” dan mengikuti sunnah rasulullah s.a.w “المتابعة “. Kalimah pertama “أشهد أن لآ إله إلا الله “ merujuk kepada ikhlas “الإخلاص”. Manakala kalimah kedua “ وأشهد أن محمدا رسول الله” merujuk kepada erti mutaba’ah “المتابعة “ .

Kedua-dua kalimah ini memiliki makna, syarat-syarat dan rukun-rukun yang mesti diketahui, diyakini, diimani dan diamalkan oleh seluruh umat islam.

Makna kalimah “ أشهد”


“أشهد” beerti bersaksi atau naik saksi. Perkataan saksi diguna dalam dua penggunaan :

i. Apabila dirujuk kepada sesuatu yang zahir maka saksi adalah orang yang menyaksikan dengan mata, atau mendengar dengan telinga terhadap suatu perkara.

ii. Apabila dirujuk kepada sesuatu perkata ma’nawi (abstrak) saksi adalah orang yang meyakini kebenaran sesuatu perkara tanpa sebarang syak atau ragu seolah-olah dia melihat perkara tersebut

Perkataan saksi dalam kalimah syahadah merujuk kepada jenis penggunaan kedua kerana umat islam dituntut melakukan semua ibadah dalam keadaan yakin terhadap Allah sehingga seolah-olah mereka melihatNya (ihsan).

Makna kalimah “ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ”


Makna kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (laa ilaaha illallaah) ialah :

لاَ مَعْبُوْدَ بِحقٍّ إِلاَّ اللهُ.

“Tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah.”

Terjemahan yang tepat untuk kalimah “إله” ialah” tuhan yang berhak disembah dengan benar” , bukan “ tuhan yang mencipta” atau “tuhan yang berkuasa” atau lain-lain sifat rububiyah Allah, walaupun makna itu benar , tetapi maknanya terbatas, kerana semua makna sifat rububiyyah adalah berkaitan dengan pengetahuan, tidak mengandungi erti amalan atau sembahan. Sebahagian orang kafir seperti kaum yahudi, nasrani dan musyrikin mekah juga mengetahui dan akur bahawa hanya Allah tuhan yang menciptakan dan yang berkuasa, pengetahuan mereka tidak menjadikan mereka sebagai orang islam kerana mereka masih tidak mentauhidkan Allah dalam amalan mereka.

Manakala apabila diterjemahkan sebagai “tuhan yang berhak disembah dengan benar” ianya mengandungi erti persaksian mentauhidkan Allah dalam semua amalan ibadah. Apabila seseorang telah mentauhidkan Allah dalam semua amalan ibadahnya bererti dia telah akur dan tunduk dengan ketuhanan Allah dalam penciptaan , kekuasaan dan segala sifat rububiyah Allah s.w.t .

Secara ringkasnya, kalimah “إله” dalam kalimah syahadah hendaklah difahami dengan erti uluhiyyah “ ألوهية” bukan dengan erti rububiyyah “الربوبية” kerana makna uluhiyyah telah terangkum dalamnya makna rububiyyah.

Rukun kalimah “ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ”

Kalimah ini mengandungi dua rukun iaitu :

i. Penafian (النفي) :
iaitu menafikan semua yang disembah selain Allah ( لا إله)

ii. Isbat (الإثبات): iaitu menetapkan ibadah hanya kepada Allah s.w.t sahaja ( إلا الله)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“… Barangsiapa yang kufur kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh ia telah berpegang kepada buhul tali yang sangat kokoh dan tidak akan putus, dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: ayat 256)

Allah juga berfirman :
“Hanya kepada engkau kami sembah, hanya kepda engkau kami meminta pertolongan”  (Surah al-Fatihah ayat 5)

Kedua-dua rukun ini hendaklah difahami dengan jelas dan kedua-dua rujun ini adalah asas tertegaknya tauhid terhadap Allah s.w.t

Syarat-Syarat Kalimah “ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ”

Berdasarkan kajian ulama terhadap nas-nas al-quran dan as-sunnah yang berkaitan dengan tauhid dan kalimah syahadah “لا إله إلا الله”, mereka menyebutkan terdapat tujuh syarat yang mesti dipenuhi dalam mengucapkan dua kalimah syahadah :

Syarat Pertama: اَلْعِلْمُ (al-‘ilmu)

Iaitu mengetahui erti kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (laa ilaaha illallaah) dengan jelas.
Allah s.w.t berfirman:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ

“Maka ketahuilah bahawa tiada tuhanyang berhak disembah dengan benar kecuali Allah…” (Surah Muhammad: ayat 19)

Allah s.w.t juga berfirman:
“Melainkan mereka yang mengakui kebenaran, sedang mereka orang-orang yang mengetahui.” (Surah Az-Zukhruf: ayat 86)

Didalam suatu hadis yang sahih daripada Sayyidina ‘Uthman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ.

“Barangsiapa yang meninggal dunia dan ia mengetahui bahawa tiada tuhan (sembahan) yang berhak disembah dengan benar selain Allah, maka ia masuk Syurga.” (HR. Muslim no. 26)

Syarat Kedua: اَلْيَقِيْنُ (al-yaqiin)

Iaitu yakin serta benar-benar memahami kalimah laa ilaaha illallaah tanpa ada keraguan sedikit pun.

Allah s.w.t berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya, merekalah orang-orang yang benar.” (Surah Al-Hujuraat: ayat 15)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“… Aku bersaksi bahawa tiada tuhanyang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan bahawasanya aku (Muhammad s.a.w) adalah utusan Allah, tidaklah seorang hamba menjumpai Allah (dalam keadaan) tidak ragu-ragu terhadap kedua syahadah tersebut, melainkan ia masuk Syurga.” (HR. Muslim no. 27)

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“… Pergilah dengan kedua seliparku ini, maka siapa sahaja yang engkau temui di belakang kebun ini yang bersaksi bahawa tiada tuhanyang berhak disembah dengan benar selain Allah, dengan hati yang meyakininya, maka berikanlah khabar gembira kepadanya dengan masuk syurga.” (HR. Muslim no. 31)

Syarat Ketiga: اْلإِخْلاَصُ (al-ikhlas)

Iaitu memurnikan amal perbuatan dari segala kotoran-kotoran syirik, dan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada Allah.

Allah s.w.t berfirman:
“… Maka beribadahlah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)…” (Surah Az-Zumar: ayat 2-3)

Allah s.w.t juga berfirman:
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya beribadah hanya kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya…” (Surah al-Bayyinah: ayat 5)

Rasulullah S.a.wbersabda:
“Orang yang paling berbahagia dengan syafa’atku pada hari Kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallaah,’ dengan ikhlas dari hati atau jiwanya.” (HR al-Bukhari no. 99 dan 6570)

Syarat Keempat: اَلصِّدْقُ (as-shidqu)

Iaitu jujur, maksudnya mengucapkan kalimah ini dengan jujur dari hatinya. Barangsiapa lisannya mengucapkan sesuatu namun hatinya mendustakan apa yang diucapkan, maka dia adalah pendusta atau munafiq.

