Search This Blog

Thursday, August 17, 2017

Ringkasan nota-nota pengajian ilmu Akidah IDT-IQS



Topik 1

Aqidah berasal dari kata al-‘aqdu (الْعَقْدُ) yang bererti ikatan yang kuat dan kukuh. Ia merupakan ilmu yang membincangkan tentang keyakinan terhadap persoalan-persoalan ghaib yang diberitakan dalam Al-quran dan As-Sunnah yang sahih menurut manhaj Salafus Soleh.

Di antara nama-nama lain untuk aqidah adalah:

1. Al-Iman
2. Tauhid
3. As-Sunnah
4. Usuluddin - rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan masalah-masalah yang qath’i serta hal-hal yang telah menjadi kesepakatan para ulama.

Di antara kepentingan ilmu Aqidah dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Ilmu yang paling penting dan asas bagi setiap individu muslim.

2. Aqidah merupakan risalah utama para rasul.

3. Penerimaan amal bergantung kepada sahnya aqidah.

Topik 2

Sumber ilmu aqidah ada tiga, iaitu:

1- Al-Quran

2- As-Sunnah

3- Ijma’ Ulama Salaf

Kaedah pengambilan dalil atau sumber-sumber ilmu akidah (manhaj al talaqqi wal istidlal):

1. Tsabit
2. Hadis Sahih - mutawatir atau hadis ahad
3. Fahaman Salafus Soleh
4. Dalil aqal yang benar tidak akan bertentangan dengan nas-nas al-quran dan as-sunnah. Apabila seolah-olah berlaku pertentangan, maka hendaklah didahulukan al-quran dan as-sunnah.

Topik 3

1. Islam, iman dan ihsan merupakan tiga istilah asas dalam pelajaran ilmu aqidah atau dikenali sebagai maratibud din”( مراتب الدين) iaitu martabat-martabat dalam agama.

2. Tingkatan Amalan Dalam Agama
a. Tingkatan pertama : Islam (rukun Islam - martabat yang paling umum dalam agama)
b. Tingkatan kedua : Iman (rukun Iman - martabat lebih tinggi berbanding islam)
c. Tingkatan ketiga : Ihsan (Ihsan adalah istilah yang merujuk kepada qualiti yang tertinggi dalam beribadah kepada Allah s.w.t - rujuk hadis Jibrail)

Topik 4

1. Tauhid bermaksud menyatukan, iaitu menjadikan sesuatu itu satu (esa). Dalam Islam, tauhid bermaksud menyembah Tuhan (Allah SWT) yang satu.

2. Ulama bahagikan ilmu tauhid kepada 3, iaitu:

Pertama : Tauhid Rububiyah (penciptaan, kekuasaan dan pentadbiran Allah)
Kedua : Tauhid Uluhiyah (Ibadah)
Ketiga : Tauhid Al Asma Was Sifat (nama-nama dan sifat-sifat Allah)

3. Sebahagian ulama membahagikan tauhid kepada dua sahaja iaitu;

a. Tauhid dalam ma’rifat wal ithbat (pengenalan dan penetapan)

b. Tauhid fii thalab wal qasd (tauhid dalam tujuan ibadah)

4. Ilmu-ilmu tauhid ini berkait rapat diantara satu sama lain, ia tidak boleh dipisahkan kerana tauhid rububiyah melazimkan tauhid uluhiyah dan tauhid uluhiyah terkandung di dalamnya tauhid rububiyah.

4. Makna Rab - raja yang mengatur manusia. Makna ilah adalah tuhan (yang berhak disembah). Istilah “Rab” dan “Ilah” apabila disebut bersama dalam suatu ayat, maka ketika itu makna keduanya adalah berbeza antara satu sama lain, Manakala apabila keduanya di sebut secara berasingan, maka salah satunya mengandungi makna yang lain.

Topik 5

Jenis-jenis dalil kewujudan Allah - Sesungguhnya segala kewujudan dan kejadian di alam ini menjadi bukti kewujudan Allah s.w.t, namun bukti-bukti ini boleh dibahagiakn kepada empat kategori :

1. Dalil Fitrah - Fitrah manusia meyakini kewujudan Tuhan

2. Dalil Akal - Dalil-dalil 'Aqli yang dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah - Cth Surah at-Thur : ayat 35 - 37.

