Search This Blog

Friday, May 19, 2017

IDT-IQS Pengajian Sirah Nabawiyyah



Pengajian Sirah Nabawiyyah oleh Ustaz Ezry Fahmi Eddy Yusof - 19/5/2017


A) Perintah Menyampaikan dakwah dan intipati dakwah

- Wahyu pertama diturunkan
- Berdakwah secara persendirian
- Berdakwah secara terangan
- Kaum muslimin hijrah ke Habsyah (Ethopia)
- Diboikot oleh Quraisy di Mekah
- Kematian isteri baginda, Khadijah
- Kematian pakcik baginda, Abu Talib
- Berdakwah di Taif
- Peristiwa Isra’ dan Mikraj
- Sekumpulan kaum muslimin hijrah ke Yathrib
- Perjanjian Aqabah Pertama
- Perjanjian Aqabah Kedua
- Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah


B) Ringkasan kisah penurunan wahyu (Rekod Hadis dalam Sahih Bukhari NO. 3392, 4953, 4955, 4956, 4957, 6982)

1) Aisyah bercerita bahawa permulaan sebelum Nabi menerima wahyu ialah baginda mengalami mimpi yang berupa mimpi-mimpi benar yang terang seperti sinaran falak subuh. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 4955, 4956, 6982)

2) Setelah itu, Nabi merasa suka untuk bersendiri di Gua Hira’. Dia diberi bekal oleh Khadijah. Apabila bekalan telah habis, Nabi akan pulang ke rumah untuk mengambil bekal lain kemudian kembali semula ke Gua Hira’. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 6982)

3) Di Gua Hira’ Nabi bertemu seorang malaikat yang menyuruh baginda membaca selama 3 kali. Dalam keadaan itu Nabi berkata “Aku tidak tahu membaca.” Kemudian diturunkan ayat 1-5 surah Al-`Alaq. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 4955, 4956, 6982)

4) Rasulullah berasa gementar lalu pulang kepada Khadijah. (Sahih al-Bukhari no. 3392, 4953, 6982). Dia berkata: Selimutkanlah aku. Maka khadijah menyelimutkan Nabi. Setelah kegelisahan Nabi reda, maka baginda berkata kepada Khadijah, “Apa sudah jadi pada diriku? Lalu khadijah mengiktiraf Nabi dengan kebaikan yang terkenal pada diri baginda. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 4957, 6982)

5) Khadijah membawa Nabi bertemu Waraqah bin Naufal yang merupakan seorang tokoh ilmuan beragama Nasrani. Apabila Nabi bercerita tentang peristiwa dia bertemu malaikat, maka Waraqah berkata: Dia ialah An-Namus yang datang kepada Musa. Sekiranya Waraqah masih hidup, dia akan bersama membela Nabi ketika kaumnya menghalau Nabi. (Sahih al-Bukhari no. 3392, 4953, 6982)

6) Setelah bertemu Waraqah, Wahyu terhenti beberapa ketika dan nabi menjadi sedih. (Sahih al-Bukhari no. 4953, 6982)

C) Wahyu pertama diturunkan

As-Saabiquun al-Awwalluun (orang-orang yang paling dahulu dan pertama masuk Islam)

1) Isteri Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam, Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid,

2) Maula (budak) beliau, Zaid bin Haritsah bin Syarahil al-Kalbi,
Sepupu beliau; ‘Ali bin Abi Thalib – yang ketika itu masih anak-anak dan hidup dibawah tanggungan beliau – serta Sahabat paling dekat beliau, Abu Bakr ash-Shiddiq.

3) Abu Bakr menyebabkan mereka yang lain masuk Islam:

a) ‘Utsman bin ‘Affan al-Umawi,
b) az-Zubair bin al-‘Awam al-Asadi,
c) ‘Abdurrahman bin ‘Auf,
d) Sa’d bin Abi Waqqash az-Zuhriyan
e) Thalhah bin ‘Ubaidillah at-Timi.

4) Bilal bin Rabah al-Habasyi, Khabbab bin al-Arts, ‘Abdullah bin Mas’ud al-Hazaly serta banyak lagi selain mereka.

5) Abu Salamah bin ‘Abdul Asad, al-Arqam bin Abil Arqam (keduanya berasal dari Banu Makhzum)


D) Berdakwah secara persendirian 

Perbezaan: Berdakwah secara bersembunyi Vs. Berdakwah secara persendirian?

a) Ibn Ishaq: “Beberapa orang lelaki dan wanita berturut-turut masuk Islam sehingga tersebarlah berita Islam di Mekah dan menjadi bualan orang”

b) Walaupun diketahui atau dimaklumi bahawa Nabi SAW berdakwah, secara persendirian, tetapi tiada penyeksaan, penganiayaan, penindasan daripada kaum Quraisy.

c) Quraisy menyangkakan bahawa Nabi ini sekadar pengakaji agama dan berbicara tentang ketuhanan spt. : Umayyah Bin Abi Salt, Qiss bin Saadah, Amru Bin Nufayl

d) Dakwah pada fasa ini tidak mengganggu kehidupan dan urusan sedia ada di Mekah (ekonomi, sosial dan politik)

e) Hikmah dakwah secara persendirian:
- Tiada seksaan dan tentangan;
- Masa untuk semua belajar dan memantapkan iman;
- Menguatkan ukhwah;
- Kesemua mereka yang awal menerima Islam akhirnya menjadi tokoh ternama daripada sumbangan mereka.


E) 5 Fasa dakwah NABI SAW 

1. Dakwah secara persendirian
a) 3 tahun pertama
b) Ketika dalam permulaan, keadaan yang terlalu lemah, tiada kuasa dan boleh dianiaya jika secara terbuka jika terbongkar.

2. Dakwah secara terbuka, tanpa sebarang unsur ketenteraan
a) Sebelum peristiwa Hijrah
b) Biarkan masyarakat jahiliyah, berpaling pada mereka, tiada konfrontasi secara fizikal (pembunuhan tidak balas).

3. Dakwah secara terbuka kepada kumpulan tertentu berserta kemampuan ketenteraan
a) 6 tahun selepas hijrah, hanya melawan pihak Quraisy di Mekah yang menentang.

4. Dakwah secara terbuka dengan ‘izzah dengan kemampuan ketenteraan
a) Selepas memeterai perjanjian Hudaibiyah hinggalah Fath Makkah.

5. Dakwah secara terbuka dan berkonfrontasi dengan negara yang menentang
a) Selepas kewafatan Nabi. Contoh: Nabi utuskan Usamah Bin Zaid ke Rom, pada zaman para sahabat juga, hingga berjaya menakluki sebahagian besar dunia.


F) Berdakwah secara terangan

"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat." (Asy-Syu'araa' 26:214)

a) Perintah mengisytihar secara terbuka, menghadapi kebatilan kaum Quraisy,menyerang berhala-berhala sembahan mereka.

b) Perjumpaan Nabi SAW bersama kaum kerabat daripada Bani al-Muttalib

c) Berdakwah di atas bukit Safa – kemuncak penyampaian risalah Islam

"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu." (Al-Hijr 15:94)


G) Perbincangan menghalang Jemaah haji mendengar dakwah

a) Al-Walid Bin al-Mughirah: “Satukanlah pandangan, jangan berbeza pendapat”

b) Tuduhan terhadap Nabi SAW:

i) Bomoh/pawang
- gaya dan bahasa 

ii) Gila
- semua tahu bagaimana penyakit gila, seperti dirasuk, kecelaruan fikiran, tidak tentu arah

iii) Penyair
- syair dalam semua seginya, bahasa syair 

iv) Ahli sihir
- meniup atau menyimpul tali sihir

c) Kata-kata memukau yang dapat mencerai beraikan hubungan kekeluargaan (al-Muddaththir 74:18-25) 

d) Abu Lahab mengikut belakang Rasulullah SAW ketika sedang berdakwah sambil berkata “Jangan ikut cakapnya, dia ini orang yang keluar agama dan pembohong”


H) Cara Nabi Merawat Salah Faham Dan Persepsi Negatif

a) Direkodkan bahawa seorang yang bernama Dimad al-Azdi telah mendengar bahawa Muhammad telah terkena sihir. Sebagai seorang seorang pejampi pada zaman Jahiliyah, beliau berhasrat berjumpa untuk merawat Muhammad.

b) Apabila berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menyatakan hasratnya untuk merawat, Rasulullah SAW tidak terus menolak pelawaannya untuk merawat, dalam erti kata lain Rasulullah SAW tidak pula menafikan dakwaan dan memburukkan orang-orang yang menyebarkan berita rekaan tentang dirinya mahupun agama yang dibawanya.

c) Apa yang Rasulullah SAW lakukan ialah membalas dengan ucapan puji-pujian pada Allah (apa yang digelar sebagai “Khutbah al-Hajah” atau ucapan pembuka). Hasilnya, Dimad al-Azdi terpegun dengan ucapan Rasulullah SAW dan menyuruh mengulangi hingga tiga kali, sebelum beliau terus menerima Islam, dan katanya:

d) “Saya telah mendengar ucapan para dukun, para penyihir dan para penyair. Namun saya belum pernah mendengar kata-kata engkau tersebut. Sungguh, kata-kata itu telah sampai ke dasar lautan (kerana terkandung makna yang mendalam)”. (Hadis Sahih Muslim no.868)


~ Kelas Tamat ~ 

Additional feature: Mind Maps by Kak Siti - Google Drive

Thursday, May 18, 2017

IDT-IQS Pengajian Fiqh


16/5/2017
Pengajian Fiqh oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki (tukar dengan Ustaz Khairil Anwar)

1) Takrif al-Syariah adalah bersifat umum dan lebih tertumpu pada akidah, ibadah dan akhlak. Syariah juga dikenali sebagai ad-deen (dipatuhi dan mengabdikan diri kepada Allah) atau al-Millah (memenuhi segala keperluan manusia) yang berdasarkan al Quran dan Sunnah (wahyu Matlu dan Ghair Matlu iaitu wahyu yang dibaca dan wahyu sunnah).

2) Takrif feqah pula bersifat khusus dari amalan akidah, ibadah dan akhlak seperti Fiqh Ibadah, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat, Fiqh Jinayat dll.

3) Wahyu Matlu adalah wahyu yang dibaca iaitu al Quran dan wahyu Ghair Matlu ialah sunnah Nabi SAW.

4) Rabbaniyyah: hukum dan peraturan dtg dari Allah SWT.

- Bebas dari sebarang kezaliman, kelemahan dan hawa nafsu.

- Mempunyai kehebatan kepada pemerintah dan yang diperintah.

5) Balasan yang ada dalam syariah adalah balasan duniawi dan ukhrawi. Orang yg telah dibalas di dunia ini akan terlepas dari hukuman akhirat.

6) Syariah Islam bersifat Alamiyyah dan Umumiyyah (universal and general). Ia dibina diatas membawa kebaikan dan menolak kerosakan.

7) Hukum syariah bersifat syumul (universal) dan kekal sehingga akhirat. Hukum feqah bersifat al-amaliyyah (diamalkan) dan at-tafshiliyyah (bersifat terperinci) serta ia bertukar-tukar bergantung pada masa, situasi dan uruf.


Sejarah pembinaan hukum Islam terbahagi kpd 6 peringkat:

a) Zaman Nabi SAW 
- Bermula sejak diutusnya Muhammad sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda (11 H/632 M). Ia juga disebut zaman risalah. 
- Zaman Fiqh yg paling penting
- Fiqh wahyu sahaja 

Pembentukan undang-undang Islam zaman Nabi SAW dibahagi kepada dua peringkat;

Peringkat pertama: Pembinaan hukum di Mekah (13 tahun) 

- lebih fokus kpd akidah dan akhlak (moral masyarakat, keimanan kpd Allah, Malaikat, Rasul dll) 
- Hukum hakam amali sangat sedikit
- Hukum Islam diturunkan untuk semua manusia (bukan hanya kpd orang Islam sahaja) 

Contohya, kebiasaan masyarakat Mekah menyembah berhala, mengamalkan amalan nenek-moyang, kepercayaan tathayyur atau thiyarah, menujum nasib dll. Setelah diangkatnya Nabi Muhammad SAW dan mengajak masyarakat Mekah untuk meninggalkan kebiasaan-kebiasaan terdahulu, dan menyembah hanya kepada Allah SWT.

Peringkat kedua: Pembinaan Hukum di Madinah (10tahun) 

- Hijrah sahabat ra.
- Nabi SAW jadi ketua Negara Islam 
- Umat Islam memerlukan kpd perundangan Islam/Fiqh. 
- 10 tahun di Madinah Nabi SAW mengajar semua syariat hukum-hakam ibadah dan muamalat. Dari perkara ibadah spt solat, wuduk, pergi Haji, puasa, kebersihan diri sehingga ke urusan perniagaan dan urusan kehidupan harian.

b) Zaman Khulafa al-Rasyidin 
- Bermula sejak wafatnya Nabi Muhammad SAW sehingga Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam (41 H/661 M)

- Islam semakin tersebar dan masalah semakin banyak.
- Al-Quran dan al-Sunnah tidak memperincikan ke atas semua perkara.
- Sahabat akan berijtihad berdasarkan prinsip syariah dan disamping maqasid syariah
- Dengan ijtihad munculnya ijma - maksud ijma ialah perkara agama, kesepakatan, ulama mujtahidin, selepas wafat Nabi SAW,
- Ijtihad dizaman sahabat berbentuk ijtihad berbentuk jamaie (kumpulan) dan fardhi (perseorangan).
Zaman khalifah Abu bakar dan Umar lebih kpd ijtimaie (kumpulan - panggil semua sahabat dan bincang).

Ijtihad Sahabat 

- Ijtihad sahabat di zaman Nabi SAW seperti:
a) Solat Asar di Quraizhah
b) Sahabat bertayamun

- Ijtihad sahabat selepas zaman Nabi SAW:
a) Harta waris/pusaka nenek dapat 1/6 berdasarkan ijtihad Abu Bakar
b) Zakat muallaf tidak diberi di zaman Umar serta tidak memotong tangan pencuri.
c) Uthman berkenaan tempat tinggal wanita yang meninggal suaminya.
d) Ada juga ijtihad yang tersalah oleh sahabat seperti ijtihad Abu Musa al-Asyaari dan ijtihad sahabat berkenaan sahabat lain yang tercedera wajib mandi junub. Ibn Abbas berkenaan tempoh iddah jika berlaku dua keadaan.

- Sebab berlaku perbezaan pandangan dikalangan sahabat
a) Berbeza dalam memahami ayat al-Quran seperti perkara thalathata quru dalam suran al-baqarah ayat 228
b) Hadith tidak sampai kepada mereka
c) Berbeza kaedah ijtihad seperti ijtihad sahabat berkenaan lelaki yang mengahwini wanita dalam tempoh iddah. 


c) Zaman Awal Pertumbuhan 
- Selepas zaman klulafa' al-Rasyidin.

d) Zaman Keemasan 
- Selepas zaman kedua hjrah sehingga pertengahan keempat hijrah.

e) Zaman Tahrir, Takhrij dan Tarjih 
- Kurun keempat Hijrah sehingga kejatuhan Baghdad pada 656H.

f) Zaman Kemunduran 
- Masa kejatuhan Baghdad sehingga sekarang.

2) Bagaimana pembinaan hukum Islam sebelum zaman Nabi SAW? Hukum Islam 
telahpun wujud sebelum Nabi SAW tetapi ia hanya tertakluk kepada umat mereka sahaja.

3) Bagaimana ibadah Nabi SAW sebelum menerima wahyu? Mengikut riwayat Bukhari, Nabi SAW solat tahajud 2 rakaat/2 rakaat sebelum syariat solat diturunkan.


4) Sebab berlakunya hukum-hakam syara' 

- Berlaku peristiwa dan pertanyaan (contohnya: ayat Quran yg bermula dgn 'Yas alunaka)
- Diturunkan atas rahmat dan kasih sayang Allah SWT. 
- Memelihara kepentingan manusia dan menolak kemudaratannya.

5) Ciri-ciri perundangan Islam/Fiqh 

- Tadarruj (beransur-ansur) 
- Mengangkat kesulitan 
- Nasakh (ada hukum yg diangkat semula) 

6) Syariat penukaran kiblat adalah untuk menguji keimanan umat Nabi SAW semasa itu. 


 ~ Kelas Tamat ~



Wednesday, May 10, 2017

IDT-IQS Pengajian Sirah Nabawiyyah




Pengajian Sirah Nabawiyyah oleh Ustaz Ezry Fahmi Eddy Yusof

1) Sirah Nabi SAW dari sebelum lahir, selepas Nabi SAW lahir sehingga Nabi SAW wafat.

2) Cerita kelahiran, peristiwa, sekeliling, kehidupan kematian, watak dan sifat Nabi SAW.

3) Sirah = sejarah dan biography Nabi SAW


Mengapa kita belajar Sirah? Apakah manfaat mempelajari sirah?

1) Untuk mengenali dan menghayati Nabi SAW.

2) Siapa lagi yang boleh kita jadikan contoh tauladan (role model) yg terbaik selain Nabi SAW?

3) Watak Nabi SAW dari sudut mana yang dilihat. Sunnah Nabi SAW sebagai ayah, pemimpin, nabi dll.

4) Nabi SAW ialah pemimpin yg 'walk the talk'.

5) Mengapa Allah SWT berfirman? Apa kaitan Wahyu Allah SWT dengan kehidupan Nabi SAW?

6) Meningkatkan cinta kita pada Nabi SAW.

7) Bantu kita memahami dan mendalami ayat-2 al-Quran.

8) Methodology untuk membangunkan ummah. Menghindarkan islamophobia.

Sumber-sumber utama Sirah

1) Al Quran

2) Al Hadits

3) Buku-buku sirah - Urwah bin az Zubair (92H), Aban bin Usmah bin Affan al Madani (120H)....Muhammad bin Ishaq (152H), Muhammad bin Saad (230H), Ibnu Hisyam (218H).....dll.

4) As Syamail Termizi (keperibadian Nabi SAW)

5) Al Dalail (keajaiban)

6) Buku2 sejarah Mekah dan Madinah


Buku Rujukan Sirah untuk orang Umum

1) Ar-Rahiq al-Makhtum

- Rahiq Al-Maktum lebih tebal kerana pengarang menulis mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku,
latar belakang dan keadaan masyarakat, dan cerita-cerita, termasuk syair-syair.

2) When the Moon Split - Safiur Rahman Mubarakpuri

- When the moon split - lebih nipis kerana mengambil point yang sahih-sahih sahaja.

3) Shahih Sirah Nabawiyah - Dr Akram Dhiya Al-Umuri

- Shahih Sirah Nabawiyah - tebal, sangat akademik, sesuai untuk pengkaji, Pengarang
menggunakan method periwayatan hadis dalam kitab sirahnya. Kurang sesuai untuk orang
awam.


GENEALOGI BANGSA



Bangsa Arab (2 Kategori)

1 - Arab Bai'dah (Pupus) - Contoh: Kaum Tsamud, Ad, Madyan

a) Kaum Tsamud - (Surah Araf:78-80) Kaum Nabi Soleh - Pandai mengukir batu. Allah mengeluarkan Unta dari batu sebagai mukjizat kepada Nabi Soleh.

b) Kaum Nabi Luth, dihancurkan kerana mendatangi lelaki dan meninggalkan perempuan. Dikenali sebagai kaum Sodom.

c) Kaum Ad - Nabi Nuh diutuskan daripada kalangan mereka. Mereka menyembah berhala. Pandai membina struktur-struktur yang indah. Dilandakan banjir yang besar kerana keingkaran mereka. Anak dan Isteri Nabi Nuh termasuk dalam golongan yang dibinasakan

d) Kaum Madyan - (Surah Hud:84) Mereka gemar menipu takaran atau perniagaan. Nabi Syuib diusir kerana membawa ajaran tauhid.


2 - Arab Baqiyah (Masih Wujud)

Bangsa Nabi Nuh yang terselamat dalam bahtera, terpecah kepada beberapa bahagian:

a) Bangsa Nabi Nuh --> Qathan (Qahtani) --> Ya'rub (bangsa arab yang asli, bahasa arab yang asli) --> Auz / Khazraj / Zaid Harithah

b) Bangsa Nabi Nuh --> Nabi Ibrahim --> Nabi Ismail --> Adnan (Adnani) --> Nabi Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Dari Adnan sehingga Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ada 20 generasi (yang telah dipastikan kesahihannya)
--------

Nabi Ibahim ada dua anak - Ismail dan Ishak

Dari keturunan Ishak - setiap generasi ada nabi / rasul (Yaakob, Yusuf, Ayub, Daud, Sulaiman, Musa, Isa)

Dari keturunan Ismail - Hanya nabi Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم

---------

KEHIDUPAN BERAGAMA DI MEKAH PADA ZAMAN JAHILIAH


Asalnya, Nabi Ibrahim, Ishak, dan Ismail kesemuanya membawa ajaran Islam yang benar. Nabi
Ibrahim mengajar tawaf dan memohon doa hanya kepada Allah.

Aqidah:
Lama, kelamaan, penyimpangan agama Ibrahim dan penyebaran kesyirikan berlaku.

Hadis:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Aku melihat Amru bin Luhay menarik punggungnya ke neraka dan dia adalah orang pertama mempersembahkan as-Sawa'ib (Sahih Bukhari no 3521)

Hubal - Mekah
Latta - Taif

- Latta seorang yang mulia yang suka memberi makanan kepada manusia. Orang kemudian membina tugu memperingati, dan orang kemudian menjadikannya sembahan.

Kisah-kisah diatas jika dikaji, ia sama sepertimana munculnya ajaran-ajaran agama lain.

Pada awal konfusius, hanyalah seorang govenor yang bagus. Kemudian setelah dia mati, maharaja mengiktiraf jasanya dan membina tugu. Orang kemudian memujinya berlebihan dan kemudian menyembahnya.

Syariat:

- Mereka menyembelih untuk berhala

- Mereka bertawaf secara berbogel

- Hasil tanaman akan dibahagikan kepada Allah, dan juga kepada berhala.

- Bernazar

- Berdusta terhadap Allah - mengada-adakan syariat yang bukan dari Nabi SAW

Contoh: Unta betina - sekiranya ia melahirkan 10 ekor anak jantan, maka dinamakan Bahirah
dan mereka akan memuliakan unta ini.

- Mempercayai Kahin (tukang tilik)

- Mengurang dan menambahkan ibadah mengikut hawa nafsu

- Bersiul dan bertepuk tangan di masjid Haram.

- Mengubah tempat wukuf

- Meletakkan patung pada Safa dan Marwah


Setiap tahun mereka mengerjakan Haji, tetapi mengikut tatacara dan selera mereka sendiri
mengikut apa yang mereka rasakan baik. Berlainan dengan ajaran dan amalan yang dibawa
oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

----------

BANI QURAISH

a) Abd Manaf

b) Hashim

c) Abd al-Mutallib

d) Abd Allah

e) Muhammad

f) Abd Manaf - seorang dermawan yang memberi makan ketika musim haji

Abd al-Mutallib:
Mimpi mengenai telaga zam-zam, dan kemudian menggali dan menjumpai telaga zam-zam. Kemudian orang mekah berebut untuk menjadi pemilik telaga tersebut sehingga mereka terpaksa mencari tukang tilik untuk menetukan.

Dipendekkan cerita, Abd al-Mutallib akhirnya mendapat hak milik telaga zam-zam tersebut. Abd al-Mutalib juga telah bernazar, sekiranya dia mendapat hak milik zam-zam dan mendapat 10 anak, beliau akan korbankan salah seorang anaknya.

Ditakdirkan dia mendapat 10 anak dan diundi untuk dikorbankan Abd Allah. Mereka mencari tukang tilik. Tukang tilik memberi cadangan untuk mengundi, jika nama Abd Allah keluar, maka tambahkan 10 ekor unta. Setelah 10 kali undi, barulah nama Abdullah tidak keluar. Maka jumlah unta dikorbankan adalah 100 ekor sebagai tebusan untuk Abdullah.

Abdullah:
Hanya sempat bersama dengan aminah buat sementara waktu. Setelah bersama Aminah, Abdullah berdagang ke luar negeri dan kemudian wafat.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم lahir pada tahun Gajah. Mengapa digelar tahun gajah?
Kerana mereka tiada tamadun, maka mereka menamakan tahun mengikut peristiwa besar yang berlaku pada tahun itu.

Tiada perbezaan pandangan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم lahir pada tahun gajah. Tetapi tarikh lahir Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada perselisihan.

Muhmmad & Khadijah
Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, Fatimah


KELAHIRAN NABI MUHAMMAD (pandangan-pandangan)

1) 12 Rabiulawal, Tahun Gajah - Ibn Ishaq (150H), Jabir, Ibn Abbas, tanpa sanad

2) 2 Rabiulawal, Tahun Gajah - al-Waqidi

3) 8 Rabiulawal, - Ibn Hazm, Imam Malik

4) 10 Rabiulawal, - Ibn Asakir

5) 17 Rabiulawal - Sebahagian ulama Syiah

6) 9 Rabiulawal - menggunakan ilmu falak terkini


Mengapa 12 Rabiulawal famous? Secara akademik, ini adalah kerana kerjaan yang pro-syiah pada zaman Fatimiah menjadikan tarikh ini sebagai hari cuti sambutan maulid nabi.

Dalam Hadis yang sahih, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyatakan baginda lahir pada hari Isnin. Apabila ditanya mengapa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpuasa pada hari isnin, baginda menjawab: Hari tersebut aku dilahirka, hari aku diutus, atau diturunkan wahyu kepadaku. (HR Muslim 1162)


KISAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD: ANTARA SAHIH DAN PALSU

1. Aminah tidak rasa dirinya mengandung - dhaif jiddan

2. Aminah bermimpi dinamakan Nabi Muhammad - Dr Akram nilai Dhaif

3. Lahir dalam keadaan sujud - sanadnya lemah

4. Peristiwa-peristiwa Ajaib - Api Majusi terpadam / Pillar Parsi Roboh: tiada isnad, Tiada dalam rekod sejarah dari masyarakat itu berkenaan peristiwa yang berlaku

5. Keluar Cahaya dari kemaluan Aminah ketika melahirkan Nabi Muhammad - dinilai hassan

6. Nabi lahir dalam keadaan Berkhatan - Dhaif Jiddan, terlalu lemah, tidak boleh digunakan

- Nabi dikhitankan oleh Abd Mutallib - tidak boleh dibuat hujah kerana tiada jalur, cuma ia adalah budaya masyakarat arab ketika itu.

- Jibril mengkhitankan Nabi sewaktu dibelah dada.