Allah s.w.t berfirman:
“Dan di antara manusia ada yang mengatakan: ‘Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian,’ padahal mereka itu sesung-guhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak me-nipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.” (Surah Al-Baqarah: ayat 8-9)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah seseorang bersaksi bahawa tiada tuhanyang berhak disembah dengan benar melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasul Allah, dengan jujur dari hatinya, melainkan Allah mengharamkannya masuk Neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 128 dan Muslim no. 32)

Syarat Kelima: اَلْمَحَبَّةُ (al-mahabbah)

Iaitu cinta, maksudnya mencintai kalimah tauhid ini, mencintai isinya dan apa-apa yang ditunjukkan atasnya.

Allah s.w.t berfirman:
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Dan orang-orang yang beriman, sangat besar cinta mereka kepada Allah….” (Surah Al-Baqarah: ayat 165)

Allah s.w.t juga berfirman:
“Katakanlah: ‘Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali ‘Imran: ayat 31)

Rasulullah S.a.w bersabda:
“Tiga perkara yang bila ketiga-tiganya terdapat pada seseorang ia akan mendapatkan kelezatan iman: (1) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, (2) mencintai seseorang semata-mata karena Allah, (3) tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (HR al-Bukhari no. 16, 21, 6041 dan Muslim no. 43 dan 67)

Syarat Keenam: اْلإِنْقِيَادُ (al-inqiyad) 

Iaitu tunduk dan patuh. Seorang Muslim mesti tunduk dan patuh terhadap apa-apa yang ditunjukkan oleh kalimah laa ilaaha illallaah, hanya beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, mengamalkan syari’at-syari’at-Nya, beriman dengan-Nya, dan berkeyakinan bahawasanya hal itu adalah benar.

Allah s.w.t berfirman:
“Dan kembalilah kamu kepada Rabb-mu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah Az-Zumar: ayat 54)

Allah s.w.t juga berfirman:
“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan dia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (Surah an-Nisaa’: 125)

Allah s.w.t juga berfirman:
“Dan barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.” (Surah Luqman: ayat 22)

Syarat Ketujuh: اَلْقَبُوْلُ (al-qabul)

Iaitu menerima kandungan dan kesan dari kalimah syahadah ini, menyembah Allah s.w.t semata dan meninggalkan ibadah kepada selain-Nya. Siapa yang mengucapkan, tetapi tidak menerima dan mentaati, maka ia termasuk dari orang-orang yang difirmankan Allah s.w.t :

“Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: ‘Laa ilaaha illallaah (tiada tuhanyang berhak disembah dengan benar selain Allah)’ mereka menyombongkan diri, dan mereka berkata: ‘Apakah sesungguhnya kami mesti meninggalkan sembahan-sembahan kami karena seorang penyair gila?” (Surah Ash-Shaaffaat: ayat 35-36)

Ini seperti halnya penyembah kubur di zaman ini. Mereka mengikrarkan: “Laa ilaaha illallaah,” tetapi tidak mau meninggalkan penyembahan mereka terhadap kuburan. Dengan demikian bererti mereka belum menerima makna: “Laa ilaaha illallaah.” (Lihat ‘Aqiidatut Tauhiid hal. 44)


Makna Kalimah مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ (Muhammad Rasulullah)

Syahadah محمد رسول الله adalah bahagian kedua dari rukun pertama didalam rukun islam. Begitu juga beriman dengan rasul adalah rukun keempat daripada rukun iman.

Makna syahadah مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ (Muhammad Rasulullah) ialah berikrar dengan lisan dengan penuh keyakinan dalam hati bahawa nabi Muhammad s.a.w adalahutusan Allah kepada seluruh manusia dan jin yang membawa syariat terakhir yang lengkap dan sempurna hingga akhir zaman.

Isi kandungan syahadah ini dapat diringkaskan kepada empat perkara penting iaitu:

(a). طَاعَتُهُ فِيْمَا أَمَرَ, iaitu mentaati segala perkara yang baginda s.a.w perintahkan.

(b). تَصْدِيْقُهُ فِيْمَا أَخْبَرَ , iaitu membenarkan segala perkara yang baginda s.a.w sampaikan.

(c). اِجْتِنَابُ مَا نَهَى عَنْهُ وَزَجَرَ , iaitu menjauhkan diri dari segala sesuatu yang baginda s.a.w larang.

(d). أَنْ لاَ يَعْبُدَ اللهَ إِلاَّ بِمَا شَرَعَ, iaitu tidak beribadah kepada Allah melainkan dengan cara yang telah disyari’atkan. Ertinya, kita wajib beribadah kepada Allah menurut apa yang disyari’atkan dan dicontohkan oleh Nabi Muhammads.a.w.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata :
“ Manakala iman dengan rasul s.a.w adalah yang sangat penting, kerana iman dengan Allah tidak akan sempurna tanpa beriman dengan baginda, keselamatan dan kebahagiaan tidak akan tercapai tanpa baginda, baginda adalah jalan menuju Allah s.a.w. Oleh kerana itu, salah satu dari rukun islam ialah dengan menyatakan : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad adalah hamba Allah dan rasulnya”.

Manakala syarat-syarat syahadah محمد رسول الله merupakan syarat-syarat yang sama sepertama syarat syahadah لا إله إلا الله


Topik Kesepuluh : Rasul-rasul dan kitab-kitab

Pengenalan

Allah s.w.t mewajibkan manusia mentauhidkannya dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Segala arahan dan larangan tidak mampu diketahui dan dilaksanakan tanpa ada petunjuk dari Allah s.w.t. Dengan rahmatnya Allah s.w.t mengutuskan rasul-rasul bersama kitab-kitab sebagai petunjuk kepada manusia. Segala kandungan ajaran agama terkandung dalam dua sumber tersebut.

Perbezaan antara rusul dan anbiya’

Kata Ar-Rusul (الرُّسُلُ) adalah bentuk jama’ dari kata rasul (رَسُوْلٌ), yang bererti orang yang diutus untuk menyampaikan sesuatu. Dalam istilah aqidah perkataan ini bermaksud orang yang diberi wahyu untuk disampaikan kepada ummat.

Kata Al-Anbiya’ ( الأنبياء) adalah kata jama’ dari kata nabi (نبي) yang bererti orang yang diberikan suatu berita.

Ulama sepakat bahawa rasul lebih khusus dari nabi, mereka juga sepakat bahawa semua rasul adalah nabi dan bukan sebaliknya, namun ulama berbeza pandangan tentang apakah bentuk perbezaan antara dua istilah ini kepada beberapa pendapat :

1- Rasul adalah seorang lelaki yang diberikan wahyu dan diwajibkan untuk menyampaikannya. Manakala nabi adalah seorang lelaki yang diberikan wahyu, namun tidak diwajibkan untuk menyampaikannya.

2- Rasul adalah seorang lelaki yang yang diberikan wahyu dan membawa suatu syariat baru, manakala nabi adalah seorang lelaki yang diberikan wahyu , namun tidak membawa syariat yang baru, malah meneruskan syariat rasul sebelumnya.

3- Rasul adalah seorang lelaki yang diutuskan kepada kaum yang kufur kepada Allah s.w.t , manakala nabi diutuskan kepada kaum yang beriman kepada Allah, namun berlaku penyelewengan agama dikalangan mereka.

Pendapat yang paling tepat –insyaAllah- adalah pendapat ketiga kerana dua pendapat yang lain tidak terlepas dari bantahan dan kritikan.

Rasul-rasul Ulul Azmi

Rasul-rasul yang ada tidak memiliki keutamaan yang sama, Allah telah berfirman ang bermaksud: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari) mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat”. (Surah Al-Baqarah : 253)


Allah memberikan keutamaan sebahagian Rasul atas sebagian yang lainnya. Rasul dan Nabi yang paling utama ada lima, mereka dikenali sebagai Ulul ‘Azmi. iaitu :

1. Nabi Muhammad s.a.w

2. Nabi brahim a.s

3. Nabi Musa a.s

4. Nabi ‘Isa a.s

5. Nabi Nuh a.s.


Allah menyebut mereka dalam dua tempat, yakni dalam surat al-Ahzaab ayat 7 dan asy-Syuura’ ayat 13.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari Nabi-nabi dan dari kamu (sendiri), dari Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka per-janjian yang teguh.” (Surah Al-Ahzaab: 7)

13. Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. (Surah ash Shuraa: ayat 13)

Sifat-sifat Kemanusiaan Para Rasul

Para Rasul adalah manusia biasa, makhluk Allah yang tidak mempunyai sedikit pun keistimewaan Rububiyyah dan Uluhiyyah serta mereka pun tidak mengetahui perkara yang ghaib. Allah Azza wa Jalla berfirman tentang Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai pemimpin para Rasul dan yang paling tinggi derajatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah: ‘Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku berbuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al-A’raaf: 188)

Keyakinan bahwa ada selain Allah Azza wa Jalla yang dapat mengetahui perkara ghaib, maka keyakinannya adalah kufur.

Para Rasul juga memiliki sifat-sifat kemanusiaan, seperti sakit, mati, memerlukan makan dan minum, dan lain sebagainya. Allah Azza wa Jalla berfirman tentang Nabi Ibrahim Alaihissallam yang menjelaskan Sifat Rabb-nya:

“Dan Rabb-ku, Dia-lah Yang memberi makan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit, Dia-lah Yang menyembuhkanku, dan Yang akan mematikanku kemudian akan menghidupkan aku (kembali).” (Surah Asy-Syu’araa’: ayat 79-81)

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Aku tidak lain hanyalah manusia seperti kalian. Aku juga lupa seperti kalian, maka jika aku lupa, ingatkanlah.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan bahwa para Rasul mempunyai ‘ubudiyyah (penghambaan) yang tertinggi kepada-Nya.

Allah Azza wa Jalla berfirman tentang Nabi Nuh Alaihissallam:

“Dia adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur.” (Surah Al-Israa’: ayat 3)

Allah Jalla Jalaluhu juga berfirman tentang Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Mahasuci Allah Yang telah menurunkan al-Furqaan (Al-Qur-an) kepada hamba-Nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Furqaan: ayat 1)

Allah juga berfirman tentang Nabi ‘Isa bin Maryam Alaihissallam:

“‘Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) dan Kami jadikan ia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israil.” (Surah az-Zukhruf: 59)

Jadi, seluruh Nabi dan Rasul Alaihimussallam, termasuk Nabi ‘Isa Alaihissallam, adalah manusia biasa, hamba Allah dan bukan tuhan.

Ciri-ciri Umum Para Rasul

1- Mempunyai kesempurnaan sifat kejadian zahir.

2- Mempunyai kesempurnaan sifat akhlaq.

3- Mempunyai keturunan terbaik dikalangan kaumnya.

4- Seorang yang merdeka.

5- Mempunyai kecerdasan aqal.

6- Seorang lelaki

7- Seorang yang paling kuat dan sempurna ibadah terhadap Allah s.w.t


Ciri-ciri Khusus Para rasul

1- Menerima wahyu daripada Allah s.w.t

Allah s.w.t berfirman :
110. Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (Surah al-Kahf: ayat 110)

2- Ma’shum dalam menyampaikan risalah.

Allah s.w.t berfirman :
“ Dan dia tidak akan berbicara dari hawa nafsunya, semua itu adalah suatu wahyu yang disampaikan kepadanya” (Surah  Al-Najm: ayat 3-4)

3- Hati yang sentiasa mengingati Allah

Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya kami seluruh nabi-nabi, mata kami tidur namun hati kami tidak tidur”

Jumlah Nabi dan Rasul

Jumlah Nabi dan Rasul sangat banyak . Menurut seteghah riwayat bahwa jumlah Nabi ada 124.000 dan jumlah Rasul ada 315. Adapun yang terkenal ada 25 Rasul. 

(HR. Ahmad (V/178, 179, 265) dan al-Hakim (II/262) dari Sahabat Abu Umamah. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Hibban (no. 94) dari Sahabat Abu Dzarr. Tentang jumlah Nabi dan Rasul riwayatnya shahih dari Sahabat Abu Umamah dan Abu Dzarr Radhiyallahu anhuma, hanya saja terdapat sedikit perbedaan tentang jumlah Rasul, pada sebagian riwayat disebutkan 313 dan pada riwayat yang lain 315, wallaahu a’lam. Lihat Zaadul Ma’aad fii Hadyi Khairil ‘Ibaad (I/43-44) dan Silsilatul Ahaadiits ash-Shahiihah no. 2668)

Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan tentang para Nabi dan Rasul di dalam Al-Qur-an ada 25, yaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Shalih, Ibrahim, Luth, Isma’il, Is-haq, Ya’qub, Yusuf, Syu’aib, Ayyub, Dzulkifli, Musa, Harun, Dawud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakariya, Yahya, ‘Isa dan Muhammad. (Sila lihat surat Ali ‘Imran: 33; Hud: 50, 61, 84; al-Anbiyaa’: 85; al-An’aam: 83-86 dan al-Fat-h: 29)

Di antara nama para Nabi yang juga disebutkan di dalam As-Sunnah, yaitu Syiit dan Yuusya’ bin Nun. Sedangkan yang di-ikhtilafkan ulama, apakah ia Nabi ataukah hamba yang shalih, adalah Khidhir, Dzul Qarnain dan Luqman, wallaahu a’lam.


Rasul Pertama dan Terakhir

Rasul yang pertama adalah Nabiyyullah Nuh Alaihissallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan Nabi-Nabi yang kemudian…” (Surah An-Nisaa’: ayat 163)

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu dalam hadits syafa’at menceritakan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan:

“Nanti orang-orang akan datang kepada Nabi Adam Alaihissallam untuk meminta syafa’at. Nabi Adam Alaihissallam meminta maaf kepada mereka, seraya berkata: ‘Datangilah Nuh Alaihissallam.’ Lalu mereka mendatangi Nabi Nuh Alaihissallam dan berkata:

‘Wahai Nuh Alaihissallam, engkaulah Rasul pertama yang diutus Allah.”

Manakala rasul yang terakhir adalah Nabiyyullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allah Jalla Jalaluhu berfirman tentang Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi dan adalah Allah Mahamengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Ahzaab: ayat 40)

Setiap ummat tidak pernah sunyi dari Nabi yang diutus Allah Subhanahu wa Ta’ala yang membawa syari’at khusus untuk kaumnya atau dengan membawa syari’at sebelumnya yang diperbaharui.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

“Dan sesungguhnya kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap ummat (untuk menyerukan) ‘Beribadahlah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut…”’ (Surah An-Nahl: 36)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, dan tidak ada suatu ummat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.” (Surah Faathir: ayat 24)

Tuntutan Iman Terhadap Rasul-Rasul

Iman kepada para Rasul mengandung empat unsur:

1. Mengimani bahwasanya risalah mereka benar-benar dari Allah Azza wa Jalla. Barangsiapa mengingkari risalah mereka, walaupun hanya seorang (dari mereka), maka menurut pendapat seluruh ulama ia dikatakan kafir. Allah al-Haq berfirman:

“Kaum Nuh telah mendustakan para Rasul.” (Surah Asy-Syu-‘araa’: ayat 105)

Allah Azza wa Jalla menyebutkan bahwa mereka mendustakan semua Rasul, padahal hanya seorang Rasul saja yang ada (yaitu Nuh Alaihissallam) ketika mereka mendustakannya.

2. Mengimani nama-nama Rasul yang sudah kita kenali, yang Allah sebutkan dalam Al-Qur-an dan As-Sunnah yang shahih.

Terhadap para Rasul yang tidak kita ketahui nama-nama mereka, maka kita wajib mengimaninya secara umum.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu…” (Surah Al-Mu’min: 78)

3. Membenarkan berita-berita mereka yang shahih riwayatnya.

4. Mengamalkan syari’at Rasul yang diutus kepada kita. Dia adalah Nabi terakhir, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang diutus Allah Azza wa Jalla kepada seluruh manusia. Allah Azza wa Jalla berfirman:

“Maka demi Rabb-mu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka suatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.” (Surah An-Nisaa’: ayat 65)

Antara mu’jizat dan karamat

Perkataan mukjizat menurut bahasa ialah perkara yang melemahkan

Menurut Istilah atau yang lazim digunakan olah ahli agama, ialah keadaan dan kejadian yang menyalahi kebiasaan atau luar biasa yang terbit atau yang dilakukan oleh seorang nabi atau rasul Allah atau sesudah itu yang dapat melemahkan kekuatan atau kesanggupan manusia, baik kekuatan zahir mahupun batin atau jasmani mahupun rohani sehingga semua manusia tidak kan mampu menunjukkannya untuk menandingi atau menyerupainya, apa lagi menolak dan menentangnya.

Dengan erti kata lain, mukjizat itu ialah sesuatu yang luarbiasa terjadi pada diri seorang nabi atau rasul dalam mendakwakan dirinya sebagai nabi atau rasul yang mana tidak mampu seorang manusia pun menerbitkan atau menunjukkan yang sepertinya.

Dalam al-quran erti mukjizat itu tidak dijelaskan, begitu juga dalam hadith. Menurut istilah al-quran, mukjizat itu dinamakan dengan 'ayat' atau 'burhan' yang bererti tanda atau bukti atau keterangan yang jelas. Para ulama hadith menamakan mukjizat itu dengan "dalailun nubuwwah" atau tanda-tanda bukti kenabian.

Iman Kepada Kitab-Kitab

Ahlus Sunnah wal Jama’ah beriman dan meyakini dengan keyakinan yang pasti bahwa Allah Azza wa Jalla telah menurunkan kepada para Rasul-Nya Kitab-kitab yang berisikan perintah, larangan, janji, ancaman dan apa yang dikehendaki oleh Allah terhadap makhluk-Nya, serta di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Rasul telah beriman kepada Al-Qur-an yang diturunkan kepadanya dari Rabb-nya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya.” (Surah al-Baqarah: ayat 285)

Al-kutub (الْكُتُبُ) adalah bentuk jamak dari kata kitaab (كِتَابٌ) yang berarti ‘sesuatu yang ditulis’. Namun yang dimaksud di sini adalah Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul-Nya sebagai rahmat dan hidayah bagi seluruh manusia agar mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka menggunakan besi itu) dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan Rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hadiid: ayat 25)

Tuntutan Iman Terhadap Kitab

Iman kepada Kitab-kitab mengandung empat unsur:

1. Mengimani bahwa Kitab-kitab tersebut benar-benar diturunkan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

2. Mengimani Kitab-kitab yang sudah kita kenali namanya, seperti Al-Qur-an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa Alaihissallam, Injil yang diturunkan kepada Nabi ‘Isa Alaihissallam, dan Zabur yang diturunkan kepada Nabi Dawud Alaihissallam, Shuhuf Ibrahim Alaihissallam dan Musa Alaihissallam. Adapun Kitab-kitab yang tidak kita ketahui namanya, maka kita mengimaninya secara umum.

3. Membenarkan seluruh beritanya yang benar, seperti berita-berita yang terdapat di dalam Al-Qur-an, dan berita-berita Kitab-kitab terdahulu sebelum diganti atau sebelum diselewengkan.

4. Melaksanakan seluruh hukum yang tidak dinasakh (dihapus) serta rela dan berserah diri kepada hukum itu, baik kita memahami hikmahnya maupun tidak. Dan seluruh kitab terdahulu telah dinasakh oleh Al-Qur-anul Karim.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur-an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan sebagai ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu…” (Surah al-Ma-idah: ayat 48)

Oleh kerana itu, tidak dibenarkan melaksanakan hukum apapun dari hukum kitab-kitab terdahulu, kecuali yang benar dan ditetapkan oleh Al-Qur-anul Karim .



Topik Kesebelas : Hari Kiamat

Pengenalan

Kehidupan menurut pandangan Islam bukanlah sekadar kehidupan di dunia yang sangat pendek dan terbatas, umur manusia yang pendek ini hanyalah tempoh menjalani ujian Allah s.w.t keatas hambanya. Kemudian manusia akan dibangkitkan setelah kematian mereka untuk menerima keputusan ujian dan akan diberi balasan yang setimpal berdasarkan keputusan tersebut. Hari kebangkitan ini dikenali dengan hari kiamat.

Beriman kepada hari kiamat adalh wajib dan merupakan salah satu rukun iman dan merupakan perkara ‘aqidah yang asas dan terpenting setelah masalah keesaan Allah Ta’ala. Karana pentingnya hari yang agung ini, kita dapati (di dalam al-Qur-an) bahwa Allah Ta’ala sering kali menghubungkan iman kepada-Nya dengan iman kepada hari Akhir, sebagaimana Allah berfirman:

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ana pa timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian….” (Surah al-Baqarah: ayat 177)

Juga seperti firman-Nya:

“… Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhir….” (Surah ath-Thalaaq: ayat 2)

A. Nama-Nama Hari Kiamat

Antara nama-nama hari kiamat ialah

1. Yaumus-Sa’ah (يوم الساعة) – Masa yang ditetapkan

2. Yaumul-Hisab (يوم الحساب) - Hari perhitungan

3. Yaumul-Waqiah (يوم الواقعه) – Peristiwa yang pasti berlaku

4. Yaumul-Haqqah (يوم الحاقه) – Peristiwa yang sebenar

5. Yaumul- Qariah (يوم القارعه) – Hari yang menggemparkan

6. Yaumuz-Zalzalah (يوم الزلزله) – Hari goncangan/gegaran

7. Yaumul- Jaza’ (يوم الجزاء) – Hari pembalasan

8. Yaumul-Rajifah (يوم الراجفه) – Hari gempa

9. Yaumul-Fasl (يوم الفصل) – Hari keputusan

10. Yaumul-Wa’id (يوم الوعيد) – Hari ancaman

11. Yaumul- Ba’th (يوم البعث)- Hari kebangkitan


B. Bukti- Bukti Kebenaran Kiamat

Antara bukti-bukti kebenaran hari kiamat adalah seperti berikut :

1. Bukti Penciptaan Pertama

Allah Ta’ala berfirman:

“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna….” (Surah Al-Hajj: ayat 5)

Allah menciptakan manusia dalam beberapa tahapan, nescaya tidak akan sukar bagi-Nya untuk menghidupkannya kembali (setelah mati), bahkan menghidupkan kembali lebih mudah daripada memulainya menurut hukum akal, sebagaimana difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa pada kejadiannya; ia berkata, ‘Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang, yang telah hancur luluh?’ Katakanlah, ‘Ia akan dihidupkan oleh Rabb yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.” (Surah Yaasiin: ayat 78-79)

2. Bukti Kuasa Allah Menghidupkan Alam

Allah Ta’ala berfirman:
“… Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. Yang demikian itu, karena sesungguhnya Allah, Dia-lah yang haq dan sesungguhnya Dia-lah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya hari Kiamat itu pastilah ana p, tidak ada ke-raguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.” (Surah Al-Hajj: ayat 5-7)

Menghidupkan tanah yang telah mati dengan hujan dan munculnya tumbuh-tumbuhan di atasnya merupakan bukti kekuasaan al-Khaliq k untuk menghidupkan yang telah mati dan adanya hari Kiamat.

3. Bukti Kekuasaan Allah dalam Menciptakan Makhluk-Nya yang Besar

Allah Ta’ala berfirman:
“Bukankah Rabb yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa men-ciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dia-lah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, ‘Jadilah!’ maka terjadilah ia.” (Surah Yasiin: ayat 81-82)

Maka, Pencipta langit dan bumi dengan segala kebesaran keduanya sanggup untuk mengembalikan penciptaan manusia yang kecil, sebagaimana diungkap dalam firman-Nya:

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Ghaafir: ayat 57)

4. Mustahil Tuhan Mencipta Makhluk-Nya Sia-sia

Allah Yang Maha bijaksana tidak akan menciptakan manusia dalam keadaan sia-sia tanpa perintah, larangan juga tanpa balasan atas amal yang mereka lakukan.

Allah Ta’ala berfirman:
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Mahatinggi Allah, raja yang sebenarnya…” (Surah al-Mu’-minuun: ayat 115-116)

Allah Ta’ala berfirman:
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi ana pa yang ada di antara keduanya dengan main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq (benar), tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah ad-Dukhaan: ayat 38-39)

Sesungguhnya pengamatan pada alam yang menakjubkan ini akan memperlihatkan kepada kita hikmah-Nya yang sangat tinggi, sehingga Allah tidak akan membiarkan manusia yang kuat berlaku zalim kepada yang lemah di antara mereka tanpa ada balasan, dan tidak membiarkan orang-orang yang berpaling dari jalan yang benar tanpa ada balasan yang setimpal setelah kehidupan ini.

Begitu juga orang-orang yang telah mengkhususkan kesungguhan mereka dengan beramal mencari keridhaan Rabb mereka. Allah tidak akan biarkan mereka tanpa mendapat keutamaan dan ganjaran dari-Nya.

C. Peristiwa-peristiwa kiamat

1) Tiupan sangkakala :

Nabi s.a.w memberitahu kepada kita tentang keadaan malaikat peniup sangkakala dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a :

Ertinya : “ Malaikat peniup sangkakala tidak pernah mengelipkan matanya sejak diciptakan Allah dan ditugaskan dengan tugas tersebut sambal terus menerus memandang kearah arasy menunggu arahan Allah

Ulama berbeza pendapat adakah tiupan sangkakala berlaku sebanyak dua kali atau tiga kali. Perbezaan pendapat ini berlaku disebabkan oleh berbezanya mereka dalam memahami nas-nas berkaitan sangkakala.

Bagi pendapat yang mengatakan ada dua tiupan sangkakala mereka berhujjah dengan

Firman Allah s.w.t:
“Dan ketika sangkakala ditiup, maka matilah semua (makhluk) yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian sangkakala itu ditiup sekali lagi, maka seketika itu mereka bangkit (dari kuburnya) menunggu (keputusan Allah).” (Surah az-Zumar: ayat 68)

1. Tiupan sangkakala pertama berfungsi sebagai tiupan yang mengejutkan dan membuat semua makhluk mati, baik di langit maupun di bumi, kecuali yang dikehendaki Allah. Kemudian ruh-ruh ketika itu akan dikembalikan kepada jasadnya masing-masing.

2. Tiupan sangkakala kedua berfungsi untuk membangkitkan semua makhluk dari kuburnya, maka bangkitlah manusia dari liang kuburnya untuk menghadap Allah, Rabb semesta alam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman tentang tiupan kadua:
“Dan sangkalala ditiup (kembali), maka seketika itu mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka.” (Surah Yaasiin: ayat 51)

Manakala bagi ulama yang mengatakan ada tiga tiupan sangkakala mereka berhujjah dengan ayat-ayat berikut :

1. Tiupan yang menakutkan

"...dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, Maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri." (Surah an-Naml: ayat 87)

Allah s.w.t menceritakan keadaan manusia ketika berlaku tiupan yang bertujuan menakutkan seperti berikut :

"Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya." (Surah Abasa: ayat 37)

Begitu juga firman Allah s.w.t :

"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; Sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat)." (Surah al-Hajj: ayat 1)

"...(ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu Lihat manusia dalam Keadaan mabuk, Padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya." (Surah al-Hajj: ayat 2)

2. Tiupan yang mematikan

“Dan ketika sangkakala ditiup, maka matilah semua (makhluk) yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian sangkakala itu ditiup sekali lagi, maka seketika itu mereka bangkit (dari kuburnya) menunggu (keputusan Allah).” (Surah az-Zumar: ayat 68)

Setelah Allah s.w.t mematikan semua makhluk dan tidak ada yang hidup melainkan Dia, Allah berkata dengan suara yang keras :

“Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”. (Surah al-Mu’min: ayat 16)

3. Tiupan Menghidupkan

"Kemudian sangkakala itu ditiup sekali lagi, maka seketika itu mereka bangkit (dari kuburnya) menunggu (keputusan Allah).” (Surah az-Zumar: ayat 68)

D. Kebangkitan (Al- Ba’th)

Peristiwa kebangkitan berlaku langsung setelah ditiupkan sangkakala yang bertijuan menghidupkan. Semua mahluk yang bernyawa dan berakal sejak nabi Adam a.s sehingga yang terakhir dilahirkan di dunia akan dibangkitkan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;

“...dan ditiuplah sangkalala, Maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! siapakah yang membangkitkan Kami dari tempat-tidur Kami (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (tuhan) yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul- rasul(Nya)” (Surah Yasiin: ayat 51 - 52)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandunginya)” (Surah Zalzalah: ayat 1-2)

E. Padang Mahsyar

Padang Mahsyar adalah suatu tempat di akhirat yang sangat luas.

"(iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." (Surah Ibrahim: ayat 48)

Di tempat itulah manusia akan merasa berat dan lama menanti pengadilan dari Allah yang Maha kuasa.

Nabi s.a.w bersabda :
"Yaumul Hasyr merupakan saat terjadinya peristiwa di mana semua makhluk dikumpulkan dan akan dihisab serta diberi keputusan oleh Allah tentang semua amalan yang dikerjakan ketika hidup di dunia. Pada hari itu, semua manusia dikumpulkan dan diadili oleh Allah swt. dengan seadil-adilnya."

Allah swt. Berfirman :
"Dan (ingatlah) hari yang di waktu itu Kami menghimpun semuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-o rang musyrik, "Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dulu kamu katakan (sekutu-sekutu Kami)?" (Surah al An'am: ayat 22)

F. Al- Hisab

Yaumul Hisab adalah hari perhitungan semua amal perbuatan baik maupun buruk manusia selama hidup di dunia. Sekalipun sebesar zarrah amalan manusia tidak akan lepas dari perhitungan Allah swt.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya Dia akan melihat balasannya dan Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya Dia akan melihat balasannya pula”. (Surah Zalzalah: ayat 7-8)

Pada hari itu, manusia tidak akan mampu mengelak dan berbohong dari segala amal perbuatannya karena semua anggota badan akan menjadi saksi atas perbuatannya.

"...pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Surah Yasiin ayat 65)

Sekalipun manusia telah lupa, tetapi Allah swt. Maha Mengetahui atas segala amal perbuatan manusia sebagaimana firman-Nya;

“Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah swt. semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu." (Surah al Mujadilah: ayat 6)

Keadaan manusia pada hari itu bergantung kepada amal perbuatannya selama di dunia. Bagi mereka yang selama di dunia terbiasa melakukan amal kebajikan dan ibadah, mereka akan merasakan bahawa perhitungan itu amat mudah dan cepat. Sebaliknya, bagi mereka yang terbiasa berbuat maksiat, mereka akan diliputi kekecewaan dan penyesalan yang tiada tara.

F. Al- Mizan (Timbangan)

Mizan adalah timbangan amal. Maksudnya, setiap amal manusia akan ditimbang agar diketahui secara yakin dan pasti tentang amal baik dan amal buruknya. Penimbangan itu dilakukan dengan seadil-adilnya .

Allah swt. berfirman.
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalnya itu) hanya seberat biji sawi pun, Kami pasti mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan." (QS Al Anbiya: 47)

Allah s.w.t juga berfirman :
“Dan ada pun orang-orang yang berat timbangan (kebaikannya), maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan ada pun orang yang ringan timbangan (kebaikannya), maka tempat kembalinya adalah Neraka Hawiyah. " (QS Al Qariah: 6-9)

G. Syurga dan Neraka

Syurga adalah suatu tempat di mana segala kenikmatan hakiki disediakan Allah swt. khusus untuk orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Kenikmatan, keindahan, dan kemegahannya sulit digambarkan karena belum pernah dilihat oleh mata atau didengar oleh telinga. Semua itu hanya diperuntukkan bagi orang-orang yang tunduk dan patuh pada aturan-aturan Allah. Mereka itulah orang-orang yang beruntung karena bagi mereka disediakan syurga yang penuh dengan kebahagiaan dan kesempurnaan.

Allah swt. berfirman.
Ertinya: "Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Surga Adn yang mengalir di bawabnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah rida terhadap mereka dan mereka pun rida kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang-orang yang takut kepada Tuhannya. " (QS Al Bayyinah: 8)

Dalam berbagai keterangan Al Quran, syurga memiliki berbagai macam tingkatan. Orang-orang yang beriman menempatinya sesuai dengan tingkatan keimanan dan ketakwaan mereka pada Allah swt.

Nama-nama syurga itu antara lain Syurga Firdaus, Syurga Nai'm, Syurga Ma'wa, Syurga Adn, Syurga Khulud, Syurga Darussalam, dan Darul Maqamah.

Adapun neraka merupakan tempat terakhir yang terburuk dan paling berat disediakan bagi orang-orang kafir, musyrik, fasik, ingkar, dan durhaka kepada Allah swt. Mereka akan kekal di dalamnya dengan penuh kesengsaraan dan azab yang sangat dahsyat. Setiap saat dan setiap detik mereka selalu berhadapan dengan azab dan siksa yang pedih.

Firman Allah swt.
Artinya: "Orang-orang kafir dibawa ke Neraka Jahanam dalam rombongan-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu, dibukakanlah pintu pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga penjaganya, 'Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?" Mereka menjawab, “Benar (telah datang)." Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir." (QS Az Zumar: 71)

Neraka juga memiliki tingkatannya, antara lain Neraka Jahanam, Neraka Lazha, Neraka Shaqar, Neraka Sa'ir, Neraka Huthamah, Neraka Wail, dan Neraka Hawiyah.



Topik Keduabelas : Perkara-perkara yang merosakkan Aqidah

Pengenalan


Aqidah adalah suatu ikatan yang kuat dan kukuh dalam beriman terhadap perinsip-perinsip agama islam. Ikatan keyakinan ini boleh menjadi rosak sekiranya seseorang individu menyakini, melakukan, atau mengatakan perkara-perkara yang bercanggahan dengan dengan agama islam.

Sesuatu yang merosakkan iman itu banyak, sebahagiannya boleh mengeluarkan pelakunya dari agama islam dan sebahagiannya yang lain tidak sampai mengeluarkan seseorang itu dari agama islam. Sebahagiannya berlaku dalam keyakinan, sebahagiannya dalam perkataan, dan sebahagian yang lain berlaku dalam perbuatan.

Topik ini adalah topik yang sangat rumit dan detail untuk dibicarakan. Perbincangan masalah ini harus dilakukan dengan penuh hati-hati dan penuh dengan disiplin agar tidak berlaku kafir-mengkafirkan dikalangan masyarakat awam.

Untuk melaksanakan tuntutan pelajaran, pembelajaran topik ini akan kita fokuskan kepada pemahaman terhadap istilah-istilah penting berkaitan dengan topik. Istilah-istilah ini adalah :

1. Kufur.

2. Syirik.

3. Nifaq


- Kufur

Definisi Kufur - kufur secara bahasa bererti menutupi.

Sedangkan menurut syara’ kufur adalah tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya, samaada dengan mendustakannya atau tidak mendustakannya.

Jenis Kufur

Kufur terbahagi kepada dua jenis :

1. Kufur Besar

2. Kufur Kecil

Kufur Besar

Kufur besar boleh mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Kufur besar ada lima jenis:

1. Kufur Kerana Mendustakan ( كفر التكذيب)

Dalilnya adalah firman Allah.
‘Ertinya : Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran tatkala yang hak itu datang kepadanya ? Bukankah dalam Neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir ?” [Al-Ankabut : 68]

2. Kufur Kerana Enggan dan Sombong (كفر العناد والاستكبار)

Dalilnya firman Allah s.w.t.
“Ertinya : Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat, ‘Tunduklah kamu kepada Adam’. Lalu mereka tunduk kecuali iblis, ia enggan dan congkak dan adalah ia termasuk orang-orang kafir” [Al-Baqarah : 34]

3. Kufur Kerana Ragu (كفر الشك)

Dalilnya adalah firman Allah.
“Ertinya : Dan ia memasuki kebunnya, sedang ia aniaya terhadap dirinya sendiri ; ia berkata, “Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira Hari Kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Rabbku, niscaya akan kudapati tempat kembali yang baik” Temannya (yang mukmin) berkata kepadanya, ‘Apakah engkau kafir kepada (Rabb) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, kemudian Dia menjadikan kamu seorang laki-laki ? Tapi aku (percaya bahawa) Dialah Allah Rabbku dan aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun” [Al-Kahfi : 35-38]

4. Kufur Kerana Berpaling (كفر الإعراض)

Dalilnya adalah firman Allah;
“Ertinya : Dan orang-orang itu berpaling dari peringatan yang disampaikan kepada mereka” [Al-Ahqaf : 3]

5. Kufur Kerana Nifaq (كفر النفاق)

Dalilnya adalah firman Allah
“Ertinya : Yang demikian itu adalah kerana mereka beriman (secara) lahirnya lalu kafir (secara batinnya), kemudian hati mereka dikunci mati, kerana itu mereka tidak dapat mengerti” [Al-Munafiqun : 3]

Kufur Kecil

Kufur kecil ialah kufur yang tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, dan ia adalah kufur amali.

Kufur amali ialah dosa-dosa yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai dosa-dosa kufur, tetapi tidak mencapai derajat kufur besar. Seperti kufur nikmat, sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya.

“Ertinya : Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkari dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kafir” [An-Nahl : 83]

Termasuk juga membunuh orang muslim, sebagaimana yang disebutkan dalam sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

سباب المؤمن فسق وقتاله كفر

“Ertinya : Mencaci orang muslim adalah suatu kefasikan dan membunuhnya adalah suatu kekufuran” [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]

Termasuk juga bersumpah dengan nama selain Allah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

"من حلف بغير الله فقد كفر أو أشرك "

“Ertinya : Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah berbuat kufur atau syirik” [At-Tirmidzi dan dihasankannya, serta dishahihkan oleh Al-Hakim]

Yang demikian itu kerana Allah tetap menjadikan para pelaku dosa sebagai orang-orang mukmin. Allah berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى

“Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishash berkenan dengan orang-orang yang dibunuh” [Al-Baqarah : 178]

Allah tidak mengeluarkan orang yang membunuh dari golongan orang-orang beriman, bahkan menjadikannya sebagai saudara bagi wali yang (berhak melakukan) qishash[1].

Allah berfirman

فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ

“Ertinya : Maka barangsiapa mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma’af) membayar (diat) kepada yangmemberi maaf dengan cara yang baik (pula)” Al-Baqarah : 178]

Yang dimaksud dengan saudara dalam ayat di atas tanpa diragukan lagi adalah saudara seagama, berdasarkan firman Allah.

“Ertinya : Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah, jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” [Al-Hujurat : 9-10]

Perbezaan Antara Kufur Besar Dan Kufur Kecil

1. Kufur besar mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan menghapuskan (pahala) amalnya, sedangkan kufur kecil tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, juga tidak menghapuskan (pahala)nya sesuai dengan kadar kekufurannya, dan pelakunya tetap dihadapkan dengan ancaman.

2. Kufur besar menjadikan pelakunya kekal dalam neraka, sedangkan kufur kecil, jika pelakunya masuk neraka maka ia tidak kekal di dalamnya, dan mungkin saja Allah memberikan ampunan kepada pelakunya, sehingga ia tidak dimasukkan dalam neraka sama sekali.

3. Kufur besar menjadikan halal darah dan harta pelakunya ketika berlaku jihad , sedangkan kufur kecil tidak demikian.

- Syirik

Ahlus Sunnah wal Jama’ah sepakat bahawa syirik merupakan bentuk kemaksiatan yang paling besar kepada Allah Azza wa Jalla, syirik merupakan sebesar-besar kezaliman, sebesar-besar dosa yang tidak akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala jika seseorang mati didalamnya.

A. Definisi Syirik

Syirik adalah menyamakan selain Allah dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah serta Asma dan Sifat-Nya.

B. Jenis-Jenis Syirik

Syirik ada dua jenis:

1. Syirik Besar : Syirik ini menjadi penyebab keluarnya seseorang dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan jika meninggal dalam keadaan demikian, akan kekal di dalam neraka.

2. Syirik Kecil : Iaitu setiap ucapan atau perbuatan yang dinyatakan syirik oleh syara tetapi tidak mengeluarkan dari agama. Ia merupakan dosa besar yang dapat mengantarkan kepada syirik akbar.

C. Bentuk-bentuk Syirik Besar :

Bentuk-bentuk Syirik dapat dibagikan kepada 3 kategori :

1) Syirik di dalam Al Uluhiyyah

Iaitu melakukan mana-mana jenis-jenis ibadah bukan kepada Allah s.w.t.

Seperti tawaf dan berdoa di kuburan dengan tujuan meminta pertolongan dari si mati.

Manakala, bagi yang tawaf dan berdoa kepada Allah di perkuburan kerana menyangka bahawa berdoa dan tawaf di sana adalah lebih mustajab, maka perbuatan tersebut di hukum sebagai bid’ah dan sesat yang boleh membawa pelakunya kepada syirik.

2) Syirik Di Dalam Ar Rububiyyah

Iaitu jika seseorang meyakini bahawa ada selain Allah yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan, dan yang lainnya dari sifat-sifat ar rububiyyah. Orang-orang seperti ini keadaannya lebih sesat daripada orang-orang kafir terdahulu.

3) Syirik Di Dalam Asma’ dan Sifat

Iaitu kalau seseorang mensifatkan sebagian makhluk Allah dengan sebagian sifat-sifat Allah yang khusus bagi-Nya. Contohnya, menyakini bahawa ada makhluk Allah yang mengetahui perkara-perkara ghaib.

D. Bentuk-bentuk Syirik Kecil

Syirik kecil ada dua jenis:

1. Secara Zahir

2. Secara Tersembunyi

Syirik kecil secara zahir :

Syirik kecil secara zahir boleh berlaku bentuk ucapan dan perbuatan.

Antara syirik kecil dalam ucapan ialah bersumpah dengan selain Nama Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللهِ فَقَدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَ.

“Barangsiapa bersumpah dengan selain Nama Allah, maka ia telah berbuat kufur atau syirik.”

Syirik dan kufur yang dimaksud di sini adalah syirik dan kufur kecil.

Manakala syirik kecil dalam perbuatan ialah seperti memakai gelang atau benang atau sejenisnya sebagai tangkal dan azimat untuk tujuan pengubatan .

Syirik kecil secara tersembunyi :

Syirik kecil yang tersembunyi hanya berlaku dalam hati, syirik jenis ini adalah syirik keinginan dan tujuan seperti riya’ (ingin dipuji orang) dan sum’ah (ingin didengar orang), dan lainnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ، فَقَالُوْا: وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ، يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قاَلَ: اَلرِّيَاءُ.

“Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil.” Mereka (para Sahabat) bertanya: “Apakah syirik kecil itu, wahai Rasulullah?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Iaitu riya’.”

Termasuk juga dalam syirik kecil, iaitu seseorang yang melakukan amal untuk kepentingan duniawi, seperti orang yang menunaikan ibadah haji atau berjihad untuk mendapatkan harta benda.

- Nifaq

A. Definsi Nifaq

Nifaq dalam bahasa arab berasal dari kata النّافِقَاءُ (nafiqa') iaitu salah satu lubang tempat keluarnya yarbu (haiwan seperti tikus) dari sarangnya, di mana jika ia dicari dari lubang yang satu maka akan keluar dari lubang yang lain. Dikatakan pula, ia berasal dari kata النفق (nafaq) iaitu lubang tempat bersembunyi.

Nifaq menurut syara' iaitu menampakkan Islam dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan.

B. Jenis Nifaq

Nifaq terbahagi kepada dua jenis : Nifaq I'tiqadi dan Nifaq 'Amali.

1. Nifaq I'tiqadi (Keyakinan)

Nifaq I'tiqadi (keyakinan) iaitunifaq besar, di mana pelakunya menampakkan keislaman, tetapi menyembunyikan kekufuran.

Jenis nifaq ini menjadikan pelakunya keluar dari agama dan berada di dalam kerak neraka.

Allah Subhanahu waTa’ala menyifati para pelaku nifaq ini dengan berbagai kejahatan, seperti kekufuran, ketiadaan iman, mengolok-olok dan mencaci agama dan pemeluknya serta kecenderungan kepada musuh-musuh agama untuk bergabung dengan mereka dalam memusuhi islam.

Orang-orang munafik jenis ini sentiasa ada pada setiap zaman. Lebih-lebih ketika terlihat kekuatan Islam dan mereka tidak mampu melawannya secara zahir. Dalam keadaan seperti itu mereka masuk ke dalam agama Islam untuk melakukan tipu daya terhadap agama dan pemeluknya secara tersembunyi, dengan cara itu juga mereka dapat hidup bersama umat Islam dan merasa tenang dalam hal jiwa dan harta benda mereka.

Kerana itu, seorang munafiq menampakkan keimanannya kepada Allah Subhanahu waTa’ala , malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan Hari Akhirat ketika bersama orang yang beriman, tetapi dalam batinnya mereka berlepas diri dari semua itu dan mendustakannya.

2. Nifaq 'Amali ( perbuatan)

Nifaq amali (perbuatan) atau nifaq kecil iaitu melakukan sesuatu yang merupakan perbuatan orang-orang munafiq, tetapi masih tetap ada iman di dalam hati.

Nifaq jenis ini tidak mengeluarkannya dari agama, tetapi merupakan perantara (wasilah) kepada yang demikian. Pelakunya berada dalam iman dan nifaq. Lalu jika perbuatan nifaqnya banyak, berkemungkinan akan menjadi sebab terjerumusnya dia ke dalam nifaq yang besar, berdasarkan sabda Nabi s.a.w,

“أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا، إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ”.

"Ada empat hal, yang jika berada pada diri seseorang maka ia menjadi seorang munafiq sesungguhnya, dan jika seseorang memiliki kebiasaan salah satu dari padanya, maka berarti ia memiliki satu kebiasaan (ciri) nifaq sampai ia meninggalkannya; bila dipercaya ia berkhianat, bila berbicara ia berdusta, bila berjanji ia memungkiri dan bila bertikai ia berbuat curang."(Muttafaqun 'alaih).

Rasulullah s.a.w juga bersabda :

"آية المنافق ثلاثة : إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان"

Ertinya : “Tanda-tanda seorang munafiq ada tiga : apabila bercakap, dia akan berbohong, apabila berjanji dia akan mungkiri, dan apabila diberi suatu amanah dia akan khianati”

Kadang-kadang pada diri seorang hamba berkumpul sifat-sifat baik dan sifat-sifat buruk, sifat-sifat iman dan sifat-sifat kufur dan nifaq. Oleh itu, ia mendapatkan pahala dan siksa setimpal dengan kesan dari apa yang ia lakukan, seperti malas dalam melakukan solat berjamaah di masjid. Ini adalah di antara sifat orang-orang munafiq.

Sifat nifaq adalah sesuatu yang buruk dan sangat berbahaya, kerana itulah sehingga para sahabat begitu sangat takutnya kalau-kalau dirinya terjerumus ke dalam nifaq. Ibnu Abi Mulaikah berkata:

"Aku bertemu dengan 30 sahabat Rasulullah s.a.w, mereka semua takut kalau-kalau ada nifaq dalam dirinya".

Perbezaan antara Nifaq Besar dengan Nifaq Kecil :

1. Nifaq besar mengeluarkan pelakunya dari agama, sedangkan nifaq kecil tidak mengeluarkannya dari agama.

2. Nifaq besar adalah berbezanya yang lahir dengan yang batin dalam hal keyakinan, sedangkan nifaq kecil adalah berbezanya yang lahir dengan yang batin dalam hal perbuatan, bukan dalam hal keyakinan.

3. Nifaq besar tidak terjadi dari seorang mukmin, sedangkan nifaq kecil bisa terjadi dari seorang mukmin.

4. Pada umumnya, pelaku nifaq besar tidak bertaubat, seandainya pun bertaubat, maka ada perbezaan pendapat tentang diterimanya taubatnya di hadapan hakim. Lain halnya dengan nifaq kecil, pelakunya terkadang bertaubat kepada Allah Subhanahu waTa’ala , sehingga Allah Subhanahu waTa’ala menerima taubatnya.


Tamat 

Part 2 - Topik 7 - 12