3. Dalil syara’ - Dalil-dalil rububiyyah dan uluhiyyah yang dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Cth Allah s.w.t berfirman (maksudnya) : “ Dialah Allah yang menciptakan langit-langit dan bumi”.

4. Dalil Panca indera (hissi) - Segala sesuatu yang dilihat, dihidu, didengar, disentuh dan dirasa yang dapat menunjukkan kewujudan tuhan yang menciptakan semua itu. Termasuk dalam jenis dalil ini ialah segala mu’jizat nabi-nabi dan rasul-rasul Allah s.w.t.

Topik 6

1. Rububiyyah Allah boleh diringkaskan dalam erti mengesakan Allah dalam tiga perkara iaitu penciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan pengaturan-Nya.

2. Tauhid rububiyyah ini diakui oleh semua orang sama ada Muslim, ataupun Non-Muslim.

3. Pengingkaran tauhid rububiyyah oleh segelintir manusia hanyalah kerana kesombongan dan keengganan mereka untuk akur terhadap apa yang telah tertanam dalam hati mereka.

4. Dengan hanya akur terhadap tauhid Rububiyah tidak dianggap telah mentauhidkan Allah jika tanpa tauhid uluhiyyah (ibadah).

5. Dalil-dalil tauhid rububiyyah (jenis-jenis bukti kewujudan Allah s.w.t) ialah :

- Dalil Fitrah

- Dalil Akal

- Dalil syara’

- Dalil Hissi (yang dapat dikesan oleh pancaindera)

Topik 7

1. Tauhid Uluhiyyah adalah mentauhidkan Allah dalam melakukan segala bentuk ibadah. Diantara dalil-dalil tauhid uluhiyyah adalah firman Allah s.w.t : “Hanya Engkau yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkau Kami meminta pertolongan” (Surah al-Fatihah: ayat 5)

2. Orang-orang musyrikin juga mengakui Allah sebagai Rab dan Pencipta alam semesta tetapi mereka tidak beribadah hanya kepada Allah sahaja. Mereka juga turut menyembah tuhan-tuhan (tuhan palsu ciptaan akal fikiran) yang lain.

3. Syaikh Dr. Soleh Al- Fauzan berkata: “Dari tiga bahagian tauhid ini, yang paling ditekankan adalah tauhid uluhiyah. Kerana ini adalah misi dakwah para rasul, dan alasan diturunkannya kitab-kitab suci, dan alasan ditegakkannya jihad di jalan Allah. Semua itu bertujuan agar manusia hanya menghambakan diri kepada Allah, dan agar penghambaan kepada selainNya ditinggalkan”.

Topik 8

1. Tauhid Al Asma’ was Sifat adalah mentauhidkan Allah Ta’ala dalam penetapan nama dan sifat Allah s.w.t.

2. Syeikh Muhammad Amin Asy- Syanqithi menyebutkan tiga syarat untuk memahami semua sifat Allah s.w.t :

Pertama : Tanzih (التنزيه) iaitu mensucikan Allah daripada sebarang persamaan dengan Allah.

Kedua : Mengisbatkan (الإثبات) semua sifat yang disebutkan dalam dalil-dalil Al-quran dan As-Sunnah

Ketiga : Menyekat keinginan untuk mengetahui kaifiyah atau bagaimana bentuk sifat tersebut melebihi dari apa yang diberitakan.

3. Iman Malik bin Anas rahimahullah telah ditanya oleh seorang lelaki : Bagaimanakah istiwa’? Beliau menjawab : “Istiwa’ itu telah maklum maknanya, kaifiyyahnya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, bertanyakan soalan tentang (kaifiyah) adalah suatu bid’ah”.

4. Bentuk-bentuk penyelewengan dalam asma’ dan sifat; Tahrif (التحريف ), Tafwidh ( التفويض), Ta’thil (التعطيل), Takyif (التكييف), Tasybih (التشبيه).


(bersambung...)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment