TOPIK PERTAMA : PENGENALAN ILMU ‘AQIDAH
A. Pengertian ‘Aqidah Islamiyyah
‘Aqidah (اَلْعَقِيْدَةُ) menurut bahasa Arab (etimologi) berasal dari kata al-‘aqdu (الْعَقْدُ) yang berarti ikatan yang kuat dan kukuh.
Apabila seseorang meyakini sesuatu perkara tanpa sebarang syak atau ragu,ia dinamakan aqidah dalam bahasa arab, tidak kira sama ada apa yang diyakini itu betul atau salah, sama ada berasal dari agama islam atau bukan.
Untuk memberikan pengertian yang lebih jelas, istilah lengkap bagi perkataan al- aqidah ialah “’Al-aqidah Al-islamiyyah” iaitu perkara-perkara yang wajib diyakini dengan teguh dan pasti didalam agama islam tanpa wujud sebarang bentuk keraguan.
Manakala menurut istilah (terminologi): ilmu ‘aqidah islamiyyah adalah “ilmu yang mengkaji tentang perinsip-perinsip yang teguh dan pasti terhadap rukun-rukun iman dan perkara-perkara ghaib yang diberitakan didalam Al-quran dan As-Sunnah yang sahih menurut manhaj Salafus Soleh ” .
Perlu diingatkan bahawa apabila disebut aqidah islamiyyah, yang dimaksudkan dengannya ialah aqidah ahli sunnah wal jama’ah kerana hanya aqidah ahli sunnah sahaja yang benar-benar murni bersumberkan ajaran Rasulullah s.a.w. Aqidah inilah yang dipegang oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan generasi salafus soleh.
B. Objek Kajian Ilmu ‘Aqidah
Topik-topik yang dibahaskan dalam ilmu aqidah ialah : keyakinan terhadap rukun iman yang enam iaitu keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan segala pelaksanaan kewajipan bertauhid dan taat kepada-Nya, beriman kepada Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, hari Akhirat, serta takdir baik dan buruk.
Begitu juga dibincangkan tentang sanggahan terhadap ahlul ahwa’ wal bida’ (pengikut hawa nafsu dan ahli bid’ah), semua aliran yang menyempang dari Al-quran, As-sunnah serta bagaimanakah sikap yang harus diambil terhadap mereka.
C. Nama-nama lain ilmu aqidah
Disiplin ilmu ‘aqidah ini mempunyai nama lain yang sepadan dengannya, Di antara nama-nama ‘aqidah adalah:
1. Al-Iman
‘Aqidah disebut juga dengan al-Iman sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur-an dan hadits-hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kerana ‘aqidah membahas rukun iman yang enam dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Sebagaimana penyebutan al-Iman dalam sebuah hadits yang masyhur disebut dengan hadits Jibril a.s. Dan para ulama Ahlus Sunnah sering menyebut istilah ‘aqidah dengan al-Iman dalam kitab-kitab mereka.
2. Ilmu Tauhid
‘Aqidah dinamakan dengan Tauhid kerana perbahasannya berkisar sekitar persoalan Tauhid atau pengesaan kepada Allah di dalam Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wa Sifat. Tauhid merupakan kajian ilmu ‘aqidah yang paling mulia dan merupakan tujuan utamanya. Oleh kerana itulah ilmu akidah disebut dengan ilmu Tauhid secara umum menurut ulama Salaf.
3. As-Sunnah
As-Sunnah ertinya jalan. ‘Aqidah Salaf disebut As-Sunnah kerana para penganutnya mengikuti jalan yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a di dalam masalah ‘aqidah. Dan istilah ini merupakan istilah masyhur (popular) pada tiga generasi pertama.
4. Usuluddin dan Usuluddiyanah - Usul ertinya rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan masalah-masalah yang qath’i serta hal-hal yang telah menjadi kesepakatan para ulama.
D. Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah
Nabi Muhammad s.a.w selama 13 tahun di Mekah Al-Mukarramah menumpukan perhatian dakwah baginda terhadap persoalan tauhid. Kemudian setelah berhijrah ke Madinah Munawwarah, baginda masih mengajarkan persoalan tauhid dan aqidah, disamping mengajarkan syariat islam yang lain.
Perkara ini menunjukkan kepentingan aqidah dalam kehidupan seorang muslim. Di antara kepentingan ilmu Aqidah dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Ilmu yang paling penting dan asas bagi setiap individu muslim
Ini kerana Aqidah merupakan perkara usul/pokok dalam Islam, manakala perkara-perkara yang lain-lain adalah cabang atau rantingnya. Sesuatu yang terbina atas dasar yang kukuh akan menjadi kuat dan utuh. Sebaliknya, kalau dasar tidak kukuh, apa yang dibina diatasnya akan runtuh.