- Kesimpulan - tiada hadis sahih berkaitan perkara ini

- Congenital defect aposthia - Doktor perubatan mengatakan ini bukanlah satu keisitimewaan, tetapi adalah sesuatu kecacatan pada bayi.

Kerja rumah:
Pilih apa sahaja peristiwa di dalam sirah, dan kaji, dan ceritakan pengajaran yang boleh
didapati dari peristiwa tersebut.

Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (maksudnya):
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, Telah menceritakan kepada kami dari Al Laits dari 'Uqail dari Ibnu Syihab dari 'Urwah bin Az Zubair dari Aisyah -Ibu Kaum Mu'minin-, bahwasanya dia berkata: "Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah dengan mimpi yang benar dalam tidur. Dan tidaklah Beliau bermimpi kecuali datang seperti cahaya subuh.

Kemudian Beliau dianugerahi kecintaan untuk menyendiri, lalu Beliau memilih gua Hiro dan bertahannuts yaitu 'ibadah di malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya guna mempersiapkan bekal untuk bertahannuts kembali.

Kemudian Beliau menemui Khadijah mempersiapkan bekal. Sampai akhirnya datang Al Haq saat Beliau di gua Hiro, Malaikat datang seraya berkata: "Bacalah?" Beliau menjawab: "Aku tidak bisa baca". Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan: Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: "Bacalah!" Beliau menjawab: "Aku tidak bisa baca".

Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: "Bacalah!". Beliau menjawab: "Aku tidak bisa baca". Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku, dan berkata lagi: (Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah)."

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kembali kepada keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dalam keadaan gelisah. Beliau menemui Khadijah binti Khawailidh seraya berkata: "Selimuti aku, selimuti aku!". Beliau pun diselimuti hingga hilang ketakutannya. Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi kepada Khadijah: "Aku mengkhawatirkan diriku". Maka Khadijah berkata: "Demi Allah, Allah tidak akan mencelakakanmu selamanya, karena engkau adalah orang yang menyambung silaturrahim."

Khadijah kemudian mengajak Beliau untuk bertemu dengan Waroqoh bin Naufal bin Asad bin Abdul 'Uzza, putra paman Khadijah, yang beragama Nasrani di masa Jahiliyyah, dia juga menulis buku dalam bahasa Ibrani, juga menulis Kitab Injil dalam Bahasa Ibrani dengan izin Allah. Saat itu Waroqoh sudah tua dan matanya buta.

Khadijah berkata: "Wahai putra pamanku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh putra saudaramu ini". Waroqoh berkata: "Wahai putra saudaraku, apa yang sudah kamu alami". Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menuturkan peristiwa yang dialaminya. Waroqoh berkata: "Ini adalah Namus, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Duhai seandainya aku masih muda dan aku masih hidup saat kamu nanti diusir oleh kaummu".

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: "Apakah aku akan diusir mereka?" Waroqoh menjawab: "Iya. Kerana tidak ada satu orang pun yang datang dengan membawa seperti apa yang kamu bawa ini kecuali akan disakiti (dimusuhi). Seandainya aku ada saat kejadian itu, pasti aku akan menolongmu dengan sekemampuanku".

Waroqoh tidak mengalami peristiwa yang diyakininya tersebut kerana lebih dahulu meninggal dunia pada masa fatroh (kekosongan) wahyu. Ibnu Syihab berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman bahwa Jabir bin Abdullah Al Anshari bertutur tentang kekosongan wahyu, sebagaimana yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ceritakan: "Ketika sedang berjalan aku mendengar suara dari langit, aku memandang ke arahnya dan ternyata Malaikat yang pernah datang kepadaku di gua Hiro, duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Aku pun ketakutan dan pulang, dan berkata: "Selimuti aku. Selimuti aku".

Maka Allah Ta'ala menurunkan wahyu: (Wahai orang yang berselimut) sampai firman Allah (dan berhala-berhala tinggalkanlah). Sejak saat itu wahyu terus turun berkesinambungan." Hadits ini juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Yusuf dan Abu Shalih juga oleh Hilal bin Raddad dari Az Zuhri. Dan Yunus berkata; dan Ma'mar menyepakati bahwa dia mendapatkannya dari Az Zuhri.
(HR. Bukhari: No 3)

>
<

Menjadi "manusia" sebelum "Muslim"

Rasul membina karakternya selama 40 tahun, untuk menghadapi perjuangan pengembaraan yang lebih mencabar.

Seorang Orientalis berkata:
Sekiranya Muhammad adalah seorang pembohong, tidak mungkin pembohongannya sampai sekarang diikuti dan masih mempunyai ramai pengikut yang baru pada setiap zaman.

Kisah pembinaan semula Kaabah dan peletakkan Hajar Aswad
Sebelum Rasulullah ﷺ dilantik menjadi Rasul, kejadian banjir besar telah mengakibatkan kaabah hampir musnah.

Maka kabilah-kabilah Quraish telah bersepakat untuk menghancurkan dan mendirikan kaabah yang baru. Mereka tahu bahawa pembinaan kaabah baru perlu digunakan duit yang 'bersih', iaitu duit yang bebas dari riba, dari hasil perjudian, dari hasil pelacuran, atau dari hasil mencuri.

Setiap kabilah telah diberikan tiang untuk mereka membinanya. Tetapi apabila tiba hari untuk meruntuhkan kaabah, kesemua tidak berani untuk meruntuhkan kaabah tersebut.
Walid ibn Mughirah adalah orang pertama yang beranikan diri untuk mengetuk kaabah, ia kemudian diikuti oleh orang lain setelah mereka melihat Walid masih selamat.

Kemudian, setelah siap dibina kaabah, kesemua kabilah bertelagah untuk memasang bahagian terakhir, iaitu bahagian hajar aswad.

Pergaduhan hampir berlaku, untuk mengelakkan pertumpahan darah, semua kabilah bersetuju untuk melantik orang yang mula-mula masuk pintu masjid menjadi pemutus diantara mereka.

Ditakdirkan Allah membuat Rasulullah ﷺ menjadi orang yang melalui pintu tersebut. Kesemua kabilah menjadi sangat gembira melihat lelaki yang masuh tersebut adalah Muhammad kerana mereka mengetahui keperibadiannya yang adil dan jujur.

Rasulullah ﷺ menyuruh hajar aswad diletakkan di tengah-tengah kain dan kesemua kabilah memegang penjuru kain tersebut dan diangkat menghampir tempat letak hajar aswad.

Rasulullah ﷺ kemudian meletakkan hajarul aswad di kaabah. Kesemua kabilah merasa gembira dengan keputusan Rasulullah ﷺ ini.

Inilah diantara sikap Rasulullah ﷺ yang dicintai oleh ramai orang sebelum dilantik menjadi Rasul.


KISAH ZAID BIN HARITHAH

Zaid adalah seorang yang bebas (bukan seorang hamba), tetapi kemudian ditangkap secara zalim dan dijadikan hamba. Zaid kemudian dijual kepada Khadijah binti Khuwailid. Setelah Khadijah berkahwin dengan Rasulullah ﷺ, Khadijah menghadiahkan Zaid kepada Rasulullah ﷺ.

Setelah beberapa tahun, ayah Zaid mengetahui bahawa anaknya berada di Mekah dan telah menjadi hamba. Ayahnya kemudian pergi ke mekah dan berjumpa dengan Muhammad. Ayahnya memberitahu Muhammad bahawa Zaid adalah seorang yang merdeka dan bukan seorang hamba. Ayahnya meminta supaya anaknya dibebaskan.

Rasulullah ﷺ menyetujui permintaan Harithah tersebut, tetapi

Rasulullah ﷺ bersabda, "Terserah padanya, jika dia mahu maka aku tidak akan menghalangnya".
Zaid lalu berkata: "demi Allah, aku tidak akan memilih orang lain kecuali dirimu"
(Hadis Riwayat Termizi no 4185)

Setelah peristiwa ini, Rasulullah ﷺ terus memanggil orang ramai di Mekah, dan kemudian mengumumkan bahawa Zaid dibebaskan dan dijadikan anaknya (di zaman sebelum Islam, anak angkat di 'bin' kan dengan nama bapa angkatnya). Maka Zaid dipanggil Zaid bin Muhammad.

Tetapi setelah wahyu diturunkan, Surah Al-Ahzab ayat 3. Allah memerintahkan untuk memanggil

KISAH HILF AL-FUDUL (Perjanjian Fudul)

Ada seorang orang luar (bermusafir ke mekah) dizalimi oleh seorang pembesar Quraish. Tetapi tiada ketua kabilah Quraish yang sanggup menjadi pembelanya.

Orang tersebut kemudian mencipta satu syair mengutuk perbuatan zalim pembesar Quraish tersebut.
Beberapa pembesar Quraish membuat perjumpaan dengan beberapa penduduk Mekah untuk membuat perjanjian fudhul di mana mereka bersepakat untuk membela setiap manusia yang terzalimi tanpa mengira kabilah.

Rasulullah ﷺ berada di dalam perjumpaan tersebut dan bersetuju dengan keputusan majlis tersebut. Setelah Rasulullah ﷺ diangkat menjadi Rasul, rasulullh menceritakan semula perjanjian ini kepada sahabatnya dan mengatakan sekiranya diberi peluang untuk mengadakan perjanjian seperti ini lagi ketika Islam, baginda pasti menyetujuinya.


KISAH MENDAPAT WAHYU PERTAMA

Rasulullah ﷺ dipeluk oleh Jibril dan disuruh membaca.
Setelah kejadian tersebut, Rasulullah ﷺ lari ke rumahnya dan menceritakan kejadian tersebut kepada Khadijah.

Khadijah menenangkan Rasulullah ﷺ dengan menyatakan bahawa Allah tidak mungkin membiarkannya kerana baginda seorang yang:

- menyambungkan silaturahim
- menolong orang yang susah
- memberi makan kepada yang memerlukan
- membuat perkara baik

KISAH DAKWAH SECARA TERBUKA YANG PERTAMA DI BUKIT SAFA
Rasulullah ﷺ mengumpulkan orang ramai di bukit Safa untuk mengumumkan tentang agama Islam.

Rasulullah ﷺ bersabda di bukit Safa:

Apa pandangan kamu kalau aku memberitahu kamu di sebalik lembah ini ada angkatan berkuda yang hendak menyerang kamu, apakah kamu akan percaya kepadaku?
Serentak mereka menjawab: "Ya, kerana kami tidak pernah dapati pada engkau kecuali yang benar"


KISAH NABI MENGINGATI JASA DAN SUMBANGAN MUT'IM BIN ADI

- Mutim ibn Adi bersama 4 orang lain membatalkan boikot
- Selepas insiden di Ta'if - Mutim bin Adi memberi pelindungan kepada Rasulullah ﷺ
- Setelah Mutim bin Adi meninggal, peristiwa Badr berlaku di mana umat Muslimin menang dan mendapat ramai tawanan perang.

Setelah mendapat tawanan perang yang ramai, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sekiranya Mutim bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya." (HR Bukhari 4023)


~ Kelas Tamat ~ 


Friday, May 5, 2017

Qat'i and Zanni




In search of certainty and authenticity of God's Revelation. The best understanding of its meaning and maximum certainty of its authentication will help us appreciate the Wisdom and proper application behind each revelation.

Authenticity itself is insufficient for Truth, correct understanding and knowledge of the meaning (al-dilalah) of the revelation are equally important.

Qati' literally means authenticated, unambiguous, definitive, certain. While Zanni means speculative, ambiguous or uncertain, Al-tsubut means the authenticity of it's narration (isnad) while al-dilalah is the meaning of the texts, whether it has one or more than one meaning.

According to the Islamic Scholars, there are 4 categories of authentication in certainty (credibility) of the meaning and implication of revelation from the Quran and Hadith:


1) Qat'i al-tsubut and Qati al Dilalah - Authenticated and Certain in it's meaning.

- Issues related to Aqidah without which a person cannot be a believer must be proven through this type of text e.g. belief in Allah (tauhid), Angels, Holy Scriptures, Prophets, Afterlife, Predestiny, and Predestination, etc.

Acts that are proven through this type of text are classified as fardh/wajib (obligatory/compulsory) unless proven otherwise. Examples of this type: solat, zakah, hajj, fasting etc. Prohibitions that are proven through this type of text are classified as Haram (prohibited) and major sins, unless proven otherwise.

Examples: the killing of innocents, robbery, lying, slandering, adultery, alcohol consumption etc.


2) Qati al-tsubut and Zanni al- Dilalah - Authenticated but not Certain in its meaning.

- All verses of the Quran is Authentic because it's from a Mutawatir source but not all of the verses in the Quran are certain in meaning and they are ambiguous in its implication and explanation. For example:

"As for the thief, the male and the female, amputate their hands in recompense for what they committed as a deterrent from Allah..."(QS 5:38)

The instruction from this verse is to amputate the hands of the thief. But it did not specify who qualifies as a thief, i e: is the person who instructs another person to steal is consider a thief?

Is taking Rm1 from the pocket of our siblings consider a thief? And this verse did not say to amputate the left hand or right hand or both hands.


3) Zanni al tsubut and Qati al Dilalah - Not Authenticate but Certain in it's meaning.

Hadith that are not categorized as mutawatir like hadith ghorib, hadith aziz and hadith masyhur in the hadith ahad category are deemed as Zanni al tsubut (not authenticated, speculative).

Some of hadith ahad which has unambiguous and certain in it's meaning are deemed as Qati al Dilalah.


4) Zanni al tsubut and Zanni al Dilalah - Not Authenticate and not Certain in it's meaning.

- Hadith Ahad with shaky foundation (isnad) and speculative or more than one meaning or explanation are considered as Zanni al Dilalah and Zanni al- Dilalah - Not Authenticate and not Certain in its meaning.

A hadith ahad does not create conviction about its contents even if the reporter is reliable; there are chances of forgetting, misunderstanding or unintended misquotation on the part of the truthful, reliable reporter.


>
<



Para ulama fuquha telah membahagikan dalil nas al-Quran dan hadith kepada 4 bahagian, iaitu:


A) Qat'i al-tsubut and Qati al Dilalah - (Authenticated and Certain in it's meaning)

- Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai maksud yang jelas dan kukuh serta tidak mengandung kemungkinan makna yang lain. Contoh - Hukum minum arak adalah haram - dari ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang jelas lagi kukuh. Contoh lain - Rukun Islam dan Rukun Iman.


B) Qati al-tsubut and Zanni al- Dilalah - (Authenticated but not Certain in it's meaning)
- Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas. Contoh - Hukum potong tangan pencuri - dari ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai maksud yang yang kurang jelas. Potong sikit (kelar) tangan si pencuri atau potong sehingga putus? Jika anak mencuri Rm1.00 dari kocek bapa, adakah ia dikira mencuri dan perlu potong tangan? Contoh lain: ayat 'Alif Lam Min' dari Al Quran yang tidak diketahui maksudnya kecuali Allah SWT.


C) Zanni al tsubut and Qati al Dilalah - (Not Authenticate but Certain in it's meaning)

- Dalil dari kategori ini kebanyakannya berasal dari hadith ahad yang tidak sampai ke darjat mutawatir. Walaupun ia terdiri daripada hadis ahad, tetapi ia mempunyai kandungan maksud yang jelas dan kukuh. Contoh - Hadis Isra’ Mikraj dimana kisah perjalanan Nabi SAW naik ke langit telah banyak dihuraikan dalam hadith sahih. Contohnya kisah Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Isa as dan Nabi Ibrahim as. Begitu juga semasa Rasulullah SAW dibelah dada untuk dicuci hatinya dan Baginda SAW menaiki buruq dari Medina ke Masjidil al Aqsa.


D) Zanni al tsubut and Zanni al Dilalah - (Not Authenticate and not Certain in it's meaning)

- Hadis Ahad yang yang tidak sampai ke darjat mutawatir sememangnya dikategorikan sebagai zanni al-tsubut dan jika ia mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas, maka ia akan dikategorikan senagai zanni al tsubut and zanni al Dilalah. Contohnya hadis mengenai larangan turun sujud seperti unta semasa solat. Para ulama telah berbeza pendapat mengenai cara sujud seperti unta.



Wallahu'alam