Tidak tahu bagaimana nak menunaikan kewajipan berdakwah? Nak berdakwah tapi kurang ilmu? Berhajat untuk mengetahui apa itu dakwah?
Bermasalah dalam menyampaikan mesej Islam dan menyelesaikan salah tanggapan terhadap Islam kepada golongan bukan Muslim? Ingin belajar tentang asas agama-agama lain?
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih lebih ramai lagi Muslim untuk berdakwah dan menerangkan apa itu Islam kepada non-Muslim. Kursus ini juga akan menerangkan kaedah menjawab soalan2 salah tanggapan mengenai Islam.
Islam ialah agama yang mudah yang tidak membebankan umatnya dengan perkara-perkara yang sukar. Oleh itu, jika ilmu Islam dapat dipermudahkan sehingga senang difahami oleh semua lapisan masyarakat, maka tujuan dan matlamat dakwah dan islah akan tercapai.
Di antara perkara2 yang dapat memudahkan pemahaman Islam oleh masyarakat umum ialah berdakwah dan menyeru dengan bahasa yang mudah difahami oleh mereka dengan menghindari istilah-istilah yang membingungkan.
Kita perlu menghapuskan sikap taksub dan fanatik mazhab. Kita perlu memberi pendapat dan pandangan dari semua ulama tersohor ASWJ selagi ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.
Dengan cara ini, masyarakat umum dapat menghayati dan mempunyai kebebasan untuk memilih pendapat yang paling tarjih mengikut kesesuaian uruf, dan situasi mereka berada. Kita perlu jelaskan tujuan syariat dan hikmah disebalik setiap hukum kepada mereka.
Kita tidak boleh memaksa mereka yang lemah iman mengikut dan beramal sepertimana tuntutan terhadap orang yang kuat iman. Contohnya, fiqh orang yang baru masuk Islam adalah berbeza dengan seorang mukalaf yang lahir dalam keluarga Islam.
Kita perlu faham bahwa perkataan muallaf itu bukanlah hanya tertakluk kepada mereka yang baru memeluk Islam sahaja tetapi juga kepada mereka yang lemah iman walaupun mereka lahir dalam keluarga Islam.
Kita juga perlu memberi penjelasan mengikut kesesuaian akal fikiran zaman ini dan membuang perkara yang tidak relevant. Kita perlu menggunakan cadangan dan contoh perbahasan yang moden agar pemahaman syariat bertambah jelas.
Dalam Islam, kita boleh memilih pendapat yang termudah selagi ia tidak termasuk dalam perkara yang haram. Ini adalah kerana Islam sememangnya adalah agama fitrah yang sederhana dan seimbang dalam semua hal yang tidak membebankan umatNya.
Setiap orang beramal dengan fahaman dan tingkatan iman yang berbeza-beza dalam jiwa mereka sendiri dan hanya Allah SWT sahaja lah yang tahu siapakah yang benar dan siapakah yang silap sebagaimana firman Allah SWT:
"Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya." (QS 17:83)
Oleh itu, dakwah dan tarbiyahlah dengan hikmah mengikut kesesuaian yang dapat diterima oleh masyarakat umum. Janganlah berdakwah dengan hukum sehingga menakut-nakutkan mereka dari Islam.
Sertailah Kursus Pemantapan Akidah kami di Idt Centre yang dikendalikan oleh Bro Lim Jooi Soon.
Tarikh: 14 - 15 January 2017
Waktu: 8.30 pagi - 5.30 petang
Lokasi: Idt Centre
Tingkat 2, No. 14, Jalan 3/27F,
Desa Setapak, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Yuran: RM 30 sahaja (termasuk breakfast, lunch dan tea)
Bank in: CIMB Bank / Acc No: 8006-8979-84
Interactive Dakwah Training & Enterprise
Hubungi:
Azrol Azmir Long 013-455 4318
John Selvaraj 011-1502 6604
Lim Jooi Soon +6012-3661121
Tarikh: 14 - 15 January 2017
Waktu: 8.30 pagi - 5.30 petang
Lokasi: Idt Centre
Tingkat 2, No. 14, Jalan 3/27F,
Desa Setapak, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Yuran: RM 30 sahaja (termasuk breakfast, lunch dan tea)
Bank in: CIMB Bank / Acc No: 8006-8979-84
Interactive Dakwah Training & Enterprise
Azrol Azmir Long 013-455 4318
John Selvaraj 011-1502 6604
Lim Jooi Soon +6012-3661121
>
<
No comments:
Post a Comment