2. Aqidah merupakan risalah utama para rasul
Para rasul yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia ini semuanya diperintahkan menyeru kepada aqidah yang sebenarnya, iaitu mengajak kepada keimanan dan pengabdian kepada Tuhan yang satu. Ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Qur'an :
Ertinya: "Tidaklah Kami utuskan seorang rasulpun sebelum engkau (wahai Muahammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku"(Surah Al-Anbiyaa': ayat 25)
3. Penerimaan amal bergantung kepada sahnya aqidah
Sebagaimana yang diketahui bahawa seluruh amal salih yang dilakukan oleh seseorang insan untuk mencari keredaan Allah terhenti penerimaannya di sisi Allah berdasarkan kepada sahnya aqidah yang dibicarakan dalam ilmu ini. Ini disebabkan bahawa penyelewengan aqidah membawa kepada penyelewengan iman dan tergelincir iman membawa kepada kufur, sedang Allah tidak menerima satu amalan pun daripada orang yang kufur/kafir.
Dalilnya, firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan sesiapapun yang murtad dari agamanya (Islam) lalu ia mati dalam keadaan kafir, maka mereka terhapus segala amalan mereka di dunia dan di akhirat. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Baqarah: ayat 217)
Pengenalan
Mengetahui sumber iaitu “masdar” (مصدر) dan metod pengambilan akidah dalam islam yang dikenali dengan istilah “manhaj al talaqqi wal istidlal ” (منهج التلقي وللاستدلال) merupakan hal yang sangat penting. Kesalahan dalam hal ini akan melahirkan kekeliruan dalam agama. Munculnya fahaman-fahaman sesat dalam kalangan umat islam antaranya disebabkan karena kesalahan dalam pengambilan sumber. Baik memang sumbernya yang salah, atau sumbernya benar namun cara pengambilannya yang salah.
Dalam pelajaran kali ini, kita akan berbincang mengenai dua perkara :
Pertama : Sumber ilmu aqidah
Kedua : Cara penerimaan dan pengambilan sumber
A. Sumber Ilmu Aqidah
Ilmu aqidah ialah ilmu yang membincangkan tentang keyakinan terhadap persoalan-persoalan ghaib. Maka, sumber pengambilan ilmu itu mestilah diambil daripada yang Maha Mengetahui perkara ghaib itu iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, hanya sumber yang dipastikan kebenarannya daripada Allah s.w.t yang diterima dalam menerima ilmu aqidah. Sumber-sumber tersebut adalah :
1- Al-Quran
2- As-Sunnah
3- Ijma’ Ulama Salaf
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata : “ Agama kaum muslimin terbina atas dasar mengikuti kitabullah, Sunnah Rasulullah s.a.w dan kesepakatan Ummat (Ijma’). Ini adalah tiga landasan yang maksum”. Beliau juga berkata : 'Ciri Ahlul Furqah adalah menyelesihi al-Kitab, as-Sunnah dan Ijma’. Maka barang siapa yang berprinsip dengan al-Kitab, as-Sunnah dan Ijma’ adalah termasuk ahlus-Sunnah wal-Jama’ah.
Syiah Rafidhah menyeleweng karana menjadikan imam mereka yang dua belas sebagai sumber maksum (bebas dari dosa) seperti keadaan sifat Rasulullah s.a.w. Sebahagian kaum sufi menjadikan ilham dan mimpi-mimpi seperti wahyu yang mesti diikuti. Begitu juga ahlul kalam seperti kumpulan mu’tazilah yang menjadikan akal sebagai sumber yang menghukum wahyu.
Sumber ilmu aqidah berbeza dengan sumber ilmu fiqh. Ilmu aqidah bersifat tauqifi, tiada ruang untuk berijtihad dengan aqal. Maka, Ilmu aqidah tidak menggunakan dalil qiyas, maslahah mursalah, istihsan, istishab dan sebagainya.
B. Cara Penerimaan dan Pengambilan Dalil
Berikut di senaraikan beberapa kaedah terpenting dalam menerima dalil daripada sumber-sumber ilmu aqidah.
1. Apabila telah sabit suatu ketetapan aqidah daripada al-quran dan as-sunnah, maka ketetapan itu mesti diterima sepenuhnya tanpa sebarang pertikaian.
2. Semua hadis yang sahih dari rasulullah s.a.w adalah sumber aqidah sama ada hadis tersebut mutawatir atau hadis ahad.
3. Pemahaman Salafus Soleh adalah dirujuk dalam memahami nas-nas al-quran dan as-sunnah. Begitu juga dirujuk erti kata bahasa arab dalam membantu memahami nas-nas agama.
4. Perinsip-perinsip utama dalam agama terutamanya berkaitan aqidah telah pun lengkap dan sempurna dijelaskan oleh rasulullah s.a.w. Sesiapa pun tiada hak untuk mencipta suatu perkara baru (bid’ah) dalam agama. Dalil aqal yang benar tidak akan bertentangan dengan nas-nas al-quran dan as-sunnah. Apabila seolah-olah berlaku pertentangan, maka hendaklah didahulukan al-quran dan as-sunnah
Topik Ketiga : Islam Iman dan Ihsan
Pengenalan
Islam, iman dan ihsan merupakan tiga istilah asas dalam pelajaran ilmu aqidah. Ketiga-tiga istilah ini dikenali dengan istilah “ maratibud din”( مراتب الدين) iaitu martabat-martabat dalam agama. Tiap-tiap martabat mempunyai rukunnya yang tersendiri. Pembahagian agama kepada tiga martabat ini diambil daripada hadis sahih yang terkenal yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim daripada Sayyidina Umar Al-Khattab r.a tentang kedatangan malaikat Jibril a.s untuk mengajarkan agama islam kepada sahabat-sahabat rasulullah s.a.w melalui soalan-soalan berkenaan perkara asas dalam agama. Hadis ini meringkaskan intipati ajaran islam kepada tiga martabat diatas. Dikalangan ulama hadis, hadis ini di kenali sebagai Hadis Jibril a.s.
Perkaitan antara istilah islam dan iman
Islam dan iman apabila disebut dalam nusus secara berasingan, masing-masing menunjukkan makna terhadap yang lain. Namun apabila digandingkan bersama dalam satu nas, masing-masing mempunyai erti tersendiri.
Contoh istilah islam yang disebut berasingan, firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam” (Surah Ali Imran: ayat 19)
Begitu juga sabda nabi s.a.w : “Islam ketika permulaannya kelihatan pelik dan nanti akan kembali kelihatan pelik seperti mulanya”
Islam dalam ayat dan hadis ini disebut tersendiri dalam satu nas, tidak digandingkan dengan istilah iman atau ihsan, maka erti islam dalam kedua nas ini merangkumi keseluruhan kandungan ajaran islam termasuk yang berkaitan dengan iman dan ihsan.
Manakala, contoh istilah iman disebut tersendiri, firman Allah s.w.t : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah: ayat 183)
Begitu juga sabda rasulullah s.a.w : “ Aku memerintahkan kalian agar beriman dengan Allah yang maha esa” kemudian baginda berkata : “ Adakah kalian tahu erti beriman dengan Allah yang maha esa?, mereka menjawab : “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui” Nabi berkata: “Hendaklah kalian bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, serta kalian mendirikan solat, menunaikan zakat, dan kalian membayar satu perlima daripada ghanimah kalian”
Perkataan iman didalam ayat dan hadis diatas merangkumi keseluruhan kandungan ajaran islam termasuk yang berkaitan dengan islam dan ihsan.
Manakala apabila digandingkan bersama, islam, iman dan ihsan mepunyai makna tersendiri seperti yang akan dibincangkan dibawah.
Tingkatan Amalan Dalam Agama
Apabila istilah islam, iman dan ihsan digandingkn bersama dalam satu nas, maka ketiga-tiga istilah tersebut merujuk kepda martabat atau tingkatan dalam agama islam.
a. Tingkatan pertama : Islam
Islam adalah istilah bagi syariat islam yang terdiri daripada amalan-amalan anggota zahir yang terdiri daripada lima rukun :
1- Mengucap dua kalimah syahadah
2- Mendirikan solat lima waktu
3- Menunaikan zakat
4- Berpuasa di bulan ramadhan
5- Menunaikan ibadah haji
Ini adalah martabat yang paling umum dalam agama
b. Tingkatan kedua : Iman
Iman adalah istilah yang merujuk kepada amalan-amalan hati dalam syari’at islam yang terdiri daripada enam rukun iaitu :
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada malaikat-malaikat-Nya
3. Beriman kepada kitab-kitab-Nya
4. Beriman kepada rasul-rasul-Nya
5. Beriman dengan kedatangan Hari Akhirat
6. Beriman dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya
Iman adalah martabat lebih tinggi berbanding islam
c. Tingkatan ketiga : Ihsan
Ihsan adalah istilah yang merujuk kepada qualiti yang tertinggi dalam beribadah kepada Allah s.w.t yang terdiri dari satu rukun seperti yang tersebut dalam hadis jibril yang akan kita bincangkan ertinya dalam pelajaran ini iaitu :
"Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"
Apabila seseorang hamba merasakan bahawa dia sedang berdepan dengan Allah dan diperhatikan ketika melakukan ibadah, maka dia akan sentiasa berhati-hati dalam pergerakan anggota zahir dan gerakan hati mengikut yang dikehendaki.
Hubungan antara ketiga-tiga istilah diatas dapat difahami daripada rajah di bawah :
Umar bin Al-Khattab r.a berkata :
Pada suatu ketika, sewaktu kami sedang duduk bersama rasululah s.a.w. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki berpakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. tidak terlihat padanya tanda-tanda seorang yang musafir, dan tiada seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Kemudian dia segera duduk di hadapan nabi s.aw, lalu lututnya ditemukan dengan lutut nabi s.a.w dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha nabi, kemudian ia berkata : “Wahai, Muhammad! Beritahukan kepada aku tentang Islam.”
Rasulullah s.a.w pun menjawab : ”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak disembah dengan sebarang ibadah melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah rasulullah; engkau hendaklah mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan hendaklah engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,”
Lelaki itu berkata: ”Engkau benar,” maka kami merasa hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”
Nabi s.aw menjawab: ”Iman adalah , apabila engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya; para rasulnya, hari akhirat, dan kamu beriman dengn takdir Allah, sama ada yang baik ataupun yang buruk.”
Lelaki itu berkata, “Engkau benar.”
Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”
Nabi s.a.w menjawab: ”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatnya. Sekiranya engkau tidak melihatnya, sesungguhnya ia melihatmu.”
Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku bilakah terjadinya Kiamat?”
Nabi s.a.w menjawab : ”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi s.a.w menjawab: ”Apabila seorang hamba perempuan telah melahirkan tuannya, dan apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tiada pakaian (miskin papa), pengembala kambing telah berlumba-lumba mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku :
“Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya itu?”
Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”
Nabi s.a.w menjawab: ”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatnya. Sekiranya engkau tidak melihatnya, sesungguhnya ia melihatmu.”
Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku bilakah terjadinya Kiamat?”
Nabi s.a.w menjawab : ”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi s.a.w menjawab: ”Apabila seorang hamba perempuan telah melahirkan tuannya, dan apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tiada pakaian (miskin papa), pengembala kambing telah berlumba-lumba mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku :
“Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya itu?”
Aku menjawab: ”Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Nabi s.a.w bersabda: ”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.” (HR Muslim)
Topik Keempat : Al-Quran dan Ilmu Tauhid
Muqaddimah
Allah s.w.t menurunkan al-quran sebagai panduan kepada seluruh manusia dalam menjalankan kehidupan mereka seharian. Isi kandungan Al-quran mencakupi segala aspek kehidupan. Dalam urusan tauhid, Allah s.w.t telah menjelaskan sejelas-jelasnya segala perkara yang patut diketahui dan patut dilakukan sebagai seorang hamba, kemudian diperkukuhkan lagi dengan petunjuk amali dari Sunnah Rasulullah s.a.w tanpa perlu merujuk sumber-sumber dari agama lain, pemikiran falsafah atau takwilan manusia. Allah s.w.t berfirman :
"(Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Ali Imran: ayat 138)
Tauhid dalam bahasa arab merupakan bentuk masdar (مصدر) dari fi’il (فعل) wahhada-yuwahhidu “ وحَّد – يُوَحِّد" (dengan huruf ha di tasydid), yang artinya menjadikan sesuatu itu satu.
Dari Segi istilah syar’i, makna tauhid adalah “ menjadikan Allah sebagai satu-satunya sesembahan yang benar dengan segala aspek kekhususannya”. Daripada ta’rif ini sesungguhnya dapat difahami bahwa dikalangan hamba Allah, ada yang menjadikan sembahan selain daripada Allah s.w.t , seperti Malaikat, para Nabi, orang-orang salih, bahkan makhluk Allah yang lain, namun seorang yang bertauhid hanya menjadikan Allah sebagai satu-satunya sesembahan.
Daripada hasil kajian ulama islam terhadap dalil-dalil tauhid daripada Al-quran dan As-Sunnah , mereka menyimpulkan bahawa dalil-dalil ini ada yang berbentuk berita atau perkhabaran, sebahagian yang lain berbentuk arahan dan larangan. Dalil-dalil perkhabaran tentang Allah pula dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama berita tentang keesaan Allah dalam kekuasaan, pentadbiran dan perbuatanNya, juga kedua berita mengenai nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t.
Daripada jenis-jenis dalil-dalil tauhid ini, ramai dikalangan ulama yang membahagikan tauhid kepada tiga aspek :
Pertama : Tauhid Rububiyah iaitu tauhid yang mengkaji dalil- dalil yang berbentuk berita dan perkhabaran tentang keesaan Allah s.w.t dalam penciptaan, kekuasaan, pentadbiran dan perbuatanNya. Kewajipan beriman dan meyakini keesaan Allah dalam aspek kekuasaan dan penciptaan seperti yang diberitakan adalah merupakan tauhid.
Kedua : Tauhid Uluhiyah iaitu tauhid yang mengkaji tentang dalil- dalil yang berbentuk arahan dan larangan Allah s.w.t terhadap makhluknya. Ketaatan terhadap arahan dan larangan tersebut merupakan suatu ibadah. Tauhid Uluhiyyah secara ringkasnya ialah mentauhidkan Allah dalam beribadah.
Ketiga : Tauhid Al Asma Was Sifat iaitu tauhid yang mengkaji tentang dalil- dalil yang berbentuk berita dan perkhabaran mengenai nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. Mengenali Allah melalui nama-nama dan sifat-sifat seperti yang diberitakan merupakan tauhid terhadapNya.
Segala berita tentang rububiyah, asma’ dan sifat Allah s.w.t hendaklah diimani dan diyakini tanpa sebarang keraguan dan sebarang pertentangan dengan aqal atau perasaan.
Begitu juga, segala perintah dan larangan tentang uluhiyyah Allah s.w.t hendaklah ditaati tanpa sebarang alasan.
Pembahagian tauhid kepada tiga aspek ini terkumpul dalam firman Allah dalam Al Qur’an:
Perhatikan ayat di atas:
(1). Dalam firman-Nya (رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ) (Rabb - yang menguasai - langit dan bumi) merupakan penetapan tauhid rububiyah.
(2). Dalam firman-Nya (فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ) (maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadah kepada-Nya) merupakan penetapan tauhid uluhiyah.
(3). Dan dalam firman-Nya (هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيّاً) (Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia?) merupakan penetapan tauhid asma’ dan sifat.
Sebahagian ulama membahagikan tauhid kepada dua sahaja iaitu;
1. Tauhid dalam ma’rifat wal ithbat (pengenalan dan penetapan)
2. Tauhid fii thalab wal qasd (tauhid dalam tujuan ibadah).
Pembahagian seperti ini, telah menjadikan tauhid rububiyah dan tauhid asma’ dan sifat termasuk dalam kategori yang pertama, manakala tauhid uluhiyah adalah termasuk dalam kategori yang kedua .
Pembahagian tauhid kepada tiga aspek atau dua aspek seperti yang telah disebutkan merupakan hasil penelitian para ulama terhadap seluruh dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah. Maka, pembahagian tersebut bukan termasuk bid’ah karena memiliki landasan dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, malah sebagai usaha memudahkan umat memahami nas-nas al-quran dan Sunnah rasulullah s.a.w.
Kaitan Antara Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah
Antara tauhid rububiyah dan tauhid uluhiyah mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan.
1. Tauhid rububiyah melazimkan tauhid uluhiyah.
Maksudnya pengakuan seseorang terhadap tauhid rububiyah mewajibkan dia tunduk dan taat terhadap tauhid uluhiyah. Barangsiapa yang telah mengetahui bahwa Allah adalah Tuhannya yang menciptakannya dan mengatur segala urusannya, maka dia harus beribadah hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya.
2. Tauhid uluhiyah terkandung di dalamnya tauhid rububiyah.
Maksudnya, tauhid rububiyah terkandung dalam tauhid uluhiyah. Barangsiapa yang beribadah kepada Allah semata dan tidak menyekutukan-Nya, pasti dia telah meyakini bahwa Allahlah Tuhannya dan penciptanya.
Perkara ini dapat dilihat dalam perkatan Nabi Ibrahim a.s kepada kaumnya:
1. Istilah “Rab” dan “Ilah” apabila disebut bersama dalam suatu ayat, maka ketika itu makna keduanya adalah berbeza antara satu sama lain, Manakala apabila keduanya di sebut secara berasingan, maka salah satunya mengandungi makna yang lain.
Antara contoh keduanya disebut secara bersama ialah sebagaimana dalam firman Allah:
“Katakanlah;” Aku berlindung kepada Rab (yang memelihara dan menguasai) manusia (1). Raja manusia (2). sembahan manusia (3)” (Surah An-Naas: ayat 1-3).
Makna Rab dalam ayat ini adalah tuhan yang menjadi raja yang mengatur manusia, sedangkan makna Ilah adalah tuhan yang menjadi sembahan yang berhak untuk disembah. Manakala contoh keduanya disebut secara berasingan ialah hadis berkaitan ucapan malaikat maut kepada mayit di kubur: “Siapa Rabbmu?”, yang maknanya adalah: “Siapakah penciptamu dan sembahanmu?”
Perkara yang sama juga sebagaimana firman Allah dalam beberapa ayat seperti berikut:
“(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: ”Tuhan (Rabb) kami hanyalah Allah”. (Surah Al-Hajj: ayat 40)
“Katakanlah:”Apakah aku akan mencari Rabb selain Allah”. (Surah Al-An’am: ayat 164)
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka istiqamah” (Surah Fushshilat: ayat 30).
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka istiqamah” (Surah Fushshilat: ayat 30).
Penyebutan rububiyah dalam ayat-ayat di atas mengandung makna uluhiyah ( Lihat Al Irsyad ilaa Shahihil I’tiqad 27-28).
Topik Kelima : Bukti-Bukti Kewujudan Allah
Pendahuluan
Pada topik pelajaran yang lepas, kita telah membincangkan tentang ilmu tauhid yang boleh dibahagikan kepada tiga aspek. Sebelum kita membincangkannya dengan lebih terperinci, pada pelajaran kali ini, kita akan berbincang mengenai tajuk yang lebih mendasar iaitu bukti-bukti kewujudan Allah s.w.t. Tajuk ini adalah sebahagian daripada perbahasan tauhid rububiyah Allah s.w.t, namun kita dahulukan perbincangan mengenainya kerana persoalan ini adalah asas dan tonggak kepada perbincangan seterusnya.
Objektif
Persoalan mengenai dalil kewujudan Allah pada dasarnya bukanlah suatu keperluan, kerana kewujud Allah tidak memerlukan dalil, mencari dalil kewujudan Allah seperti mencari dalil kewujudan matahari. Namun, tujuan topik ini dibincangkan adalah :
- Menambahkan keyakinan dan menenangkan hati seperti kata ibrahim a.s :
“ قال أولم تؤمن.....قلبي”
- Menjawab kesamaran-kesamaran yang cuba dilakukan oleh golongan manusia yang tidak percaya kepada kewujudan Allah
Jenis-jenis dalil kewujudan Allah
Sesungguhnya segala kewujudan dan kejadian di alam ini menjadi bukti kewujudan Allah s.w.t, namun bukti-bukti ini boleh dibahagiakn kepada empat kategori :
1. Dalil Fitrah
2. Dalil Akal
3. Dalil syara’
4. Dalil Panca indera (hissi)
Dalil Fitrah
Meyakini kewujudan Tuhan yang mencipta 'alam merupakan masalah Fitriyyah yang sedia wujud dalam jiwa manusia diciptakan Allah s.w.t semenjak lahirnya lagi, namun fitrah ini mampu ditutup oleh seliput kufur yang dibawa oleh Syaitan, hawa nafsu, atau keadaan keluarga .
Firman ALLAH ta'ala:
Maksudnya: "Maka tegakkan wajahmu kepada agama yang hanif (lurus) yang mana ia adalah Fitrah (awal penciptaan) yang ALLAH mulakan penciptaan manusia atasnya, tidak ada perubahan bagi ciptaan ALLAH (yakni: jangan kamu ubah ciptaan ALLAH ini iaitu: Fitrah), demikian itulah agama yang lurus (benar) tetapi banyak manusia tidak mengetahui" (Surah Ar-Rum: ayat 30)
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:
Maksudnya: "Tidak ada anak yang dilahirkan melainkan dia dilahirkan dalam keadaan Fitrah, maka kedua ibu bapanya yang menjadikan dia Yahudi atau Nasrani, atau Majusi, seperti mana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna sifat, adakah kamu dapati ada antaranya yang lahir dalam keadaan terpootong (telinga atau hidung)?" (HR al-Bukhari: no.1358)
Antara persaksian pancaindera bahawa manusia mempunyai pengetahuan asasi yang sedia diciptakan sejak awal kejadiannya bahawa dia mempunyai Tuhan adalah: Tidak wujud dalam sejarah manusia golongan atau umat yang mengingkari kewujudan Tuhan, jika ada pun maka mereka hanya 'Juhud' iaitu ingkar secara lisan seperti Fir'aun sebagaimana khabar ALLAH berkenaannya:
Maksudnya: "dan mereka mengingkarinya secara zahir namun jiwa mereka meyakininya, mereka melakukannya kerana zalim dan berasa tinggi diri maka lihatlah bagaimana kesudahan nasib orang-orang yang melakukan kerosakan". (Surah Al- Naml: ayat 14)
Ayat ini menjelaskan bahawa tindakan Fir'aun menafikan kewujudan Tuhan dan mengingkari Ayat-ayat ALLAH (Mukjizat Musa 'alaihis salam) sebenarnya hanya pengingkaran zahir kerana sikap zalim dan meninggi diri namun hati mereka tidak dapat tidak mengakui dan meyakininya.
Dalil Akal
Allah s.w.t telah menjelaskan dalam AL- Quran pelbagai misal dan perumpamaan yang mana ia merupakan dalil-dalil 'Aqli yang membimbing 'Aqal untuk berfikir secara waras.
Ahlus Sunnah wal Jama'ah berkeyakinan bahawa: "Dalil-dalil 'Aqli yang dinyatakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah atau diisyaratkan oleh kedua-duanya sudah mencukupi dan tidak berhajat lagi kepada sistem atau metode lain untuk memandu 'Aqal berfikir seperti Logik Aristotle dan lain-lain".
Diantara dalil akal yang di bawa oleh Al-quran ialah firman Allah s.w.t :
Maksudnya : “Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu? Sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan). Ataukah di sisi mereka ada perbendaharaan Tuhanmu atau merekakah yang berkuasa?(Surah at-Thur : ayat 35 - 37)Dalil Syara’
Dalil syara’ ialah berita yang di bawa oleh rasulullah s.w.t. Antara yang di beritakan ialah berita tentang rububiyyah dan uluhiyyah Allah s.w.t. Dalil fitrah dan dalil akal perlu dibimbing oleh dalil syara’ agar tidak tersasar dari memahami hakikat dan kebenaran.
Allah s.w.t berfirman (maksudnya) : “ Dialah Allah yang menciptakan langit-langit dan bumi”
Begitu juga , kewujudan syari’at yang sangat sempurna dalam segala aspek merupakan dalil terhadap kewujudan dan kebesaran tuhan yang menurunkan syariat tersebut.
Dalil Panca indera (Hissi)
Dalil ini berdiri diatas pengalaman hidup yang dilalui oleh manusia yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t. Pengalaman dapat diterima melalui lima panca indera yang ada pada diri manusia. Segala sesuatu yang dilihat, dihidu, didengar, disentuh dan dirasa dapat menunjukkan kewujudan tuhan yang menciptakan semua itu.
Allah berfirman (maksudnya) : "Apakah mereka tidak melihat kepada burung-burung di atas mereka mengepak dan menutup sayap mereka tiada yang memegang mereka kecuali Al- Rahman sesungguhnya Dia melihat segala sesuatu". (Surah Al-Mulk: ayat 19)
Termasuk dalam jenis dalil ini ialah segala mu’jizat nabi-nabi dan rasul-rasul Allah s.w.t.
Topik Keenam : Tauhid Rububiyah
Termasuk dalam jenis dalil ini ialah segala mu’jizat nabi-nabi dan rasul-rasul Allah s.w.t.
