We from Idt Centre would like to wish you Happy New Year 2017 secara berjemaah. Maksud jemaah dalam Islam ialah sekumpulan manusia bersatu untuk mencapai sesuatu hajat.
Malangnya, jemaah Islamiyah pada hari ini selalu bergaduh-gaduh dan bermusuh-musuhan sesama sendiri sehingga saling label-melabel dan fitnah-memfitnah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah secara berjema'ah dan janganlah berpecah belah." (QS 3:103)
Allah SWT mewajibkan kepada kita agar berpegang teguh dengan Kitab-Nya (Al Quran) dan Sunnah Nabi-Nya, serta merujuk kepada keduanya di saat terjadi perselisihan.
Oleh itu, janganlah kita bersikap taksub dan menjadi fanatik kepada parti politik, organisasi, yayasan, individu dan semacamnya. Janganlah kita bersikap asobiyah (racist/racial discrimination) kerana semua ini adalah thaghut.
Jauhilah thaghut dan beriman hanya kepada Allah SWT. Jagalah perpaduan ummah dan berlapang dada-lah dalam permasalahan khilaffiyah. Luangkan masa untuk mempertingkatkan ilmu.
Dan jangan lupa untuk dakwah dan seru mereka yang belum Islam ke jalan yang benar yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jadikanlah ini semua sebagai azam baru tahun 2017 agar kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan kurniakanlah ilmu-ilmu yang bermanfaat berserta fahaman-nya kepada kami agar kami berjaya di dunia ini dan akhirat. Ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan hidup di dunia ini dan kebaikan hidup di akhirat kelak dan lindungilah kami dari siksa api neraka...amin
Selamat Tahun Baru 2017
Selamat Tahun Baru 2017 / Happy New Year 2017
No comments:
Post a Comment