Sejarah Pembinaan Hukum Islam terbahagi kepada 6
peringkat;
1) Zaman Nabi SAW
2) Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
3) Selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin sehingga zaman kedua
hijrah
4) Selepas zaman kedua hijrah sehingga pertengahan
keempat hijrah
5) Kurun keempat Hijrah sehingga kejatuhan Baghdad pada
656Hijrah
6) Masa kejatuhan Baghdad sehingga sekarang.
A) Peringkat pertama : Zaman Nabi SAW (sehingga wafat)
- Zaman Fiqh yang paling penting
- Fiqh Wahyu Sahaja
- Ia juga disebut zaman risalah.
i) Pembinaan hukum di Mekah (13 tahun)
- Lebih fokus kepada akidah dan akhlak (keimanan
kepada Allah, Malaikat,Rasul dll)
- Hukum-hakam amali sangat sedikit.
ii) Pembinaan Hukum di Madinah (10 tahun)
- Hijrah Sahabat R.Anhum
- Nabi salallahu Alaihi Wasallam Jadi ketua Negara Islam
- Umat Islam Memerlukan kepada Perundangan Islam/Fiqh
iii) Sebab berlakuknya hukum-hakam syara’
- Berlaku peristiwa dan pertanyaan.
- Diturunkan atas rahmat dan kasih saying ALLAH SWT.
- Memelihara kepentingan manusia dan menolak
kemudaratan.
iv) Ciri-ciri Perundangan Islam/Fiqh
- Tadarruj ( beransur-ansur)
- Mengangkat kesulitan
- Nasakh ( ada hukum yang diangkat semula)Ijtihad di zaman
v) Nabi SAW dan Para sahabat R.A
- Kaedah Ijtihad
- Penulisan Sumber perundangan Islam
B) Peringkat ke 2 - Zaman Khulafa al-Rasyidin
i) Islam semakin tersebar dan masalah semakin banyak.
ii) Al-Quran dan al-Sunnah tidak memperincikan keatas semua perkara.
iii) Sahabat akan berijtihad berdasarkan prinsip Syariah dan
disamping maqasid Syariah.
iv) Dengan ijtihad munculnya Ijma
Kaedah sahabat mengenalpasti hukum-hakam syara
i) Ijtihad di zaman sahabat berbentuk
ijtihad jamaie dan fardhi.
ii) Zaman Khalifah saidina Abu Bakar dan Saidina Umar lebih
kepada ijtihad jamaie.
Ijtihad Sahabat
i) Ijtihad Sahabat di zaman Nabi SAW juga berlaku seperti
solat Asar di bani Quraizhah, sahabat bertayammum dll.
ii) Ijtihad sahabat selepas zaman Nabi SAW seperti; -
a) Harta waris nenek dapat 1/6 berdasarkan ijtihad Saidina Abu Bakar.
b) Zakat Muallaf tidak diberikan dizaman Umar alkhattab serta tidak memotong tangan pencuri
c) Kisah saidina Uthman berkenaan tempat tinggal wanita yang mati suaminya.
d) Ada juga ijtihad yang tersalah oleh sahabat seperti Ijtihad Abu Musa al-Asyaari dan Ijtihad Sahabat berkenaan sahabat lain yang tercedera wajib mandi junub.
e) Ijtihad Ibn Abbas berkenaan tempoh iddah jika berlaku dua keadaan.
Sebab berlaku perbezaan pandangan di kalangan sahabat
i) Berbeza dalam memahami ayat al-Quran seperti perkata
thalathata quru di dalam surah al-baqarah ayat 228
ii) Hadith tidak sampai kepada mereka
iii) Berbeza kaedah ijtihad seperti ijtihad sahabat berkenaan
lelaki yang mengahwini wanita dalam tempoh iddah.
Peringkat ke 3 pembinaan hukum - Bermula dari akhir zaman khulafa’ (41 Hijrah ) sehingga awal kurun kedua.
1) Keluasan skop dan sebab-sebab perbezaan pendapat
i) Bertebaran fuqaha tabien
ii) Ijma tidak mungkin berlaku
iii) Mempunyai perbezaan suasana budaya,system muamalat dan keadaan sosial.
v) Penduduk setiap Negara menerima ilmu dari fuqaha masing-masing.
2) Tersebar periwayatan hadis dan begitu banyak disebabkan
i) Umur sahabat panjang
ii) Bersahabat dengan nabi lama dan banyak bersama nabi
iii) Munculnya pengumpulan hadis dan penghafaz
3) Kesan berleluasa periwayatan hadis
i) Hukum-hakam fiqh bertambah luas
a. Disebabkan hadis dapat dikumpulkan
b. Muncul masalah baru
ii) Banyak berlaku pemalsuan hadis daripada golongan yang dengki dan benci kepada islam seperti:
a. Pemalsuan hadis akidah
b. Pemalsuan hadis ibadah
c. Pemalsuan hadis akhlak
d. Disebabkan ta’asub dengan pendapat dan pegangan masing-masing
e. Muncul golongan juhala’ kerana mengajak manusia kepada kebaikan dan meinggalkan kemungkaran
iii) Pemalsuan hadith menjadikan fuqaha terpaksa menyaring dari sudut sanad dan matan.
a. Fuqaha Iraq meletakkan syarat yang ketat.
b. Sedikit hadis diterima.
v) Munculnya
Ilmu Jarh Ta’dil atau Ilmu Rijal (ilmu tentang kecacatan dan keadilan perawi hadis).
- Ilmu jarh wa al-ta’dil ini dipergunakan untuk menetapkan apakah periwayatan seoraang perawi itu harus diterima atau ditolak. Apabila seorang rawi “dijarh” oleh para ulama ahli sebagai rawi yang cacat, maka periwayatannya harus ditolak. Sebaliknya, bila dipuji maka hadisnya harus diterima selama syarat-syarat yang lain dipenuhi.
4)
Madrasah Ahli Ra’yie dan Madrasah Ahli al-hadith
i) Madrasah Ahli Ra’yie Iraq
-berdasarkan illah(rahsia syara)
-Maslahah kepada manusia
-disebab munculnya hadis-hadis palsu
ii) Madrasah Ahli hadis madinah
-menggunakan nas-nas
-kurang ijtihad
iii) Sebab kemunculan kedua aliran
-Terpengaruh dengan guru
-Di madinah sumber mudah diperolehi berbanding Iraq
-Kurang masalah baru di madinah kerana sama dengan apa yang ada di zaman sahabat.
- Belum ada pembukuan khusus.
Peringkat ke 4
a) Bermula kurun kedua hingga pertengahan kurun ke 4
b) Fiqh sampai kemuncaknya
c) Muncul tokoh fuqaha dan mujtahid
d) Fiqh dibukukan
i) Mujtahid mutlak - mustaqil
- Ini adalah level mujtahid yang paling tinggi. Seorang mujtahid mustaqil memiliki kemampuan untuk menetapkan Qawaid Fikih berdasarkan kesimpulan terhadap perenungan dalil Al Quran dan Sunnah. Selanjutnya, kaedah-kaedah ini digunakan sebagai landasan dalam membangun pendapatnya. Di antara ulama yang telah mencapai derajat mujtahid mustaqil adalah para imam mazhab yang empat:
1) Al-Imam Abu Hanifah (80-150 H)
2) Al-Imam Malik (93-179H)
3) Al-Imam Asy-Syafi’i (150-204 H)
4) Al-Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H)
ii) Mujtahid mutlaq ghair mustaqil
- Mereka adalah orang yang telah memenuhi persyaratan dalam berijtihad secara independent, namun mereka belum membangun kaedah sendiri tetapi hanya mengikuti methodology imam mazhab dalam berijtihad. Mereka memiliki kemampuan menetapkan hukum dari beberapa dalil sesuai dengan kaedah yang ditetapkan Imam Mazhab. Contoh Mujtahid mutlaq ghair mustaqil adalah:
a) Mazhab Hanafi – Muhammad, Abu Yusuf, Zufar
b) Mazhab Maliki – ibn Qasim Asyhab
c) Mazhab Syafie – Buwaiti, Za’farani, Muzani
d) Mazhab Hanbali – al-Asthram, al-abu bakar al-marwazi
iii) Mujtahid muqayyad/al-takhrij
- Mereka memiliki kemampuan untuk Qiyas dalil-dalil yang disampaikan oleh imam mazhab, untuk menyelesaikan permasalahan baru yang tidak terdapat dalam keterangan2 ulama mazhab. Pendapat hasil ijtihad ulama ini disebut dengan “al wajh”(Ashab Al Wujuh).
Mereka juga mempunyai ilmu takhrij beberapa pendapat dalam mazhab. Kemampuan mereka dalam menguasai prinsip usul al-fiqh dan pengetahuan mereka dalam memahami landasan mazhab telah menjadi bekal bagi mereka untuk menguatkan salah satu pendapat.
Takhrij menurut istilah adalah menunjukkan tempat hadis pada sumber aslinya yang mengeluarkan hadis tersebut dengan sanadnya dan menjelaskan darjatnya ketika diperlukan (Usul Hadis).
Khilaf (perbezaan pendapat) biasa berlaku diantara ulama-ulama Mujtahid muqayyad/al-takhrij sehingga sering dijumpai dalam penjelasan di dalam kitab-kitab fekah. Contoh ulama Mujtahid muqayyad/al-takhrij adalah:
a) Mazhab Hanafi – Hasan bin Zaid, al-Karhi, Tahawi
b) Mazhab Maliki- Abhari, Ibn abi Zaid
c) Mazhab Syafie – Ishaq Syirazi, Marwazi
iv) Mujtahid tarjih
- Mereka adalah mujtahid yang memiliki kemampuan memilih pendapat yang lebih benar dan lebih kuat, ketika terdapat perbezaan pendapat, baik perbezaan diantara pendapat imam2 mazhab atau perbezaan diantara pendapat imam dengan muridnya dalam satu mazhab.
a) Mazhab Hanafi - al-marghinani
b) Mazhab Maliki – Khalil
c) Mazhab Syafie –rafie dan al-nawawi
d) Mazhab Hanbali - al-marwadi
Perkembangan fiqh dan sebabnya
- perhatian khalifah
- luasnya negara islam
- kemunculan para mujtahid
- pembukuan sunnah dan fiqh
Kitab-kitab utama
1) Mazhab Hanafi
a) Al-Mabsut oleh Imam al-Sarakhsi yang meninggal pada tahun 483 H
b) Tuhfah al-Fuqaha’ oleh Abu Bakar as-Samarqandi meninggal pada tahun 540 H
c) Bada’ei as-Sana’ei oleh Imam Kasanie yang meninggal pada tahun 587 H
d) Al-Bidayah Syarh al-Hidayah oleh Ali bin Abi Bakr al-Marghinani meninggal pada tahun 593 H
e) Al-Ikhtiyar li ta’lil al-Mukhtar oleh Abdullah bin Mahmud al-Mawsili meninggal pada tahun 683 H •
f) Waqayatu al-Rawi oleh Imam al-Mahbubi meninggal pada tahun 673 H
g) Al-Kafi oleh Abu Fadl al-Marwazi
h) Majma’ al-Bahrain oleh Imam al-Sa’ati meninggal pada tahun 694 H
i) Tabyin al-Haqa’iq oleh Uthman bin Ali Az-Zailai’ie meninggal pada tahun 743 H
j) Fathul Qadir oleh Imam Kamal bin Humam yang meninggal pada tahun 861 H
k) Multaqa al-Abhar oleh Imam al-Halabi meninggal pada tahun 956 H• Al-Bahr al-Ra’iq oleh Imam Ibnu Nujaim meninggal pada tahun 970 H
l) Radd al-Muhtar ‘ala ad-Durr al-Mukhtar oleh al-Allamah Muhd Amin Ibn ‘Abidin meninggal pada tahun 1252 H
m) Al-Lubab - Syarh Kitab oleh Imam al-Maidani 1289 H
2) Mazhab Maliki
a) Al-Mudawwanah al-Kubra oleh Imam Malik bin Anas yang meninggal pada tahun 179 H (dikatakan oleh ahli ilmu bahawa kitab ini disusun oleh anak murid Imam Malik).
b) Al-Nawadir wa al-Ziyadat oleh Imam Abi Zaid al-Qairuwani meninggal pada tahun 385 H
c) Al-Istizkar oleh Imam Ibnu Abdil Barr meninggal pada tahun 463 H
d) Al-Tamhid oleh Imam Ibnu Abdil Barr 463 H
e) Al-Muntaqa oleh Imam Albaji meninggal pada tahun 474 H
f) Al-Masalik _ Syarh Muwatta Malik oleh Imam Ibnu Arabi meninggal pada tahun 543 H
g) Az-Zakhirah oleh Imam Ahmad bin Idris al-Qara_ yang meninggal pada tahun 684 H
h) At-Taj wal Iklil li Mukhtasar Khalil oleh Abu Abdullah Muhd bin Yusof al-Mawaq 897 H
i) Mawahib al-Jalil Syarh Muhktasar Khalil oleh Muhd bin Muhd al-Hattab 953 H
j) Manh al-Jalil Syarh Muhktasar Khalil oleh Abu ‘Abdullah Ahmad ‘Illisyh 1299 H
k) Hasyiah ad-Dusuqi oleh Imam ad-Dusuki yang meninggal pada tahun 1230 H
l) Aqrab al-Masalik oleh Imam al-Dardir 1204 H
m) Irsyad al-Salik ila Asraf al-Masalik oleh Ibnu Askir al-Baghdadi
n) Majmu’ oleh al-Amir Muhammad Abdul Qadir
3) Mazhab Syafi'e
a) Al-Umm oleh Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'e yang meninggal pada tahun 204 H (kitab ini juga diringkas oleh Imam al-Muzani yang meninggal pada tahun 264 H) ditahqiq oleh Syeikh Dr. Rifa’at Fauzi Abdul Mutallib
b) Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar al-Muzani oleh al-Imam al-Qadhi Muhd bin Habib alMawardi meninggal pada tahun 450 H
c) Al-Muhazzab oleh Imam Ishak Ibrahim bin ‘Ali al-Syirazi meninggal 476 H ditahqiq dan syarah oleh Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili
d) At-Tanbih, Imam Ishak Ibrahim bin ‘Ali al-Syirazi meninggal
pada tahun 476 H.
e) Nihayatul Matlab _ Dirayati Mazhab, Imam al-Juwaini
meninggal pada tahun 478 H ditahqiq oleh Syeikh Dr. Abdul Azim Mahmud Dib
f) Fathu al-Aziz oleh Imam Abdul Karim bin Muhammad ar-Rafiee yang meninggal pada tahun 505 H.
g) Al-Wajiz, al-Basit dan al-Wasit, Imam al-Ghazali
h) Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab oleh Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi yang meninggal pada tahun 676 H (kitab ini merupakan syarah kepada kitab al-Muhazzab oleh Imam Syirazi meninggal pada tahun 476 H dan dikatakan oleh ahli ilmu bahawa kitab ini hanya siap dikarang cuma
sampai kepada bab Riba sahaja. Disambung oleh Imam al-Subki sehingga bab Jual Beli dan disempurnakan syarahnya oleh Syeikh Dr. Muhamad Najib al-Muti’i)
i) Syarah kepada kitab al-Minhaj oleh Imam an-Nawawi yang terkenal. Antaranya ialah - Tuhfatul Mughtaj oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami yang meninggal pada tahun 974 H.
j) Mughni Mughtaj oleh Imam Muhammad bin Ahmad al-Syarbini yang meninggal pada tahun 977 H.
k) Nihayatul Mughtaj oleh Imam Muhammad bin Ahmad ar-Ramli yang meninggal pada tahun 1004 H.
l) Mughni Muhtaj oleh Imam Khatib al-Syarbini
4) Mazhab Hambali
a) Al-Furu’, Muhd bin Mufleh, Ibn Mufleh meninggal pada tahun 623 H
b) Al-Muharraar - Fiqh ‘ala mazhab al-Imam Ahmad, Abu al- Barakat al-Majd Abd al-Salam B.
Abdullah Ibn Taimiyah al-Harrani meninggal pada tahun 652 H
c) Majmu’ al-Fatawa, Abu al-Abbas Taqiyuddin Ibn Taimiyah al-Harrani meninggal pada tahun 728 H
d) Al-Insaf oleh Imam Ali bin Sulaiman al-Mardawi meninggal pada tahun 885 H
e) Zad al-Mustaqni oleh Imam al-Hajawi
f) Al-Raud al-Murabba’ oleh Imam al-Bahuti meninggal pada tahun 1051 H
g) Kassyaf al-Qinaa’ ‘an Matn al-Iqna’, Mansur bin Yunus al-Bahuti meninggal pada tahun 1051 H
5) Mazhab al-Zahiri
a) Al-Muhalla oleh Imam Ali bin Muhammad bin Hazam al-Andulusi meninggal pada tahun 456 H (tahqiq Syeikh Ahmad Muhammad Syakir)
Wallahu'alam