Topik Keenam : Tauhid Rububiyah
Mentauhidkan Allah Dalam Rububiyah
Pengenalan
Meyakini rububiyah Allah s.w.t bermaksud meyakini kekuasaan Allah dalam mencipta dan mengatur alam semesta, misalnya meyakini bumi dan langit serta isinya diciptakan oleh Allah, Allah yang memberikan rizqi, Allah yang mendatangkan badai dan hujan, Allah mengatur bintang-bintang, Allah yang menjadikan seseorang mulia atau hina dan lain lain keyakinan terhadap perbuatan Allah s.w.t .
Secara mudah , Rububiyyah Allah boleh diringkaskan dalam erti mengesakan Allah dalam tiga perkara iaitu penciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan pengaturan-Nya.
Dalil-dalil Rububiyyah Allah s.w.t
Segala aturan Allah ketas makhluk-Nya adalah terpuji dan sangat sempurna, sepertimana yang kita sering ulang-ualang bacaannya dalam surah Al-Fatihah : “Segala puji bagi Allah, Rabb bagi seluruh alam”.
Sebagaimana firman Allah s.w.t : “Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan Mengadakan gelap dan terang” (Surah al An’am: ayat 1)
Di antara ayat Al Qur’an yang menyebut tentang rububiyah Allah s.w.t ialah firman Allah s.w.t :
Ertinya : “Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa terbatas.” (Surah Ali Imran: ayat 26-27)
Pengenalan
Meyakini rububiyah Allah s.w.t bermaksud meyakini kekuasaan Allah dalam mencipta dan mengatur alam semesta, misalnya meyakini bumi dan langit serta isinya diciptakan oleh Allah, Allah yang memberikan rizqi, Allah yang mendatangkan badai dan hujan, Allah mengatur bintang-bintang, Allah yang menjadikan seseorang mulia atau hina dan lain lain keyakinan terhadap perbuatan Allah s.w.t .
Secara mudah , Rububiyyah Allah boleh diringkaskan dalam erti mengesakan Allah dalam tiga perkara iaitu penciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan pengaturan-Nya.
Dalil-dalil Rububiyyah Allah s.w.t
Segala aturan Allah ketas makhluk-Nya adalah terpuji dan sangat sempurna, sepertimana yang kita sering ulang-ualang bacaannya dalam surah Al-Fatihah : “Segala puji bagi Allah, Rabb bagi seluruh alam”.
Sebagaimana firman Allah s.w.t : “Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan Mengadakan gelap dan terang” (Surah al An’am: ayat 1)
Di antara ayat Al Qur’an yang menyebut tentang rububiyah Allah s.w.t ialah firman Allah s.w.t :
Ertinya : “Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa terbatas.” (Surah Ali Imran: ayat 26-27)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Tuhan semesta alam." (Surah Al-A'raaf: 54)
Allah s.w.t bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dan kesucian-Nya.
Sikap Manusia terhadap Rububiyah Allah ?
Jika kita perhatikan nas-nas Al-Quran, tauhid rububiyyah ini diakui oleh semua orang sama ada mukmin, ataupun kafir, sejak dahulu hingga sekarang. Malah, telah menjadi fitrah seluruh hamba mengakui rububiyah Allah s.w.t. Hal ini dikhabarkan dalam Al Qur’an:
“Sungguh jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir jahiliyah), ’Siapa yang telah menciptakan mereka?’, nescaya mereka akan menjawab ‘Allah’ ”. (Surah Az Zukhruf: ayat 87)
“Sungguh jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir jahiliyah), ’Siapa yang telah menciptakan langit dan bumi serta menjalankan matahari juga bulan?’, niscaya mereka akan menjawab ‘Allah’ ”. (Surah Al Ankabut: ayat 61)
Oleh kerana itu kita dapati ayahanda Rasulullah s.a.w bernama Abdullah, yang artinya “hamba Allah”. Padahal ketika Abdullah diberi nama demikian, rasulullah s.a.w tentunya belum lahir.
Manakala beberapa golongan minoriti dikalangan manusia, yang tidak beriman rububiyah Allah s.w.t antaranya ialah firaun, kaum dahriyyah, kaum thabi’iyyah, komunis, atheis dan lain-lain. Jumlah bilangan mereka sedikit sehingga seolah-olah tidak wujud dan dilupakan sejarah. Malah pengingkaran mereka hanyalah kerana kesombongan dan keengganan mereka untuk akur terhadap apa yang telah tertanam dalam hati mereka . Sebagaimana perkataan Musa a.s kepada fir’aun seperti dalam firman Allah s.w.t :
“Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu telah mengetahui, bahwa tiada yang menurunkan mu`jizat-mu`jizat itu kecuali Tuhan Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata: dan sesungguhnya aku mengira kamu, hai Fir`aun, seorang yang akan binasa”. (Surah Al-Isra': ayat 102)
Allah juga menceritakan tentang Fir’aun dan kaumnya: “Dan mereka mengingkarinya karena kezhaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran) nya.” (Surah An-Naml: ayat 14)
Adakah Orang Yang Akur Terhadap Rububiyah Allah Dianggap Telah Mentauhidkan Allah?
Tidak, tidak boleh dikatakan golongan musyrikin telah mentauhidkan Allah walaupun mereka akur terhadap rububiyah Allah s.w.t kerana mentauhidkan Allah menuntut seseorang mengesakan Allah dalam segala aspek ketuhanan Allah.
Meskipun sebahagian besar orang kafir termasuk kafir jahilyyah mengakui rububiyyah Allah s.w.t dan sebahagian mereka menyembah Allah dengan melakukan beberapa jenis ibadah, namun mereka juga menyembah bersama Allah tuhan-tuhan yang lain, maka mereka sebenarnya tidak mentauhidkan Allah kerana tidak mentauhidkan Allah dalam aspek uluhiyah, dan tauhid uluhiyah inilah yang diperjuangkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Jenis-jenis Dalil Rububiyyah Allah s.w.t
Walaupun bukti-bukti rububiyyah Allah s.w.t tidak terbatas dan tidak terhitung banyaknya , namun ianya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis atau kategori. Jenis-jenis dalil berkaitan rububiyyah Allah s.w.t adalah sama seperti jenis-jenis dalil kewujudan Allah s.w.t, malah perbincangan mengenai kewujudan Allah sebenarnya adalah sebahagian daripada perbahasan tauhid rububiyyah .
Dalil-dalil tersebut ialah :
- Dalil Fitrah
- Dalil Akal
- Dalil syara’
- Dalil Hissi (yang dapat dikesan oleh pancaindera)
Sikap Manusia terhadap Rububiyah Allah ?
Jika kita perhatikan nas-nas Al-Quran, tauhid rububiyyah ini diakui oleh semua orang sama ada mukmin, ataupun kafir, sejak dahulu hingga sekarang. Malah, telah menjadi fitrah seluruh hamba mengakui rububiyah Allah s.w.t. Hal ini dikhabarkan dalam Al Qur’an:
“Sungguh jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir jahiliyah), ’Siapa yang telah menciptakan mereka?’, nescaya mereka akan menjawab ‘Allah’ ”. (Surah Az Zukhruf: ayat 87)
“Sungguh jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir jahiliyah), ’Siapa yang telah menciptakan langit dan bumi serta menjalankan matahari juga bulan?’, niscaya mereka akan menjawab ‘Allah’ ”. (Surah Al Ankabut: ayat 61)
Oleh kerana itu kita dapati ayahanda Rasulullah s.a.w bernama Abdullah, yang artinya “hamba Allah”. Padahal ketika Abdullah diberi nama demikian, rasulullah s.a.w tentunya belum lahir.
Manakala beberapa golongan minoriti dikalangan manusia, yang tidak beriman rububiyah Allah s.w.t antaranya ialah firaun, kaum dahriyyah, kaum thabi’iyyah, komunis, atheis dan lain-lain. Jumlah bilangan mereka sedikit sehingga seolah-olah tidak wujud dan dilupakan sejarah. Malah pengingkaran mereka hanyalah kerana kesombongan dan keengganan mereka untuk akur terhadap apa yang telah tertanam dalam hati mereka . Sebagaimana perkataan Musa a.s kepada fir’aun seperti dalam firman Allah s.w.t :
“Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu telah mengetahui, bahwa tiada yang menurunkan mu`jizat-mu`jizat itu kecuali Tuhan Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata: dan sesungguhnya aku mengira kamu, hai Fir`aun, seorang yang akan binasa”. (Surah Al-Isra': ayat 102)
Allah juga menceritakan tentang Fir’aun dan kaumnya: “Dan mereka mengingkarinya karena kezhaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran) nya.” (Surah An-Naml: ayat 14)
Adakah Orang Yang Akur Terhadap Rububiyah Allah Dianggap Telah Mentauhidkan Allah?
Tidak, tidak boleh dikatakan golongan musyrikin telah mentauhidkan Allah walaupun mereka akur terhadap rububiyah Allah s.w.t kerana mentauhidkan Allah menuntut seseorang mengesakan Allah dalam segala aspek ketuhanan Allah.
Meskipun sebahagian besar orang kafir termasuk kafir jahilyyah mengakui rububiyyah Allah s.w.t dan sebahagian mereka menyembah Allah dengan melakukan beberapa jenis ibadah, namun mereka juga menyembah bersama Allah tuhan-tuhan yang lain, maka mereka sebenarnya tidak mentauhidkan Allah kerana tidak mentauhidkan Allah dalam aspek uluhiyah, dan tauhid uluhiyah inilah yang diperjuangkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Jenis-jenis Dalil Rububiyyah Allah s.w.t
Walaupun bukti-bukti rububiyyah Allah s.w.t tidak terbatas dan tidak terhitung banyaknya , namun ianya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis atau kategori. Jenis-jenis dalil berkaitan rububiyyah Allah s.w.t adalah sama seperti jenis-jenis dalil kewujudan Allah s.w.t, malah perbincangan mengenai kewujudan Allah sebenarnya adalah sebahagian daripada perbahasan tauhid rububiyyah .
Dalil-dalil tersebut ialah :
- Dalil Fitrah
- Dalil Akal
- Dalil syara’
- Dalil Hissi (yang dapat dikesan oleh pancaindera)
Tamat Part 1 - Topik 1 - 6
Sambungan Part 2 - Topik 7 - 12
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment