Interactive Da'wah Training merupakan sebuah NGO dakwah Islam yang mengenengahkan ilmu mengenai perbandingan agama. Peserta yang mengikuti kursus IDT bakal diketengahkan dengan pelbagai medium dakwah yang mensasarkan golongan bukan islam melalui pembelajaran asas mengenai kepercayaan asas agama-agama yang ada di Malaysia.
Search This Blog
Monday, December 19, 2016
Memahami hukum ucapan salam kepada non Muslim dalam Islam
Pada 10 Ramadan 8 Hijrah yang bersamaan dengan Januari 630 M, Rasulullah SAW dan sepasukan tentera Islam telah menyerang dan menguasai Kota Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah kerana puak Quraisy telah melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.
Setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani diantara puak Quraisy dan pihak Nabi SAW pada tahun keenam hijrah (628 M), masyarakat Quraisy telah melanggar syarat perjanjian tersebut dengan membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaáh yang telah memberikan kesetiaan kepada Rasulullah SAW.
Apabila Rasulullah SAW mengetahui hal tersebut, baginda bersama 10,000 tentera Islam telah menyerang kota Mekah dan berjaya menaklukinya. Setelah menakluki kota Mekah, Rasulullah SAW membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam dan memberi mereka tempoh 4 bulan untuk berdamai dengan pihak Islam.
Inilah masanya turun wahyu Allah SWT yang bermaksud: "Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka..." (QS 9:5)
Pada masa yang sama, Allah SWT juga telah memerintah umat Islam untuk memberi perlindungan kepada mereka yang bukan Islam sebagaimana firmanNya yang bermaksud;
"Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui." (QS 9:6)
Dalam tempoh 4 bulan berdamai itu, terdapat segolongan Yahudi yang tidak berpuas hati dengan penaklukan Kota Mekah. Lalu mereka pergi jumpa Nabi SAW dan memberi salam kepada baginda dengan ucapan 'as-sam alaikum' yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’.
Nabi SAW menjawab ‘wa alaikum’ sahaja. Isteri Nabi, Aishah r.aha yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah” maksudnya maut dan laknat ke atas kamu. Sabda Rasulullah SAW: “Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara”.
Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”. Sabda Nabi SAW: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu juga)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Disebabkan oleh peristiwa pemberian salam ini, Nabi SAW telah memilih langkah untuk berhati-hati untuk mendahulukan salam kepada mereka yang bukan Islam.
Sabda Rasulullah SAW kepada para sahabat (maksudnya): "Janganlah kalian mendahului orang-orang Yahudi dan Nasrani memberi salam..." (HR Muslim dan lain-lain dengan lafaz yang sama)
Ini bermaksud, sebelum penaklukan kota Mekah dan semasa dalam keadaan aman damai, Rasulullah SAW dan para sahabat ada memberi dan menjawab salam dari mereka yang belum Islam.
Cuma semasa penaklukan kota Mekah dan setelah puak Yahudi memberi salam 'as-sam ‘alaikum' (maut ke atas kamu), umat Islam memilih langkah berjaga-jaga.
Ini bermaksud, jika dalam keadaan aman dan damai, memberi dan menjawab salam dari mereka yang belum Islam adalah dibenarkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Maukah kamu aku tunjukan sesuatu yang apabila kamu mengerjakannya, maka kamu sekalian akan saling mengasihi? Iaitu sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR. Muslim no. 54)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Hai sekalian manusia, sebarlkanlah salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali persaudaraan..." (HR At-Tirmidzi no. 2485)
Inilah apa yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat (muhajirin) setelah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Pada masa itu, orang-orang Madinah (ansar) belum lagi Islam. Mereka adalah non Muslim tetapi Rasulullah SAW suruh para sahabat sebarkan salam dikalangan mereka.
Bukankah ini bermaksud Muslim dibenarkan memberi dan menjawab salam dari orang yang belum Islam? Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (QS 60:8)
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu." (QS 4:86)
Walaupun peristiwa penaklukan Kota Mekah telah lama berlalu, hakikatnya adalah ramai Muslim pada hari ini yang masih 'tinggal' dizaman itu kerana mereka masih memegang pada hadits tak boleh beri salam kepada non Muslim...
Wallahu'alam
ruj: http://kurauking.blogspot.my/2016/10/can-muslims-greet-non-muslims-with.html
ruj: http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/2016/12/muslims-must-kill-disbelievers.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment